Khamis, 17 Januari 2013

Kembong story


Lagi kisah sedih warga marhaein nak HADAP liku2 hidop akibat kesiapan MEMILIH kerajaan...

The Kembung Story ....

Hari ini, sebagai guru kelas Tingkatan 4A, aku mendapat senarai lengkap maklumat peribadi pelajar dalam kelasku. Apabila mataku meleret sampai ke 'Pendapatan Bapa/Penjaga', lama mataku merenung satu persatu setiap pendapatan si 

bapa / penjaga para pelajarku yang semuanya Melayu muslim warganegara Malaysia. Aku pun rasa bersalah untuk menggesa pelajarku membayar itu dan ini. Dengan pendapatan bapa/penjaga serendah RM430 - RM900 sebulan dan sebuah keluarga 5 - 7 ahli, apalah sangat yang mereka makan. Ikan kembong pun RM15 sekilogram. Patutlah ramai pelajar yang berhutang tak mampu bayar yuran. Daripada 24 orang pelajar kelasku, 18 orang daripada mereka ditanggung bapa/penjaga berpendapatan RM1000 ke bawah. Yang paling tinggi pun baru RM3500 sebulan.


Pendapatan begitu masih berpada jika ikan kembong RM7/kg, ayam RM5/kg, beras RM18 sekampit... tapi kita semua tahu harga barang keperluan harian sekarang.

Sebagai seorang guru yang hidup dalam masyarakat Melayu di luar bandar, aku percaya itulah pendapatan sebenar mereka (memanglah tak termasuk 'side income' yang ada sekali-sekala). Aku lihat sendiri dan tahu apa pekerjaan mereka.

Bukan baru2 ini saja aku berfikir, sebaliknya sudah lama; cukupkah dakwah ini hanya berfokus soal solat atau menutup aurat? Cukupkah dakwah ini diisi dengan ceramah Maulidurrasul yang diselit ancaman faham liberal atau Syiah?

Bukankah dakwah Rasulullah s.a.w. menekankah soal akidah yang murni serentak dengan pembelaan nasib orang2 susah? Bukankah dakwah baginda s.a.w. ke arah memperkukuhkan 'keadilan sosial'? Bukankah baginda s.a.w. mengharamkan ihtikar / monopoli (Approved Permit - AP?) Bukankah sebaik sahaja mengasaskan masjid pertama, baginda s.a.w. membuka peluang perniagaan untuk umat Islam di pasar baru menggantikan pasar lama yang dimonopoli golongan kapitalis?

Negara ini dilimpahi kekayaan. Hasil petroleum. Komoditi getah dan sawit. Balak. Bisnes yang rancak. Ada orang dibayar gaji RM400K sebulan. Ada CEO institusi kewangan yang memegang deposit ibadat haji dibayar RM80K sebulan. Oh, jauhnya beza si kaya dan si miskin. Negara ini banyak beri subsidi. Tetapi 70% daripada subsidi itu dinikmati golongan kaya. Siapa yang banyak memperolehi subsidi petrol dan diesel? Si miskin yang memakai kereta Kancil atau si kaya yang memakai Cayenne?

Sudah sampai masanya para pendakwah di Malaysia membuat ulangkaji kandungan dakwahnya. Islam ini agama yang melarang umatnya melupakan bahagiannya di dunia walaupun ia amat mementingkan akhirat. Tetapi kenapa umat Islam paling miskin? Mereka suka miskin (kerana 'sudah kaya iman') atau peluang mereka telah dibolot oleh golongan penjenayah nasionalis kapitalis yang bertopengkan kecintaan kepada bangsa dan agama?

Faham nasionalisme kapitalisme adalah kemungkaran yang jarang disebut oleh para pendakwah hari ini. Mereka asyik memperkatakan kemungkaran hiliran seperti yang terdedah di dada media, tetapi mereka rabun terhadap kemungkaran huluan. Kekeruhan air di muara adalah berpunca daripada kekotoran air di hulu. Tanpa menghentikan aktiviti2 di hulu yang mengeruhkan air, mampukah orang di kuala menjernihkan air itu. Gunakanlah peluang menjernihkan air di hulu lima tahun sekali itu dengan sebaik-baiknya. Jangan tertipu dengan propaganda berwajah kebangsaan dan agama.


Ayuh.. Selamatkan Malaysia ini kalilah. TUKAR !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan