Isnin, 31 Disember 2018

Suami

* Tazkirah hari ini … *

* ⊙ Jika anda menghidangkan makanan untuk suami … tetapi tidak menemaninya makan … sama halnya seperti memberi makan kucing … * Ini pun ada disebut dalam hadis; *Sebaik baiknya, temanilah dia meskipun sekadar satu suapan … tak pun duduk sambil minum minum sementara menanti dia selesai … *

∆ - Thabit al Banni berkata; *Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya …  yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya … *  Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya … dipegang pelita sampai suaminya selesai makan …

¶ - Pada satu malam … pelitanya kehabisan sumbu … lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu … Esok harinya … matanya yang buta kembali melihat … Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami … Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami … bermula dari dapur ...

* ⊙ Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata kata … bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi … * Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi … *

π - Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa … * Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini … * Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan … dengan mengambil tahu mana mana yang patut..

* ⊙ Jangan kuat membangkang pendapat suam i… * Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang … * Walaupun agak salah … sebaik baiknya terima dahulu ... * Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda …

* √ Ingat … anda ibarat perdana menteri dan dia raja … * Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri … *Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami … *

• - Anda tinggal sebumbung dengannya … sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu … * Kalau tak sependapat pun … simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat … *

| - Pendek kata … seboleh mungkin … sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya …

* Wallahualam … *

Rabu, 26 Disember 2018

2019

PERTIMBANGAN UNTUK 2019
________________________

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat. _________________________

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

________________________

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. ________________________

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki. ________________________

5. DALAM PELABURAN: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kayap! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang.
________________________

6. JANGKAAN: Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!

________________________

7. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.
________________________

8. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!

_______________________

9. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

_______________________

10. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.

_______________________

11. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Selamat menjalani tahun 2019.

Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!

Isnin, 24 Disember 2018

Sbp



http://saifulislam.com/2018/12/sekolah-berasrama-dan-boarding-school-syndrome/

“Duduk asramalah best!” kata anak saya.

“Jom kita bincang, kenapa ia best” saya menyambut kenyataannya.

Perbualan saya dengan anak-anak malam itu menjadi tegang berkaitan bagus atau tidak bagusnya bersekolah asrama. Saya faham mengapa anak saya suka tinggal di asrama semasa di Malaysia dahulu. Ia menepati kecenderungan perkembangan remaja. Di peringkat umur berkenaan, anak remaja tidak berminat dengan hubungan dua hala bersama ibu bapanya, sebaliknya fokus lebih kepada aktiviti sendiri serta hubungan dengan rakan sebaya. Sehinggalah otak hadapan anak lebih berkembang untuk mempunyai lebih prefrontal power, egocentric stage of brain menyebabkan kehidupan bersama keluarga akan menjadi satu gangguan kepada kehendak jiwa remaja, dan asrama boleh menjadi jalan keluarnya.

“Tetapi abi gembira dengan penghijrahan kita ke Finland yang sekali gus menyebabkan tiada lagi kehidupan asrama. Walaupun kerja menjaga kome di depan mata sangat menguji kesabaran abi, terutamanya apabila terpaksa melakukannya pada kebanyakan masa secara bersendirian, abi yakin pengalaman kita sekarang dapat mencegah kamu semua daripada menjadi seperti abi!”

“Jadi apa?” tanya anak-anak.

Iaitu jadi apa yang disebut di dalam British Journal of Psychotherapy oleh Dr Joy Schaverien sebagai “Boarding School Syndrome”.

𝗦𝗜𝗡𝗗𝗥𝗢𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗥𝗔𝗠𝗔

“But you turned out to become a good person” kata anak–anak saya.

“Thank you for saying that. But now you’re old enough to be able to understand better what I internally struggle. Abi duduk asrama semenjak usia baru nak masuk 13, dan semenjak itu definisi rumah bagi abi berubah. Where is home?” saya bercerita.

“Kamu ingat semasa buat keputusan nak ke Finland, senang ke nak tinggalkan tanah air, peluk opah dan berbisik di dalam hati agar peluklah emak abi lama-lama kerana abi mungkin tidak akan lagi berpeluang memegang wajah opah lagi buat selama-lamanya? Abi boleh buat keputusan yang sangat perit itu sebab abi hati kering! Abi mampu buat sebab sebagai budak asrama.

I fit in everywhere, but belong nowhere. I am not scared to live anywhere is this world, because I have no sense of belonging to a HOME. I have learnt to cope alone because the experience toughens me up.

Tetapi I am not a person yang mudah untuk seseorang hidup bersama. Tak percaya, tanya ummi. Abi bukan bermelankolik, tetapi ia adalah simptom–simptom “boarding school syndrome” yang rumit untuk diperkatakan itu.” saya menerangkan.

𝕴 𝖋𝖎𝖙 𝖎𝖓 𝖊𝖛𝖊𝖗𝖞𝖜𝖍𝖊𝖗𝖊, 𝖇𝖚𝖙 𝖇𝖊𝖑𝖔𝖓𝖌 𝖓𝖔𝖜𝖍𝖊𝖗𝖊.

Tidak mudah untuk saya mencoret tentang pengalaman berdialog dengan anak-anak kami yang kini meningkat remaja. Saya menghormati privacy mereka dan ini bukan lagi era Aku Terima Nikahnya (2008) dahulu.

“Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, “lepas kamu ke asrama, kamu dah jadi ‘anak kerajaan’. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!”

“Walaupun opah menyebutnya sekadar luahan hatinya semasa abi memberitahu abi dapat offer pergi Jordan, tetapi kata-kata itu sangat menghiris perasaan abi because I was happy that I am anak emak. Bagi abi, tiada apa yang hendak dimalukan orang kata kita anak manja dengan emak, sebab itu tandanya kita dekat dengan syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tetapi, umur 13 tahun keluar rumah, 18 tahun ke luar negara, 26 tahun berkahwin dan terus menjadi suami orang, dan membina rumahtangga sendiri. I lost the family intimacy.” saya menyambung cerita.

“Dan sebab itu walaupun abi suka kanak-kanak, hakikatnya abi hanya mudah mesra dengan anak-anak sendiri. There is a complex psychological explanation behind it, as part of this ‘boarding school syndrome’. Sedangkan golongan upper class menganggapnya sebagai ‘character building’. Bangga sangat dengan pengalaman bersekolah di sekolah so and so dahulukala.” saya tegaskan.

Saya tidak menganggap bersekolah di sekolah berasrama sebagai satu priviledge sebab ia hakikatnya meninggalkan kesan psikologi sepanjang hayatnya, yang kini sudah pun mula dikaji oleh pakar-pakar di UK, Australia dan USA. Ia sepatutnya menjadi hanya pilihan yang TERPAKSA diambil oleh golongan yang memerlukan bantuan kerajaan, apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan anak-anak. Sebagaimana idea asal sekolah berasrama penuh di negara kita.

Saya berbual dengan anak-anak tentang implikasi bersekolah asrama ke atas individu. Perbualan kami seterusnya pergi kepada implikasi an arrogant or patronising manner di kalangan elitis sekolah asrama, iaitu sekurang-kurangnya satu perkara yang saya sangat bersyukur Allah lepaskan saya daripadanya. Saya mual dengan idea old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan.

Di Finland, saya perlu mendepani drama remaja anak-anak, perubahan kelakuan mereka, masalah-masalah mereka, yang semuanya itu sangat meletihkan saya yang juga merupakan seorang pelajar sepenuh masa. Tetapi anak-anak kami makan bersama setiap hari, bergaduh di depan saya dan menyelesaikan pergaduhan itu juga di depan mata saya, berbincang tentang masalah-masalah yang sangat rumit hingga membabitkan hidup dan mati, iaitu topik-topik yang saya belajar untuk menelannya sendiri semasa saya di usia mereka.

Memang bersekolah asrama itu ada kebaikannya, tetapi Boarding School Syndrome bukan bahan gurauan saya dengan anak-anak. Perkongsian saya ini bukanlah berbentuk pilihan ibu bapa mana yang lebih betul, sebaliknya pilihan yang manakah yang paling membolehkan ibu bapa terus berperanan dalam mendidik anak-anak dengan berkesan. Jika pilihannya adalah dengan menghantar anak ke asrama, maka ambillah berat tentang isu Boarding School Syndrom ini. Dan jika pilihannya mengekalkan anak-anak di rumah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan dan amanah yang berat ini.

Kita belum berbincang tentang masalah pengalaman seksual tinggal di asrama.

Bacaan lanjut berkaitan tulisan ini boleh dibaca antaranya di artikel https://www.ibblaw.co.uk/insights/blog/boarding-school-syndrome-symptoms-and-long-term-psychological-effects

Hasrizal
Oulu FI

Robert firdaus wong

Dari Tokong Ke Ateis, Dari Ateis Ke Gereja, Dari Gereja Ke Masjid

Ini kisah penghijrahan sahabat saya Ta Honn Yu, diceritakan dibawah ini bagaimana perjalanannya dapat membawa kembali kepada fitrah: 

Saya Ta Honn Yu, dan saya dilahirkan di dalam keluarga yang beragama Buddha. Pada umur 5 tahun saya telah dijadikan penganut agama Buddha ataupun Tao ataupun boleh dikatakan Konfusian. Saya pun tidak jelas sebenarnya, sebab kebanyakkan kepercayaan orang Cina di Malaysia sebenarnya bersifat sinkretik (bercampur) diantara tiga agama itu. Seawal pada umur 5 tahun juga, bapa saya telah meninggal dunia, dan saya percaya upacara ke atas kematiannya itu dijalankan mengikut agama Buddha dan Tao.

Sepanjang saya menjadi seorang penganut agama Buddha, banyak persoalan yang ditimbulkan dalam minda saya mengenai dunia ini. Antara persoalannya adalah: kenapa saya dilahirkan di dunia ini? Bagaimana dunia ini muncul? Ke mana saya pergi selepas saya meninggal dunia?

Saya sentiasa mengikuti ibu saya menghadiri kelas agama Buddha yang kuliah agama itu disampaikan oleh sami-sami yang dikatakan mahir dalam agama Buddha dan beliau diiktiraf oleh ramai pengikut agama Buddha di Malaysia. Secara langsung dan juga tidak langsung, saya telah mempelajari banyak juga mengenai agama Buddha sehingga dapat memahami prinsip dalam agama Buddha seperti : 4 Noble Truth (Dhukka, Samudaya, Nirrodha, dan juga Magga) dan juga 8 Jalan Kebenaran (Right view, right speech, right conduct and sebagainya), kitaran karma dan samsara iaitu setiap manusia akan menanggung akibat setiap perbuatan dan perbuatan itu akan mempengaruhi kelahiran kembali (reinkarnasi) di masa hadapan. 

Tetapi apa yang menjadikan saya ingin keluar daripada agama Buddha ialah apabila saya semakin meningkat remaja sehingga berumur 12 tahun iaitu pada tahun 2006. Tindakkan ini bukan disebabkan sikap keras kepala saya tetapi ia lebih kepada cara rasional dan tanggapan saya bila mengharapkan kepada sesebuah agama. Ini kerana setiap kali perayaan seperti Tahun Baru Cina, Ching Ming, Perayaan Bulan, saya melihat ibu saya tetap akan pergi membuat upacara untuk menyembah ayah yang sudah meninggal. Setiap kali ibu saya melakukan ritual itu dia akan membakar wang kertas neraka (Hell Bank Note) yang mana dipercaya apabila dibakar kertas itu maka roh yang meninggal akan dapat menggunakannya di alam neraka.

Saya sangat tidak puas hati kerana mengapa ayah saya akan masuk neraka sedangkan ibu saya sendiri sentiasa cakap ayah saya adalah seorang yang baik, tidak minum arak, tidak merokok, tidak pernah melepaskan emosi kepada ibu, meyayangi isteri dan juga anak, bekerja keras dan sebagainya, bahkan beliau juga mengikut ajaran agama Buddha yang tegar. Waktu kami membersihkan rumah pun, kalau ada labah-labah dia akan minta labah-labah itu pergilah dari sana, selagi labah-labah itu tidak beralih dari sana, ayah saya tidak akan memusnahkan sarang-sarangnya supaya tidak mencederakan labah-labah yang berada di situ.

Ritual mengirim wang dan barangan berbentuk kertas ini antara faktor menguatkan saya untuk tidak menjadi penganut agama Buddha lagi. Selepas saya meninggalkan agama Buddha, saya masih mengekalkan nilai-nilai murni yang disampaikan oleh guru dan juga sami-sami Buddhis yang pernah saya belajar, sebab moral dan nilai murni itu penting bagi saya.

Oleh kerana dalam agama Buddha memang tidak pernah berbicara tentang konsep ketuhanan, maka secara langsung saya menjadi seorang aties. Saya tidak percaya kepada kewujudan Tuhan dan merasa ritual dan kepercayaan dalam agama yang tidak masuk akal itu adalah tidak logik. Walaupun ketika kanak-kanak dulu saya pernah menghadiri ke Sunday Class yang dianjurkan oleh agama Kristian, pun begitu saya telahpun menolak konsep ketuhanan yang hanya berpegang kepada sains dan logik sahaja. Walaupun begitu, ke-ateis-an saya ini tidak membawa kepada mengkritik dan menghina mana-mana agama.

Sepanjang saya menjadi seorang Ateis ketika berusia 12 hingga 16 tahun saya merasa kekosongan dalam jiwa saya. Seperti remaja lain yang tidak memikirkan erti makna kehidupan, rutin harian saya dihiasi dengan kerja-kerja rumah, mengulangkaji pelajaran, bermain permainan video, penglibatan dalam kokurikulum sekolah dan lain-lain.

Meskipun saya telah meraih pelbagai kejayaan termasuk dalam bidang akademik dengan mencapai 6A sewaktu UPSR dan 8A ketika PMR, saya tetap merasa tidak berpuas hati diatas pencapaian saya.

Lama-kelamaan, jiwa seorang remaja yang tidak dipandu dengan pengaruh dan tarbiah daripada sebuah agama telah mempengaruhi diri saya untuk lebih bersifat agresif dari tutur bicara, terutamanya ketika saya berhadapan dengan insan yang bergelar Ibu. Namun keadaan ini telah berjaya mengubah kehidupan saya secara drastik apabila saya memeluk agama Kristian

Dari Ateis Kepada Kristian

Kisah perjalanan saya yang menjerumuskan saya untuk memeluk Kristian bermula pada Hari Krismas tahun 2010. Di mana terdapat sekumpulan remaja (ahli gereja) berumur sekitar 20-30-an dari Kuala Lumpur datang ke kampung halaman saya di Muar, Johor untuk menyampaikan agama Kristian kepada remaja muda macam saya.

Pada malam Krismas tersebut, mereka menayangkan kepada saya video bagaimana Jesus Christ disalib dan macam mana dia menjerit menderita dalam bahasa Aramik (Hebrew-Syrian). Sungguh menyentuhkan hati saya, dan saya kata kenapa ada seorang yang tidak kenal saya begitu mengambil perhatian tentang dosa-dosa yang telah saya lakukan dan rela mati disalib demi menghapuskan dosa saya?

Pada saat itulah saya mula mengenali siapalah tuhan yang nama Jehovah ini yang dianggap Tuhan Bapa, dan siapakah Jesus ini. 5 tahun saya menjadi seorang Kristian dari tahun 2011 hingga 2016, 3 tahun saya menjadi seorang Mubaligh Kristian ataupun lebih dikenali sebagai Christian Missionary, yang sepenuh masa dan waktu itu saya belajar di Universiti Malaysia Sabah. Pada waktu itu saya menukar nama saya dari Ta Honn Yu kepada Robert.

Tugas saya selama di dalam Universiti itu selain belajar adalah untuk menyebarkan agama Kristian, termasuklah orang Melayu umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun saat itu saya tahu perkara ini tidak dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia. Mungkin kalian akan terkejut mengapa seorang mahasiswa akan mengambil tindakan tersebut, tetapi bagi saya pada waktu itu, saya rasa amat kesian kepada rakan-rakan saya yang beragama Islam.

Persepsi saya terhadap Islam adalah agama ini amat susah untuk diamalkan dan penuh dengan larangan. Waktu itu saya membulatkan hati untuk menyelamatkan rakan-rakan baik saya daripada api neraka, maka saya menyampaikan agama Kristian kepada mereka, dalam keadaan yang tidak diketahui oleh orang ramai. Kawasan tanggungjawab saya ialah kampus UMS, ketuk-ketuk pintu sebarkan Bible dan mengajak orang ke gereja itu adalah rutin biasa.

Dalam kumpulan ataupun Cell Group, saya pun dilantik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan dan sentiasa memotivasi serta peringatan untuk menjadi seorang Kristian yang baik kepada rakan-rakan seagama saya. Dalam kehidupan harian, saya akan cuba menyampaikan kepada kawan yang bukan Kristian dan terangkan kepada dia siapa tu Elohim (Jehovah) dan siapa itu Jesus Christ.

Detik Bertemu Dengan Islam

Apa yang menarik, apabila saya berusaha menyampaikan kepada muslim bahawa Jesus is the Son of God, dia adalah anak Tuhan. Mereka sedikit pun tidak goyah atas pegangan mereka. Ini buat saya agak teruja dan saya ingin tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan mereka dan juga Nabi Muhammad itu dalam buku yang penuh dengan tulisan ‘taugeh’ yang saya tidak pernah tahu walaupun satu huruf.

Cerita yang amat menarik ialah apabila kawan saya Hau Sui Chee kongsikan kepada saya tentang Islam apabila saya kongsikan kepada dia mengenai Kristian. Dan dia bertanya kepada saya "Ta, kamu minat sangat dengan agama, kenapa tidak cuba untuk mencari tentang Islam?" Saya tergamam dan tidak tahu berkata apa-apa untuk menghadam cadangan sahabat saya yang beragama Buddha itu.

Ini kerana kawan saya Hau Sui Chee ini dia sangat minat dengan agama Islam dan juga pernah membaca beberapa surah dalam al-Quran dan juga sentiasa menonton rancangan TV yang berkaitan dengan tamadun Islam. Dari detik itulah membuatkan saya terfikir untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam. 

Ada juga kawan Muslim saya bernama Nur Aqilah binti Abdullah bertanya kepada saya tentang perbezaan Bible pada hari ini dengan Bible zaman dahulu. Soalan beliau itu sangat menarik bagi saya dan menyebabkan saya untuk berfikir panjang. Kerana saya sendiri perasan bahawa Bible terdapat banyak versi untuk setiap kali penterjemahan dan setiap versi yang berbeza akan menggunakan perkataan yang berbeza di atas ayat yang sama.

Persoalan itu telah mencabar diri saya dan membuat diri saya bersemangat untuk mendapat jawapan dari persoalan tersebut. Lalu saya cuba mencari jawapan dan juga cuba untuk ‘menyerang’ Islam agar saya dapat berdakyah kepada rakan muslim saya. 

Pada permulaan, saya membeli beberapa buku yang membandingkan agama Islam dan juga Kristian, antaranya ialah "Jesus (Isa a.s) seorang Muslim?" dan juga "Adakah Jesus (Isa a.s) Tuhan?" yang kandungannya adalah debat di antara Ahmad Deedat dengan Pastor Stanley. Saya juga banyak menonton rakaman debat dengan bantuan YouTube, antara tokoh dalam senarai carian saya ialah Dr Zakir Naik dan juga Sheikh Ahmad Deedat.

Pada permulaannya, saya membuat segala usaha ini supaya dapat mencari kelemahan dalam hujah tokoh Islam ini dan memenangkan hujah sebagai seorang mubaligh Kristian untuk mengkristiankan orang Islam di sekitar saya. Walaubagaimanapun, semakin saya mempelajari tentang Islam melalui Quran dan juga Hadis, semakin terkesan di hati saya.

Kerap kali saya bertanya kepada diri saya, adakah Islam ini agama yang sesat seperti yang diceritakan oleh pihak gereja saya? Adakah agama Islam adalah agama yang saya mencari selama ini? Cuba bayangkan, dengan membaca Quran tanpa berbincang dengan Muslim sudah mampu memberi kesan yang bergitu besar dan positif, jika Muslim yang datang menerangkan Quran dan Tuhan kepada saya, apa yang akan jadi? Kemungkinan kerja dakwah di Malaysia akan semakin pesat berkembang.

Selama tempoh itu saya terganggu dengan persoalan sebegini yang asyik bermain di dalam benak kepala saya. Dan pada tahun tersebut adalah tahun ‘kemurungan’ bagi saya. Saya terpaksa fokus kepada pengajian saya, pada masa yang sama saya putus cinta dan beserta dilema mencari Tuhan. Banyak malam saya tidak boleh tidur dan tidak ada selera makan. Saya begitu tertekan sekali. Bagi memastikan badan saya perlu makan, saya memesan makanan paling pedas walau saya tidak suka makanan pedas. Ini supaya bila mulut kepedasan, ia akan memaksa saya menyumbat nasi ke mulut untuk menghilangkan rasa pedas itu.

Tatkala saat saya tidak boleh tidur di waktu malam, saya membaca terjemahan al Quran yang dihadiahkan oleh sahabat saya, Nur Aqilah. Semakin lama saya berinteraksi dan menghadam terjemahan al Quran itu sebenarnya ia semakin mencabar kepercayaan saya sebagai seorang Kristian. Apabila membaca surah Maryam dan memerhati dialog Allah kepada Maryam serta rasul-rasul yang lain, saya percaya sepatutnya bahasa Allah kepada rasulnya seperti yang digambarkan di dalam al Quran. Tidak seperti Bible yang banyak menghurai perkara teknikal, memiliki ayat lucah, dan ia lebih kepada penceritaan berbentuk sejarah berbanding dengan kitab Allah.

Ketika saya melihat ceramah Dr Zakir Naik di YouTube, bahawa dalam Bible, Jesus Christ tidak pernah kata dirinya adalah Tuhan. Saya tidak percaya semasa terdengar penyataan ini, sehinggalah saya semak balik Bible berkali-kali. Ternyata benar, sesungguhnya Jesus Christ tidak pernah kata dirinya itu sebagai Tuhan.

Secara jujurnya, saya telah menunggu hampir 20 tahun untuk mengetahui kebenaran ini, tidak terdapat seorang Muslim pun yang datang untuk kongsikan Islam kepada saya, sehinggalah saya cuba berkongsi agama Kristian kepada rakan muslim saya lalu dia membalas respon itu sehingga membuat saya berfikir.

Selama saya menjadi seorang penganut agama Kristian, saya sememangnya bukan jenis yang akan terima bulat-bulat apa yang orang kata, biarpun dia paderi pun. Semua perkara yang dinyatakan kepada saya mengenai hal-hal agama, saya akan minta rujukan daripada kitab agama, sama ada ianya terdapat dalam Bible ataupun daripada penyelidikan agamawan yang jelas cara hujahnya. Contohnya isu sambutan hari Kristmas, saya memilih pandangan di dalam Kristian untuk tidak menyambut sebab ia bukan anjuran di dalam Bible tetapi pengaruh dari agama pagan.

Setelah saya mengambil masa 3 bulan untuk membaca beberapa bahagian dalam Quran dan hadis-hadis tertentu, hati saya telahpun percaya bahawa al Quran itu antara salah satunya wahyu daripada Tuhan, dan merupakan mesej yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai seorang nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT. Setiap kali saya ambil wuduk, saya hanya berani baca doa lepas wuduk dalam bahasa Melayu sahaja, walaupun saya tahu bahawa syahadah itu akan menjadikan saya sebagai seorang Muslim, tetapi saya masih tidak berani dan tidak yakin untuk mengucapnya dalam bahasa Arab, sehinggalah satu panggilan telefon yang mengubah kehidupan saya, iaitu kawan kepada bapa Nur Aqilah yang mesra dipanggil Pak Cik Yahya.

Ketika beliau menghubungi saya, saya berada di dalam kelas dan untuk menjawab panggilan itu saya terpaksa keluar dan pergi ke tempat letak kereta bersebelah dengan kelas saya. Beliau bertanya kepada saya tentang tauhid, nabi Muhammad dan sebagainya dan jawapan saya bagi itu membuatkan beliau menyebut “sebenarnya kamu sudah muslim, kerana kepercayaan kamu adalah bertepatan dengan Islam”. Saya hanya menjawab “saya tahu”, setelah beberapa kali beliau menyakinkan saya, maka saya pun membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah di situ juga. Hanya dengan panggilan telifon.

Pada keesokkan hari saya mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada dua haribulan Jun tahun 2016. Saya memilih nama Ahmad Hafizh Amiruddin Ta Abdullah. Sebab itu jika orang bertanya nama saya, saya akan menjawab Robert Ta Honn Yu Ahmad Hafizh Amiruddin Ta Abdullah itulah nama saya sepanjang perjalanan menemui tiga agama ini.

Kini alhamdulillah, sudah dua tahun lebih saya memeluk agama fitrah ini. Semangat saya untuk menyebarkan kebenaran ini sentiasa membuak-buak. Sekarang ini saya sedang menyiapkan tesis Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia yang bertajuk Ketabahan Saudara Baru Cina Dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan Di Malaysia.

Pada masa yang sama juga saya bekerja sebagai pendakwah sepenuh masa di Multiracial Reverted Muslims dan khusus bahagian penterjemahan dalam Bahasa Melayu-English-Mandarin.

