Isnin, 2 Mei 2011

Matrik vs Teman

Assalamualaikum wbt!

macam teman jugak dulu, teman pon selalu tanya abang teman dan mereka yg dah pernah masuk matrik yg betul ke matrik tu susah? susah nak skor? tough? dan sebagainya. dan kebanyakan jawapan diorang cakap matrik tu 'susah'!.

so bila teman masuk matrik teman macam culture shock. sebab ramai budak yg result SPM diorang power2. teman ni dah lah result SPM cukup2 makan je. so rasa down di situ. tapi bila kita go through pembelajaran kat sini, baru kita tau sebenarnya result SPM tu tak menjanjikan yang korang akan berjaya juga dekat matrik. sumpah teman tak tipu. ramai budak2 SBP, MRSM yg result SPM gempak2 kena tendang sebab dapat pointer kurang dari 1.50.

sebab apa jadi macam tu? sebab kat matrik life sangat berbeza dengan kat sekolah. kat sekolah dulu, semua cikgu suap 'spoon feeding'. kita tinggal nak nganga je lepas tu telan. tak yah kunyah. kadang2 cikgu pon ada bagi soalan bocor kan? tapi kat matrik ni lain. silibus pembelajaran dia laju gila. kalah ETS. satu minggu satu chapter. minggu depan dah tukar chapter lain pulak. yelah, nak kejar silibus dalam masa setahun kan. so, nak tak nak pensyarah terpaksa speed up lah.

bila dah jadi macam ni, student kena cepat cacth up. tak de masa nak main2 sangat. kalau boleh tiap2 hari kena buat revision. jumpa lecturer kalau tak faham. jangan tunggu dah nak final baru terhegeh2, terkedek2 nak jumpa lecturer. Nak minta doa restu, tips, serius, kalau korang ikut cara ni, insyaAllah matrik tak ada masalah bagi korang. sebab notes semua cikgu dah bagi. tapi tak sumer pensyarah. ada yang bagi handout dan mind map. Siap bagi trade mark  pun ada. contohnya 'kimi-'A'! itu M U D A H... Insya Allah A. Sapa pensyarah tu..? cari sendiri. Dengar nya dah tukar dari perak ke selangor..

Merapu lak. Sambung lagi. Studen tinggal nak baca dan paham je nota potostat.cam ne nak skor...? dah nota pun potosta punya... so potostat la yg pandai. tak pernah jumpa lecturer. suka main. suka tengok movie. report lab pon tiru budak cina punya. hahaha. seminggu nak final baru terhegeh2 nak revise semua benda. memang tak sempat! dan now menyesal pon dah tak guna.itu ciri pelajar 'istimewa'

so, kita sebenarnya kena ubah mentality kita. selagi kita tak cuba, selagi tu kita tak tau kan. jangan percaya sangat dengan cakap orang. kalau kita usaha betul2 insyaAllah berjaya. teman cakap berdasarkan pengalaman. kat matrik jangan malas. jangan banyak main. study hari2. sikit pon jadi,janji buat revision. ok?

teman harap entry ni dapat lah membantu menyelesaikan kemusykilan adik-adik yg confius nak masuk ke tak matrik ni. jangan takut. matrik bukan susah sangat sebenarnya. dan percayalah korang akan happy dengan life kat matrik nanti. bagi teman, matrik life yg paling memberi makna dalam hidup teman. cewah ;p. dah nama pun fast track ke degree

sumber asal: http://misznath.blogspot.com/2011/05/betul-ke-belajar-kat-matrik-tu-susah.html?spref=fb

1 ulasan: