1. Ubah size
Sekiranya anda bosan dipejabat atau didalam kelas. Bayangkan bos atau guru anda dalam bentuk atau size yang luar biasa. Cuba bayangkan lubang hidung atau kaki beliau lebih besar atau lebih kecil dari yang sepatutnya. Tentu menarik dan buat anda tersenyum.
2. Fikirkan yang berlawanan.
Cuba fikirkan bukan guru yang mengajar tapi anda yang mengajar guru tersebut atau anda menjadi bos kepada bos anda. Cuba bayangkan apa yang anda buat kepada mereka. Atau anda cuba fikir apa akan jadi kalau semua perkara pergerakannya berlawanan. Mesti banyak benda yang menarik akan berlaku.
3. Tengok dari Pespektif yang paling Xtreme atau melampau
Cuba bayangkan semua perkara yang berlaku adalah extreme belaka. Contoh tiap-tiap bulan dapat bonus 12 bulan...pergh memang syok. Setiap hari datang kerja bos bancuhkan kopi, tolong tarik kerusi, buat kertas kerja yang disuruh dan macam-macam lagi..
4. Mengerakkan benda dengan Menggunakan minda.
Cuba bayangkan apa yang anda boleh buat dengan hanya menggunakan minda. Tidak perlu bersusah payah gunakan tulang 4 kerat kita. Fikir saje semua jadi...mesti best
5. Lawan Apa yang Kita Tahu
Maksud lawan apa yang kita tahu adalah kita semua akan buat atau fikir kepada perkara yang sudah menjadi tabii. Bayangkan apa akan berlaku kalau rumah langsung takde tingkap. Bayangkan apa yang berlaku kalau ikan boleh terbang manakala burung pula berenang. Bayangkan apa yang berlaku semua orang tidak tidur pada waktu malam dan asyik buat kerja..
6. Cuba Gabungkan.
Cuba anda fikir semua benda bergabung. Cuba fikir apa akan jadi kalau kereta digabungkan dengan lori. Ayam bergabung dengan Kuda...namanya tentu dah jadi pelik apatah lagi rupa fizikal benda yang digabungkan tersebut.
7. Idea yang paling bodoh
Semua orang rasa idea mereka tidak best, tidak menarik, tidak boleh diterima tetapi kadang kadang idea yang bodoh tersebut akan jadi best apabila cuba digunakan. Contoh idea ketawakan diri sendiri, cuba dalam kelas tue anda boring dan anda ketawakan diri sendiri tentang baju, tentang kasut, tentang pensil. tentu semua orang akan tumpu perhatian kepada anda dan tentu anda tidak boring lagi sebab semua orang akan memberi tumpuan silap-silap kena hantar pergi jumpa pengetua atau guru disiplin hehehe..
8. Tengok kepada kegunaan lain.
hehehe...rasanya ini selalu buat..contohnya komputer sepatutnya digunakan untuk buat kerja-kerja pejabat atau sekolah tapi kita guna tengok YOUTUBE... itu dah biasa..cuba gunakan duit 50 hinggit untuk kesat hingus, pensel buat chopstick, kasut kita jadikan pasu bunga hiasan...teringat bapak sedara aku kat kampung gunakan cup wife dia punya untuk jadikan "mask" semasa menyembur racun. kreatif sungguh orang tua tue.
9. Ubah suai secara rambang.
Cuba bayangkan apa yang berlaku kalau motor kapcai pakai steering BMW dan keta pula pakai handle sejuk motor jipang...sebenarnya idea nie kalau kat kampung budak-budak dah buat. Basikal dipasangnya firing motor RXZ..memang kreatif orang kita.
10. Korek lubang idung guna Ibu Jari..
hahaha...korang semua mesti dah boring baca idea merapu aku yang tak boleh dipakai nie... Jadi kalau korang boring buat la seperti dalam cadangan yang ke-10. Idea ini merupakan idea yang paling ultimate dalam semua idea-idea yang diberikan sebelum ini. Cuba BUAT..Mesti dah hilang boring..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan