Selasa, 8 Januari 2013

Taktik

‎5 Taktikal Perang Terbaik Sepanjang Zaman: 

1. Pertempuran menawan Kota Constantinople - Perang ini diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang anak muda berjiwa singa. Kapal-kapal tentera Islam sukar untuk memasuki Tanduk Emas yang terdapat rantai besi memagarinya. Mengejutkan, Sultan Muhammad Al-Fateh memutuskan untuk menarik kapal di daratan mengatasi perangkap tentera Rom.

2. Pertempuran Gaugamela - Alexander The Great dengan askar sebanyak 47 000 harus bertempur dengan 250 ribu hingga 1 juta askar. Menjangkakan Alexander akan menyerang secara mengejut pada waktu malam, Darius memaksa askarnya untuk berjaga dan Alexander pula tahu Darius akan berlaku sebegitu kerana skarnya yang kecil menyuruh askarnya untuk berehat.

Keesokan harinya, barulah Alexander menyerang. Beliau seboleh-bolehnya mahu menarik tentera Darius sebelakang mungkin untuk mewujudkan ruang kosong dalam tentera Darius bagi serangan askarnya. Barisan sayap Darius telah ditarik oleh Alexander sehingga membuatkan barisan tengah askar Darius terdedah dengan serangan.

3. Pertempuran Chi Bi - Pertempuran ini berlaku ketika zaman lewat Han, di mana Wu dan Shu bergabung askar dengan jumlah tentera mereka hanyalah 50 000 askar untuk bertempur dengan 800 000 askar Wei.

Huang Gai, panglima tentera Wu telah mengetuai sebilangan kapal menghampiri armada kapal Wei, dan ketika kapal tersebut sedang bergerak laju, Huang Gai telah membakar kapal-kapal tersebut lalu terjun ke dalam bot kecil yang telah tersedia dan melarikan diri daripada pertempuran.

Askar Wei yang tidak bersedia terpaksa menerima akibat apabila kapal mereka telah dilanggar oleh kapal yang tidak berpenghuni, penuh dengan api yang marak.

4. Pertempuran Marathon - Miltiades mengetuai askar Yunani untuk menghadapi serangan Parsi. Membentuk formasi yang agak unik, beliau telah menguatkan bahagian sayap kiri dan kanan askarnya tetapi sengaja melemahkan bahagian tengah tenteranya.

Ketika tentera Parsi sedang sibuk menyerang, bahagian sayap Yunani berjaya mengekang kemaraan Parsi, tetapi tengah telah berundur ke belakang membuatkan tentera Parsi telah masuk ke dalam perangkap. Ini membuatkan tentera Pari telah berpusu-pusu masuk ke bahagian tengah Yunani dan membuatkan mereka terkepung oleh sayap kanan dan kiri Yunani.

5. Pertempuran Salsu - Perperangan ini melibatkan Kerajaan Goguryeo melawan Dinasti Sui China. Kerajaan Goguryeo ialah sebuah dinasti Korea.

Ketika pertempuran ini, askar Korea yang hanya berjumlah 10 000 orang harus bertempur dengan bala askar China yang berjumlah 300 000 orang.

Panglima tentera Korea, Eulji Mundeok bijak bermain taktikal dengan menggunakan empangan yang terdpaat di atas bukit. Ketika bala tentera China menghampiri mereka, air bah daripada atas empangan telah dilepaskan dan menyapu habis tentera China. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan