Khamis, 31 Januari 2013

salam jumaat

sebarkan... selamat beramal :)

cabrio

Cabrio ialah sebuah gondola kereta kabel yang boleh anda naiki di pusat peranginan Pergununagn Stanserhorn di Lucern Switzerland. Kereta kabel ini berbeza dari kereta kebal biasa kerana ianya mempunyai dua tingkat dan dek terbuka. Setiap gondola mampu membawa 60 penumpang pada satu-satu masa.

Prora

Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman. Hotel ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi. Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini masih lagi tidak pernah digunakan. Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja. 

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula. Pembinaan resort terbengkalai akibat perubahan dasar yang dilakukan oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied.

Rabu, 30 Januari 2013

UPS sem II 2012/13

GURUN sahara

"Sahara: Memang Tandus!"

Sahara: sebuah drama bersiri terbitan Astro. Sebuah drama tipikal cinta Islamik yang berlangsung sekitar sekolah agama atau pesantren yang tak macam pesantren pun. Watak utama adalah gadis berpurdah sebagai retorikal dari kejayaan filem-filem Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta, drama terbaru Melayu "Warkah Cinta", dan lain-lain lagi. Tapi cerita ni lebih kurang drama Qalesya yang dibintangi Elfira Loy dulu-dulu, cumanya watak dalam drama SAHARA ni adalah watak orang-orang dewasa yang bercinta. Juga merupakan kesinambungan filem 7 Petala Cinta yang epic failed pada tahun terdahulu. 

Dengan kata lain, drama ini cuma cedokan dari film indonesia dan drama-drama lain yang sedia ada. Cuma berbeza pada pelakon-pelakon sahaja. Apabila pengarahnya kurang kefahaman tentang Islam dan cara menyampaikan tanpa merujuk pada ustaz-ustaz yang bijak pandai dalam hukum-hakam, maka terhasillah drama sebegini yang ada 'kebocoran' dan 'kelompangan' di sini sana. 

Apapun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Baguslah untuk dakwah. Tapi caranya tidak berapa kena. Untuk bab cara ini, drama Warkah Cinta oleh Ustaz Ubaidillah Alias lebih baik jika dibuat perbandingan walaupun drama tersebut skripnya kaku dan pelakonnya tidak 'hidup', kerana dalam drama WC ada batasan-batasan yang tidak dilangkah oleh pengarah dan lebih menjaga imej Islam. Ada konsep tadarruj di situ.

Saya tidak mahu mengkritik, cuma menuliskan kembali sinopsis dari Episod 1 hingga 10 sahaja untuk dinilai. Actually, bukan semua scenes tu teruk. Ada pro dan kontranya. Ada yang baik, ada yang tak baik. Seperti yang saya kata tadi, cuma cara persembahannya sahaja tidak kena dengan tatacara syarak yang menyebabkan secara tidak langsung mencemarkan imej Islam, sekolah agama/pondok/pesantren, imej wanita berpurdah, imej ustaz-ustazah dan seterusnya imej masyarakat Islam. Ya lah, nanti orang bukan Islam tengok mereka akan kata, "Macam ni ke gambaran Islam? Teruknya."

[Sahara Ep.1]:

Tipikal cerita. Watak Izlan sebagai pemuda maksiat, playboy, loaded yang akhirnya berkenan pada Sahara si purdah, anak pemilik sekolah agama.

Scene dalam episod ni:
- Scena Sahara tersadung, kemudian cepat-cepat disambar hero siap pegang tangan. Tak tahannya lama gak tempoh duk macam tu.
- Pengenalan watak2 yang broken akhlak yang then akan dimasukkan ke sekolah agama. Bukan sekolah pondok. Macam sekolah agama swasta seliaan sendiri.
- Scene Izlan ke sekolah agama mengendap Sahara buka purdah pada calon2 lelaki (tiga orang) yang mahu meminangnya dan kagum dengan kecantikannya lalu jatuh hati. Tak tahulah sama ada tunjukkan wajah depan-depan ramai lelaki itu memang cara Islam atau tidak walaupun ditemani ayahnya.
- Izlan nak masuk sekolah agama sebab cintakan Sahara. 

