Khamis, 25 April 2024

EPF Sejahtera

 BM


Penstrukturan Semula Akaun KWSP Untuk Menangani Keperluan Kitaran Hayat Ahli

Kongsi


Date: 25 Apr 2024

Penstrukturan Semula Akaun KWSP Untuk Menangani Keperluan Kitaran Hayat Ahli


KWASA DAMANSARA, 25 APRIL 2024: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 


Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: -

•  Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;

•  Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan

•  Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.


Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Encik Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “Fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.”


 


Mekanisme Penstrukturan Semula Akaun KWSP


Pada 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. 


Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.


Antara 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya Akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel. Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. 


Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan. Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli. Kaedah pindahan adalah mengikut pecahan seperti di bawah:


 


Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas

Pindahan akan dibuat seperti berikut:

•  Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;

•  Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan

•  Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.


 


Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000


Pindahan akan dibuat seperti berikut:

•  Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 

•  Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.   


Perbezaan dalam kaedah pengagihan ini adalah untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah untuk turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka. 


Ringkasan pindahan amaun permulaan adalah seperti berikut:




Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada tarikh kuat kuasa sehingga 31 Ogos 2024, di mana selepas ini pilihan ini tidak boleh dibatalkan. Ahli yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.


Encik Ahmad Zulqarnain menambah bahawa “Inisiatif ini bukan sekadar tindak balas KWSP terhadap keperluan semasa, tetapi merupakan langkah proaktif untuk membantu ahli menghadapi perubahan landskap pekerjaan dan demografi penduduk serta keperluan kitaran hayat ahli KWSP. Dengan penambahbaikan ini, KWSP berusaha untuk memastikan setiap ahli KWSP dapat menguruskan kewangan mereka dengan yakin dan berdaya tahan dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar ini.”


 


Pengeluaran Akaun Fleksibel 


Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.


Akaun 55 dan Akaun Emas


Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55. Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas. 


Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

 


Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP

Jabatan Hal Ehwal Korporat

25 April 2024

Khamis, 18 April 2024

Budi bicara

 Berhati-hati bila berkata-kata…


“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”


1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.


Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.


"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."


"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"


Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...


Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...


Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...


"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."


Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...


Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...


Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...


"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"


Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...


Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"


"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"


"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"


"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,

jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.


Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.


Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...


padahal saya tahu makcik orang baik,

dah lama saya jadi pelanggan makcik..

saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."


Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...


Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..


Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...


Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....


So aku pun bangun dan gerak nak bla...


Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...


"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...


Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."


"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."


"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."


"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


.

.


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...


Kalau benci jangan benci sangat...

Kalau marah jangan matah sangat...

Kalau tak suka jangan tak suka sangat...


Bersederhanalah dalam setiap perkara...


Kredit : Fahmi Huzairi

Isnin, 15 April 2024

COS

 TIPS GURU DG41 COS


Tahniah kepada guru yang dapat posting bagi jawatan DG41 COS hari ini. Ada beberapa point yang saya boleh kongsikan untuk kita lihat bersama :

1. Pertama sekali, tahniah sebab dah lapor diri. Itu tandanya kita berminat untuk berkhidmat dengan tawaran yang kita telah mohon. Kalau yang medical checkup dapat kotak dua. Nama anda akan dimesyuaratkan semula di SPP. Harapnya kotak satu.

2. Jangan rasa rendah diri (menghinakan diri) di sekolah kerana anda COS. Cuba buat sehabis baik. Anda akan dikelilingi guru yang lebih hebat dan berpengalaman. Jadi seperti cawan yang kosong. Bersedia untuk belajar.

3. Bagi yang belum ada ikhtisas. Anda akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah (PDPP) bagi opsyen pengajaran anda. Boleh jadi dekat dengan rumah. Boleh jadi jauh. Redha saja.

4. Yuran pengajian di IPG : Sem 1 RM1120, Sem 2 RM1060 dan Sem 3 RM2500. Bayar guna JomPay dan nanti boleh claim semula guna KWSP dengan resit pembayaran berserta surat daftar semester.

5. Subjek di IPG ada 16 subjek kesemuanya daripada yang umum sampai lah yang khusus. Pastikan score sampai dianugerahkan Pangkat Cemerlang.

6. Kelas kebiasaannya selepas pulang sekolah bagi sesi pagi dan sebelum berangkat sekolah bagi sesi petang. Kadang-kadang kelas hujung minggu bagi yang kawasannya berdekatan. Cuti sekolah yang panjang akan kelas bersemuka di IPG. Jauh ke dekat kena hadir walaupun kena naik flight. Kelas sambil bekerja plus assignment memang dahsyat. Tapi ianya akan usai dengan jayanya Insha-Allah.

7. Habis kesemua 3 Semester anda akan hadir Kem Bina Insan Guru. Semua wajib hadir dan sertai. Bagi yang sudah berkahwin, biasanya pihak pengurusan IPG pesan untuk elakkan untuk mengandung sebab BIG ni sedikit hardcore bagi yang kurang biasa. Tapi kalau sudah mengandung apa boleh buat. Terpaksalah ambil tahun depan.

8. Kemudian, tunggulah konvokesyen beberapa bulan selepas itu di PICC Putrajaya dan dengan sijil tu kita akan mohon semula SPP untuk pengesahan lantikan. Kalau anda ada master PhD. Letakkan sekali ketika mohon SPP. Nanti gaji akan naik sehingga RM2902 bagi master dan RM3209 untuk PhD bagi gaji asas.

9. Lebih kurang 3 bulan selepas itu, anda akan dapat panggilan temuduga lantikan tetap daripada SPP dan akan ditemuduga semula. Waktu ini status anda adalah Calon Yang Diperakukan KPM. Siapkan fail. Buat sehabis baik untuk temuduga. Semoga berjaya. Sekarang saya dalam fasa ini masih menunggu keputusan untuk lantikan tetap. Berpencen atau tidak. Wallahualam.

10. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat berbakti di mana saja kita berada. Berusaha untuk halalkan gaji yang kita ambil setiap 25 hari bulan. Jika ada tips lain boleh kongsi di komen. Share jika bermanfaat. Assalamualaikum.

Zulhelmi Sidek
Guru DG41 COS
Semporna

Sabtu, 13 April 2024

Sunat

 Berkata Syeikh Qadir Jailani, Jangan istiqomah dalam amalan sunat hingga menjadi satu bebanan, akhirnya hati cepat menjadi bosan.


Allah Maha Lemah Lembut pada hambaNYA, Dia tahu keterbatasan hambaNYA , maka jangan pula kita beratkan hal yang tidak diberatkan Allah.


Jika istiqomah amalan sunat tiada merasa bebanan silakan, jika terasa bebanan lakukan sekadar kemampuan tanpa perlu istiqomah (jika istiqamah lagi baik asalkan tidak terbeban).


Yang dituntut Agama ialah pelihara kewajiban dan tinggalkan yang diharamkan, jauhi buruk sangka dan penuhi jiwa cinta pada Rasulullah SAW dan sesama insan. .


Bayi yang diberi minuman susu berlebihan ia pasti memuntahkan!


Duhai saudara saudara ku

Jadikan istighfar, selawat dan zikir pada hati bagaikan makanan harian yang mengenakkan, tiada terikat masa, tempat dan jumlah tanpa terasa terbeban. Segalanya kerana cinta yang terpancar dari ilmu dan jiwa yang jernih hingga sentiasa lapar dan dahaga untuk mengamalkannya.

Ahad, 7 April 2024

Rama2

 



Gambar-gambar yang dilampirkan bersama ini merupakan hasil kerja seorang naturalis, iaitu Kjell Bloch Sandved. Gambar-gambar berkenaan menampilkan corak menyerupai pelbagai abjad dan nombor yang terdapat pada permukaan sayap kupu-kupu.


Kisahnya begini..


Selepas berpindah dari Norway ke Amerika Syarikat, Sandved mula bertugas sebagai seorang penulis dan pensyarah di Smithsonian National Museum of National History yang terletak di Washington, Amerika Syarikat.


Pada satu hari, Sandved terjumpa akan sebuah kotak di bahagian loteng Institut Smithsonian. Terkandung di dalam kotak tersebut adalah seekor kupu-kupu yang telah mati.


Apabila rama-rama itu diperhatikan dengan teliti, terdapat corak yang berbentuk huruf F pada permukaan sayapnya. Peristiwa itu seterusnya memberi ilham kepada Sandved.


"Jika ada 1 huruf, pasti ada corak berbentuk huruf yang lain." 


Seterusnya, bermulalah pengembaraan Sandved ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari, mengambil gambar dan merekodkan corak setiap huruf serta nombor pada sayap kupu-kupu. Koleksi gambar tersebut mengambil masa sekurang-kurangnya 24 tahun untuk dilengkapkan.


Setelah koleksi itu akhirnya dilengkapkan pada tahun 1975, koleksi gambar yang kini dikenali sebagai Butterfly Alphabet telah diterbitkan di dalam Majalah Smithsonian.


Sebagai fakta tambahan.. Tahukah anda tentang perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama? Kupu-kupu (butterfly) merupakan sejenis serangga dengan sayap yang ber­warna-warni dan aktif pada waktu siang (diurnal), manakala rama-rama (moth) ialah serangga dengan warna sayap agak gelap dan aktif pada waktu malam (nokturnal).


Jemput follow saya untuk lebih banyak fakta sains menarik!

Khamis, 28 Mac 2024

Demoncrazy

 What Socrates said about democracy more than 2000 years ago.


He said that demoracy must fall because it will try to tailor to everyone.

The poor will want the wealth of the rich, and democracy will give it to them.

Young people will want to be respected as elderly and democracy will give it to them.

Women will want to be like men and democracy will give it to them

Foreigners will want the rights of the natives and democracy will give it to them.

Thieves and fraudsters will want important government functions, and democracy will give it to them.

And at that time, when thieves and fraudsters finally democratically take authority because criminals and evil doers want power, there will be worse dictatorship than in the time of any monarchy or oligarchy.

Socrates (470-399 b.c.)

Selasa, 26 Mac 2024

7 mubin

 



[Serangan Khusus 'Mujahidin 7 Mubin' Ke Atas Ben-ya-min Na-tan-ya-hu]

1. Mulai malam 15 Ramadhan iaitu Selasa, 25 Mac 2024, seusai Tarawih 8 rakaat, bermula antara 930-945 malam saya ingin mengajak Tuan Puan untuk;

2. Meniatkan untuk tujukan 'Yasin 7 Mubin' terhadap Ben-ya-min Na-tan-ya-hu.

3. Sediakan sebotol air 300ml dalam botol air 500ml.

4. Tujuh biji batu kecil untuk dimasukkan dalam botol pada setiap waqoof 'Mubin' di 7 tempat dalam Surah Yasin.

5. Tutup kemas botol dan simpan. Tidak akan dibuka sampai bila-bila. Guna botol dan batu berlainan untuk hari berikutnya.

6. Ulang Yasin 7 Mubin setiap hari hingga tamat Ramadhan.

Peralatan Yang Perlu Untuk Yasin 7 Mubin Ke Atas Benjamin Netanyahu

Benjamin Netanyahu disebut;
'Ben-ya-min Na-tan-ya-hu'

Para Mujahidin kebiasaannya tak terlepas diserang balas.

Kerana itu digalakkan ada amalan khusus sebagai pendinding masing-masing.

Dan Tuan Puan yang bergerak sebagai mujahidin akan dibantu untuk dineutral kesan serangan. Perkara ini akan diulas lagi.


1. Sakit & lemah mengejut
2. Pitam tiba-tiba
3. Pengsan
4. Kejang tubuh badan
5. Lumpuh sementara
6. Lumpuh kekal (jika lambat dirawat, lebih 72jam)

Tuan Puan akan dibantu secara terus-menerus agar dapat kekal menyerang sasaran yang dipersetujui.

25 Mac 2024
Jam 10.00 Malam
Malam 15 Ramadhan hingga 29 Ramadhan.

Yasin 7 Mubin terdapat 7 tempat Waqoof 'Mubin'.

Apabila tiba di Waqoof 'Mubin', maka kita akan berhenti di situ dan memasukkan sebiji batu dalam botol yang tersedia sambil berdoa mengikut niat hati sendiri atau seperti saranan di bawah 👇👇👇

Air dalam botol boleh guna apa saja jenis air. Termasuk boleh guna air kolah masjid, air zam-zam, air sungai mahupun air masin.

Waqoof 7 'Mubin' terdapat di 7 tempat dalam surah Yasin.

Apabila tiba di Waqoof ini, kita akan mendoakan ke atas Ben-ya-min Na-tan-ya-hu, tenteranya dan sekutu-sekutunya.

Ya Allah, Engkau ____ Ben-ya-min Na-tan-ya-hu, tenteranya dan sekutu-sekutunya.

1. Ayat 12 - Lemahkan
2. Ayat 17 - Goyahkan
3. Ayat 24 - Pecah Belahkan
4. Ayat 47 - Lukakan
5. Ayat 60 - Rosakkan
6. Ayat 69 - Hancurkan
7. Ayat 77 - Kalahkan

InsyaAllah kekuatan kita pada malam 15 Ramadhan ini menyamai doa khusus oleh 200,000 orang Mujahidin. Ameen.

Apabila ramai menyerang sekaligus, pelindung kepada Ben-ya-min Na-tan-ya-hu di kalangan tentera Kerajaan Jin akan berhempas pulas bertahan tanpa berpeluang menyerang balas.

InsyaAllah dalam telegram akan dikongsikan kaedah mendinding dan menjadi halimunan daripada pandangan tentera mereka yang ingin menyerang balas.

Isnin, 25 Mac 2024

Asrama

 Saya masuk asrama sekejap masa tingkatan 1. Lepas tu saya lari keluar. Masuk tingkatan 4, saya masuk lagi asrama, kemudian sambung ke kolej dan universiti.


Wife saya masuk asrama sejak tingkatan 1 sehingga ke universiti.


Kami tak nak anak-anak kami masuk asrama awal (sejak tingkatan 1). 


Malah saya tak kisah kalau anak-anak saya tak nak masuk asrama langsung sampai tingkatan 5. Kalau mereka suka belajar sekolah harian biasa, maka saya akan biarkan sahaja.


Bukanlah saya cakap ini sebab anak-anak saya tak pandai maka saya nak justify. Tak, saya dah fikir pasal ini sejak mereka belum sekolah lagi.


Kenapa? Sebab saya tak nak mereka jadi macam saya. Tak berapa rapat dengan keluarga sebab lama berada jauh dari keluarga.


Mungkin orang lain takde masalah macam saya bila masuk asrama. Tapi saya lain. 


Baru-baru ini saya jumpa bekas bos saya. Anak-anaknya berjaya semuanya. Kebanyakannya belajar dan bekerja sebagai doktor seperti ibunya dan sebahagian lain engineer seperti ayahnya.


Dia cakap dengan saya, "Orang nampak anak-anak saya berjaya. Tapi orang tak tahu yang kami rasa lonely. Anak-anak ini awal dah tak ada dengan kami. Belajar jauh di oversea, bekerja pun jauh di luar kawasan"


Baca pulak cerita Pak Lan Fadzlan Rizan Johani  sejak beberapa hari lepas, buat saya tak nak lepaskan anak-anak ini awal.


Lain orang lain pandangannya. 

.

Kredit : Hamizi  Hamdan

Sabtu, 23 Mac 2024

Surah

 HOMEWORK 


Teka teki berkaitan nama2 surah dlm AlQuran.. Mari kita cuba..


1. 🧕🏻 - an nisaa’

2.🕷️🕸️- al ankabut

3.🍲🥘- al maidah

4.🐮🐄- al baqarah

5.🏔️👨‍👨‍👦‍👦- ali imran

6.🐎- al adiyat

7.🕰️⏳- al asr

8.🌞- as syam

9.🇺🇸🗽- al kafirun

10.⭐- an najm

11.🌠✨- al buruj

12.🐝- an nahl

13.🚶🏻‍♂️🌚- al israa’

14. 🕋- al hajj

15. 🌄- at tur

16.🔥- 

17.🐘- al fil

18. ⚡🌩️- ar rad

19.⚙️⛓️🔩- al hadid

20.🚪🚪🚪🚪- al hujurat

21.💍- 

22.👑- al mulk

23.🐜- al naml

24.🏆🥇👏🏻- al fath

25.🐪🐂🐐🐃- al an’am

Jumaat, 22 Mac 2024

Kisah nabi

 Korang tahu x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?


Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.


Korang tahu x matahari pernah berhenti?

Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as

Ketika menjelang mghrib.


Korang tahu x sape Qorun?

Qorun ni seorang yg kaya bijak lagi tampan

Dia jugak sepupu Nabi Musa


Korang tahu x apa yg mmbuat Qorun berpaling?

Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.


Korang tahu x Qorun?

Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.

Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.


Korang tahu x sape Firaun?

Firaun ni bapak angkat Nabi Musa

Suami wanita teragung dunia Asiah.


Korang tahu x asal nama Nabi Musa?

Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) 

Ketika di hanyutkan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dalam istana firaun.


Korang tahu x Nabi Musa duk langit ke berapa?

Nabi Musa as diduk di langit yg ke 6


Korang tahu x Firaun?

Firaun pernah membina menara setinggi 15km

Semata2 utk tengok tuhan Nabi Musa.

Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.

Surah An-nazi'at ayat 24.


Korang tahu x Firaun ni?

Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.

Senang cite yang melemahkan ni semua dia xpernah rase.


Korang tahu x firaun pernah bertaubat?

Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima. 

Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.


Korang tahu x piramid di mesir?

Piramid tu kubur org2 kanan firaun.

Tu kubur. Agak2 rumah besar mane?

Allah tinggalkan sikit2 untik kita amik pngajaran.


Korang tahu kan firaun pernah mengaku dia tuhan.

Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan lari lah iblis dari berdamping dengan firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.


Korang tahu x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?

Surah al-a'rf ayat 12

Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mungkin dia nak mengaku dia tuhan.


Korang tahu x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?

Al hijr ayat 36

Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dulu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu.

Iblis yakin dunia akan kiamat. Sebab tu dia mintak tempoh smpai situ je. (hari kiamat)


Korang tahu x lepas iblis mintak tmpoh tu apa Allah buat?

Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.

Iblis ni musuh Allah dan manusia.


Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.

Kita ni? manusia di tambahkan lagi umat kekasih Dia.

Antara umat yg paling Dia sayang mengatasi umat2 terdahulu..


Bakpe la yang malas sangat nak doa tu.

cukup dah ke apa yg Allah bagi harini smpai sombong sgt xnak mimtak dah.. 

Doa lah InsyaAllahh akan Allah perkenankan.

Doa ye kawan2..


Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau adalah cicit nabi Idris


Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau hidup 950 tahun

Surah al ankabut ayat 14


Korag tahu x nabi Nuh?

Beliau ada 4 org anak

Semua lelaki.


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau di tentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.


Korang tahu x nabi Nuh? 

Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau antara nabi ulul azmi sebelum

Nabi Ibrahim as

Nabi Musa as

Nabi Isa as

Nabi Muhammad saw


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau pernah berasa malu kepada Allah.

Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.


Korg tahu x nabi Nuh?

Di sangat2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umat dia, umat yang ingkar arahan dia.

Surah Nuh ayat 26.


Korang tahu x nabi Nuh?

Syirik bermula sejak zaman beliau.

Surah Nuh ayat 23 dan 24


Mohon download apps 'Al Quran Melayu'

Dalam google apps. Sangat friendly user.

Senang nk semak surah2 di atas.


Jangan hanya ada game dan media social apps je.

Banyak sangat dah ni Allah bg nikmat.

Xperlu amik wuduk nk baca alquran


Surah ar rahman ayat 13

X takot ke Allah tanya?


Koran tahu x nabi Nuh?

Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.

Surah Nuh ayat 25.


Korang tahu mana nabi Nuh buat bahtera?

Surah Hud ayat 37

Allah mewahyukan kpda nabi Nuh akan perihal kapal tersebut.


Korang tahu x nabi Nuh?

Panjang kapal itu 1200 hasta

Lebar kapal itu 600 hasta

Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.


Korang tahu x nabi Nuh?

Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar

Tingkat kedua utk nabi Nuh dan kaum nya

Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²


Koran tahu x nabi Nuh?

Untuk beliau mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tapi gagak terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.


Korg tahu x nabi Nuh utus burung apa lepas tu?

Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati tadi bawak balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.


Kemudian nabi nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.


Korang tau x nabi Nuh?

Percaya lah bumi yang korang pijak sekarang ni penah di banjiri air

Surah Nuh ayat 27 dan 28.


Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.

Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.


Antara sikap imam al syafie ialah..      

Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.

Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..


Korang tahu x Lovlin?


#akubukantahusangatcumasedangmembaikidiri

#seronoknyadekat2dgnilmu

#cucihatidanminda

#mencariredhaNya

#shareUntukManfaatBersama

#AbangPengawas


kredit : badri mohd


https://www.facebook.com/share/p/8AUSEaxQDzhBgtRt/?mibextid=oFDknk

Khamis, 21 Mac 2024

Bazar

 Seminggu pertama bulan Ramadhan biasanya pembeli Bazaar Ramdhan dah jumpa gerai idaman mereka. Bila masuk minggu kedua, pembeli tidak lagi gunakan kaedah cuba-cuba sebaliknya akan fokus pada gerai kegemaran mereka.


Kalau mengikut trend tahun lepas, apabila masuk minggu kedua, akan ada gerai yang sudah ketiadaan pelanggan dan mula menutup gerai mereka dengan alasan tidak dapat menampung kos dan jualan tidak balik modal.


Kemungkinan besar gerai-gerai ini sudah tidak ada sambutan berbanding gerai lain. Antara faktor yang menyumbang kepada penutupan gerai ini makanan yang mahal dan rasa yang tidak memenuhi selera kebanyakan pembeli atau bahasa kasarnya 'tak sedap'. Kalau mahal tapi sedap masih ada yang membeli terutama yang memilih rasa. Kalau kurang sedap tapi harganya murah mungkin akan menjadi pilihan untuk yang membeli untuk kenyang bukan rasa. Tapi kalau mahal dan tak sedap, pasti akan diucapkan selamat tinggal.


Tidak mudah untuk berniaga terutama yang hanya berniaga pada bulan Ramadhan. Bak kata netizen sekarang, 'Masak tak sedap tak mengapa, tapi tolong jangan berniaga di bazaar Ramadhan'


- Gambar petikan akhbar tahun 2023


Selasa, 19 Mac 2024

Bazar

 Adat sebenar dibulan Ramadhan adalah, semua peniaga² makanan berehat selama sebulan, dibuka semula selepas 2 minggu raya.


Tujuannya adalah utk menghormati bulan Ramadan dan menjalankan ibadah puasa, ngaji, zikir, suluk, wirid dan perbanyakkan meminta Rahmat, berkah dan Taubat kpd Allah swt.


Kita boleh lihat di Pulau Jawa Indonesia, mereka masih mengekalkan adat iaitu berehat dari berniaga dibulan puasa. Bulan puasa adalah bulan Ibadah. bermaksud seperti ibadah mengerjakan HAJI selama 40 hari berada di Tanah Suci. Begitu juga lepas raya sehari, sambung puasa 6 hingga hari ke-7 Syawal.


Zaman 80an di Malaysia, masih lagi mengekalkan Adat menghormati Bulan Puasa, tapi setelah masuk tahun ke 90an, mulalah muncul bazar² beroperasi secara kecil²an, lalu berkembang pesat sehingga menyebabkan pembaziran makanan hingga jumlah 90,000tan makanan bazar dibuang begitu sahaja.


Jika zaman 80an, semua orang berebut² nak rewang makanan untuk moreh, berbuka dan bubur lambuk untuk sahur. Di bahagi²kan kepada seluruh penduduk kampung tanpa mengira bangsa, secara PERCUMA. Orang kampung berpakat berkongsi rezki masing² untuk menjayakan amalan B3rsedek4h dibulan Puasa dengan bergotong royong memasak di surau dan masjid.


Itulah sebahagian pengalaman yg sy pernah lalui dan rasai. setelah itu bila masuk tahun ke-90an, kian dah tak merasai setelah munculnya "ADAT BARU" iaitu bazar² ramadan mula tumbuh seperti cendawan dari tahun ke tahun.


Teringat pengajaran yg berlaku di negara² tanah timur (syri4 dan "Jiran²nya"), asbab pembaziran Roti dan makanan buangan, maka Allah menurunkan bencana kelaparan dan Kemarau bagi memberi pengajaran agar menjadi ikhtibar kepada negara² yg lain. Sayangnya maklumat² itu hanya sampai dari mulut ke mulut dan sukar untuk menemui artikel tersebut.


Lihat Negara kita harini.

Asbab pembaziran makanan 90,000tan sepanjang bulan puasa, KEMARAU mula terjadi dikawasan² tertentu, panas yg dahsyat mula membahangi. Entah bagaimana kita akan lalui sehingga penghujung Ramadan ini.. mudah²an Allah menurunkan Nikmat dan Rahmat Hujan kepada kita semua.. Aminnn ya rabbal aalamin.


Nasihat kepada semua peniaga bazar otai dan yg junior, berniagalah alah kadar, sekadar menghabiskan "TARGET" ju4lan dan mencukupi, agar tidak berlaku pembaziran dan kerugian. Sentiasalah berlaku Jujur dalam menju4l, tidaklah disajikan makanan yg dah berhari² kepada pemb3li.


Pengalaman sy berniaga di bazar 20tahun lepas, cukup 2 tong nasi beriyani & 1 tong nasi ayam dah habis, takyah tambah lagi. Alhamdulillah ketika itu sekitar jam 5:30~6:30pm habis terju4l kesemuanya.. Dalam sebulan tu, hanya 3~4 hari saja nasi berbaki 7~10 bungkus atas meja. Kami buat stok makanan sahur dirumah dan bahagi kepada jiran² peniaga bazar.


Jangan disamakan dengan zaman sekarang, makanan penuh "HIPSTER", banyak pilihan, banyak pula peniaga. Makanan penuh atas meja, 1 gerai target umpama 100~200 pembeli. sebenarnya cukuplah mengikut kapasiti pemb3li dan jumlah PENIAGA. Jika peniaga Ramai, kurangkan ju4lan makanan, target 30~50 pembeli sehari, Janji habis ju4l sudah. Jika peniaga sikit, target 50~100 pemb3li dah memadai.


Yg untung adalah Majlis Bandaraya, yg rugi adalah peniaga.


Cuba kita renungkan, bagaimana jika 90,000tan makanan yg dibazirkan tu dapat kat penduduk GZ yg sedang struggling kelaparan dibulan Ramadan ni...


Sekadar rentetan..

Semoga menjadi ikhtibar pd kita semua.. 👌


Isnin, 18 Mac 2024

Kecewa

 Cnp

Aku rasa terpanggil untuk  meluahkan perasaan kekecewaan aku kepada pemimpin² melayu di dalam kerajaan madani.  Masa pemerintahan umno dan muafakat nasional menjadi kerajaan agama islam tidak dihina seteruk sekarang. Sekarang mereka (bangsa cina kafir harbi) semakin berani menghina agama islam begitu juga dengan pencerobohan masjid mereka berani masuk ke ruangan solat lelaki dan memaki hamun Iman dan bilal yang sedang bersolat tarawikh.... Kenapa mereka semakin berani?? Sebab tak ada tindakan tegas yang di ambil ke atas mereka jika nak dibndingkn dengan bangsa kita kalau trsilap atau tersasul menyentuh tentang isu 3R jam 3 pagi pun di tangkap dan di soal siasat....


Aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada ketua pemuda umno datuk Akmal Mohd salleh kerana berani brsuara dengan tegas.  Kalau nak harapkan president umno yang brsuara jangan haraplah kerana president umno lebih sayangkn jawatan dan kesenangan dunia dari akhirat. Begitu juga dengan PMX....diam seribu bahasa saat agama islam  di hina sedemikian rupa.... Sayangnya mereka takut akan kehilangan jawatan jika menegur cina² yang semakin kurang ajar ini....


Kita tidak pernah pun menghina dan menyentuh anutan mereka walaupun bagi kita mereka adalah manusia bodoh yang menyembah batu dan berhala tapi kita tidak pernah pun mempertikaikan atau menghina anutan mereka sebab kamu dengan agama kamu dan kami dengan agama kami....


Begitu juga dengan raja² melayu....raja melayu adalah ketua agama kepada negeri masing² tapi di mana suara raja² melayu kenapa berdiam diri seribu bahasa....tidak malukah kamu sebagai raja apabila agama kamu di hina sedemikian rupa?? Bila ulamaq menegur pemerintahan kamu yang tidak menuju ke arah negara islam kamu melenting dan murka tapi apabila agama kamu di hina kamu diam seribu bahasa


Sedarlah bangsa ku jangan di bagi muka lagi kepada bangsa yang tak tahu menghargai jasa penduduk asal negara ini....kamu pndatang tetap pndatang kalau kamu tak puas hati kamu boleh berambus ke negara asal kamu 

Kamu adalah cina lahanat dan kafir harbi yang tak tahu di untung menumpang di tanah air orang....sedarlah kamu adalah asal pndatang yang di bawa masuk ke negara ini oleh british sebagai buruh kasar tapi kini kau pula nak jadi tuan kepada tanah ini....


jom boikot semua pasaraya cina....


*Pahlawan Bentang*

Kedai

 Siapa Yang Kuasai Pasaran Runcit, Merekalah yang Kuasai Ekonomi Negara tuh!


Jadi siapa yang menguasai Pasaran Runcit Negara?

Dari RM 123 Bilion Belanja Runcit Malaysia, 

60% Dikuasai oleh Syarikat Asing (Bukan milik orang Malaysia) 

32% Dikuasai Non Bumi 

8% jer dikuasai oleh Bumi 


Setiap RM 1 kita belanja, kesan dia besar dalam rantaian Pembekalan!


Orang kita kata Kedai orang kita Mahal sebab tuh mereka tak boleh nak support.


Tapi Kedai Aceh yang Sales mencecah lebih 9 Billion seluruh Negara ( ada lebih 3,000 Kedai Aceh) Harga dia kebanyakkanya memang mahal. Tapi orang kita ok jer.


Orang kata copy jer 99 SpeedMart sure kita orang support! 

Harga dia Memang Murah katanya!


Tapi 99 SpeedMart cuma jual barang kering. 

Beli minyak harga kawalan - Harga Sama

Beli beras harga kawalan - Harga Sama

Beli Gula,Tepung dll barang kawalan - Harga Sama


Jadi apa yang dia murah sangat?


Diapers, Susu dan beberapa barang lain. = yg nie Kita boleh compete! (kami akan buat Price comparison) 


Tapi kenapa kita susah nak grow macam dia orang?


Mereka ADA FUNDER yang Besar!

Mereka Boleh Buka Sekali Banyak! minima 100 cawangan setahun!

Mereka dah LAMA!


Tapi Strategi Mereka betul! 

Mereka jual untuk SEMUA Bangsa!

Mereka jual untuk SEMUA Agama!


Yalah, tapi yang beli Majoriti adalah Bangsa Kita!

Yang Kerja Pun Bangsa Kita!

Yang terpaksa korban Agama kerana 'Terpaksa' Jual Arak!


Yalah, tapi Kedai orang kita tak lengkap!

Barang selalu tak cukup!

Servis tak bagus!


Kami akan terus cuba perbaiki!

Kami cuma perlukan Peluang untuk Usaha sampai Berjaya!

Berjaya pecahkan monopoli mereka!

Berjaya selamatkan orang kita dari terpaksa Jual Arak!

Berjaya pastikan Ayam yang dijual adalah Benar-Benar Halal! 

(Bukan Ayam Sulam) (ayam halal + ayam x halal = ayam sulam)


Jom Mula Support Kedai Runcit Orang Kita!

Cuba berhenti ke PASARAYA BESAR milik syarikat Asing! 

Pergilah MYDIN untuk beli barang yang banyak!

Pergilah Malakat Grocer di Malakat Mall jika tinggal dekat.


Banyak list kedai Runcit orang kita!

Amik Tahu!

Mula Support!

Mula Sebarkan Kesedaran kenapa kita kena Support!


Sebab Bila kita terus tak kisah beli dengan Kedai Orang Tidak Beriman,

Biasanya mereka Hanya Pandang Duit Kita sebagai Mulia!


Tapi .. mereka akan Pandang kita dengan Hina!

Mereka akan Hina Bangsa kita!

Mereka akan Hina Agama kita!

Mereka akan Hina Allah & Nabi! 


Tengok dan Baca Komen Penyokong Tegar Mereka!

Mereka kata Malaysia Bangkrap kalau Syarikat Mereka tak bayar Cukai! 

Mereka lupa Syarikat dia tuh dapat income dari Pembelian orang kita! 


Jadi kita nak tunggu lagi mereka Hina kita?

Atau dah Boleh Mula menyatu untuk sokong orang kita?


Jom! Dah Ramadhah dah!

Bulan untuk kembali ke jalan yang benar!


Semoga ada sinar dalam Perjuangan Kebangkitan Ekonomi Ummat Islam! 


Coach Fadzil 

#KebangkitanEkonomiIslam #CoachFadzil

Ahad, 17 Mac 2024

RM7

 Saya terima banyak pertanyaan daripada sahabat².. Tentang kadar zakat Fitrah yang perlu ditunaikan pada bulan Ramadhan ni, dalam keadaan tiada bekalan beras Super Special Tempatan (SST). 


Ramai yang mengadu, kebanyakan masyarakat yg sebelum ni menjadi kan SST sebagaimana makanan utama, kini terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal berbanding beras SST.


Persoalannya...berapa kadar zakat Fitrah perlu ditunaikan oleh mereka yang menghadapi situasi sebegini. RM7 kah...? atau RM14 kah...? Atau bagaimana kah?


Bagi menjawab persoalan tersebut, berikut penjelasan saya:


Berdasarkan pandangan di dalam Mazhab as-Syafie, kewajipan zakat fitrah adalah berdasarkan kepada makanan asasi yg menjadi قوت البلد (makanan asasi majoriti) sesuatu penduduk.


Imam an-Nawawi menyatakan:

‎وَتَجِبُ مِنْ قُوتِ بَلَدِهِ

(Minhaj at-Tolibin)

Rujuk: https://alminhaji.com/matn/fast/


Berdasarkan pendapat ini, قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor adalah beras. Bukan gandum, atau jagung, barli, pizza atau cikidis dll. 😁


Berdasarkan Kajian Makanan Asasi Penduduk Negeri Selangor (Zakat Fitrah) yang dijalankan pada tahun 2022 yang dilaksanakan oleh LZS secara survey di lapangan, data kajian mendapati, beras SST 5% adalah kategori beras yang menjadi pilihan majoriti umat Islam negeri selangor iaitu sebanyak 46.03%.


Berdasarkan kajian ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan bahawa, beras SST 5% dianggap sebagai قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor. 


Berdasarkan ketetapan ini juga, kadar zakat fitrah yg wajib ditunaikan oleh umat Islam di negeri Selangor mengikut SST 5% adalah RM7.


Sementara itu, bagi mereka yg memakan beras selain SST, LZS juga menjalankan kempen menggalakkan umat Islam di negeri Selangor untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang di makan. 


Asas kempen galakkan ini adalah berdasarkan kepada pendapat Imam an-Nawawi yang menyatakan:

‎وَقِيلَ: قُوتِهِ


Berdasarkan pendapat ini, seseorang itu juga boleh menunaikan zakat Fitrah berdasarkan makanan asasi yang ia sendiri makan (قوت نفسه). Bukan berdasarkan makanan yang menjadi makanan majoriti umat Islam.


Oleh itu, bagi umat Islam di negeri Selangor yang memakan beras seperti: 

• Beras Import Putih

• Beras Perang

• Beras Pulut

• Herba Poni

• Beras Wangi


Kadar zakat Fitarh yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM14.


Manakala mereka yang memakan beras seperti:

• Beras Basmathi

• Beras Jepun

• Beras Merah


Kadar zakat Fitrah yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM21.


Bagi mejawab isu ketiadaan beras SST di pasaran, apakah kadar zakat yang perlu ditunaikan oleh mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST.


Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukan oleh pengarang Kitab al-Fiqh al-Manhaji A'la Mazhab al-Imam as-Syafie iaitu Sheikh  Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Sheikh A'li asy-Syarbaji yang menyatakan: "Makanan yang dimakan sewaktu musim susah dan kemarau tidak boleh dianggap sebagai makanan asasi".


Berdasarkan pandangan Masyayikh ini, mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST disebabkan berlaku isu "sorok bekalan beras SST", kartel atau sebagainya, situasi ini boleh dianggap sebagai situasi susah dan bukan situasi normal.


Oleh itu, kadar zakat yang wajib mereka tunaikan adalah tetap RM7 kerana mereka membeli beras yang mahal bukan dalam keadaan normal. Tetapi terpaksa.

 

Wallahu A'lam Bissowab.


Saya izinkan artikel saya ini untuk dishare dan disebarkan. Moga bermanfaat untuk ummah.


MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMAD ZAINAL 

Ketua Jabatan Penyelidikan & Sekretariat Syariah

Divisyen Syariah & Dakwah 

Lembaga Zakat Selangor

Akhir zaman

 Tuhan Kau telah memberitahu kami

Tentang peristiwa akhir zaman

Peristiwa di zaman kami ini

Melalui lidah NabiMu


Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi

Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya

AlQuran dijadikan barangan dagangan

Isinya sudah tidak dihiraukan


Tuhan kekasihMu memberitahu

Dunia dijadikan barang yang diburu

Muslimin diseksa dan dihina

Oleh tangan-tangan kafir durjana


Tuhan NabiMu terus bermadah

Ilmu Akhirat ditinggalkan orang

Ilmu dunia dijadikan rebutan

Perempuan-perempuan dijadikan hiasan


Rumah-rumah syaitan penuh riang

Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang


Tuhan yang paling menakutkan

NabiMu pernah bersabda

Di akhir zaman yang paling jahat

'Ulama yang memandang dunia

Tabi'atnya busuk bak bau bangkai

Siapa tercium kan mati jiwanya


Tuhan NabiMu menyambung lagi

Terhadap peristiwa akhir zaman

Perempuan hilang malunya

Anak tidak hormati ibu bapa

Bahkan keduanya dijadikan kuli

Atau sudah tidak dipeduli


Tuhan penutup kata kami ceritakan

Dari lidah Nabi kekasihMu

Rezeki yang halal susah dicari

Ibarat mencari berlian berharga

Tuhan kekasihMu menjanjikan

Kedatangan mujaddid baru


Muslimin nasibnya akan terbela

Rumah-rumah Tuhan penuh riang

Rumah-rumah syaitan akan musnah

Perempuan-perempuan akan dilindungi

Anak-anak soleh dan solehah

Kebenaran kan pasti terbukti

Sabtu, 16 Mac 2024

Syurga buatmu

 


Kasih abang sampai mati


Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.


Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.


Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.


Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.


Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.


Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.


"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.


"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.


“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.


Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.


Jumaat, 15 Mac 2024

Stem

 



Gelakkan diri sendiri.. satu realiti..

Respon adalah jenis pemikiran yang tak mampu nk mencakna realiti lokal.. apatah lagi utk melihat dunia pendidikan global.


1. Di universiti, calon guru diajar prinsip2 pendidikan dari pedagogi sampai psikologi..PCK dan CK..  dari menyediakan penilaian formatif sampai sumatif.


2. Di universiti Pendidikan Sains juga diajar dgn teori spt IBSE, meaningful learning, inquiry hingga cognitive dan social constructivism. Malah secara khusus kpd kaedah mengajar dan melakukan amali.


3. Bila calon2 ini mula berkhidmat disekolah, mereka mula berada dlm persekitaran yg rigid, semuanya telah diaturkan utk mereka.


4. Jika dulu di universiti mereka membuat kupasan pelbagai buku, kini mereka hanya perlu rujuk satu kitab sahaja - buku teks. Segala2nya tertumpu kpd satu buku inilah - jelas atau keliru. Jgn sekali nk tegur, pasti ada yg datang meluru, lalu dikatakan telah merujuk DSKP nan satu.


5. Jika guru baru ingin laksanakan SCL dgn maksud spt yg dipelajari di universiti, maka bermimpilah dia sehingga tersedar sekolah bukan realiti utk apa yg pernah mereka dipelajari. SCL di sekolah difahami sbg 'hands-on', dua perkara yg menyimpang jauh.


6. 'Science is fun with exploration' hanya wujud dlm tugasan di universiti dan sekolah di obersi, sedang sekolah di Sg Besi kena akur 'study science for examination'.


7.  KBAT di universiti diajar dlm konteks diskusi, interaksi dan presentation klu nk apply disekolah jawab tak abislah sbb silibus yg semakin tebal dan ditebalkan.


8. Taksonomi Bloom dipelajari di universiti utk menyediakan LO dan bertanya soalan aras rendah, sederhana dan tinggi, utk diikuti dgn intervensi, bukan merekodkan TP-TP yang makin lama makin mudah2 dimanipulasi. 


9. Selepas bbrp tahun di sekolah, guru pun lelah.. ikut sahajalah demi melaksanakan tanggungjawab dgn beban yang semakin bertambah.


10. Jika di negara maju, dgn autonomi dan guru yg fokus kpd PdP sahaja, support system yg mengutamakan PdP guru, empati kpd murid, silibus yg luwes ikut lokaliti, suasana lebih kondusif, membuka ruang kpd guru mengaplikasi apa yg diperolehi di universiti dan menguasai aplikasinya utk kemenjadian murid arus perdana.. sedang disini hanya gah dgn slogan yang tak bawa banyak makna...


Selamat bertarawikh.

OT

Khamis, 14 Mac 2024

Sahur

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*ASAL USUL MAKAN SAHUR*


📜Tahun pertama diperintahkan puasa Ramadhan, kota Madinah sedang dalam keadaan panas terik. Meskipun sebahagian sahabat sudah mafhum lantaran perintah serupa pernah ada dalam syari'at Nabi sebelumnya, namun menahan lapar dan dahaga tetap menjadi cabaran besar bagi mereka.


Salah satu sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang taat adalah Qais ibn Shirmah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. Dengan penuh semangat, Beliau رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ menjalankan ibadah puasa tanpa sedikit pun mengurangi kebiasaan bekerja.


Maghrib pun tiba. Sampainya di rumah, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bertanya  kepada isterinya menu apa yang boleh disantap untuk berbuka.


_"Maafkan aku, suamiku. Tak ada satu makanan pun yang dapat dihidangkan hari ini. Tunggulah, aku akan mencarikannya untukmu."_ Jawab isteri Qais.


Tak ada makanan yang tersedia, bukanlah perkara aneh. Kerana dalam kebiasaan puasa sebelumnya tidak dikenal kesunnahan makan sahur dan berbuka.


Kerana menunggu cukup lama, Qais  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terlelap. _"Kasihan sekali wahai engkau, Qais."_ Ucap sang isteri perlahan sekembalinya ke rumah, tanpa berani membangunkannya.


Pagi harinya, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terbangun, menunaikan solat Subuh dan langsung kembali bekerja di ladang. Hingga pada waktu tengah hari, terdengar khabar beliau jatuh pengsan.


