Saturday, 31 October 2015

Rezeki

TIDAK SEDAR TUHAN PULA DIPERSALAHKAN

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Aiman banna

[KAMU MAHU KAHWIN MUDA? MEH BACA INI DULU..!]

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman.

Saya berumur 19 tahun dan saya pernah menghadapi peperiksaan SPM. Result SPM tidak perlu cerita la kot, tapi yang hendak diceritakan ialah bagaimana diri saya sebelum dan selepas SPM. Saya rasa, most of anak muda yang macam saya pun menghadapi keadaan yang sama macam saya...

Sebelum SPM...

"Ok, lepas SPM aku nak kahwin. Set!"
"Weh member, jom lumba siapa dulu kahwin, dia menang..!"
"Tunggu, awak tunggu lepas SPM saya akan kawen dengan awak!"

Peh peh, sembang kencang kalah ribut taufan dan IPU jerebu beb.  Hasilnya, kita tengok berapa ramai je yang sembang cenggini kahwin lepas SPM? Kalau nak sembang kencang, gajah pun boleh terbang, zirafah pun boleh berenang, kan..?

Drama kawen-kawen ini bukannya sekadar terhenti waktu zaman SPM sahaja, tetapi legasi ini diteruskan hingga ke alam universiti dll... Tapi the same thing happen, sembang kencang. Tak ramai yang kahwin.

Nampak tak? Ramai nak kahwin.

Ramai semangat nak kahwin muda, kahwin awal.
Kahwin, itu cita-cita kebanyakan anak muda.
Istilahnya dia mau kahwin masa belajaq.

Bila saya tanya;

"Paseipa nak kahwin awal ni..?"

Ramai yang akan jawab...

1. Nak jaga hati.
2. Nak jaga nafsu.
3. Nak jaga pandangan.
4. Tak nak buat benda haram.
5. Supaya hati terikat dengan si dia.
6. Nabi suruh anak muda kahwin awal.

Peh peh, sungguh islamik jawapan anda. Demi mendapatkan hati, nafsu dan pandangan terjaga, anda pilih untuk kahwin. Buat benda haram, tak nak jadi pilih kahwin. Paling islamik, sebab Nabi Muhammad suruh kahwin awal.

Ok, baguih la.
Tahniah!

Kalau ibu dan bakal ibu dengaq ni konfem cayaq.

Baiklah, saya sangat gembira lihat anak muda macam saya ada semangat camni, baguih lah tapi saya sangat sedih dan hampa akan kefahaman dan pandangan anak muda mengenai kahwin... Kenapa semuanya kemain semangat nak kahwin, adrenaline meningkat bila cakap pasal jadi suami isteri, jadi mama papa dll...?

Kahwin ini bukannya macam main kawen-kawen masa kecik dulu.

___

"Awak jadi ayah ye, saya jadi ibu."

"Haa, nah teh." Aminah hulur secawan gelar berisi air kepada Amin.

"Tapi kaler teh ni warna putih la. Kalau tak rasa manis ataupun takda rasa teh jangan marah ye ayah, sebab ayaq ni ambik dari ayaq paip ja. Eh jap anak kita nangis..."

Aminah pergi memujuk anak patung teddy bear yang matanya tak berkelip dan tak berair pun walapun tengah nangis. Setelah itu, Aminah pergi kepada Amin...

"Ayah, nak duit..." Aminah kenyit mata nak memikat si ayah dan paling penting pikat duit dalam poket itu.

"Nak beli teh dan cawan baru, dan nak beli anak baru." Kebetulan pula SOGO ada buat jualan runtuh teddy bear.

"Hm, ok. Awak ambil duit ini dan duit lebih boleh untuk awak beli handbag branded kat SOGO, ada sale tak silap..." Amin pun dengan macho-nya keluarkan beberapa daun hijau yang dicabut dari taman mini ibunya. Setiap daun ditulis angka 100. SubhanaAllah kayanya Amin.

Begitulah kisah rumahtangga Aminah dan Amin.

- The End -

___

Wahai semua, kahwin bukannya seperti yang anda sangka. Tidak!

Mungkin anda fikir saya sembang kencang, tapi ini tidak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman dan pengajian, bukannya cakap kosong. Izinkan saya untuk perkenalkan diri semula;

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman, Aiman Banna. Saya berumur 19 tahun dan isteri saya muda setahun. Mungkin anda fikir anda salah baca tapi saya memang ada mention isteri bermaksud saya sudah berkahwin. Alhamdulillah kami kahwin tahun ini.

Saya seorang suami,
Dan saya ada isteri.

Saya kahwin muda,
Juga bakal ayah muda.

Izinkan saya untuk ceritakan kepada anda mengenai kahwin.

Kahwin, bukannya semudah kita order roti kahwin kat restoran.
Bukan juga semudah cerita Aminah dan Amin tadi, sangat bukan.

Keindahan kahwin juga bukan seperti dalam cerita dan filem Disney.
Novel-novel kat kedai buku sedunia pun tiadalah samanya macam kahwin.

Wahai anak muda, dengarlah kata-kata daripada suami muda ini;

Kahwin ialah benda yang besar, bukan benda main.
Ianya mengenai amanah dan tanggungjawab.
Ianya mengenai kesabaran dan kematangan.

Kahwin bukannya semata-mata anda kucup dahi dia kat atas kapal Titanic, bukannya bila anda ada teman di atas tilam bersaiz besar yang baru, bukannya bila anda upload gambar anak yang baru lahir kat instagram utk dapat like. Juga bukan bila anda berjalan di shopping complex dengan ada tangan pasangan untuk dipegang, bukan sekadar plastik beg lepas shopping.

It's more than that, wallahi it's more than that.

Mungkin anda tidak akan ada masalah ada naga culik isteri anda lalu kurung kat satu menara batu yang tinggi, mungkin juga anda tiada masalah seorang ahli sihir membuat sumpahan kepada isteri anda tidur selamanya. Mustahil la ada.

Tapi adakah anda bersedia tempuh ombak-ombak yang pelbagai..?

Setelah usai akad nikah, bagaimana anda melayar bahtera kehidupan perkahwinan yang akan ada pelbagai jenis ombak yang besaq seperti;

Duit tak cukup, masalah ekonomi.
Nak beli kereta dan rumah, tak mampu.
Hutang-hutang belambak.
Dapat anak awal, tak seperti yang dijangka.
Ada anak waktu tengah sambung degree.
Nak biayai kos membesarkan anak-anak.

Maka apa yang akan ada lakukan?
Bersediakah? Ataupun tak terfikir pun.

Ini ialah realiti perkahwinan, bukannya macam kisah indah dongengan.

Bagaimana pula nanti, selepas kahwin akan ada gaduh-gaduh..?

Biasalah, gaduh-gaduh manja (Cubit-cubit, geletek-geletek dll...) tapi memang lagi biasa akan ada gaduh besar (duit tak cukup, ada yang tak puas hati, rasa terkongkong, akan ada rasa rimas dll...) Memang akan ada rasa culture shock hidup dengan someone yang akan hidup dengan kita selama-lamanya (inshaAllah kalau Allah izin)..?

Akan tiba satu saat satu pasangan akan ada gaduh besar-besaran. Jadi bagaimana anda hadapi..?

Mampukah anda bersabar dengan kerenah masing-masing?
Mampukah anda tidak naik suara, tidak melenting, tidak tengking?
Mampukah anda untuk tidak turut emosi, tidak naik tangan ke atas dia?

Mampukah...!?

Selepas kahwin nanti, anda akan dapat banyak suprise.

Anda akan kenal diri dia yang purely 100% diri dia.
Perangai dia yang tidak ditunjuk selama ini, anda baru tahu.

Anda akan kenal sejarah dia, kenal siapa diri pasangan anda.
Apa yang dia lakukan sebelum kenal anda, anda baru tahu.

Bagaimana pula anda menghadapi suprise itu..?

Ketika inilah kematangan kena main peranan.
Ingat, matang sangat penting dalam satu hubungan.

Buktinya?

Budak tadika; berapa kali dah cinta-cinta monyet?
Akhirnya adakah cinta monyet itu jadi cinta manusia?

Tidak kekal pun; crush dan couple bertukar-tukar sokmo!
Oleh itu, muhasabah diri, dah matang ke belum?

Janganlah nanti suami terguna berus gigi kat tandas terus nak minta cerai, sebab nak cari suami takde gigi supaya ada privacy ke atas berus gigi dan colgate pun jimat? Janganlah nanti nak buat dua tandas, tak nak share tandas sebab isteri tak pandai jaga kebersihan tandas.

It's about bersedia berkongsi segala. Matangkan diri, sedar.

Janganlah nanti isteri nak bermanja-manja lebih, nak spend time lebih, nak on the phone lebih pun kita rimas lalu tak nak layan?  Janganlah nanti rasa tidak selesa dengan kecemburuan pasangan yang over sebab ianya manifestasi cinta pasangan.

Nanti suami nak tengok bola Chelsea lawan Manchester United (Chelsea menang, inshaAllah), janganlah setiap masa nak halang. Kena ada toleransi dan faham-memahami. Ada give and take.

Lepas kahwin, anda akan lihat banyak kekurangan pasangan. Anda ada pilihan;

1. Tak boleh terima, tak redha, rimas.
2. Redha, try addapt, cuba ubah mana yang patut. Sabar.

Andai pertama pilihan anda; anda masih tahap tadika punya cinta. Andai kedua pilihannya, TAHNIAH!

Oleh itu, matangkan diri, sediakan diri.
Cinta monyet, hanya untuk monyet. Ok?

Kahwin bukannya semata-mata untuk anda jadikan alasan untuk jaga hati-lah, untuk jaga nafsu, jaga pandangan dan lain-lain. Tak nak buat benda haram, jadi anda pun bermati-matian perjuangkan kahwin muda, kahwin masa belajar dan berjuta lagi perjuangan anda...

Anda SILAP!

Kerana benda-benda seperti jaga hati, jaga nafsu, jaga pandangan ialah benda yang perlu anda jaga sebelum kahwin. Jika sebelum kahwin pun anda tidak mampu jaga, selepas kahwin pun anda akan tidak tunduk pandangan, tak jaga hati dan lain-lain.

Kenapa kena buat benda-benda ni sebelum kahwin?
Selepas kahwin nanti, timbullah pelbagai issue.

Suka perempuan ini, suka perempuan itu. Suka laki ini, suka laki tu. Nanti dah mula untuk tawar dengan isteri//suami endiri. Romantik awal-awal kahwin je lepas itu hambar tawar. Mula untuk banding-banding pasangan dengan orang lain. Dia lebih hensem la, lebih cantik la.

Inilah implikasi kalau sebelum kahwin pun tak settle jaga benda yang patut dijaga.

Sebab itu dalam tarbiah, sebelum kahwin (baitul muslim), kena settle diri sendiri dulu (fardhul muslim). Kita kena didik diri kita untuk jaga hati, jaga nafsu dll sebelum kahwin lagi, kena didik dengan sebaik-baik didikan tarbiah sehingga berjaya. Kalau didik dan jaga diri pun tak settle, apatah lagi nak didik dan jaga pasangan lepas kahwin.

Jangan kencangkan sembang anda, kencangkan tindakan juga.

Baiki diri dahulu,
Baiki amalan harian,
Baiki hubungan dengan Tuhan.

Jangan gelojoh dalam kahwin, nanti rumahtangga gocoh.

___

Ini pesanan terakhir dan paling penting dari saya untuk anda;

Kawen
Kahwin
Nikah

Itu bukan matlamat hidup.

Ingat, kenapa kita di sini.
Ingatlah, kita ada Allah.

Allah matlamat hidup kita,
Redha Allah yang kita mahu.
Cinta Allah menjadi prioriti.

Kebahagian mutlak yang kita mahu bukan di sini, tapi sana.
Sini itu dunia hakiki.
Sana itu Syurga.

Jadi, ranking keutamaan hidup kita sentiasa redha Allah berbanding yang lain-lain. Yang lain-lain itu juga termasuk kahwin. Ingat, bila kita kahwin, kita ambil seseorang untuk kita jaga dan bersama memimpin tangan dalam menuju redha Allah.

Adakah kita sudah,

Solat lima waktu,
Solat jemaah selalu,
Solat awal waktu,
Baca quran selalu
Berbakti secukupnya kepada ibu ayah,
Dan pelbagai lagi amalan harian persendirian kita.

Adakah kita sudah bersedia dengan sebaiknya sebelum terdetik rasa hendak kahwin..?

Andai diri kita tidak mampu untuk jaga amalan harian persedirian kita, bagaimana mungkin kita nak hidupkan redha Allah dalam amalan harian bersama pasangan kita kelak..?

Andai kita tidak mampu jaga diri kita untuk jauh daripada api neraka, bagaimana mungkin kita mampu untuk bawa seseorang ke Syurga..?

Lalu menyedari hakikat ini;

Mengapa kita masih tergamak menafikan bahawa cinta Allah sentiasa nombor satu berbanding kahwin secepat-cepatnya tanpa ubah diri dahulu..?

Sebab itulah dalam tarbiah mengajar kita untuk baiki diri sendiri dari segi amalan, kerja dakwah, hubungan dengan masyarakat, ekonomi dll sebelum ke tangga seterusnya iaitu perkahwinan (baitul muslim)

Kita sebagai muslim nak islam di kemuncak dunia. Kan?
Secara mudahnya saya rangka langkah-langkah jadi lima;

1. Ubah diri.
2. Ubah orang lain (pasangan)
3. Ubah masyarakat.
4. Ubah negara.
5. Ubah Dunia.

Bagaimana kita nak ubah dunia kalau kita tak mampu nak ubah pasangan dan bagaimana nak ubah pasangan kalau diri sendiri tak berubah menjadi muslim yang sepatutnya..!?

The heart of the matter,

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Juga tidak seindah apa yang dijangka.

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Kerana nikah itu mudah, jika kita nikah kerana Allah.

Walau susah setara mana pun kesusahan yang kita hadapi bersama suami//isteri.., ianya tetap mudah kerana kita tahu bila kita menghadapi ujian dan dugaan dalam perkahwinan dengan sabar, maka Allah akan redha lalu akan pertemukan jodoh suami isteri semula di Syurga kelak.

Maka segala kesusahan akan menjadi ringan dengan adanya tarbiah dalam nikah.

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Kerana nikah itu tersangatlah indah, wallahi indah.
Nikah ialah Syurga dunia, Syurga dunia kurniaan Allah.
Hanya dan hanya apabila anda faham, nikah itu kerana Allah.

Sedarlah, semuanya berbalik kepada Sang Pencipta Cinta.
Maka, sentiasalah kembali kepada Allah.

Oleh itu, nak nikah muda? Dipersilakan.
Tapi muhasabah diri, dan istikharah juga istisyarah.

Moga Allah permudah segala,
Moga Allah cinta dan redha.

Sekian sahaja.
Yang inshaAllah ikhlas,
Aiman Banna.

___

Taken from blog Aiman .

p/s : Saya akan ceritakan pengalaman saya bersama isteri sebelum dan selepas nikah dalam entri blog yang akan datang. Nantikan juga buku kolaborasi antara saya dan isteri iaitu #CintaHalal dan novel daripada saya: "Aku Bukan Bidadari".

Friday, 30 October 2015

Im

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Dr mundzir

DR MUNDZIR BIN ABDULLAH –
“PEMEGANG DOKTOR FALSAFAH TERMUDA DI MALAYSIA PADA UMUR 23 TAHUN 5 BULAN”

Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi amat berbangga kerana telah berjaya melahirkan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah yang termuda di Malaysia pada usia 23 tahun 5 bulan dan diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.
Rekod baru ini sekaligus memecah rekod Dr Hazzirah Izzati yang telah mendapat pengiktirafan yang sama pada tahun lepas pada umur 24 tahun 2 bulan.
Dr Mundzir bin Abdullah dilahirkan pada 25 November 1991 di Johor Bahru, Johor. Anak keenam dari sebelas orang adik beradik, merupakan anak kepada pasangan Dr Abdullah bin Daud, mantan pensyarah di Jabatan Geoinformasi, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Zakiah binti Mat seorang surirumah sepenuh masa.
Dr Mundzir memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2003 dengan keputusan 4A 1B. Beliau kemudian meneruskan pengajian menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga Tingkatan Tiga.  Dengan keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) iaitu 8A, Dr Mundzir telah diterima untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA, (MRSM) Mersing pada tahun 2007. Pada tahun berikutnya, Dr Mundzir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat keputusan 8A1 2A2.
Sebaik sahaja tamat menduduki SPM, Dr Mundzir ditawarkan untuk mengikuti Program Ekspress UTM-MARA selama enam bulan di UTM Johor Bahru bermula dari Januari 2009 hingga Jun 2009. Pada sesi kemasukan pelajar Sarjana Muda UTM pada bulan Jun 2009, Dr Mundzir mendaftar masuk sebagai mahasiswa tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Fizik) di Jabatan Fizik, Fakulti Sains.
Pada tahun 2012 beliau meneruskan kecemerlang akademik dan menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Dr Mundzir seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Fizik pada tahun yang sama di bawah program ‘Fast Track’. Dr Mundzir adalah penerima biasiswa MyPhD, Kementerian Pendidikan Tinggi sepanjang pengajian beliau selama tiga tahun di UTM.
Bidang penyelidikan pada peringkat PhD beliau adalah bidang aplikasi laser dengan tajuk tesis “Laser Surface Alloying Aluminium with Iron using a Q-switched Nd:YAG Laser: Characterization and Optimization” di bawah seliaan Prof. Dr. Noriah Bidin di Pusat Laser, Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR), UTM. Dalam kajian mereka untuk teknik pengaloian permukaan dengan laser, mereka berjaya memperkenalkan teknik baharu dalam penentuan kondisi optimum bagi beberapa parameter pemprosesan. Sepanjang pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah, Dr Mundzir telah berjaya menerbitkan lebih dua puluh kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dr Mundzir juga aktif dalam menyertai pameran penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain dari pembentangan kertas kerja dalam persidangan yang berkaitan dengan bidang beliau.
Selain dari bidang akademik, Dr Mundzir juga turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan fasilitator bagi pelbagai seminar, bengkel dan persidangan anjuran Pusat Laser, UTM.
Pada 29 April 2015, Dr Mundzir telah disahkan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Lisan dengan memperolehi keputusan ‘A,  beliau juga dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam tempoh 33 bulan pengajian (GOT) pada usia 23 tahun 5 bulan. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Pro Canselor pada Majlis Konvokesyen UTM ke 55.

