Khamis, 5 Mei 2011

Lelaki yang kahwin lambat

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200. Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun. Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian. Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'. Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank. Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000. Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. "Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda    : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda    : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah.
               Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda. "Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut. Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya.. Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai.. Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid. Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

Pesanan utk Daie2 MUDA

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam

Rabu, 4 Mei 2011

Jangan mengharap pada manusia

Jangan Mengharap  "Terima Kasih" dari Seseorang

Allah menciptakan para setiap hamba agar selalu mengingat-Nya, dan Dia menganugerahkan  rezeki  kepada  setiap  makhluk  ciptaan-Nya  agar mereka  bersyukur  kepada-Nya.  Namun ,  mereka  justru  banyak  yang menyembah dan bersyukur kepada  selain  Dia.

Tabiat  untuk  mengingkari,  membangkang,  dan  meremehkan  suatu kenikmatan  adalah  penyakit  yang  umum  menimpa  jiwa  manusia.  Karena itu, Anda tak perlu heran dan resah bila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah Anda berikan,  mencampakkan budi baik yang telah Anda  tunjukkan.  Lupakan  saja  bakti  yang  telah  Anda  persembahkan. Bahkan, tak usah resah bila mereka sampai memusuhi Anda dengan sangat keji dan membenci Anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan  adalah justru  karena  Anda  telah berbuat baik  kepada  mereka.

{Dan, mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya) kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka.}
(QS. At-Taubah: 74)

Coba Anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya  dengan  baik.   la  memberinya  makan,  pakaian  dan  minum, mendidikanya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela  untuk tidak makan asal  anaknya kenyang,  dan bahkan,  mau bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apa lacur, ketika sudah berkumis lebat dan  kuat  tulang-tulangnya,  anak  itu  bagaikan  anjing  galak  yang  selalu menggonggong kepada orang tuanya. la tak hanya berani menghina, tetapi juga  melecehkan,  acuh  tak  acuh,  congkak,  dan  durhaka  terhadap  orang tuanya.  Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan.

Karena  itu,  siapa  saja  yang  kebaikannya  diabaikan  dan  dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya,  sudah seyogyanya menghadapi semua  itu  dengan  kepala  dingin.   Dan,  ketenangan  seperti  itu  akan mendatangkan  balasan  pahala  dari  Dzat  Yang  perbendaharaan-Nya  tidak pernah habis dan sirna.
 
Ajakan ini bukan untuk menyuruh Anda meninggalkan kebaikan yang telah Anda  lakukan  selama  ini,  atau  agar Anda  sama  sekali  tidak berbuat baik  kepada  orang  lain.  Ajakan  ini hanya  ingin  agar Anda  tak  goyah  dan terpengaruh sedikitpun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang  telah Anda  perbuat.  Dan janganlah Anda  pernah bersedih dengan  apa  saja yang mereka perbuat.

Berbuatlah  kebaikan  hanya  demi  Allah  semata,  maka  Anda  akan menguasai  keadaan,  tak  akan  pernah  terusik  oleh  kebencian  mereka,  dan tidak  pernah  merasa  terancam  oleh  perlakuan  keji  mereka.  Anda  harus bersyukur  kepada  Allah  karena  dapat  berbuat  baik  ketika  orang-orang  di sekitar Anda berbuat jahat.  Dan,  ketahuilah bahwa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.

{Sesungguhnya    kami    memberi    makanan    kepadamu    hanyalah    untuk mengharapkan keridhaan Allah. Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.}
(QS. Al-Insan: 9)

Masih  banyak  orang  berakal  yang  sering  hilang  kendali  dan  menjadi kacau  pikiranya  saat  menghadapi  kritikan  atau  cercaan  pedas  dari  orang- orang  sekitarnya.  Terkesan,  mereka  seolah-olah belum  pernah  mendengar wahyu Ilahi yang menjelaskan dengan gamblang tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari Allah.  Dalam wahyu itu dikatakan:

{Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui(jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk(menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.}
(QS. Yunus: 12)

Anda  tak  perlu  terkejut  manakala  menghadiahkan  sebatang  pena kepada  orang  bebal,  lalu  ia  memakai   pena  itu  untuk  menulis  cemoohan kepada Anda. Dan Anda tak usab kaget, bila orang yang Anda beri tongkat untuk menggiring domba gembalaannya justru memukulkan  tongkat itu ke kepala Anda. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan  tak  pernah  bersyukur  kepada  Penciptanya  sendiri Yang  Maha  Agung nan Mulia.  Begitulah,  kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkari,  maka  apalagi kepada  saya dan Anda.

Pekerja...

Oleh Safar Jumaat

Para pekerja di negara ini diajar untuk bersyukur. Walaupun mereka bergaji kecil, tetapi mesti bersyukur kerana ada orang yang tidak dapat kerja. Bila ada pekerja yang bersungut kerana harga barang naik, nanti mereka akan dikecam sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur, tidak berjimat dan lebih pentingkan diri daripada mengutamakan kepentingan negara.



Malah, ada yang dituduh, sudah termakan hasutan pembangkang, sering membuat desakan tanpa meningkatkan produktiviti. Jadi, kerajaan mahukan apa daripada pekerja? Berdiam diri sebagai tanda bersyukur, kerana ketika orang lain tidak bekerja, mereka sudah dapat kerja. 

Walaupun gaji mereka kecil, mereka harus berjimat untuk meneruskan kehidupan di zaman yang serba mahal ini. Ketika yang sama, kerajaan terus boros, menghabiskan pelbagai peruntukan untuk memperkuatkan kedudukan mereka dan menarik pengundi menyokong Barisan Nasional (BN).

Jangan langsung bercakap soal menuntut kenaikan gaji. Jangan langsung sebut harga barang naik. Jangan ada sesiapa menyebut harga minyak naik dan jangan sesiapa mahu mempertikaikan soal gaji kecil yang mereka dapat.

Mahu menjadi pekerja di Malaysia, satu hal yang mereka kenal ingat, mesti bersyukur. Kalau tidak minat bekerja, boleh berundur dan ada orang lain mahukan kerja itu. Maknanya, pekerja sentiasa diugut dan ditekan. Jangan komplen dan nantinya akan dicop sebagai termakan hasutan pembangkang.

Siapa yang tersenarai sebagai si muflis jika bukan pekerja? Jumlah mereka besar kerana mereka terpaksa hidup di luar kemampuan. Mereka memang cuba berjimat, tetapi disebabkan desakan hidup, membayar hutang, perbelanjaan anak-anak bersekolah dan sakit-pening, akhirnya golongan ini berhutang dan terus berhutang.

Kerajaan akan memberi pelbagai alasan, negara ini akan muflis jika menurut kehendak pekerja. Tetapi, ketika mereka boros berbelanja, lawatan ke luar negara dan menghabiskan duit untuk kempen 1Malaysia, mereka tidak pernah memikirkan kepentingan dan keperluan pekerja yang hidup di atas sedikit dari paras kemiskinan.

Bagi mereka yang hendak membeli rumah, wang muka dan yuran guaman sahaja sudah cukup menjerut leher. Jika mereka menyewa rumah, wang cengkeram dan bil-bil yang datang setiap bulan, termasuk air dan api, bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, kecuali mereka bersedia untuk dipotong bekalan.

Mereka akan disuruh bersyukur, kerana ada orang yang masih tidak bekerja. Mereka disuruh bersetuju apa sahaja yang kerajaan putuskan, kerana jika mereka menyatakan mereka tidak bersetuju, bererti mereka sudah termakan hasutan pembangkang.

Nah! Begitu rupa-rupanya nasib pekerja di Malaysia. Mereka tidak boleh langsung bercakap soal gaji mereka yang kecil dan tidak mencukupi kerana jika terdengar pihak berkuasa, nanti mereka akan digelar sebagai golongan pekerja yang tidak tahu bersyukur.

Kalau harga minyak naik, diam sahaja. Kalau harga gula naik, tutup mulut rapat-rapat. Kalau gaji pekerja tak naik, bersyukur dan jika gaji mereka tidak cukup, bandingkan dengan mereka yang tidak dapat kerja.  Maknanya, nasib pekerja tidak dapat dibela. Jika ada sesiapa membela, mereka akan dianggap sebagai tidak mengenang budi, termakan hasutan pembangkang dan golongan yang tidak tahu bersyukur.

Jangan ada sesiapa nak tunjuk perasaan membuat desakan menuntut kenaikan gaji pekerja kerana mereka akan dianggap sebagai golongan yang tidak pernah bersyukur. Jauh sekali, jika ada sesiapa yang berpiket kerana ia akan menyebabkan pelabur takut masuk membuat pelaburan.

Jadi, kalau gaji rendah, diam. Kalau harga barang keperluan naik, anggaplah sebagai sesuatu yang lumrah kerana kemajuan dan perubahan memang menuntut kenaikan harga barang-barang keperluan. Nanti, bila harga sayur naik, menteri yang berkenaan akan menasihatkan rakyat menanam sendiri sayur-sayuran.

Jika harga minyak naik, nanti kerajaan akan mengeluarkan cadangan, gunakan pengangkutan awam. Bila ada komplen mengatakan pengangkutan awam kurang efisen, mereka akan beli bas dan keretapi baru, yang mereka dapat komisen dan serahkan kepada syarikat pasarana negara.

Opp! Jangan kata macam tu kerana itu fitnah. Kerajaan tidak begitu. Kerajaan meletakkan kepentingan rakyat paling utama – slogan yang sedang dikempenkan… rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mereka juga yang kenyang dengan komisen. Ini bukan cerita komisen kapal selam, ini bukan cerita komisen membeli senjata api, ini bukan cerita komisen membeli kapal terbang dan jet pejuang, tetapi ini cerita membeli bas dan keretapi demi kepentingan rakyat terbanyak.

Nanti kerajaan akan memberi nasihat, rakyat kena berjimat. Dalam masa yang sama, kerajaan terus boros. Kerajaan sibuk dengan cerita Menara 100 Tingkat… kerana ia penting untuk sebuah negara bernama Malaysia. Nanti apabila Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan peluang mencari kerja, sambutan besar-besaran dihebahkan oleh media massa pro kerajaan.

Padahal, sambutan itu sebenarnya membuktikan bahawa pengganguran cukup buruk di Malaysia. Kebanjiran buruh asing dan mereka yang masuk tanpa permit kerja yang sah sudah tidak terhitung lagi. Kadar jenayah cukup mengerunkan, walaupun polis sering menafikannya.

Pengedaran dadah juga, termasuk keldai dadah terus meningkat, ketika kerajaan bertempik memberitahu bahawa rakyat cukup selesa dengan pendapatan mereka. Apakah mereka yang menjadi keldai dadah terdiri dari golongan yang tidak bekerja? 

Bukan. Mereka adalah kalangan yang mempunyai pekerjaan tetapi disebabkan gaji mereka tidak mencukupi, mereka mengalihkan perhatian kepada usaha menambah pendapatan. Ah! Jangan bising-bising. Jangan cakap soal kerja yang kurang selesa. Jangan bercakap soal gaji kecil, jangan berbicara soal harga barang yang mahal dan jangan sesekali sesiapa bercakap mahu membuat tuntutan kenaikan gaji.

Nanti mereka akan dianggap sebagai tidak tahu bersyukur. 

La Takhof waLa tahzan innallah maana

Jangan salah sangka
Kalau jadi kaya bahagia
Mungkin kaya tapi sengsara
Duit dalam bank berjuta
Tapi hidup penuh derita
Mungkin miskin tapi hati gembira
Hidup aman walaupun tidak berharta
Sebab nikmat bahagia, Allah yang kurnia

Jangan salah sangka
Rumah besar macam istana
Bilik besar tilam empuk selesa
Tapi tidur tidak nyenyak lena
Tidur malam tapi selalu terjaga
Mungkin yang tidur di kaki lima
Atau mereka yang dipenjara
Lebih nyenyak tidur mereka
Sebab nikmat tidur, Allah yang kurnia

Jangan salah sangka
Makan di restoran berjenama
Semuanya lazat dan sedap belaka
Kekadang lidah tak dapat merasa
Simiskin makan secukup rasa
Nikmatnya sedap tidak terhingga
Sebab nikmat rasa, Allah yang kurnia

Begitulah kita hanya hamba
Hamba kepada Maha Pencipta
Kalau bumi bagaikan debu dicakerawala
Manusia cuma sebesar zarah sahaja
Allah sahaja tempat penggantungan kita
Kalau mereka nak berbuat apa-apa
Mereka hendak menghalang kita
Namun jika Allah tidak mengizinkannya
Maka tidak akan berlaku apa-apa
Sebab Allah sahaja pemberi redha
Kerajaan Allah lebih besar berkuasa
Tidak boleh dihalang oleh sesiapa
Jika Allah mahu memberi nikmatNya

Orang humbankan ulama dalam penjara
Orang sangka mereka akan berjaya
Membawa dukacita dalam jiwa mereka
Tidak, sebenarnya mereka gembira
Orang halang rezeki ulama pewaris anbiya
Orang sangka mereka akan lapar dahaga
Namun orang soleh tidak mati lapar dahaga
Jika mereka soleh, Allah urus mereka
Orang tembak mati pejuang agama
Orang sangka tentu mati dalam sengsara
Namun Allah telah menjanjikan syurga

La tahzan innallahu maana
Jangan bersedih SesungguhNya Allah bersama kita!

T A K B I R...!!!!