Apa yang menimpa Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ akhirnya sampai ke telinga Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ termenung, kemudian Allah ﷻ menurunkan keterangan di dalam surah al-Baqarah, ayat 187:


_"Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam."_


Nabi Muhammad ﷺ kemudian menyampaikan firman Allah ﷻ tersebut kepada para sahabat. Beliau ﷺ juga bersabda, _"Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah MAKAN SAHUR."_


Mendapat berita baik yang disampaikan Nabi ﷺ, para sahabat merasa lega dan gembira. Dalam fikiran masing-masing, mereka yakin, anjuran santap sahur itu semakin menjelaskan bahawa Islam adalah sebenar-benarnya agama keselamatan.

Selasa, 12 Mac 2024

Karomah



 Siapa pernah baca kisah 33 pelombong Chile terperangkap 69 hari dlm lombong?. Ia berlaku lebih kurang 11 tahun yg dulu yakni pada 5 Ogos 2010.  Bila dikeluarkan dari lombong tersebut, 33 org semua hidup dan sihat walaupun mereka hanya makan sesudu tuna seorang setiap 72 jam. Kisah ajaib ini boleh diakses dari youtube.


Setelah keluar dgn selamat, 2 org dari pelombong itu sebagai mewakili yg lain telah datang bertemu Sheikh Nazim Haqqani di Cyprus dan berbaiah tarekat naqsyabandiah dgn beliau.


Bagaimana mereka kenal Sheikh Nazim? Itulah rahsia keajaiban yg menyebabkn mereka terus hidup dalam lombong yg sempit dan kotor itu. Yakni kerana karomah waliyullah yg membantu mereka. Segalanya atas kehendak Allah jua.


Itulah teknologi ROH.


Bahkan pada hari di mana mereka dibawa keluar dari lombong tersebut semua mereka memakai tasbih yg diberi oleh 7 RijalulGhaib yg menjaga mereka. Mereka juga dilawati oleh ketua 313 tentera Al Mahdi yg datang dari Timur.


Mengapa hal ini terjadi? Sheikh Nazim kata untuk memberi peringatan dan keyakinan pada manusia bahwa karomah dan teknologi roh itu ada.


Pelombong itu semua telah bersyahadah semasa tertimbus di dalam lombong. Cerita berkenaan mereka masuk Islam dan setiap seorg memakai tasbih dileher sewaktu keluar dari lombong tersebut ditutup dgn baik oleh yahudi yang menguasai media massa dunia.


Sebab itu tidak ramai org tahu the truth that lies behind it walaupun ada difilemkan.Nama filem itu adalah The 33.


Kredit : Prof Nor Ariffin

Isnin, 11 Mac 2024

Cicir math

 Cnp

Kredit to

al mumin al kanta

REALITI YANG MENYEDIHKAN.


Benda ni guru2 lama dah tahu... Keciciran bahasa & matematik. Bila budak tercicir maka mereka dah tak boleh mengikuti pembelajaran yg akhirnya TERCICIR BERTERUSAN SAMPAI SPM.

Pembelajaran itu menggunapakai konsep masteri iaitu penguasaan bertahap / beransur2 sampailah tamat pengajian di U. Untuk kuasai tahun 2, murid kena kuasai silibus tahun 1. Untuk kuasai matematik di peringkat menengah, budak kena kuasai matematik di peringkat rendah. Nak kuasai algebra...? Budak kena kuasai +, -, x, ÷ juga pecahan.

Setelah pandai mengeja, budak kena pandai membina ayat & membaca. Sererusnya memahami apa yg dibaca. Budak tingkatan 4 kelas aku yg hujung, ntahlah... adakalanya aku tak faham apa yg mereka tulis. Mereka pandai malah lancar membaca, CUMA SAYANG MEREKA TAK TAHU APA YG MEREKA BACA.

Tahun lepas aku buat kajian kes kecil berkaitan dgn keciciran dlm tajuk pecahan. Aku bukan guru matematik. Aku guru BioSns 4 & 5. Aku buat kajian kes di tingkatan 1 kelas PJ aku semata2 nak tunjuk keciciran yg aku kata selama ini. Aku dah bentang peringkat negeri dlm talian. Cuma spt yg aku jangka TIADA PIHAK YG BERMINAT DGN ISU KECICIRAN. Mereka hanya berminat dgn KPI SPM. Aku dah bagi cadangan peringkat negeri & daerah. Seperti biasa... ini Malaysia bah... Cadangan tinggal kenangan... 😁😁😁 Mereka tak nanpak apa yg aku nampak.

Kesimpulan awal kajian kes aku, mmg ada keciciran matematik. Kamu tahu bila aku tanya mana lebih  besar nilainya...? 1/2, 1/4, 1/6 & 1/8. 100% BUDAK DALAM KELAS JAWAB 1/8. Kau rasa...?

Kenapa berlaku keciciran...? Banyak faktor. Berdasarkan pembacaan masa belajar, antaranya;
1. Kurikukum yg berat & padat.
2. PdP yg membosankan.
3. Kekurangan prasarana.
4. Bilangan murid per kelas.
5. Kualiti guru.

Jadi kalau budak2 di sekolah menengah dah tak minat belajar, bukan sebab penghapusan UPSR & PMR. Selain faktor gangguan "game" dlm talian serta laman sosial, MAKA KECICIRANLAH PUNCANYA. Budak dah "left behind" yg menyebabkan mereka bosan & "disenggage" dpd pembelajaran.

Aku hairan sampai sekarang, kenapa KPM/JPN/PPD TAK MINAT MENYELESAIKAN ISU KECICIRAN...? Bukankah kita dilatih dgn ilmu2 pendidikan yg FUNGSINYA MENYELESAIKAN MASALAH...?

Kita "problem solver" maaa...

Ingatlah yg KECICIRAN AKAN MENJADI LIABILITI BESAR BUAT KERAJAAN PADA MASA HADAPAN. Budak2 yg tercicir ini majoritinya akan menjadi penerima subsidi & bantuan dpd kerajaan. Makanya, sepatutnya "SIFAR CICIR" menjadi keutamaan. Biar mereka suatu hari nanti mampu beroleh perkerjaan berpendapatan tinggi melalui pendidikan yg mereka lalui. Sekurang2nya mereka akan menjadi pembayar cukai kpd negara.

#SifarCicir

Kpm

 Baru-baru ini saya ada membaca ulasan seorang penganalisis politik di dalam akhbar The Star mengenai trend sokongan rakyat terhadap parti-parti yang ada menunjukkan polarisasi kaum yang semakin melebar.


Sokongan orang Melayu kepada PN dijangka akan meningkat kepada 90% dalam PRU16 dan begitulah sebaliknya orang Cina keseluruhannya akan tetap menyokong PH walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan. 


Prasangka negatif antara kaum semakin menebal dan setiap perkara yang berlaku akan dilihat dari perspektif perkauman. Isu ini jika tidak ditangani secara tegas dan berani ia akan menjadi lebih kritikal. Apa yang menyedihlan saya ialah semua orang tahu penyelesaiannya tetapi tidak ada seorang pemimpinpun yang berani mengambil tindakan. 


Punca utama berlaku polarisasi kaum ini bermula dengan sistem Pendidikan. Kengganan kaum cina untuk bersama di dalam sekolah kebangsaan dan tidak adanya ketegasan oleh pemimpin utama negara memaksa pembelajaran satu aliran adalah punca kepada perpecahan kaum. Kedua-dua faktor ini hanya boleh diselesaikan jika ada keberanian politik oleh pihak kerajaan.


Mana mungkin rakyat boleh bersatu jika sejak dari kecil kita dipisahkan dan menerima sistem pendidikan yang berbeza. Hanya manusia yang tidak siuman mengatakan ia bukan punca perpecahan kaum. 


Sehingga hari ini majoriti orang Cina masih gagal menguasai Bahasa Melayu. Itu belum diambil kira isu agama dan budaya yang lebih kronik dan sensitive. Persoalannya; bolehkah negara melangkah ke hadapan jika perkara yang begitu asas ini tidak dapat diselesaikan?


Rancanglah apa pun, tubuhlah kementerian atau badan apapun, belanjalah banyak mana pun, semua itu adalah fatamorgana, Nampak indah tapi isinya tiada. Negara akan kekal berpecah, isu perkauman akan terus retak dan semakin merebak. 


Jadi jangan kita merintih kalau berlaku insiden-insiden yang boleh menggugat kestabilan negara kerana kita memang layak menerima akibatnya. Pihak kolonial akan ketawa kerana strategi mereka berjaya walaupun kita telah merdeka hampir 70 tahun.


Dulu kita menjadi rujukan negara-negara ASEAN tetapi sekarang kita sudah jauh ketinggalan. Banyak orang mengatakan rasuah punca utama kegagalan negara untuk maju, saya boleh setuju. Tetapi bagi saya punca utama yang menjadi penghalang besar kepada kemajuan negara adalah sistem Pendidikan. 


Bentuk pemikiran, emosi yang stabil, rasa kekeluargaan, kebersaman dalam kemajuan semuanya lahir dari Pendidikan. Selagi pemimpina negara gagal menerima realiti ini maka selagi itulah kita akan tetapi menjadi negara membangun bukan negara maju.


Aminuddin Yahaya

11 Mac 2024

Sabtu, 2 Mac 2024

Plykard

 Dapat 3A boleh sahaja lebih baik dari 10As ! 

Tak caya bacalah perlahan2..


1. Sekitar 2% pelajar SPM dapat 10 As. Walaupun mereka dapat 12 As sekalipun, mereka hanya boleh memilih SATU SAHAJA  kerjaya. itupun jika pencapaian mereka konsisten selepas SPM. Bagaimana dengan 98% yang lain ?


2. Tiada jaminanpun yang 2 % ini akan terus cemerlang ketika di IPT yang tiada lagi kelas tuisyen, latih tubi, teknik menjawab soalan atau prep malam2 spt mereka yang berada di SBP. Tiada.


3. Bagaimana dgn murid X yang dapat 3A, katakan dalam subjek Fizik, Moden / Add Maths kerana dia minat sangat Fizik dan sangat tinggi passionnya. Subjek lain sekadar B sahaja. 


4. Sama halnya dgn murid Y yang dapat 4A dgn Kimia, Bio, Add / Moden Maths. Subjek lain B dan ada juga C. Dia minat nak ambil bidang bioengineering atau chemical engineering.


5. Atau murid Z dapat semua B campur C, sebab minat nak ambil bidang komputer, jadi banyak menghadap komputer dari buku SPM. 


6. Apapun... jangan mimpilah murid X, Y dan Z dgn 3A, 4A atau tiada A nak angkat plakad... buat malu sekolah je... gi main jauh2. Yg best pihak sekolah yg pertahankan plakad tu pun tak pernah dpt 10As.


7. Tapi jangan tak tahu, X, Y dan Z juga boleh menjadi professional yang hebat dalam bidang yang mereka ada passion wpun tidak dipandang ketika mengambil keputusan SPM. 


8. Sebab itu, menunjuk2 banyaknya bilangan As bukan cara WARAS oleh orang waras dalam pendidikan. Percayalah, TIADA negara maju mana2pun yang tunjuk2 bilangan As ini. Biarlah itu pencapaian masing2 tanpa perlu ditayang2. 


9. Apatah lagi sekolah berlumba2 nak hasilkan pelajar semua As dan berlawan2 GPS pulak ... siap dapat mcm2 anugerah lagi.. tak tahu utk apa anugerah tersebut. Aku memang tak faham gelagat pemikir pendidikan negara.


10. Sekadar bahan fikir petang2 Ahad. Aku tak rendahkan pelajar yang dapat 10 As sebab aku pun ada 3 anak dapat 10 As / 11 As wpun mereka tak angkat plakad dan tak ditayangkan keputusan mereka dalam medsos, tetapi akhirnya mereka memilih SATU kerjaya sahaja termasuklah jadi TESL. Jadi ibubapa sentiasalah berikan galakkan wpun anak telah mendapat 10 A atau yang tidak utk teruskan minat mereka diperingkat pendidikan tinggi.


OT, Rembau

Selasa, 27 Februari 2024

Ayat manzil

 utk yg terkena sihir


Jgn keluar rumah selagi belum pulih


Biasanya hari ke 7 malam ke 8... 


Kuar jin yg kacau kita. 

Kepala setinggi siling

X bbaju


----------------==-----------------------------


Bacaan Ayat Manzil


Surah Al-Fatihah

Surah Al-Baqarah Ayat 1-5

Surah Al-Baqarah Ayat 163

Surah Al-Baqarah Ayat 255 (Ayat Kursi)

Surah Al-Baqarah Ayat 256

Surah Al-Baqarah Ayat 257

Surah Al-Baqarah Ayat 284

Surah Al-Baqarah Ayat 285

Surah Al-Baqarah Ayat 286

Surah Al-Imraan Ayat 18

Surah Al-Imraan Ayat 26

Surah Al-Imraan Ayat 27

Surah Al-A’raf Ayat 54-56

Surah Al-Isra’ Ayat 110-111

Surah Al-Mukminun Ayat 115-118

Surah Al-Shaffat Ayat 1-11

Surah Ar-Rahman Ayat 33-40

Surah Al-Hasyr Ayat 21-24

Surah Jinn Ayat 1-4

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Falaq

Surah An-Nas

Padu

 Sedikit perkongsian

[UTK org swasta dan kerajaan  yg ingin menolak]

Boleh salin dan tampal sekiranya Ketua Jabatan minta surat tunjuk sebab anda tidak daftar dalam sistem PADU.





——————-

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK DAFTARKAN DIRI MELALUI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ……………….. merujuk kepada surat Tuan/Puan bertarikh … yang meminta saya memberikan sebab kenapa tidak daftarkan diri melalui Pangkalan Data Utama (PADU) seperti saranan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Selain dasar kerajaan sendiri tidak mewajibkan warganegara mendaftarkan diri. Saya tidak berdaftar melalui PADU kerana:

• Saya tidak ditawarkan perlindungan, bantuan dan subsidi secara automatik selepas mendaftarkan diri.

• tiada jaminan data peribadi terpelihara , tidak disalahguna dan dikongsi dengan agensi atau pihak luar.

• tiada peruntukan undang-undang yang mengikat Kementerian Ekonomi berkongsi data peribadi saya dengan pihak luar.

• Maklumat profil saya lengkap yang boleh diperolehi di HRMIS - Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia.

• Tiada pekeliling rasmi perkhidmatan dikeluarkan dan mewajibkan Penjawat Awam mendaftar melalui PADU.

• Akta Omnibus belum digazetkan sebagai akta bagi membolehkan perkongsian data dengan penyimpanan awan di kalangan agensi-agensi kerajaan.

4. Diharap sebab-sebab yang dinyatakan oleh saya diterima. Saya dengan suci hati tidak berniat ingkar arahan tetapi sehingga kini tiada arahan wajib dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan.

5. Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi juga perlu bertanggungjawab dalam kenyataan yang dibuat kerana Ketua Jabatan terkeliru sehinggakan beranggapan setiap Penjawat Awam wajib berdaftar melalui PADU.

[yang Masih Belum Daftar P.A.D.U]




Salin dan tampal

Isnin, 26 Februari 2024

Kimi-A!

 Kertas 2 - Kimia SPM 2023


Bahagian A
1. Composite /matrix /helmet /meaning of composite material
2. What is Proton number/calculate mass of isotope / ✅
3.saturated unsaturated fats
4.hot pack / calculate temperature rise of substance (given H value)
5.empirical formula (CuO) /meaning ✅
6. Salts and acid diagram what is white when cold yellow when hot✅
7. Covalent bond and Hydrogen bond /Large Molecular size
8.proton number/ meaning / atomic structure✅

Bahagian B
9. Latex (coagulation) ✅
10. Electrolytic cell /voltaic cell /E node value/cell notation✅

Bahagian C
11. Carbon  compound ( fermentation) ✅

Berdasarkan perkongsian topik2 fokus cg Komathy smlm.. klau cmpur skali dgn perkongsian cg Sakina dan cg Marlina.. rsanya 100% kluar🥰🥰🥰

Sabtu, 24 Februari 2024

PBD

 SISTEM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD): IMPLIKASI DAN KESANNYA TERHADAP MASA DEPAN PENDIDIKAN


Hari ini tamatlah sesi temuduga untuk kemasukan ke Kolej Vokasional. Kali ini saya menjadi penemuduga untuk kursus Teknologi Automotif. Salah satu kursus paling 'HOT' dan 'laku keras'. Permohonan yang sangat tinggi, sedangkan kouta kemasukan yang sangat terhad.


Jadi, pemilihan fasa pertama saya tetapkan keputusan PBD Math, BM dan BI semasa di tingkatan 3 sekurang-kurangnya TP3. Kerana ramai calon yang memohon berada pada tahap TP4 dan TP5 (TP6 paling tinggi dan TP1 paling rendah). Perkara pertama yang melintas dalam otak saya ialah 'waa...hebat-hebat semua yang memohon kursus Teknologi Automotif'.


Tetapi sesuatu yang sangat memeranjatkan saya berlaku, 60% pelajar yang mempunyai keputusan Math TP3 dan keatas hanya memperolehi kurang daripada 40% markah Ujian Saringan Math (hanya soalan asas matematik). Pelajar pertama yang saya temuduga mempunyai keputusan PBD TP4 untuk subjek Math tetapi hanya memperolehi 20% Ujian Saringn Math. Pelajar ini mengakui memang bermasalah dalam subjek Math, dia sendiri pun tak tahu macam mana dapat TP4. 


Untuk kepastian, saya mengemukakan soalan 5/2 (5 bahagi 2). percaya atau tidak...pelajar ini gagal menjawab. Semua jari tangan dia sudah guna untuk membuat kiraan, tetapi tetap gagal menjawab. Pening, panik dan bengong kejap....saya macam tidak percaya apa yang berlaku depan mata.


Saya memutuskan untuk menjalankan kajian ringkas untuk calon yang memperolehi markah Ujian Saringan Math kurang daripada 50%. Saya mengemukakan cuma TIGA soalan asas. Soalan pertama 5/2 (5 bahagi 2), soalan kedua 7/2 (7 bahagi 2) dan soalan ketiga 9/3 (9 bahagi 3). Percaya atau tidak, 80% pelajar gagal menjawab ketiga-tiga soalan tersebut😓😓😓. Ini bukan ceritaan rekaan tuan-tuan dan puan-puan, siapa tidak percaya..boleh jumpa saya, saya simpan segala eviden. Dalam hati saya, patutlah negara kita menduduki kedudukan PISA tercorot dia ASEAN. Jauh ditinggalkan dengan dunia ketiga.


Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang diamalkan di sekolah, tetapi saya merasakan ada sesuatu yang perlu dilihat semula dalam sistem ini. Macam ada 'SAKIT' yang memerlukan 'UBAT'.


Bukan niat untuk mengkritik, cuma ingin melihat masa depan pendidikan yang gemilang dan tiada anak-anak kita yang teraniya dengan sistem pendidikan yang kita jalankan.



https://www.facebook.com/share/p/62xE3hr22DGd4ZTg/?mibextid=CTbP7E


----- x ----- x -----


Bila saya memberi pandangan ikhlas secara tegas berdasarkan fakta pendidikan rasmi yang ada, ada pihak (khususnya dalam group 'Kami Guru Malaysia' dan 'Guru Share') yang kata saya bukan guru seperti mereka, jadi tak payah nak masuk campur urusan sekolah. Sebenarnya, saya juga adalah seorang guru KPM yang telah memulakan penempatan saya sebagai PPP di sekolah pedalaman Sarawak. 


Ada pula pihak yang 'di atas' (bukan dari universiti saya) yang beri peringatan secara teks dan sampai bersurat rasmi mendakwa kononnya saya tidak sepatutnya menegur dasar pendidikan negara. 


Hakikatnya, saya tidak pernah menegur apa juga dasar kerajaan. Saya tidaklah sebodoh itu untuk wewenang menegur dasar kerana saya sangat tahu untuk mengubal sesuatu dasar kerajaan, prosesnya sangat rumit, teliti, mengambil masa yang panjang dan melibatkan pelbagai pihak. 


Saya hanya memberi pandangan tentang kelemahan pelaksanaan sahaja. Itupun berdasarkan fakta rasmi yang ada. Antara menegur dasar kerajaan dengan memberi pandangan demi menambah baik pelaksanaan adalah dua perkara yang sangat berbeza. 


Misalnya, saya sokong penuh dasar PBD, tetapi saya memberikan pandangan tentang pelaksanaan PBD yang saya yakin tidak akan menjayakan pentaksiran pendidikan yang berkualiti. 


Saya sokong penuh dasar MBMMBI, tetapi saya berbeza pandangan terhadap pelaksanaan DLP kerana ia pada pandangan saya telah melanggar dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan kedudukan Bahasa Melayu dalam pelembagaan. 


Saya sokong penuh dasar pendidikan untuk membantu pendidikan Bumiputera melalui SBP dan MRSM, tetapi biarlah pelaksanaanya benar -benar untuk membantu murid bumiputera berpotensi dari keluarga miskin. Bukan lagi untuk Bumiputera kaya raya.


Saya sokong dasar pendidikan untuk memperkasa semua sekolah harian, tetapi saya tidak bersetuju dengan amalan yang membezakan sekolah dengan label Kluster Kecemerlangan, Prestasi Tinggi dan sebagainya. Mengapa pelaksanaannya perlu dibeza-bezakan? 


Saya sokong penuh dasar kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif. Begitu juga dengan isu sekolah yang sesak murid di bandar besar. Saya tahu rakyat mahu isu sekolah daif dan sesak ini diselesaikan segera. Anak-anak mereka sedang hilang pengalaman pembelajaran yang berkualiti kerana keadaan sekolah yang daif dan sesak. 


Seperti juga ibu bapa  yang lain, saya juga mahu bertanya mengapa isu sekolah daif masih belum selesai? Mengapa begitu lambat?  Ini adalah soalan kami sebagai rakyat berkaitan isu pelaksanaan bukannya  mengkritik dasar kerajaan. 


Bila saya memberikan pandangan, bukankah itu semua memang tugas hakiki saya sebagai ahli akademik yang diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan, penelitian dan memberikan pandangan tentang pelaksanaan sistem pendidikan negara. 


Mereka suruh saya diam. Saya kata ok, saya akan diam. Bukan sebab takut, tapi sebab saya nak fokus sepenuhnya perhatian, masa dan tenaga saya pada memahami isu pendidikan. Saya tidak mahu berbalah dengan sesiapa pun. Jauh sekali bermusuhan. 


Malah pandangan saya tertumpu hanya pada isu sistem pendidikan, bukan 'serangan' pada mana -mana individu. Saya diam sebab saya tak mahu hilang fokus untuk terus berkongsi isu pendidikan dengan masyarakat. 


Saya tahu, berbalah dengan mana -mana pihak yang berkepentingan kepada sistem tidak akan membangunkan kualiti pendidikan negara. Kita semua ada tanggungjawab bersama untuk memberikan apa sahaja idea dan pandangan yang ikhlas untuk kebaikan pendidikan anak-anak. 


Anda baca perkongsian di bawah. Anda akan lihat sendiri keadaan pendidikan anak-anak kita. Inilah keadaan sebenar. Sampai Matematik semudah itu pun tak boleh nak jawab. Peliknya mereka capai TP4 (maksudnya ditaksirkan sebagai Faham, Tahu dan Boleh Buat dengan Beradab). 


Kalau beginilah keadaan sistem pendidikan negara dan kita sebagai ibu bapa masih boleh berdiam diri dan ada pihak yang masih juga nak menafikan masalah pendidikan negara yang semakin kronik kerana nak jaga kedudukan dan jawatan, saya pun tak tahulah apa nak kata lagi. 


Terus Terang. Saya rasa sangat kecewa. Mungkin inilah nasib kita...

Rabu, 14 Februari 2024

Rule autoshow

 *Sedikit info ringkas tentang permarkahan dan rules didalam kategori Autoshow*


 *NO.1 Kebersihan/ kekemasan* 

 ▶️  Aksesori/jajan2 perlu susun atur dgn kemas atau letakkan satu tema dlm setiap design dan aksesori yg ingin di tmbh.

Permainan kaler juga penting bagi menampakkan keserian dan ini semua dpt memberikan markah tambahan.


*NO.2 PESERTA TAHU KATEGORI APE YG DIA MASUK*

▶️Perlu tahu, ape kategori yg nak masuk. Jika tidak pasti Tanya pada juri atau yg lebih arif.

▶️.Digalakkan utk ubahsuai kereta ikut kategori yg ingin diketengahkan..

▶️jangan buat kereta ikut suka hati.. caca marba..asal boleh saja..kerana semua ini sedikit sebanyak boleh mengubah cara pemarkahan diberi


*NO3. MAKSUD KATEGORI STANDARD DALAM DUNIA AUTOSHOW* 

▶️ Bukan standard  kilang/atau standard kedai / itu bukan di panggil Autoshow .ai di panggil show Room.

( Itu maksud saya ..tetapi takda masalah kereta MCM ni masuk cuma untuk dapatkan markah anda perlu ada assesori atau penambahan 


▶️Didalam kategori 

standard 

❌Tidak boleh ada sunroof

✅kerusi depan / dalaman masih dikekalkan yg asal /kalau ada balut adalah satu kelebihan 

✅Engine masih standard.

✅Skacting/Body kit boleh /masih jenama/ model sama 


*NO.4 Standard Modified*


✅Engine tetap standard 

✅Yg ada sunrof ( terus ke kategori ni )

✅Tukar kerusi 

✅body kit model lain dibenarkan tetapi tidak menyeluruh 

-✅custom tidak over melebihi 70%

✅ kerusi mesti ada walaupun tukar/custom dan  lain2 design 

✅lain2 MCM biasa


*NO.5 KATEGORI MODIFIED*

Antara ciri2 didalam kategori modified

❗❗❗‼️‼️


♨️Tukar engine

♨️pintu gunting 

♨️Airsus

♨️body part

♨️airbrush

( Tak melebihi 50%)

♨️Dan lain2 

( Antara balut dengan faiber custom ..Markah paling tinggi adalah faiber custom dan kegunaan barang2 Chrome



*NO6.Kategori Extreme*


Di antara nya


♨️body full airbrush 

♨️dalaman diubah suai sepenuhnya.

♨️tukar engine /pintu gunting /Airsus dan lain2



*NO 7 KATEGORI vip styles*

♨️kereta berkonsep kan ala vip ..

♨️ kemas/ interior/ design yg  menarik 

-♨️kesesuaian colour

-♨️kerusi dikekalkan asal dan balut

-♨️ Engine yg menarik / 

Kegunaan barang2 Chrome adalah satu kelebihan 

♨️saiz sport rim /tayar 

Semua ini adalah markah2 yg di ambil kira


*( Didalam Spek vip ..kegunaan faiber kustom tidak di boleh kan .sekiranya bahagian audio ada custom mestilah di balut dengan kain ..*


🫵🏻-kegunaan sticker tidak di galakan di dalam konsep vip styles 

 

*NO 8 kategori olskool*


-♨️berkonsepkan barang dan penampilan ori..

♨️kekalkan barang asal..sekiranya kereta olskool pakai *pintu gunting atau balut kerusi* ini sudah lari dari konsep sebenar ..ia sudah ke *kategori modified*


-*kategori JDM / MDM*

MDM (Malaysia Domestic Made)

MDM brg yg Ori dr Malaysia Dan rare..rare bermaksud yg lebih lama dan original dr Malaysia tanpa ada modified brg2 kacuk contoh audio system,rim Dan lain2..

- Bermaksud lg lama brg rare beserta log book atau pn sijil pengesahan 


JDM (Japanese Made Domestic)

- JDM bermaksud brg2 yg di perbuat dr jepun

- Brg yg rare pn di ambk kira dr yg ikut concept yg betul serta di serta kn log book atau pn sijil pengesahan brg tersebut..

- Point yg lebh tggi jika kereta itu made in Malaysia tp telah di convert jd sebiji sperti made in jepun sebagai contoh myvi tukar kpd passo mengikut spec yg betul

Khamis, 8 Februari 2024

PADU

 *Sedikit perkongsian* "*untuk org swasta dan Kerajaan  yg ingin menolak* ”


Boleh salin dan tampal sekiranya Ketua Jabatan minta surat tunjuk sebab anda tidak daftar dalam sistem PADU.


——————-


Tuan/Puan,


SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK DAFTARKAN DIRI MELALUI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)


Perkara di atas adalah dirujuk. 


2. Saya ……………….. merujuk kepada surat Tuan/Puan bertarikh … yang meminta saya memberikan sebab kenapa tidak daftarkan diri melalui Pangkalan Data Utama (PADU) seperti saranan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


3. Selain dasar kerajaan sendiri tidak mewajibkan warganegara mendaftarkan diri. Saya tidak berdaftar melalui PADU kerana:


• Saya tidak ditawarkan perlindungan, bantuan dan subsidi secara automatik selepas mendaftarkan diri. 


• tiada jaminan data peribadi terpelihara, tidak disalahguna dan dikongsi dengan agensi atau pihak luar.


• tiada peruntukan undang-undang yang mengikat Kementerian Ekonomi berkongsi data peribadi saya dengan pihak luar.


• Maklumat profil saya lengkap yang boleh diperolehi di HRMIS - Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia.


• Tiada pekeliling perkhidmatan dikeluarkan dan mewajibkan Penjawat Awam mendaftar melalui PADU.


• Akta Omnibus belum digazetkan sebagai akta bagi membolehkan perkongsian data dengan penyimpanan awan di kalangan agensi-agensi kerajaan. 


4. Diharap sebab-sebab yang dinyatakan oleh saya dapat diterima. Saya dengan suci hati tidak berniat ingkar arahan tetapi sehingga kini tiada arahan wajib dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan. 


5. Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi juga perlu bertanggungjawab dalam kenyataan yang dibuat kerana Ketua Jabatan terkeliru sehinggakan beranggapan setiap Penjawat Awam wajib berdaftar melalui PADU. 

 *yang Masih Belum Daftar P.A.D.U*


Salin dan tampal 


Salam Khamis

Rabu, 7 Februari 2024

Hafiz quran

 SISTEM PENDIDIKAN SAINS - TAHFIZ  KITA HARU-BIRU DAN TIPU


1. Maafkan saya (apologetik 😁).


2. Sebenarnya saya "agak berburuk sangka" terhadap aliran tahfiz sains sama ada di MRSM atau sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan. Saya guna kalimah "agak berburuk sangka" menggantikan kalimah "scam". Lebih manis dan mesra.


3. Bagi saya, sistem pendidikan kita bercelaru dan haru-biru antara belajar sains tulin dan hafaz Quran.  Kita mahu apa sebenarnya? Kita mahu anak-anak kita hafal Quran atau belajar sains tulin? 


4. Eh, kedua-dua sekalilah. Hafal Quran dan belajar sains tulin.  Barulah kita ada doktor hafiz, engineer hafiz, arkitek hafiz, ahli farmasi hafiz dan jururawat hafizah (sekadar contoh).


5. Istilah-istilah tersebut telah disalahfahami oleh kebanyakan ibu bapa. Ramai ibu bapa sudah kena "scam" lantaran istilah itu. Bagi ibu bapa, tamat tasmi' atau memperdengarkan bacaan di hadapan guru, maka "hafiz"lah anaknya.


6. Maka jika anaknya lulus belajar kejuruteraan misalnya, maka jadilah anaknya engineer hafiz. Padahal, Quran yang dihafal oleh anaknya semasa di MRSM atau sekolah tahfiz sains sudah pun hanyut seperti tidak pernah dihafaz. Adakah ibu bapa tahu hal ini?


7. Quran di hafaz untuk diingat. Ukurannya ialah boleh dibaca dalam solat dengan lancar selancar membaca surah tiga Qul. Bukan sekadar habis tasmi' di hadapan guru saja. Jika habis tasmi' tapi tak ingat, tak ada beza pun dengan tak hafal. 


8. Sebab tu saya kata, sistem kita berserabut dan haru-biru. Apa yang kita mahu? Melahirkan lulusan dalam bidang sains tulis atau melahirkan penghafaz Quran? Sistem kita berterabur. Apa yang kita dapat hanyalah syok sendiri dengan istilah engineer hafiz.


9. Semak baliklah sistem ini. Kita hormati idea pihak yang memperkenalkan sistem ini suatu masa dulu. Tidak keterlaluan jika saya katakan, idea ini lahir bukan dari "lulusan aliran sains yang hafaz Quran", tetapi lahir dari orang politik yang mahu dilihat sebagai "pemimpin yang ada idea".