Bila tanya emak ayah nya apa faktor kejayaan dia.. mereka kata dia tak pernah tengok tv atau dengar muzik. Masa belajar selalu dengar bacaan al Quran

Wednesday, 28 October 2015

Iman pelacur arak

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Ganja

FAKTA DAUN GANJA

1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.

2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA

3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.

4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.

5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.

6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...

 SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.

itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?

Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??

Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?

Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..

Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON....

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.

Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia

Tuesday, 27 October 2015

Tips pspm

Tips menjelang pspm daripada teman.
1.jgn tinggal solat terutama subuh berjemaah
 2.jgn buat maksiat
3.jaga hubungan dgn Allah dan semua manusia
4.lazimi solat malam
 5.lazimi baca ayat seribu dinar.insyaAllah Allah akan berikan rezeki dr segala segi dari arah yg xdisangka2
 6.jgn tinggal baca Quran
7.mohon restu ilmu guru n keberkatan dari ibu ayah
8.jgn putus2 untk berdoa

 Disini sy kongsikan doa yg diajarkan oleh ustzh b.arab sy, "Ya Allah,jadikanlah segala ilmu yg aku telah pelajari dan terdetik untuk membaca itulah yg akan masuk sbgai soalan peperiksaan"

 ‪#‎sy‬ amalkan sejak pmr,Alhamdulillah,Allah bantu.smua bnda yg tdetik untk dibaca wlaupun last minit,akn ada je yg masuk sbg soalan exam. Lastly,buat terbaik untk PSPM.

Ofcourse,kita nk result yg terbaik. Ingat,kjayaan xkan dtg melayang selagi tak berusaha. Ingat..kitalah harapan. Harapan agama,harapan ibu bapa dan harapan guru

perutusan Khas hari kimiA sedunia sem I 2015

Buat semua anak didik pelajar KMS-hehdi sesi 2015/16 yang amat teman sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi Allah tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat. Selamat meraikan HARI KIMI-’A’! SEDUNIA.
bila?.... esok le. Rabu 28 Okt 2015. 9.00-11.30 pagi . 2.30-3.30 petang (kertas objektif). <3.31 petang anda merdeka dan bebas dari mengikuti segala silibus kimi-A! sem I> so aper lagi tolong lah raikan dengan gilang gemilang. Rayakan lah dengan penuh keikhlasan. Ikhlas dapat pahala tau… budak tadika pun tahu. Tak der makna nya teman paksa anda. Anda dah besar panjang hehhehe … mike fikirlah sendiri.
Aper nak buat esok pada hari kimi-’A’! sedunia tu nanti...? ok ni jawapannya. macam biasa la tidur awal. pukul berapa? pukul 10 malam. Lagi awal lagi bagus. tapi sebelum tidur, solat isyak dulu secara berjemaah di masjid As Sufi. Balik solat studi aper yang patut. Just briefing kat kepala anda. Rujuk peta minda MM 1-14 yang saya beri. Pagi esok nya bangun awal. Pukul 5.30 pagi. Azan subuh pukul 5.40 pagi. Mandi, gosok gigi bersiap datang ke masjid solat subuh berjemaah. Selesai solat, baca al Quran dalam 10 minit. Pastu balik ke bilik. Bersiap pakai baju nak pergi periksa. Pukul 7 turun makan kat cafe. Elakkan makan yang berlemak & berminyak. Just alas perut dengan roti gardenia pun ok.

7.30 pagi cari tempat untuk studi sampai pukul 8.30 iaitu selama satu jam. Tak kisah la kat mana pun. Kat pondok pak gad pun boleh. Tu pun klu pak gad tu bagi la. Nak studi tajuk aper...? chapter 1,4,5,7. 8.30 ajer terus bergerak ke pusat peperiksaan masing2. Bertenang semasa di luar pintu tempat pekser. bukannya bertendang. Jangan bercakap2 yang lagho2. Lagi bagus klu anda berzikir & berselawat sementara menunggu arahan masuk. 8.45 macam biasa briefing ketua pemawas. Opss… silap Ketua Pengawas. Tepat sahaja pukul 9.00 sebelum jawab, mulakan dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim terus jawab no 1 part A. Ingat satu (1) markah satu MINUTE..!!! (1M=1MIN). Soalan no 1 dari chapter 1 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 1. 9.00 - 9.15 pagi. Baca le limiting reactant
Dah siap satu soalan. Lega. Soalan no 2 dari chapter 4 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 2. 9.15 - 9.30 pagi. <polarity and shape> Soalan no 3 dari chapter 5 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 3. <kira PV=nRT dan real gas> 9.30 - 9.45 pagi. Soalan no 4 dari chapter 7 part A 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 4. 9.45 – 10.00 pagi. soalan no 4 ionic equilibrium kira pH, buffer dan Ksp. Jumlah markah part A 15M x 4Q = 60M. wajib jawab keempat2 soalan yer.
Bertenang dulu utk 5 minit. Nak kuar ke tandas pon boleh. Part B pilih 2 soalan dari 4. Soalan 5, 6, 7 dan 8. 40 markah. 1 soalan 20M. Mula 10.10 – 10.35 pagi. Bagi extra 5 minit utk rancang jawapan. Rehat 5 minit. Pilih soalan yang kedua part B. mula 10.40 – 11.05 pagi. Soalan 5 dari chapter 2 atomic sturucture. Soalan 6 dari chapter 4 chem bond. <draw hybrid> Soalan 7 dari chapter 3 dan 6. Soalan 8 dari chapter 7 tanya pengiraan titration dan buffer soln. Klu teman jadi calon exam … teman pilih soalan 5 dan 6… <terpulang>

Paling2 lewat pun pukul 11.10 anda kena siap jawab semua soalan part A dan part B. Masa menjawab 2 jam setengah. tamat 11.30. ader lagi baki 20 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? mana boleh keluar setengah jam yang terakhir. nasihat saya. cek balik jawapan anda. cara cam ner? reverse la. ikut step nie. cek jawapan yang anda pilih dari soalan part B pastu soalan part A. So dah faham dah? so nampak dah strategi cam no nak raya kan hari kimi-’A’! sedunia..? teman dah tolong... booklet tu aper..? Buku jawapan lah... sekarang tinggal mike aje lah tolong diri mike sendiri. Ingat. Pilihan di tangan anda. Anda nak ikut ker.. tak nak ikut strategi yang saya turunkan kat sini... macam biase lah... terpulang.

Teman tak suruh emak teman pun tak pakser mike. Tapi mike kena ingat...jangan menyesal... itu aje.. faham ko tak faham ko... mike buek2 faham aje lah... senang citer teman nie ha. Remember.... the time is still running and the time is running out... but u r never-never late my dear student. ingat kata keramat kimi-’A’!. KIMI’A’ itu M U D A H.. In shaa Allah ...A....!!!! Lupo la pulak nak habaq.... Semasa nak antar booklet skrip jawapan tu... berT A W A K A L ok. Jangan lupa. Anda dah berusaha. Lulus atau gagal tu urusan Allah. Bergantung pada usaha anda selama ni. Yang penting anda dah wat yang terbaik.... !!! Untuk skor paper kimi-’A’!... Bukan nya wat yang terbaik untuk kantoi.. !!. Contohnya tak wat tutor, tak jawab soalan past year, tak wat ‘hand out’ yang saya bagi dll. 

Terus balik bilik makan dulu pastu take your own short nap. Lepas solat zohor berjemaah studi untuk kimi-’A’! kertas I. refer 3 set contoh objektif yang mike donlod dari portal KMS. Yang penting sekali di sini adalah sila hadirkan diri anda paling lewat 8.45 pagi di bilik pekser anda. Petang 2.15 petang. Sila alert pada masa…ok. Amaran keras dari pihak penaja rancangan... ehhehe. Aper yop ? Jangan sesekali anda berbincang jawapan yang anda dah buat dengan pak gad... opsss ...maaf. Silap. Dengan rakan2 anda...roomate atau pun sesiapa. Hatta pakwe atau makwe mahu pun cipan anda. Katakan lah jawapan anda betul... anda riak dan takabbur pulak. <Allah tak suka orang yang riak tau… !!!>. Klu jawapan anda salah... mike kecik hati kecewa frust menonggeng lak... . so amik jalan tengah. jangan bincang dengan sesiapa termasuk lah pensyarah kimi-’A’! kesayangan anda hehheheh sapa mau jawab.... mike jawab lah sendiri....


p/s- Fi Hifzillah In shaa Allah. Lagi satu jangan sesekali anda terjunam ke PDT sem depan yer… dosa besar di sisi teman. Sendiri mau ingat la..!! wassalam... adios amigos... C U in sem II…. In shaa Allah

kurang ikhlas

Suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya.

Murid: “Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”

Guru: “Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang!”

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, murid itu kembali dengan tangan kosong, hampa.

Lalu Guru bertanya : “Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?”

Murid : “Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak 
memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi!”

Sambil tersenyum, Guru berkata : “Ya, itulah hidup. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.”

Monday, 26 October 2015

Hikmah tua

Hikmah tua...
Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yg digemari sewaktu muda semakin  tidak menye ronokkan?

Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri.

Contoh2 yang diberikan.

SATU •

Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada.

Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA •

Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.

Hikmahnya : Bangunlah utk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat & lain2. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.

TIGA •

Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.

Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT •

Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang.

Hikmahnya : Banyak waktu. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak.  Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

Allah masih sayang kepada kita... diberi peluang untuk baiki keadaan sebelum menyesal.

Wallahualam.
Sekadar berkongsi.

Rumah

#TabungHartanah

LAGI 2 TAHUN HARTANAH JATUH HARGA?

1. Saya ditanya tentang pandangan Prof Dr Ho Ke Ping tentang saranan beliau agar orang muda jangan beli hartanah. Tunggu harga hartanah akan jatuh 2 tahun dari sekarang.

2. Ini pandangan saya yang bukan Profesor dan hanya pelabur di kampung. Saya sarankan anak muda dengar pandangannya, kerana dia seorang Profesor. Jangan ambil pandangan saya kerana saya bukan pakar.

3. Izinkan saya beri sedikit pandangan bila banyak yang bertanya. Saya dan beberapa sahabat saya senantiasa menulis tentang celik hartanah sejak tahun 2013. Kita cuba beri kesedaran hartanah pada golongan muda.

4. Saranan ini bukan baru anak muda, tahun 2007-2008 saya pernah dengar saranan yang sama dimedia. Semua orang kelam kabut dan 'share' merata dunia. Jangan beli hartanah katanya.

5. Kita sambut 'baik saranan' ini dan akhirnya nilai hartanah terus kekal menaik. Hari ini heboh lagi agar jangan beli rumah atau hartanah.

Anak muda yang kacak dan jelita,

6. Belian hartanah ada 3 cara, beli  dari pemaju, pasaran sekunder dan pasaran lelongan. Pasaran yang dimaksudkan oleh Profesor ini mungkin belian dari pemaju.

7. Ada dua pasaran lagi yang kita boleh beli, iaitu sekunder atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah terlelong. Pasaran ini sering dipandang sepi oleh golongan muda.

Kata mereka rumah ini tak cantik dan tidak wangi. Pasaran sekunder mula terjual banyak dibawah harga pasaran tahun ini, dan kadang kala harga ditentukan pembeli bila penjual terdesak.

8. Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita telah bersedia atau tidak. Jika kita telah bersedia untuk ada komitmen membayar pembiayaan rumah, silakan beli sahaja.

9. Jika  kita tunggu sampainya waktu hartanah jatuh harga, waktu itu ekonomi mungkin dah caca marba dan gila. Bank bank tentu sukar beri pembiayaan pada kita, kadar pinjaman juga pasti tinggi macam dulu kala (1997-1998). Bolehkah kita membeli?

Cadangan,

10. Jangan bermula membeli rumah yang mahal, saya seringkali sarankan anak muda membeli berdasarkan median gaji kita. Bukannya rumah yang kita suka.

Rumah pertama biar kecil dan sederhana. Hitung harga rumah berdasarkan kaki persegi (psf),  bukan beli yang ada kolam mandi.

11. Malangnya ramai orang muda tidak tahu pengiraan rumah yang layak mereka beli berdasarkan gaji. Beli bukan hanya lihat harga tetapi nisbah kemampuan kita. Berapa harga rumah yang sesuai?

Gaji tahunan x 5.5 = harga kediaman yang layak kita dibeli.

12. Hartanah merupakan aset yang paling lambat terkesan akibat perubahan ekonomi. Ia tidak seperti instruments pelaburan lain yang cepat berubah.

13. Saya selalu pesan anak muda beli hartanah pada kadar 10%-20% dibawah harga pasaran, jika perubahan berlaku kita masih tidak terkesan.

Beli hartanah ini perlu ada ilmu, jangan terlalu awal atau terlalu lewat, sebab itu kita ajar.

14. Pemaju juga semakin tertekan tetapi margin keuntungan mereka masih mampu menampung 3 tahun kedepan, mereka telah hitung harga paku dan simen untuk 3 tahun kedepan baru letak harga rumah.

15. Kebarangkalian pemaju menurunkan harga rumah agak rendah, mereka mula menawarkan pelbagai hadiah percuma dari kipas, aircond dan tv plasma agar iman kita cair dan terus beli rumah.

16. Menyalahkan kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah bukan langkah bijak. Mereka tidak membantu kita, kita harus bantu diri sendiri. Mereka terus rakus sebab mereka suka.

Bak kata ular dalam bangau oh bangau "dah memang makanan saya"

17. Skim kerajaan dan PR1MA masih dianggap mahal, pasaran sekunder jika kita bijak kita akan ada rumah pertama yang lebih murah dari yang ditawarkan.

18. Saya juga sarankan anak muda beli kediaman permulaan  bawah RM200 000 sahaja, pasaran sekunder banyak kediaman jenis ini dimana mana.

19. Hartanah dan kouta bumiputra jika tidak terjual selepas tempoh tertentu akan dibuka kepada golongan bukan bumiputra, ia tidak kekal disitu selamanya.

Apakah kita nak biarkan tanah sekangkang kera ini dibuka kepada bukan bumiputera lagi ?

20. Ahli akademik dan politik seringkali merungut tentang statistik hartanah di Malaysia mahal, tetapi mereka tidak sediakan jalan keluar kepada masalah ini. Mereka juga suka salahkan orang.

Apakah ia penyelesaian yang baik, bila mahal kita "jangan beli?" Rumah adalah keperluan manusia.

21. Pelabur tegar hartanah terus kekal membeli dalam keadaan pasaran sekarang, mereka ada matlamat kewangan dan stategik yang disasarkan. Ingat, kita tak tinggal seorang didunia ini. Jika kita tak beli ramai lagi akan membeli.

22. Hartanah lelong dijangka bertambah mulai tahun depan, bersedialah.

23. Akhir kata, mengapa saranan 'hebat' ini hanya keluar di media Bahasa Melayu tetapi tidak dimedia bangsa lain. Kita memang suka perkara yang bawak kita kebelakang bukan?.

"Jika air dalam cawan masih panas jangan minum ditengahnya, minumlah dibahagian tepi".  Jika belum mampu beli yang mahal, beli yang kecil dan kawasan pinggiran dulu.

Bermulalah sekarang atau 2 tahun nanti kita menyesal.

Wallahu A'llam

Dr Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah
Pelabur Hartanah Kacak
Penulis buku Mudahnya Beli Rumah
Pernah Membeli 6 Rumah Setahun.
Masih kekal membeli 2 rumah setahun.
www.sewaidaman.com

#sekadar pandangan saya yang lemah ini, saya raikan perbezaan pandangan.

jodoh mati

Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu."
Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.
Saya hairan dan bertanya. "Kenapa?"
Lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya dengan kematian."
Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"
"Bukan lah..Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia."
"Mungkin kalau dia kahwin, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?
"Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin."
Kata saya menyampuk..
"Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.."
"mungkin jodoh makcik dengan kematian"
Ibu sambung lagi..
"Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu."
"Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."
Saya terdiam sambil komen dalam hati.
"Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

Tuesday, 20 October 2015

SLT

Didik Pelajar "How To Fish"
=====================

Kesilapan besar sebahagian daripada pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat, tetapi kemudiannya gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi. Dalam keadaan ini ramai yang suka menyalahkan orang lain, tetapi terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan itu. Gred adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka. Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, mungkin dapat D dalam kemahiran belajar. Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.

Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai skill untuk  meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tiada 'fish'. They still can use their skill to fish to get their own fish.

Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout perlu diteliti semula. Jika ia membawa kepada 'give them the fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahan untuk diberikan 'handout'.

Kita melihat hampir semua students mengusung  nota dibekalkan pensyarah /guru yang penuh dengan tanda 'high lighter'  ke sana ke mari, tanpa membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya skill yang pelajar itu ada? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.

Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul terdiri dari 5 fasa, nota sebelum kelas, nota semasa kelas, nota selepas kelas, melengkap dan menambah nota serta memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda dan sebagainya), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi dalam pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).

Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleg pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan Inovasi untuk kemajuan sesebuah negara.

Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bina sendiri, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya mereka memiliki tahap berdikari lebih kurang 80%, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah 20%. Kedua-dua perkara ini akan berbeza mengikut umur pelajar.

Itulah sebab penekanan 'How to fish' itu perlu sangat diutamakan.

cc Shehdi Ragiun, Syed Azrin, Hamzah Fansuri KamalShukri, Tajul Azhar, Alias Ismail

Katak rebus


KATAK REBUS

Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.

Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.

Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik impiannya itu adalah air rebusan di dalam periuk.

"Panas pula air sekarang ini" keluh si katak yang terasa pijar.

"Oh, semua tasik impian hari ini suam dan panas. Ia fenomena sejagat" kata suara ghaib di balik dinding.

"Aku yang harus bertahan. Panas ini tiada jalan keluarnya. Lagi pun segalanya masih ada" jawab si katak kepada dirinya sendiri. Lidah panjangnya asyik mengejar lalat habuan tembolok.

"Tenanglah katak. Bukan air tasik impianmu yang panas. Ia fenomena sejagat" suara ghaib itu terus datang. Menyumbat telinga, menyumbat mata, menyumbat hati… kerana sumbat menyumbat memang kerja al-Mala'.

MATI ATAU BUNUH DIRI?

Akhirnya katak kembung yang sepatutnya cekap melompat ke sana sini, MATI KATAK.

Mati dalam rebusan yang panas sedikit demi sedikit, selari dengan sangka baiknya yang sedikit demi sedikit percaya, bahawa ia fenomena sejagat.

Mati katak… mati atau bunuh diri?

masalah dunia

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?
Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya
- Silakan wahai Hakeem
- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?
- Tentunya tidak!

- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi apa yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:
"Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban"
Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku
Pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu...