Saturday, 21 June 2014

wat yg terlupe

Tazkirah buat diri ini yang selalu terlupa dan juga buat sahabat2....
***Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa


***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia


***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita


***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...


***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
***ke satu perjalanan yang jauh.
***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
***sesungguhnya mati itu benar.
***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar.


***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.
*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.
***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.
***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.
***Renung2kan dan selamat beramal.

Thursday, 19 June 2014

big fish

Tadi masa dekat tempat kerja...terjumpa dengan seorang customer ni dekat dalam surau...dia ajak solat jemaah....saya bentangkan sejadah...
Saya kata: silakan bang..jadi imam...
Dia kata: Eh....tak pe...tuan rumah yang patut jadi imam
Saya terfikir jap dalam kepala...
"Tapi dia lagi tua dari aku, tapi tak pe la, dah kata tuan rumah (kerja sini), tak de hal la"
Lepas habis solat, saya saje tanya..."Baru balik kerja ke?" (Walaupun dah tahu, tak kan la baru balik dari basuh kereta kot, soalan klise..huhu)
Dia kata : Iye...baru balik ni...dia tanya saya, kerja sini ke, dah lama ke?
Saya; Yup...dah setahun lebih...cari pengalaman dan kumpul modal, sambil kerja saya ada buat business sendiri skit...
Lepas dia tahu je saya kerja sambil buat business sendiri..makin rancak dia bersembang...
Saya pun lagi rancak la bagitahu dekat dia, semua ni sebab pengaruh saya belajar dekat UMK, Kelantan, suasana dekat sana banyak mempengaruhi saya tentang berniaga ni...
Kami sembang rancak....
Tiba-tiba macam dah lama kenal....Dia banyak pesan pada saya...
Antara pesanan dia...
1) Jangan tinggal agama...
Dulu abang just kerja, kerja..kerja..kerja... pergi oversea sana sini, flight, pakai kot, kerja dengan syarikat besar, jumpa ramai orang tapi sampai satu tahap, jiwa rasa kosong...rasa jauh dari agama ni...
2) Be a big fish in a small pond not a small fish in a big pond
Maksudnya jangan terlampau ghairah kerja dengan syarikat yang besar semata2...contohnya abang ni boleh kerja dengan IBM, Microsoft, Windows tapi sampai bila2 pun abang akan dikenali sebagai pekerja engineer yang ke 1008, kita tak pernah jumpa bos, dan bos pun tak pernah kenal kita...tapi kerja abang sekarang company tak la popular tapi position skang ni ada 2 orang je, abang dan kawan abang...jadi kita rasa lagi dihargai, kita kenal bos, dan bos pun kenal kita, apa kita cakap orang dengar...
3) Berniaga la...
Abang setuju dengan cara awak...Apa2 pun cuba la berniaga....jangan asyik bergantung dengan makan gaji...bila kita dah makan gaji, nanti fikiran kita hanya akan fikir untuk bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang tu, hutang ni, tapi bila awak ada perniagaan sendiri, awak akan berfikir macam mana nak kembangkan perniagaan ni..macam mana nak luaskan lagi sumber pendapatan...awak tak akan berada dalam zon selesa dan awak akan jadi seorang survivor..survive macam mana nak teruskan hidup ni...Abang ni macam ibarat 5-6 tahun ke depan dari awak...abang pun dah start berniaga dan bekerja sekarang ni...
4) Jangan terlampau mengejar pangkat dan harta kekayaan....manusia ni sampai bila2 akan rasa tak cukup....
Awak buat apa yang awak suka..hidup dengan tenang....
Saya kata: saya just nak teruskan hidup ni sambil ada isteri tersayang di sisi dan anak-anak cukup la...
Abang: Yup...itu pun betul...tapi abang nak pesan lain, awak buat apa je kerja yang awak suka, dan jangan buat kerja yang awak tak suka semata-mata nak bayar semua hutang tu....
Phew! Pesanan yang mantap...tak sempat sembang panjang lagi...
Dapat motivasi yang awesome malam ni dari orang yang langsung tak pernah kenal sebelum ni...
Alhamdulillah....