10. Seharusnya kita lebih fokus. Biarkan aliran tahfiz benar-benar melahirkan hafiz yang mantap dan alim dalam bidang agama. Biarkan aliran sains tulin pula fokus kepada aliran itu untuk melahirkan lulusan sains yang cemerlang.


11. Tak perlu campur-aduk. Sistem campur-aduk yang ada ini tidak membawa kita kemana-mana kecuali syok sendiri. Saya tahu, menteri pun sebenarnya syok sendiri juga dalam hal ini. 


12. Apa alternatif untuk pelajar sains tulin mendalami Quran? Alternatifnya ialah pendedahan tentang "ayat-ayat sains" dalam al-Quran. Bawa pemikiran mereka melihat betapa sains berupaya mengungkap mukjizat al-Quran dalam realiti kehidupan semasa.


13. Ini lebih bermanfaat berbanding sekadar tasmi' dan hafal, kemudian lupa. Bukan lupa biasa, tapi lupa seperti tak pernah hafal. Sudahlah lupa, tak faham pula apa yang dihafal. 


14. Hasilnya, subjek sains tulin tak fokus sebab perlu hafal Quran kerana mahu gelar doktor hafiz. Hafaz Quran pun tak kemana-mana sebab tak ingat hafalan dengan mantap bahkan lupa semuanya.


15. Saya hanya boleh bersuara di sini. Dan saya tahu suara saya tak kemana-mana pun. Tetapi sekurang-kurangnya suara saya ini membuka minda beberapa kerat ibu bapa yang terlalu teruja dengan harapan untuk memiliki anak bertitle arkitek hafiz.


Zola,

Yang Hafal Quran.

Rabu, 31 Januari 2024

Ekjem

 Izinkan aku memberi sedikit luahan dan pandangan sebagai seorang guru sempena tahun ke-10 perkhidmatan. 


TL;PR (Too Long; Please Read) 🤣 


1. Sebelum ni kita ada LINUS. Di hujung penilaian, mesti lepaskan semua budak. Tak boleh budak tu tak lepas semua konstruk. 


2. Datang menteri baru, hapuskan LINUS. Cubaan memperkasa PBD. 


3. Datang menteri baru lain pulak, hapuskan UPSR terus. Masih mahu memperkasa PBD, meletakkan PBD sebagai satu2nya instrumen utama dalam penilaian murid. 


4. PBD pun ada pincangnya. Secara dasarnya, memang boleh letak deskripsi sekian TP sekian tahap yang harus dicapai oleh murid. 


5. Tapi, pengisian data oleh setiap panitia pun berbeza. 


6. Contoh, dalam BM takde kolum nilai dan sikap murid. Dalam MT ada. 


7. Makna kata, sungguh pun budak tu tak pandai dan menguasai kemahiran kognitif, asalkan sikapnya bagus dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah yang diberi dengan tekun, masih boleh dinilai dengan TP yang tinggi pada kolum nilai dan sikap tersebut. 


8. Tapi harus diingat, tak semua panitia ada kolum tersebut dalam penilaian dan pengisian data. 


9. Datang menteri baru lagi, kita dihidangkan dengan UASA, instrumen tambahan untuk menilai kognitif murid. 


10. Sebelum ni, alasan yang diberi semasa pemansuhan UPSR adalah taknak melahirkan generasi yang exam oriented. 


11. Sudahnya, generasi yang lahir bukan sekadar tidak exam oriented, malahan adab dan akhlak mithali yang ingin dicapai dengan pelaksanaan PBD pun semakin sayup dari pandangan. 


12. UASA hadir bersama idme. Pengisian data dalam idme terbahagi kepada PBD dan UASA. 


13. PBD mengikut TP, dan UASA mengikut jumlah markah yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran per 50. 


14. Apa yang kita tak tahu adalah, markah per 50 tadi rupa2nya ditukarkan menjadi TP (yang tidak dimaklumkan langsung tentang julat penggredan) pada dashboard guru kelas. 


15. Makna kata, guru mata pelajaran nampak sebagai markah yang dimasukkan, tapi guru kelas akan nampak sebagai TP. 


16. Persoalannya, apa rasional menjadikan markah tersebut dalam TP yang sangat subjektif untuk difahami? Kenapa tak boleh kekalkan je markah tersebut dalam bentuk angka?


17. Sungguh begitu, dalam segala macam kekalutan, orang atasan di langit ketujuh nun sana pula hadir dengan keinginan dan kemahuan data yang cantik. 


18. Cuba kita fikir sejenak. Cerita nak data cantik ni dah zaman berzaman pun. Tak pernah berubah. Data yang sampai pada orang atasan semuanya data yang cantik yang telah diubah mengikut selera mereka supaya sekolah tidak dipersoalkan dan guru tidak dipersalahkan. 


19. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan? Data yang cantik tidak akan dapat menafikan masalah anak2 kita di peringkat akar umbi. 


20. Cikgu2 tersepit, antara integriti sebagai seorang guru dan kepatuhan sebagai seorang pekerja. 


21. Bayangkan, kalau kita sentiasa nak hidangkan data yang cantik pada orang awam dan orang atasan, bukankah maknanya kita sebenarnya menipu?


22. Jadi cikgu ni katanya pekerjaan yang mulia, tapi kalau dah sampai menipu data, mana letaknya maruah dan integriti kita sebagai seorang guru?


23. Bila cikgu2 mengeluh dengan sikap sambil lewa pelajar sekarang, kononnya satu jari tuding orang empat jari tuding diri sendiri. 


24. Pusing punya pusing, cikgu jugak yang salah bila anak murid malas dan tak pandai. 


25. Orang pernah tahu tak struggle yang cikgu tu hadapi? Orang pernah berhadapan tak dengan murid yang kita sentiasa kena suap dengan jawapan untuk setiap soalan?


26. Benar, peperiksaan bukanlah satu2nya instrumen untuk menilai tahap kognitif murid. 


27. Tapi, kita tak boleh nafikan peperiksaan adalah instrumen yang paling berkesan dalam menilai tahap kognitif murid. 


28. Nak nilai adab, sahsiah apa semua tu jangan campur adukkan dengan penilaian kognitif. 


29. Benar, bukan semua gajah boleh diuji berenang, bukan semua ikan boleh diuji terbang. 


30. Tapi, pada aku, sebenarnya semua memang ikan dan boleh berenang cuma mungkin ada yang berenang laju, ada yang berenang perlahan, ada yang power berenang kuak lentang, ada yang berenang kupu2. Semua pun ikan dengan tahap kemahiran yang berbeza. 


31. Yang penting, kita kena buat sesuatu dengan keadaan pendidikan kita yang semakin membimbangkan. Kalau perlu uturn pada sistem peperiksaan, uturn jelah demi kemaslahatan bersama. 


Cukuplah 31 point sempena hari yang ke-31 bagi tahun 2024 ni. Harapnya, masih ada sinar buat sistem pendidikan negara kita. Jangan dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran 🥹


Begitulah,

Yang tersakiti,

Cikgu Zulaikha

Cikgu cabuk je 😅🥲

Khamis, 18 Januari 2024

TBE

 Salam Madani adinda YBM Fadhlina Sidek 

Pemikiran streotype - The Butterfly Effect (TBE)


1. TBE melanggar kebiasan streotype yang menyatakan bahawa 'usaha yang banyak akan mendapat lebih banyak hasil'.. atau 'lagi byk terma berkaitan berfikir, lebih meningkat pemikiran' atau 'dgn exam semua subjek termasuk moral, murid akan lebih bermoral'..  Idea ini telah menjadikan pelbagai sistem pendidikan yang sedia rumit menjadi semakin kompleks dan mbuang masa.


2. Jika dinisbahkan kepada DSKP, ia spt idea stereotype dgn memadatkan DSKP seawal mungkin untuk hasilkan murid yang semakin hebat, sesuatu yg tidak dilakukan oleh mana2 negara maju diawal2 persekolahan.


3. Dalam satu sistem yang kompleks spt pendidikan, satu perubahan besar, gagasan besar belum tentu boleh menghasilan sesuatu yang juga besar, malah lebih mudah terjebak dan terbukti pula telah menambah pelbagai kesulitan demi kesulitan yg berterusan.


4. Maka wujud fenomena TBE, yang semakin ketara dalam 4IR bila satu usaha 'signifikan yang kecil tapi smart' boleh menghasilkan kesan yang jauh lebih besar dalam satu sistem yang interconnected, tanpa mengundang komplikasi.


5. TBE adalah analogi seekor kupu-kupu mengibarkan sayap, yang sangat kecil tetapi boleh menghasilkan ribut taufan yang besar. Menaikkan silibus, memadatkannya, menambah konten boleh membawa dan telahpun membawa kepada pelbagai kesulitan..


6. Aku selalu cadangkan, DSKP di sekolah rendah boleh di'buang' 25% yang bukan core concept dan menjadikan selebihnya 75% lagi dipermudahkan... dgn subjek sukan, seni, musik, moral adalah subjek aktiviti, aplikasi, bukan exam.


7. Dgn langkah mudah membuat pengurangan ini.... akan berlaku ombak besar yg akan melanda pendidikan seluruh negara dgn perubahan antaranya..


a. masa untuk guru  fokus kepada tajuk yang lebih superior akan BERTAMBAH


b. murid yang 'slow' boleh mendapat INTERVENSI yang intensif


c. guru boleh menambah AKTIVITI bagi meningkatkan pemahaman murid


d. murid yang  belum menguasai 3M, ada celah masa yang mencukup untuk diajar


e. BURN-OUT guru dapat dikurangkan


f. ANSUR MAJU yang lebih realistik


g. Mengembalikan keseronokan belajar dgn menambah aktiviti


h. Mengurangkan BEBAN guru 


i.  Guru boleh menjalankan PBD dengan lebih tersusun dan berkualiti termasuk embed nilai moral juga


j.  Buku teks lebih santai dan kurang bilangannya.


k. Tiada bengkel diperlukan untuk guru, hanya satu surat siaran memaklumkan pengurangkan tersebut.


l. Bila SEMUA mata pelajaran dikurangkan 25%, secara akumulasi akan mengurangkan tekanan kepada murid yang diadvantages, tanpa mengurangkan kelebihan kepada murid advantages


m.  Senarai ini boleh tambah lagi...


8. Kenapa pemikiran spt ini TIDAK TERDETIK pun dalam minda  pimpinan atasan, apatah lagi nak diharapkan pimpinan pertengahan yg lebih mengiayakan apa sahaja yang datang kepada mereka lalu mempertahankannya..


9.  Banyak lagi langkah yang boleh membawa kepada TBE namun tidak kesampaian untuk difikirkan oleh minda2 stereotype dlm pendidikan negara. Yang mereka tahu hanya utk menambah supaya nampak kerja yg dibuat yg berlonggok akhirnya kpd guru sehingga nk gubal soalanpun hyru hara. 


10. Langkah pengurangan di atas tidak memerlukan tambahan slot atau 7, 8, 9 hatta 20 teras, program, duta, perasmian, town hall yg buang masa dan bajet.


Aku ❤️ sayang kamu !


OT