Isnin, 2 Jun 2014

Panda mu

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing garang
Puas sudah binatang ku cari
Mana nak sama panda sepasang

Makan nasi di kedai Kasmah
Makan percuma Rajib belanja
Rakyat miskin tiada rumah
Panda sepasang ditatang manja

Makan nasi harga seringgit
Nasi putih berkuah santan
Rumah panda jutaan ringgit
Rumah rakyat bawah jambatan

Kuih pau bersama inti
Kuih bahulu tidak diuli
Panda ditatang sepenuh hati
Rakyat derita tidak dipeduli

Merdu Sang Murai mengalun siulan
Cuba dipikat anak si Riduan
Panda mengawan jadi bualan
Rakyat miskin tiada bantuan

Pagi petang kempen kemajuan
Bila agaknya jadi kenyataan
Panda disewa tiada tujuan
Habiskan duit juta-jutaan

Tiap detik dipengaruhi syaitan
Kuat Iman melawan godaan
Panda merengek mencari jantan
Itu pun jadi bahan pemberitaan

Kuih bahulu mengikut acuan
Kuih koci perlukan santan
Pemimpin biul tiada tujuan
Habiskan duit rakyat kesusahan

Panda gemuk panda kurus
Panda putih memanjat palang
Pemimpin biul tak tahu mengurus
Negara bankrap banyak hutang

Buluh betong disukai Panda
Rebung buluh disukai manusia
Ramai rakyat bergelar janda
Mereka miskin tidak dibela

Panda betina panda jantan
Jarang dijumpa panda pondan
Rakyat pelik sikap kerajaan
Membazir dan rasuah jadi amalan

Sofi Wahab, Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan