Jumaat, 26 Oktober 2018

Grass root

Sangat setuju dengan pandangan guru ini
Credit tu #sayusayme

Ke hadapan YB #MaszleeMalik

Tidak perlu mulakan dengan perjumpaan mesyuarat & kemudian sambungan mesyuarat & perjumpaan & kajian & temubual & soal selidik...

Diminta 13 ahli pakar, dijemput & dipersilakan untuk dihantar bertugas sebagai guru di 13 buah sekolah yang berbeza.

Menjalankan infiniti tugas-tugas guru secara sepenuh masa, sepanjang 6 bulan.

Refleksi/Impak pdpc selama 6 bulan itulah laporannya.

Kemudian, barulah 13 ahli pakar ini dikumpulkan semula, duduk semeja, roundtable dan mula bermesyuarat.
Bincangkan pengalaman & dapatan masing-masing selama 6 bulan itu.

Dengan kata putus, tetapkan sasaran kajian & laksanakan lembaran baru anda. Saya yakin, dengan cara ini, dasar baru kelak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Janganlah buat DASAR HANYA TINGGAL DASAR SEMATA-MATA DASAR YANG CANTIK PADA KERTAS SAHAJA. Pegawai pantau, satu sekolah berlakon. LAKONAN SEMATA-MATA.

Kerana Pendidikan negara kita dalam parah, kritikal & nazak senazaknya. Jangan benarkan deria kita tuli dengan jeritan & tangisan para pendidik seMalaysia yang meminta diselamatkan... mengambil nafas yang hampir lemas dengan timbunan masalah sosial murid & terumbang-ambing dipusing mental para penjaga...

***
Saya amat percaya dan yakin dengan kebitaraan & kecerdikan pakar-pakar ini. Hormat penuh akan ilmu & kepakaran mereka.

Kadang terlalu lama dalam dunia teori & kepompong pemikiran pakar tidak membantu. Kita perlu melihat sesuatu dari sisi marhean. Tinggalkan segala *title* & kosongkan minda. Ingat pada analogi gelas yang penuh tidak akan dapat mampu mengisi apa-apa lagi. Di harap kali ini, lontaran idea mereka perlu realistik dan dapat menyelesaikan segala apa kemelut yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di MALAYSIA. janganlah lagi dibeli / diadaptasi / dianakangkatkan idea-idea dari mana-mana negara.

Biar pakar-pakar turun padang, dengan pengalaman ini, hands-on & rapat umum, barulah mereka dapat fikirkan dasar & fikiran yang membina untuk masa kini (penting-selesaikan apa yang kini, melanda sekarang) & dengan rahmat Tuhan, dasar untuk mas

Graduasi

Walaupun mungkin ramai yang marah, walaupun mungkin ramai yang tak senang, Saya tetap berpendapat bahawa trend majlis graduasi tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah pembaziran dan merepek.

Pembaziran, kerana dana sekolah untuk urusan  hakiki pun compang-camping, terkontang-kanting, lagi sibuk nak disalurkan kepada majlis yang direka-reka ini. Ada sekolah yang menyewa jubah, ada guru yang terpaksa mencari jubah untuk dipakai. Tapi nak fotokopi bahan pdp tiada dana.

Merepek, kerana graduasi berjubah itu adalah identiti menara gading. Jubah dan 'mortar board' adalah manifestasi tradisi ilmu dan kesarjanaan. Setiap perkara ada kedudukannya.

Hujahnya apa? Nak bagi pelajar bermotivasi masuk universiti? Salah tu. Berpuluh tahun kita tak pernah buat majlis sebegitu, tiadakah yang masuk universiti? Eh, anak kita di tadika itu tak tahu pun apa itu graduasi. Kita je pandai-pandai menormalisasi.

Percayalah, benda-benda beginilah yang lama-kelamaan nanti akan merosakkan sekolah kita. Kalau nak hargai anak-anak, majlis anugerah kecemerlangan sudah memadai. Tak perlu berjubah bertopi. Majlis yang disertai oleh kita, guru dan ibu bapa, sudah menjanjikan kebahagiaan kepada anak-anak kita.

-Sahul HM-

Jumaat, 19 Oktober 2018

Hang Tuah

Sayyid Thanauddin (Datuk Adi Putra) & menantunya Laksamana Hang Tuah & Hang Jebat

Laksamana Hang Tuah ialah bapa angkat,bapa mentua dan bapa saudara Hang Nadim (anak Hang Jebat). Ibu Hang Nadim dan isteri pertama Laksamana Hang Tuah adalah adik beradik. Dang Melor dan Dang Wangi adalah anak Datuk Adi Putra. Isteri Datuk Adi Putra pula orang Mindanao, bernama Puteri Fatimah binti Raja Maqbulu. Majapahit yang Laksamana Hang Tuah pergi dan selalu pergi itu ialah Majapahit 2, berpusat di Empayar Cermin Jeddah. Hang Jebat pula adalah adek Radin Sahur,yang bergelar Temenggung Walitikta, Adipati Tuban. Temenggung ini adalah bapa kepada Sunan Kalijaga dan Hang Jebat adalah bapa saudara Sunan Kalijaga.

Sang Persanta Nala yang di kata kan olih Datuk Adi Putra ialah Maulana Sayyid Hussin Jamadil Kubra kerana beliau saudara paling tua bagi Datuk Adi Putra. Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaranqandi adalah anak saudara bagi Datuk Adi Putra !!!.Dan juga Ibrahim Asmoro adalah anak murid bagi Datuk Adi Putra

Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja” dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka. Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan Maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.

Rabu, 17 Oktober 2018

Pawang Nong

PERTARUNGAN PAWANG NONG DENGAN ORANG MINYAK.

Sebelum itu mari kita kenali siapa Pawang Nong , Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah sahabat serta dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang bersama menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

KETIKA bulan sedang mengambang pada waktu dinihari. Di sebuah kampung terpencil di daerah Jerantut, Pahang kelihatan satu lembaga hitam berkilat memanjat tingkap sebuah rumah.
Dengan berhati-hati dia menuju ke arah seorang gadis yang sedang nyenyak tidur bersebelahan dengan bilik kedua ibu bapanya. Tiada sesiapa pun yang menyedari akan kehadiran lembaga hitam itu.

Lelaki hitam berminyak itu mengusap usap tampang gadis itu. Lantas memeluk serta merta menyelak kain batik yang membalut tubuhnya, dengan rakus manusia berminyak itu memperkosa mangsa tanpa belas kasihan. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Selepas memuaskan kehendaknya, dia menconteng kapur sirih dengan tanda pangkah pada kemaluan, peha dan ari ari mangsa. Sebagai satu tanda telah dinodainya.
Lembaga itu kemudiannya menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Dalam sekelip mata kisah orang minyak heboh diperkatakan serata kampung dan ceruk di daerah Jerantut. Di mana mana sahaja orang bercerita tentangnya.

Penduduk makin gempar apabila semua rumah yang dicerobohi mengadu anak gadis atau isteri mereka diperkosa. Dalam banyak kejadian semua mangsa tidak sedar sewaktu dinodai.
Buktinya contengan kapur pada kemaluan yang mengesahkan kehadiran lembaga itu. Kejadian orang minyak memperkosan dan mencuri harta benda merebak serta merta ke beberapa buah kampung lain seperti Damak, Batu Balai, Kampung Som, Kampung Tanjung Besar, Budu, Chat, Benta dan Lipis Barat.

Pelbagai pendapat diutarakan mengenainya. Ada yang percaya ia adalah orang minyak berdasarkan gambaran yang diceritakan oleh mangsa. Badan yang hitam legam, licin berkilat, dan berminyak. Ada yang mengatakan bau orang minyak hapak serta hamis seperti bau bangkai atau najis. Dikatakan orang minyak perlu mencari 44 mangsa untuk diperkosa. Demi amalan ilmu hitam yang dipelajarinya. Namun segala ramalan dan agakan itu semakin keliru apabila tiada seorang pun pengawal malam bertembung dengannya.

Kalau ada mangsa terjaga, mereka gagal berbuat apa apa. Kerana lidah kelu lantaran terlalu takut atau mungkin sudah disihir. Dalam banyak kejadian, mangsa tidak sedar kerana sedang tidur. Cuma yang menjadi bukti adalah kesan contengan di bahagian kemaluan mangsa. Lembaga itu muncul dan menghilangkan diri secara tiba tiba. Ianya menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia ada kaitan dengan orang yang menuntut ilmu hitam.

Menurut ceritanya, sebelum menaiki sesebuah rumah dia mengelilingi dahulu rumah tersebut sambil membaca mantera. Dia kemudiannya membaling pasir pada dinding serta atap. Setelah itu dia mencangkung seketika menunggu reaksi penghuninya. Setelah yakin baharulah dia melompat masuk. Sama ada melalui tingkap atau pintu yang akan terbuka dengan sendirinya. Walaupun sebenarnya pintu itu terkunci.

Segala usaha untuk menangkap lembaga itu gagal kerana ianya terlalu licik. Bomoh bomoh yang dipanggil memberitahu, lembaga itu menggunakan sehelai sirih untuk memukau mangsanya. Sirih yang dilipat lipat itu akan diselitkan di celahan dinding. Setiap penghuni rumah yang dipukau itu tidak akan sedar apa yang berlaku sekalipun mangsa teruk diperkosa.

Beratus bomoh telah dipanggil. Semuanya gagal memerangkap pengamal ilmu hitam itu. Malah polis turut menemui jalan buntu. Ketika meronda di hujung, berlaku di pangkal. Begitulah setiap kalinya terjadi serangan orang minyak. Terlalu sukar untuk dijejakinya! Rondaan yang dibuat sepanjang malam begitu mengecewakan. Yang pasti setiap pagi mesti akan ada mengadu menjadi mangsa.

Akhirnya penduduk kampung sepakat meminta pertolongan dan bantuan dari Haji Nong Taib. Seorang pawang dan guru silat yang tinggal di hulu Cheka Jerantut. Pahang.

Selama ini dia hanya memerhati sahaja. Dia tidak boleh memandai mandai masuk campur selagi tidak dijemput. Itu petua ilmu yang dipelajarinya.
"Bolehlah kawan cuba. Kawan bukan pandai, semuanya dengan pertolongan ALLAH."
Katanya kepada rombongan orang yang datang menemuinya. Haji Nong membuat persiapan dan dia memilih beberapa pemuda yang handal bermain senjata. Lalu menubuhkan pasukan yang boleh dikatakan berani mati!

Diarahkannya anak buah membawa kain kapan. Kerana mengikut perkiraannya apabila orang minyak itu dibunuh, dia akan segera dikapan dan dikebumikan dengan selekas yang mungkin. Anak buahnya juga diminta membawa penyodok dan cangkul. Ramai yang pelik tetapi tiada siapa yang berani bertanya.

Selepas bekerja keras menjejak. Haji Nong bertemu orang minyak itu di sebuah hutan pinggir kampung di kawasan Lipis Barat. Bagaimana pun lembaga itu dapat memukai Haji Nong dan orang orangnya. Kesemuanya kaku dan hanya memerhati sahaja wajah bengis lembaga itu yang beransur ansur menghilangkan dirinya.

Sebaik hilang dari pandangan barulah Haji Nong dan orang orangnya dapat bergerak seperti biasa. Kini Haji Nong tahu akan kelebihan dan kekurangan musuh yang dicarinya itu. Haji Nong mengarahkan anak buahnya berpecah. Bagaimanapun baru beberapa langkah berjalan lembaga itu muncul semula. Kali ini kelihatan lebib ganas. Pertarungan sengit yang berlaku menyebabkan sebilangan anak buah Haji Nong kecundang.

Dia betul betul menunjukkan kehebatannya. Haji Nong hanya memerhati menjeling dan bersedia pada bila bila masa untuk bertindak. Maka berlakulah pertarungan yang dinanti nantikan. Pawang Nong bertemu dengan Orang Minyak!

Masing masing menunjukkan kehebatan ilmu batin. Lembaga itu mencabut anak anak pokok sebesar lengan lalu membalingnya ke arah Haji Nong. Haji Nong melompat kiri dan kanan seperti harimau kumbang seraya tangannya menepis balingan itu. Anak buah Haji Nong menghidupkan jamung untuk menerangkan lagi gelanggang sayembara. Mereka berada di empat penjuru sementara Haji Nong dan lembaga hitam itu berada di tengah-tengahnya.
Lembaga itu beberapa kali menjerit dan meraung raung sambil menumbuk dadanya berkali kali. Haji Nong hanya bergerak kiri dan kanan menunggu saat yang sesuai. Tiba tiba Haji Nong melepaskan satu tumbukan angin. Serta merta lembaga itu tumbang. Tetapi dia bangun semua membalasnya. Dapat ditepis Haji Nong. Kedua duanya berada dalam jarak 5 meter apabila Haji Nong pantas melompat lalu bercelapak di atas dada lembaga itu.
"Siapa kamu?!"

Tanya Haji Nong sebaik kakinya memijak mangsa yang tersungkur di atas tanah. Dia sudah bersedia untuk menetak musuhnya itu jika berani cuba melarikan diri.
"Tolonglah tok! Ampunkan saya!"

Lembaga itu bersuara merayu.
Haji Nong melonggarkan tekanan. Lelaki itu kemudian melutut. Sambil menangis teresak esak dia mengaku telah memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya. Anak buah Haji Nong memegang tangan kiri dan kanannya. Disuruhnya beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimanapun lelaki itu enggan dan berdiam diri.

Haji Nong memegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri lalu menekannya ke bawah. Sepantas kilat tangan kanannya melepaskan tetakan yang kuat laku memisahkan kepala dan badannya. Hanya seketika terdengar raungan. Selepas itu hanya darah memancut membasahi bumi dan badan Haji Nong yang berhampiran. Mayatnya dikebumikan di situ juga.
Sejak itu kampung di sekitar Lipis dan Jerantut aman semula. Tiada lagi kedengaran gangguan orang minyak.

Haji Nong kenal akan pengamal ilmu hitam itu. Bagaimanapun beliau terpaksa merahsiakan identiti orang minyak itu dari pengetahuan umum. Kerana tidak mahu warisnya mendapat malu. Orang yang terlibat adalah penduduk tempatan yang mengamal ilmu salah.

Haji Nong tidak pernah menghebohkan siapa sebenarnya orang minyak. Katanya yang penting kampung selamat.

Kisah ini diceritakan oleh anak Haji Nong. Dan salah seorang anaknya ada mewarisi ilmu kebatinan milik bapanya.Haji Nong, wira yang bertanggungjawab membunuh orang minyak itu sudah lama kembali menemui ALLAH pada usia 112 tahun (11 November 1977)

Sebelum itu pun namanya dikenali setelah dapat membantu askar Inggeris menawan hidup hidup 200 pengganas di hutan Hulu Cheka bersama anaknya, Ariff. Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya lantas mengurniakan Pingat Empayar British (B.E.M) sebagai mengenang jasa dan baktinya. Kerajaan Pahang mengabadikan namanya pada sebuah sekolah di hulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong.

Al-Fatihah Buat Almarhum Pawang Nong.

Isnin, 15 Oktober 2018

Guru

Impian bermula dari seorang guru yang mempercayaimu, yang menarik, mendorong, membawamu ke dataran tinggi, kadang dia menusukmu dengan tombak tajam bernama, “kebenaran.”

 Guru yang menginspirasi tahu bahawa sentiasa ada batu-batu di jalan yang menghalang. Batu-batu tersebut boleh jadi batu penghalang atau batu loncatan; bergantung bagaimana kita memanfaatkan batu tersebut.

Guru yang bijak tidak membawamu masuk ke rumah kebijaksanaan, tapi lebih banyak membimbingmu di ambang pintu akalmu.

Mengajar itu bukanlah seni yang hilang, tapi kehormatannya itu merupakan tradisi yang hilang.

Guru yang baik itu mahal, tapi guru yang buruk itu lebih mahal.

Seorang guru itu adalah orang yang membuat dirinya sendiri semakin tidak berguna kepada pelajarnya.

Kenduri

Minta tolong sangat... janganlah raikan kematian.. bayangkan sedara mara datang menziarah si mati dan keluarga si mati, tujuannya supaya sama2 berkumpul sedekahkan doa dan ayat2 suci alquran, tapi malangnya masa semua ahli keluarga banyak diluangkan di dapur, di pasar.. bertungkus lumus menyediakan macam2 menu. Tak sedihkah kalau yg mati itu kita.. :(

BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR MENOLAK KENDURI ARWAH.