[Sahara Ep.2]: Watak hero masuk sekolah agama.

Kepincangan dalam episod ni: Berkumpul lelaki dan perempuan tanpa tirai. Ustaz dan ustazah boleh pula duduk dekat-dekat sekali. Terlalu banyak ruang pelajar lelaki dan perempuan boleh bertemu secara bebas dalam sekolah agama.

[Sahara Ep.3]:

Kepincangan dalam episod ini: Macam tak ada ustaz je untuk memantau pelajar lelaki. Mungkin watak ustaz belum ditonjolkan di episod ini. Kelihatan si ustazah sahaja yang sibuk kawal pelajar.  Watak ustazah pun pakai tudung sanggul tinggi untuk episod awal-awal ni (mungkin baru permulaan siri, cuz next episod nampak lebih better), tak tudung labuh pun. Pelajar-pelajar perempuan pun seperti tak ada etika berpakaian. Pakai ikut suka sahaja. Bebas. Sepatutnya di sekolah agama, etika berpakaiannya lebih strict. No more tudung lycra melekap. Tudung ekspress juga yang jadi pilihan style dalam drama ni. Then, watak Sahara pun pakai purdah macam nak tutup tanak tutup je sebab batang hidung dia nampak 80% serta purdahnya kainnya nipis. 

Ada lagi adegan tak munasabah, si hero pergi tempat heroin tengah sidai pakaian. Terbuka purdah dia. Berpaling tengok pada hero tanpa sedar purdah terbuka. Ada ke boleh tak tersedar purdah terbuka? Tudung pun berbekas sanggul juga cuz tudung tu jenis kain licin. Menampakkan kegatalan watak hero. "Biarlah saya dapat tengok mata dan muka." 

[Sahara Ep.4]:

Episod ni counter balik episod sebelumnya bila pemilik sekolah mula membangkitkan soal disiplin dan peraturan sekolah agama. Menerangkan bahawasanya menjadi kesalahan besar masuk asrama puteri. 

Scene yg berlaku dalam episod ni:-
- scene tarik purdah kasi nampak muka heroin (kena buli)
- scene ustaz ajar tentang al-Quran yang terkandung segalanya di dalamnya. Ilmu sains hanya menghuraikan isi al-Quran. 
- kes pertemuan hero dan heroin yg jadi fitnah lalu dibawa berjumpa pengetua sekolah utk diambil tindakan disiplin.
- kes hero naik ke tiang menara speaker azan dan laungkan ucapan I love you pada depan semua orang and tanak turun selagi Sahara tak bagi jawapan utk luahan cinta dia. Ah bodoh semua ni. Scene ni kalau tengok memang memalukan sebab macam cerita Bollywood plak.

[Sahara Ep.5]:

Episod ni lak, bolehlah anda tengok lagi muka Sahara tanpa purdah. Scene dalam episod ni:-

- scene pelajar nama Mubarak (watak alim-alim kucing yang sentiasa bawa tasbih) duduk bersebelahan Balkis pelajar perempuan santai sahaja dalam sekolah agama berborak-borak berdua-duaan. Tapi apa nak hairan dan tak boleh kondem, sebab watak Balkis adalah watak perempuan yang masih tak tahu apa-apa tentang agama. Tapi Mubarak kan tahu benda tu tak baik, why dia tak buat juga?
- scene Balkis qasidah pakai kompang. Balkis gadis rock yang jahil agama guna kompang untuk mainkan lagu rock, boleh pula geng-geng qasidah yang tak jahil ikut je rentak dia siap tolong tepukkan kompang. Then, ustazah dia datang marah. Kenapa ditunjukkan macam senang betul org yang dah belajar agama terpengaruh dengan orang jahil?

[Sahara Ep.6]:

- scene Izlan watak hero belajar solat dan mengaji al-Quran dari budak kecik nama Amir.
- scene Sahara jatuh lubang buatan seteru dalam sekolah yang telah mencederakan dia, pengsan dalam tu.
- scene Izlan kena fitnah mencuri then kes kecurian tu solve akhirnya. Hero bebas fitnah.
- Sahara dijumpai kakinya sahaja cedera.
- Balkis jadi baik. Mula pakai elok2 Sahara yang perbetulkan pemakaiannya.

[Sahara Ep.7]:

Pro:
- scene Badrol tolong kumpul tahi lembu dan akhirnya boleh jual untuk baja. Pengajaran yg menginsafkan buat Badrol yang suka mencuri dan mula faham kesusahan cari duit.
- scene Balkis mulai positif dalam perubahan pemakaian. 
- scene Izlan si hero belajar wudhuk dari poster pengambilan wudhuk. belajar sendiri cara solat dan boleh solat dah.

Kepincangan: 
- Sahara dah tak lagi berpurdah depan Izlan dan orang lain. Bila dipuji Izlan, baru dia cepat-cepat tutup balik.

[Sahara Ep.8]:

- scene Izlan praktis solat sehingga terlupa roti yang dibakar dalam pembakar roti jadi hangus berasap.
- scene Ghazali kawan Izlan kena bola kat muka dia sampai lebam gara2 Mubarak.
- scene Izlan pergi jumpa Sahara di tingkap dapur nak bgtau dia dah ready nak jumpa ayah Sahara, nak buktikan dia dah berjaya solat.
- scene ayah Sahara ajar Izlan tips-tips khusyuk solat. 
- scene Izlan pergi jumpa lagi Sahara dekat perpustakaan dan tanya kenapa Sahara pakai purdah.
- scena Bella seteru Sahara yang berpura2 jadi kawan baik Sahara nak bawa Sahara ke klinik untuk ubati kaki Sahara yang belum baik akibat jatuh lubang tempoh hari.

[Sahara Ep.9]:

Kepincangan:
- scene Ghazali kawan Izlan cuba luahkan perasaan pada Balkis dalam perpustakaan. Then tak jadi. Lepas tu Balkis dengan selambanya tarik tangan Ghazali (pegang lengan lapik baju lagi) sebab tak puas hati tatau apa Ghazali nak luah sebenarnya.
- scene Badrol dan seorang pelajar perempuan bercintan-cintun dalam sekolah agama depan-depan orang. Hairan, boleh ke berdua-duaan dengan perempuan dalam sekolah agama? Sebenarnya scene ni untuk tunjuk Badrol rapat ngn pompuan ni just utk curi wallet dia. Sebab Badrol ni kaki pencuri. Episod ni tak insaf lak si Badrol ni.

Episod ni tentang:
- scene Bella bawa Sahara ke klinik dan setelah dapat keputusan X-Ray kaki Sahara, Bella telah menyuruh Sahara tunggu di luar dan dia yang ambil keputusan X-Ray. Kaki Sahara retak teruk dan jika tak operate akan bertambah teruk. Bella tak bgtau Sahara dan rahsiakan utk biarkan Sahara lebih menderita.
- scene Badrol dan Mubarak cubaan menipu dan mencuri di kedai runcit. Badrol curi jajan, Mubarak tumpang makan sekali tanpa peduli halal haram.
- scene pelajaran al-Quran dalam kelas oleh ustazah. Scene Sahara baca Ya Sin.

[Sahara Ep.10]:

- Scene Sahara jumpa Izlan, menangis sebab ayah Sahara dah ada calon terbaik untuk Sahara. Sahara minta Izlan lupakan dia.
- Scene Mubarak jumpa Balkis. Mubarak main-main sumpah dan kata cintakan Balkis. Balkis minta Mubarak tampilkan saksi sebagai bukti Mubarak cinta ikhlas Mubarak terhadapnya. Balkis minta Mubarak tampilkan Ghazali as bukti. Sekarang, Balkis-Ghazali-Badrol. Seorang perempuan di antara dua lelaki. Situasi fitnah walaupun tempat tu ada lagi pelajar-pelajar perempuan lain. Kenapa pelajar lelaki dan perempuan bebas berada di suatu tempat bersama-sama ya? Pelajar agama ni.
- Scene Badrol ngayat pompuan dan duduk bersebelahan berduaan (untuk mencuri lagi) sedangkan ada pelajar2 lelaki lain lalu lalang di situ. Takde siapa pun tegur perbuatan tu salah?
- Scene Izlan akhirnya dipertimbangkan jadi calon menantu ayah Sahara dengan memberikan soalan apakah "Istiqamah" yg perlu dijawab dalam 10 hari.
- Scene Izlan pergi ke Aspuri pompuan untuk pinjam kitab tentang Istiqamah. Pergi senyap2 pada malam hari. 
- Scene Izlan gigih cari makna Istiqamah tu apa
- Scene Bella terus nak menjahanamkan Sahara dengan berpura-pura buat baik pada Sahara. Hasratnya biar Sahara lumpuh kaki.
- Scene Ghazali cari cara meluahkan cara cinta pada Balkis dengan yakin.

Episod 11 dan seterusnya saya serahkan pada anda untuk membuat penilaian sebab ceritanya agak bosan dan mendatar. Jujurnya ada isi yang disampaikan, namun oleh kerana tidak kena kaedah dan cara buat kita rasa terganggu untuk meneruskan hasrat menontonnya sampai akhir.

Kepada para pengarah filem dan drama, tolonglah kreatif sikit dalam hasilkan drama dan filem. Tidak semestinya kena buat di sekolah agama barulah dinamakan itu Islamik. Tidak semestinya kena berpurdah barulah dikatakan Islamik. Berfikirlah di luar kotak. Kalau dah tak ada idea sangat, pilihlah novel Islamik yang laris dan bermutu kemudian terjemahkan ke layar perak dan filem dengan mendapatkan khidmat nasihat ilmuwan Islam dan para ustaz untuk menghasilkan sebuah cerita yang betul-betul Islamik. 

Kesimpulannya, penonton seperti saya merasa cinta Islamik dalam drama ini akhirnya nampak menjengkelkan.

Sekian.

- @[1417004278:2048:Muhammad Rusydi]
‎"Sahara: Memang Tandus!"

perlu hendak

Antara KEPERLUAN vs KEHENDAK

Keperluan= sesuatu bnda/pkra yg kita "perlu" dalam hidup,
bila ia xde,
seperti ada "kekosongan" dlm hidup..

Kehendak= sesuatu benda/pkra yg kita "hendak" dlm hidup,
bila ia ada,
kita akn rasa gembira sbb "kehendak" kita dipenuhi,
tp if ia xde pun,
its ok..
kita still boleh teruskn hidup..^_^

Setiap manusia ada keperluan&kehendak masing2..

kita xboleh nk larang dia jika sesuatu benda yg ingin dimilikinya itu pada kita sesuatu yg tidak "perlu" tp pada dia "perlu"..

Eg:DEAN LIST
Sebagai mahasiswa,
semua org mengharapkan dpt "dean list" dlm akedemik transcript,
boleh jadi ia suatu "keperluan",
bg student yg nk maintain pointer,
sbb xnk byr ptptn..^_^

boleh jgk suatu "kehendak"
klu dpt..alhmdulillah..its a gift from allah..
klu xdpt pun its ok..masih boleh jgk dpt keje dgn result yg ada..

walau apa pun kehendak & keperluan kita,
Allah swt maha mengetahui segalanya,

Bila mana Allah menciptakan sesuatu makhluk itu,
Allah pasti "MENCUKUPI" keperluan dia..

Sahabat2 sekelian,

MINTAlah pada Allah pkra/benda yang kita "perlu"..
bukan minta pkra/benda yang kita "hendak"..

kerna boleh jadi benda/pkra yang kita "hendak" itu sebenarnya bukan satu "keperluan" pun bg kita dan ia adalah sesuatu yg sia2 setelah kita miliki..

Boleh jadi jgk,
Bilamana kita sentiasa "meminta2" kt Allah bnda/pkra yg kita "hendak",
then Allah makbulkan,
Then Allah akn "tarik" satu nikmat bnda/pkra yg kita "perlu" dlm hidup,

waallahualam..
semoga allah sentiasa memberikan kita benda/pkra yang kita "perlu" dlm hidup,
dan pkra/bnda itu adalah sesuatu bermanfaat..aamin..^_^

pensyaraah pilihan

CIRI-CIRI GURU PILIHAN utk ke akhirat..^_^

Via-Akademik
Saya pernah berjumpa seorang ulama,
saya bertanya bagaimana ingin mencari guru yang mursyid,

beliau berkata:"
jika kamu ingin mencari guru mursyid dia tidak di keliling orang
(pengikut yang taksub) sepanjang jalan,

tapi beliau bersendirian ketika berjalan,

beliau tidak tidur kerana menyelesaikan masalah masyarakat,
hidupnya membentuk masyarakat kepada islam,

beliau tidak mengejar wang ringgit dan harta kekayaan,
beliau hidup di kalangan orang tidak mengenali ketika beliau berjalan sepanjang jalan dan berada di majlis ,

beliau kurang berbicara hal dunia tapi banyak mengingatkan orang pada hari akhirat,

Beliau sentiasa menyuruh agar muridnya perbetulkannya mengikut landasan kebenaran iaitu al quran dan hadis Nabi s.a.w,

jika beliau silap,
(Kerana dalam dirinya adalah manusia yang lemah dan hamba yang tawaduk kepada Allah.)

Hidup nya penuh dengan ketenangan dan tidak pernah memihak pada keduniaan dan permusuhan..

Baginya persaudaraan sesama islam dan mengeratkan silatur rahim jika umat bertelagah.

Allahuakbar!!..sukar nak jumpa org mcm nie..^_^

Selasa, 29 Januari 2013

Pra UPS IV PDT KMS set I & II

mind map organik

istiqamah

panas plak baca... astaghfirullalhazim!
SEJARAH PEMBODOHAN ANAK BANGSA

September 1993, saya dan rakan-rakan mengikuti Kursus BTN Di Kem Wirawaja, Janda Baik, Pahang. Kursus ini berlangsung hanya beberapa hari sebelum kami berlepas ke destinasi pengajian masing-masing, membawa cita-cita, harapan ibu bapa serta rakyat dan negara. Pada masa yang sama, saya turut mengingatkan diri bahawa saya adalah hamba Allah dan khalifah-Nya.

Program kami bergabung dengan satu lagi kumpulan pelajar yang akan ke UK. Kami pula akan terbang ke Jordan, Morocco dan Mesir.

Saya diundi menjadi Penghulu. Tugas tambahan, dan saya menerimanya dengan berat hati beriring tawakkal.

"Kamu semua jangan nak tunjuk pandai ya. Kami baru habis mengkursuskan imam-imam masjid Pusat Islam. Kalau Imam pun kami boleh tundukkan macam ni (sambil memegang betis), kamu semua apatah lagi!" kata ketua jurulatih BTN ketika itu.

Telinga saya panas.

Manis benar ucapan 'selamat datang' beliau.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai provokasi dibuat oleh jurulatih kami dan banyaknya adalah untuk memburuk-burukkan pembangkang, khususnya PAS. Saya kira, jika mereka bentangkan fakta tentang kelemahan prestasi PAS, ketidak upayaan PAS menguruskan Kelantan yang baru dimenangi dan pendekatan-pendekatan lain yang berasaskan hujah dan fakta, mungkin ramai sahaja di kalangan kami yang setuju. Kami pun bukannya ahli PAS.

Tetapi, seperti biasa. Kesombongan menghasilkan pembodohan.

Kami diperbodohkan.

Kami diberi gambarajah berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat, kemudian disuruh memilih ikut kecenderungan diri. Ulasan selepas pilihan, "kajian menunjukkan, orang yang minat gambarajah bulat, biasanya gila seks. Hati-hati dengan pihak yang lambang bulat!"

Ya, sebuah pembodohan. Bagi biasiswa, suruh cemerlang, tetapi dimulakan dengan proses pembodohan.

Semuanya itu menambahkan rasa panas hati, sedangkan kami hadir sebagai 'happy kids'.

Kami dipaksa makan bercampur antara lelaki dan perempuan. Saya dan rakan berdegil dan kami bertindak sendiri makan minum berasingan. 

Kami dikelirukan dengan arahan tinggi rendah berkejar mencari kumpulan dalam permainan simulasi. Peserta berlari-lari di dalam dewan dan berlaga-laga antara lelaki dan perempuan, kami berdiri di tepi dewan sehingga selesai dan kami masuk ke kumpulan yang sudah berhenti berlaga-laga.

Pelbagai cara yang mereka lakukan, tujuannya ialah seperti mahu 'mengubah' kami.

Sungguh memenatkan. Setiap masa, kami kena berfikir selangkah lebih hadapan untuk membaca apa yang sedang cuba jurulatih lakukan. 

Menjelang hari akhir, kami diminta mengikuti kembara merentas desa yang dimulakan dengan meranduk kolam. Saya ok sahaja. Tetapi ada pelajar perempuan yang meminta mereka dikecualikan daripada meranduk kolam kerana masalah aurat.  Pakaian basah, melekat ke tubuh, pelajar perempuan meminta saya berbincang dengan jurulatih. Walaupun saya kira pelajar perempuan itu boleh secara proaktif memikirkan pakaian yang sesuai untuk mencegah lekit dan penonjolan bentuk tubuh, namun dek 'rakyat' meminta 'wakil rakyat' menyampaikan hasrat mereka, maka saya sampaikan.

Mengejutkan, jurulatih terus bersetuju. Alhamdulillah. Saya pun menyampaikan khabar gembira kepada peserta perempuan.

Selepas solat Subuh, kami beratur di depan kolam.

Ketua jurulatih memberi taklimat, "tiada siapa dikecualikan daripada masuk kolam. Semua kena masuk. Dan peserta mesti disusun lelaki dan perempuan berselang seli.

Apa ini?

Saya mengangkat tangan, tetapi diarahkan diam oleh jurulatih. 

Sebagai tanda protes, saya mencampak bata denda yang saya diarahkan gendong 24 jam kerana telur ayam saya pecah dirempuh jurulatih.

Kumpulan saya diarahkan masuk dulu.

Peserta perempuan tanya, "macam mana ustaz?"

Saya jawab "jangan masuk. Semua perempuan jalan ikut tepi kolam. Kami yang lelaki sahaja masuk. Kumpulan lain pun sama!"

Kami meranduk air kolam sedalam paras leher, dengan bergayut kepada tali. Peserta perempuan menunggu kami di hujung kolam, dan kami bergerak semula dalam kumpulan, memulakan perjalanan merentas hutan rimba di Banjaran Titiwangsa itu.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada kumpulan lain.

Kumpulan kami tersesat hingga ke perkampungan orang asli dan tiba paling akhir ke Masjid Kg Janda Baik.

"Padan muka, inilah balasan Allah kepada orang yang tidak mengikut arahan!" kata jurulatih kepada kami.

"Balasan Allah kepada tuan belum tahu lagi!" saya menjawab.

Pelbagai kejadian lagi yang berlaku. Semuanya tersimpul di dalam sebuah perkataan iaitu PEMBODOHAN.

Untuk berjaya dalam hidup, kita bukan hanya perlu belajar untuk pandai, tetapi berjuang untuk tidak bodoh.

STUPIDIFICATION: learn the word, spell it correctly, protect the dignity, save the country!

unsafe