Catatan daripada FB Fatimah Baihaqi.

Kenduri arwah itu WAJIB?
Persoalan sy selama ini terjawab juga dlm Al-Kuliyah ptg ini.
Sy sering ade rase tidak puas hati apabila ada saje kematian dlm sebuah keluarga, maka keseluruh ahli keluarga akan bersibuk2 menyediakan makanan buat tetamu yg hadir sedangkan pd masa itu suasana teramat2 sedih.

Teramat2 sayu.

Sy teringat waktu kematian arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dlm keadaan ekonomi yg agak meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yg menyara hidup kami. Saye pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sgt. Tolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus utk teruskan hidup sementara tggu gaji bulan seterusnya.

Bila terima kematian ayah tercinta. Hati bagai dilanggar garuda. Sedihnya x terkata. Ayah meninggal waktu sy ada bersama2nya.

Selesai urusan pengebumian, sy lihat saudara mara sudah sibuk bertanyakan tntg kenduri arwah yg akan dijalankan.
Pada masa itu, sy rasa terhimpit sgt. Dengan keadaan gaji cukup2 makan, sy terpaksa korek sana sini, kongsi adik beradik duit sekadar ada utk menjayakan permintaan orang-orang yg lebih dewasa yg mahu kenduri arwah. Saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu lemah, terlalu sedih dgn pemergian abah, jd sy n adik beradik yg uruskan semua dan saudara mara bantu masak2.

Pada waktu itu, keadaan nya saling x tumpah seperti sedang MERAIKAN sebuah kematian, sedangkan keluarga kami baru sahaja kehilangan abah. Senario ini biasa sy lihat dilakukan oleh org dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya WAJIB. Sy keliru pd waktu itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sgt menyusahkan kami sekeluarga kerana menelan belanja yg besar?
Dek kerana kenduri yg menelan belanja yg besar, maka kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan utk kubur arwah abah. Bayangkan, waktu itu batu nisan yg x sampai rm 500 pon kami x mampu nak beli sbb dah byk habis duit pd kenduri.

Kami mmg susah waktu itu sbb lps abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sgt teruk. Kami makan sekadar ada. Tiada yang mewah2. Berlaukkan telur goreng dgn kicap juga sudah cukup syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami juga sudah pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk tanpa bantal.

Sudahnya, hanya selepas beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah, menggantikan 2 batang kayu dgn sedikit rimbunan bunga yg abg sy cacakkan sementara menunggu batu nisan dibeli.

Namun apa yg sy dengar dr ceramah Al-Kuliyyah hr ni menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Ustaz beritahu, org Melayu kita sudah terlalu byk terpesong dgn adat. Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya, masyarakat kita terjerut sendiri dgn adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan utk keluarga simati demi meringankan beban keluarga. Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan? Cukup sy katakan, keadaan yg kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yg membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga simati mengadakan kenduri tahlil utk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya, iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah menyelesaikan semua perkara yg bersangkut paut dgn arwah, dan keluarga mempunyai wang yg mencukupi utk menjamu tetamu yg dtg. Bukanlah seperti skrg, asal sahaja ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut2 yg menelan belanja yg besar. Seolah2 jika tidak kenduri, maka keseluruh ahli keluarga itu berdosa.
Walaupun sekarang alhamdulillah sy mampu dgn rezki yg Allah bg, tp sy tidak sesekali menyokong adat yg terpesong dr sunnah itu. Sbb sy dah rasa susahnya ketika itu. Sy x mahu org lain rasa apa yg kami rasa. Sebab itu sy tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika melawat org meninggal. Keadaan itu sy dah alami.

Beramallah dgn ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yg pelik, maka berusahalah utk cari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari. Bukan dtg bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yg bercanggah, perlu dibuang terus. Mana yang baik, teruskan.

Sy berharap sgt agar satu hari nanti ada kesedaran dr golongan yg terlebih dewasa utk memahami perkara ini. Memang skrg masih lg adatnya begitu. Tapi jika lebih ramai yg bersuara tegakkan perkara yg benar, insya Allah adat yg pelik lg menyusahkan itu boleh dihapuskan.

 #hidup biar bersandar Al-Quran dan sunnah
 #boikot adat merepek

Khamis, 11 Oktober 2018

Kacang

SIKAP MALAS KAKIKATNYA BUKAN SIKAP

Pembentangan ini adalah hasil dari kajian lebih dari 40 tahun terhadap sikap, budaya dan lainnya yang dimiliki oleh bangsa bangsa besar termasuklah para sahabat.

Orang selalu memperkatakan sikap malas sebagai satu sikap atau perangai. Secara relatifnya Melayu memiliki sikap lebih malas berbanding kaum Cina. Masyarakat India lainnya di India relatifnya lebih malas berbanding Brahmin. Kaum kaum Melayu di Malaysia relatifnya lebih malas berbanding Melayu Jawa. Tidak hairanlah kaum kaum dan bangsa bangsa yang lebih rajin akan menguasai ekonomi, institusi ilmu, institusi agama dll.

Sebenarnya rajin dan malas bukan sikap. Kerajinan berlaku bila lobe otak Dopaminergik Neuron aktif dan malas berlaku bila lobe ini pasif.
Analoginya sembelit bukan penyakit. Sebelit adalah simtom kurangnya pengambilan serat dan probiotik dalam diet.
Jadi malas adalah simtom kurangnya pengambilan bahan sumber Dopamine dalam diet terutamanya kekacang.
Budaya pemakanan Cina tinggi kekacang berbanding Melayu. Dalam kalangan kaum Melayu, budaya subetnik Jawa lebih tinggi pengambilan kekacang dengan budaya technology tempenya.

Untuk bangunkan umat ini menjadi rajin, bangunkan budaya berkekacang dan bertempe dalam diet. Budaya, bukan sekali sekala.
Sama juga untuk bangunkan umat zero sembelit zero buasir bangunkan budaya berserat dan berprobiotik dalam diet umat.
Dalam ilmu pertanian organik, pokok pun akan rajin berbuah bila diberi extract taugeh.
Untuk rajinkan umat ini, jom bangunkam budaya Dopamine melalui pengambilan tempe, taugeh, kacang rebus, sayur kacang, taufu, air soya dll.
Jika ini dibudayakan, 10 Tahun lagi umat Islam Malaysia akan menguasai kembali buminya insyaallah. Jika tidak diubah budaya pemakanan, 100 tahun lagi pun umat ini tidak akan bangun.
Kekacang, makanan sunnah budaya Quraish yang jarang diperkatakan

Idris Zainal Abidin 013 4041505
Penceramah Brain Development

Rabu, 10 Oktober 2018

Hina

MAKHLUK PALING HINA

Di sebuah sekolah pondok,terdapat seorang pelajar yang tengah menuntut ilmu daripada seorang guru.Sudah bertahun-tahun lamanya si pelajar ini belajar hingga tibalah saat di mana dia akan dibenarkan pulang untuk berbakti kepada masyarakat

Sebelum dia pulang,gurunya memberi satu ujian kepadanya.Si guru kemudian berkata pada pelajar tersebut,"Sebelum kamu pulang,dalam tiga hari ini,aku ingin meminta kamu mencarikan seorang ataupun satu makhluk yang lebih hina dan buruk daripada kamu", ujar si guru.

“Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru.Hari ini saja saya mampu menemui ramai orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya", jawab si pelajar penuh keyakinan diri.

Si guru tersenyum seraya mempersilakan muridnya membawa seorang ataupun satu makhluk itu ke hadapannya.
Pelajar itu pun keluar dari ruangan gurunya dengan semangat kerana menganggap begitu mudah ujian itu.
Hari itu juga, si pelajar berjalan menyusuri jalanan.
Di tengah jalan,dia menemui seorang pemabuk tegar.
Menurut pemilik warung yang dijumpainya,orang tersebut selalu mabuk malahan setiap hari.
Fikiran si pelajar sedikit tenang, dalam hatinya dia berkata,

“Pasti dia orang yang lebih buruk dariku, setiap hari dia habiskan hanya untuk memabukkan dirinya, sementara aku selalu rajin beribadah."

Dalam perjalanan pulang si pelajar kembali berfikir,

“Rasanya si pemabuk itu belum tentu lebih buruk dari aku,sekarang dia sering mabuk tapi siapa yang tahu di akhir hayatnya Allah SWT mendatangkan hidayah hingga dia mampu husnul Khotimah,sedangkan aku yang sekarang rajin ibadah,kalau di akhir hayatku,Allah SWT mengkehendaki Su'ul Khotimah,bagaimana?
Ini bermaksud pemabuk itu belum tentu lebih hina dari aku", ujarnya bimbang.

Si pelajar kemudian kembali melanjutkan perjalanannya mencari orang atau makhluk yang lebih buruk darinya.Di tengah perjalanan,dia menemui seekor anjing yang menjijikkan kerana selain bulunya kusut dan baunya yang busuk,anjing tersebut juga menderita penyakit kudis.

“Akhirnya aku temui juga makhluk yang lebih hina dari aku.
Anjing tidak hanya haram,tapi juga berpenyakit kudis dan menjijikkan", kata santri dengan girang.

Dengan menggunakan guni beras,si pelajar membungkus anjing tersebut bertujuan hendak di bawa ke sekolah pondoknya.Namun di tengah jalan,tiba-tiba dia kembali berfikir.

“Anjing ini memang buruk rupa dan berkudis,namun benarkah dia lebih buruk dari aku?
Oh tidak,kalau anjing ini mati,maka dia tidak akan diminta bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya di dunia,sedangkan aku harus bertanggung jawab pada semua perbuatan selama aku di dunia dan boleh jadi aku akan masuk ke neraka".

Akhirnya si pelajar menyedari bahawa dirinya belum tentu lebih baik dari anjing tersebut.

Hari semakin senja,si pelajar masih mencuba kembali mencari orang atau mahkluk yang lebih hina darinya.
Namun hingga malam tiba,dia tak juga menemuinya.
Lama sekali dia berfikir,hingga akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke sekolah pondoknya dan menemui gurunya.

“Bagaimana Anakku, apakah kamu sudah menemukannya?", tanya sang guru.

“Sudah, guru", jawabnya seraya tertunduk.*

“Ternyata di antara orang atau makhluk yang menurut saya sangat buruk, saya tetap paling buruk dari mereka", ujarnya perlahan.

Mendengar jawapan si pelajar, si guru tersenyum lega.

“Alhamdulillah. Kamu ternyata lulus dari perguruanku ini, anakku", ujar si guru terharu.

Kemudian si guru berkata, "Selama kita hidup di dunia, jangan pernah bersikap sombong dan merasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain.Kita tidak pernah tahu,bagaimana pengakhiran hidup yang akan kita jalani.
Boleh jadi sekarang kita baik dan mulia,tapi di akhir hayat menjadi makhluk yang seburuk-buruknya.
Boleh jadi pula sekarang kita beriman,tapi di akhir hayat,syaitan berhasil memalingkan wajah kita hingga melupakan-Nya"

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi"
(Hadis Riwayat Muslim no.91)

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Dan semoga di sisa umur yang Allah SWT berikan dapat kita pergunakan sebaik-baiknya untuk memperbanyak amal soleh dan bukan hanya disibukkan dengan urusan duniawi belaka dan semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat, cermin²lah diri kita.

“Aamiin Ya Rabbal Alamiin”

Isnin, 8 Oktober 2018

Pemimpin

Alkisahnya...bila kita jadi PEMIMPIN

Jangan terlalu mengharap pada seseorang
Jangan terlalu menyayangi seseorang
Jangan terlalu membenci seseorang

Jadilah diri sendiri...belajarla menyendiri
Mengurus diri..berjalan sendiri..
Makan minum sendiri
Belajar bergembira sendirian
Belajar kecewa sendirian
Belajar bersedih sendirian
Belajar menyelesaikan masalah sendirian

Kerana pada mereka..
Bukan anda seorang yang perlu dilayan
Bukan anda seorang yang perlu didengari
Anda hanyalah salah seorang daripada ramai yg mereka sayang dan perlu diberi perhatian..suami....isteri..anak2..ibubapa..adik beradik...mertua...ipar duai...kawan rapat..jiran tetangga..rakan sepejabat

Jangan terlalu berharap pada seseorang
Belajar memimpin diri sendiri..supaya kuat fisikalnya..emosinya..rohaninya. dan mentalnya

'Don't blame others for dissapointing you but
blame yourself for expecting too much from them'
(Jangan salahkan orang lain kerana mengecewakan anda, tapi salahkan diri anda sendiri kerana terlalu mengharap pada mereka)

"Leaders are like Eagles..They dont flock..They stay strong alone..at the top"

Akhirnya..kita jugalah yang bertanggungjawab memimpin diri sendiri

Dulu, Kini Dan Selamanya Memimpin....

BANTING, 7 Okt 2018
(POST ASAL : BANTING, 7 Okt 2017)

Ahad, 7 Oktober 2018

Mati

💥 *PERGI TANPA BEBAN DIHATI*💥

💦Berapa lama lagi kita akan hidup? 10, 20 atau sekadar lima tahun lagi? Saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya.

💦Jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita meninggal dunia kerana kemalangan atau serangan jantung, apa perasaan kita?

💦Cuba bayangkan, apakah si mati pernah membayangkan bahawa dia akan mati pada saat kematiannya itu?

💦Agaknya, apakah yang ada di dalam hati dan perasaannya beberapa bulan, minggu, hari atau beberapa jam sebelum ajalnya tiba?

🍃Muhasabah Diri🍃

@Acu...✍🏻

Jumaat, 5 Oktober 2018

Bicara

☪ TAZKIRAH SIRAH

Penghakiman paling aneh di dunia!

Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz.

Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:-

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?-

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:

Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi?

Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka.

Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah!

Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?

Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi🍂

Selasa, 2 Oktober 2018

Kimia

MOTIVASI HARI INI💪🏻

1.🚫Asal :  Aku tak pandai kimi-A!. So watpe belajar kimi-A!
✅ Ubah :  Sebab aku tak pandai kimi-A! la kena belajar. Baru boleh terer kimi-A!

2.🚫Asal :  Aku tak minat kimi-A!.
✅ Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar dan minat kimi-A!.

3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada yang belajar dalam bidang kimi-A!.
✅ Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berjaya dalam bidang kimi-A!.

4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa nak studi kimi-A!?
✅ Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, dan malu.
✅ Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila bijak kimi-A!
✅ Ubah  :  Ramai juga orang bodoh yang sombong. Aku pandai kimi-A! aku x menyusahkan sesiapa. Aku boleh ajar org lain pasal kimi-A!.

7.🚫Asal  :  Aku banyak benda tak tau pasal kimi-A!.
✅ Ubah  :  Sebab banyak x tahulah aku mesti berjaya dalam exam. Bila dah pandai kimi-A! boleh ajar org lain

8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde nak terer kimi-A!.
✅ Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku belajar kimi-A!.

9.🚫Asal  :  Kalau aku terer kimi-A! & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
✅ Ubah  :  Ramai juga orang yg x berapa nak pandai yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang kimi-A!.

10.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk belajar kimi-A!?
✅ Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok.

 In Syaa ALLAH.

P/s - dah mati masuk kubur tak dan dah blajar *kimi-A!*

Isnin, 1 Oktober 2018

Wanita aka isteri

Kalau awk memilih utk bersama wanita BERKERJAYA, awak perlu menerima dia TIDAK BOLEH mengurus rumah sepenuh masa

Kalau awk memilih utk bersama wanita SURIRUMAH yg boleh menjaga & mengurus rumahtangga sepenuhnya, awk perlu menerima yg dia TIDAK PANDAI menghasilkan duit

Kalau awk memilih utk bersama wanita yg hanya MENURUT CAKAP, awk harus menerima yg dia hanya BERGANTUNG HARAP pd awk saja tanpa pandai membuat keputusan

Kalau awk memilih utk bersama wanita yg BERANI, awk harus menerima kalau dia KERAS KEPALA dan punya fikiran sendiri

Kalau awk memilih utk bersama wanita CANTIK, awk harus menerima PERBELANJAAN nya yang banyak

Kalau awk memilih utk bersama wanita HEBAT, awk harus menerima kalau dia KERAS DENGAN PENDIRIANNYA.

TIADA WANITA SEMPURNA dalam dunia ini, semua hanya dlm MIMPI dan ANGAN-ANGAN sahaja.