Doakan saya agar istiqamah di atas jalan ini. Amin ya Rabb

Pesanan 40

*40 NASIHAT TOK AYAH*

*Kata‐kata ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya. Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam.*

*Mutiara kata yang* *indah dan bermakna* *ini juga diharap* *dengan rahmat dan* *kasih sayang*
*Allah dapat* *menangkis* *tuduhan‐tuduhan* *liar selama ini* *terhadap ilmu* *Tasawwuf*. *Semoga petikan*
*dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan* *jiwa dan mendorong hati untuk*
*menjadi hamba Allah yang* *sehamba‐hambaNya di dunia ini,* *In Sya Allah.*

*1.* Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,
sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab
Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

*2.* Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

*3.* Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu.
Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikan lebih pahit daripada hempedu dan lebih
busuk daripada budu.

*4.* Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan
banyak dosa), lebih senang, mudah‐mudahan Allah s.w.t. ampun dosa kita.

*5.* Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di
kedai.

*6.* Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.

*7.* Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.

*8.* Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan)
kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir
dan baik adab dengan Allah s.w.t., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh‐sungguh dengan
Allah s.w.t., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

*9.* Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi
terhenti kepada Abid tidak (fana’ ‘ul‐fana’).

*10.* Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata, melalui
Rasulullah s.a.w, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. Kalau kenal
(tahu tentang perkara kerohanian) dengan cerita‐cerita orang (perasaan kita itu tidak sah).

*11.* Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah
s.w.t. Semoga jadi hamba Allah s.w.t.

*12.* Kerja dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh.

*13.* Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.

*14.* Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah s.w.t. pakaikan
dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyrikin tidak mengenal Rasulullah s.a.w.
(walhal Rasulullah, Allah s.w.t. pakaikan baginda dengan penuh sifat‐sifat kesempurnaan).

*15.* Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang.

*16.* Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.

*17.* Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi wali.

*18.* Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK!

*19.* Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali.

*20.* Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.

*21.* Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

*22.* Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t.

*23.* Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu
menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah s.w.t. yang bertaqwa.

*24.* Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang ALLAH s.w.t
bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

*25.* Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur
Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.

*26.* Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.

*27.* Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali
dengan orang soleh, ini cerita kartun.

*28.* Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan nabi Musa
a.s. dan Harun a.s. Logik tak?

*29.* Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.

*30.* Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada
Allah s.w.t.

*31.* Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian (dalam masa
yang sama mereka) berdoa dengan Tuhan (agar dianugerah sama seperti orang yang berjaya
di sisi Allah). Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah s.w.t. jadikan nafsu ammarah
supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

*32.* Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci,
barulah ada tauhid.

*33.* Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu,tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

*34.* Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

*35.* Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan
Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah
kera.

*36.* Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar kezaliman ialah
mengikut hawa nafsu.

*37.* Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya,
banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.

*38.* Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang
bersungguh mengikuti garisan syariat dan toriq.

*39.* Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami!

*40.* Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak
fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.



©

Ahad, 23 Disember 2018

Syukur

• Kita bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

• Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

• Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

• Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

• Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

• Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

• Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.

• Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

• Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini.😊

Alhamdulillah... 😊

@cnp

Sbp mrsm

*MRSM*
*SBP*

Ramai yang merungut terhadap pengambilan pelajar ke MRSM SBP.

Semoga kupasan ini di KGM (Kami Guru Malaysia), dapat memberikan input kepada membaca.

=======================

CutCopyPaste

Dalam saga berkaitan SBP dan MRSM beberapa hari ini sebetulnya melahirkan rasa terkejut dalam kalangan ibu bapa terhadap polisi yang dikembalikan.

Kenapa disebut 'dikembalikan'. Kerana ia polisi asal. Mula wujud sejak wujudnya institusi. Hampir pupus. Dan kini dibugarkan kembali.

Apabila 60 peratus anak berpendapatan rendah diterima masuk SBP dan apabila 65 peratus anak miskin kurang kemampuan diterima masuk ke MRSM, maka tinggal 40 dan 35 peratus sahaja ruang untuk anak kategori mampu.

Berebutlah 35% anak guru, doktor, lawyer, profesor, engineer, arkitek dll. ingin mendapatkan tempat.

Maka sebab itu sehari dua ni kita boleh lihat golongan mana yang mengamuk sakan. Lihat tulisan di FB itu, siapa dan apa jawatan penulisnya.

Dah lama dah tujuan asal penubuhan institusi ini tidak di'highlight' dalam masyarakat. Kalau ada pun tak bersungguh.

Dulu, demi mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat idea ini diwujudkan.

Anak si kaya atau si mampu, boleh dibelai diberi segala kemudahan pembelajaran oleh ibu bapa. Sebut saja nak apa? Alat pembelajaran terbaik, tuisyen terbaik, buku-buku rujukan dan latihan terbaik, ruang belajar dirumah terbaik, gadjet pembelajaran terbaik, semua mampu disediakan.

Justeru apabila ke sekolah, ia sekadar 'nasi tambah'. Sampai terkadang pelajar ini lebih percaya cikgu tusyen dari cikgu sekolah.

Sementara bagi anak berpendapatan rendah dan tak mampu, untuk memastikan keberadaan ibu bapa di rumah pun susah. Ayah jadi jaga. Ibu cleaner. Pelajaran terabai. rumah kecil dan sempit. Alatan belajar usang. Support sistem di rumah sangat minima.

Justeru budak-budak ini yang ingin diselamatkan, diberi biasiswa, bantuan, masuk ke SBP dan MRSM, supaya tidak ketinggalan dalam kasta sosial masyarakat. Supaya kelak dapat bantu memulihkan ekonomi keluarga.

Tapi kenapa saya seru orang atasan KPM baca?

Isunya begini, setelah sekian lama perjalanan SBP dan MRSM ini sikit demi sikit tersasar dari matlamat asal, ia perlu diperbetul secara menyeluruh bukan sekadar dari sudut peratus enrolmen sahaja.

Secara beransur tanpa sedar atau sedar, sekolah-sekolah ini di'elit'kan sampai ke akar. Yang masuknya sebahagian besar anak bangsawan dan hartawan bercampur dengan anak miskin dan susah.

Cadangan-cadangan dari PIBG nya ansur-ansur berubah dari cadangan 'kebajikan' kepada cadangan elitis. Kutipan 'sumbangan'nya menjadi 'Ya Rabbi, mahalnya!'.

Yang kategori mampu dan miskin, telan air liur. Masuk tahun baru, bayar sajalah. Nak bantah, bila undian dibuat, 7 elitis sokong, 3 marhaenis bantah, agaknya siapa menang?

Sedap 'run' sekolah dan program-program gah bila duitnya pun melimpah ruah.

Baju kalau boleh, Isnin hingga Jumaat warnanya berubah.

Tak ada masalah sebenarnya.
Jika semua setuju, buatlah.

Yang jadi masalah, kini, bila golongan B40 mahu diberi layanan khas semula, kerajaan perlu turun ke sekolah-sekolah ini dan buat penilaian semula.

Jika hanya ruang yang diberi kepada B40 tapi yuran mencecah RM1500 hingga RM2000 hasil tangan-tangan elitis dulu, tak mustahil ramai yang terpaksa menekan butang 'tolak tawaran'.

Sebahagian institusi ini sudah pun menjadi sekolah 'private' versi kerajaan.

Pada saya, prestijnya sekolah itu tidak perlu dibuang atau direndahkan. Ia sudah sebati pun dalam minda masyarakat. Jika halang kutipan yuran tinggi pula, akan jadi masalah juga buat guru-guru menjalankan aktiviti.

Kesimpulannya, berikanlah biasiswa penuh atau sebahagian kepada meraka. Turunkan bantuan kepada sekolah ini segera.

Dan paling penting, turunkanlah peruntukan besar juga kepada Sekolah Harian Biasa. Bukan pengumuman besar-besaran yang kita mahu. Tapi duit turun secara besar-besaran yang kita perlu.

Cash. Bukan dengan pelbagai birokrasi. Jangan peram duit, dan hujung-hujungnya hantar pegawai ke Ausie.

Ada duit banyak, tahulah guru nak buat apa. Ada duit banyak, tak sempat ada kertas kerja pun program jalan serta-merta.

Bila Sekolah Harian sudah mantap dan program lebat, pelajar dinaiktaraf menjadi hebat, tidaklah golongan M40 dan T20 rasa ralat, bila anak-anak nak ke SBP MRSM tak dapat.

Oh, ya.

Ibu bapa bangsawan, hartawan dan elitis pun apa kata beramai-ramai masukkan anak ke sekolah harian DAN bagi sumbangan sebanyak mana yang kalian 'tak kisah' nak bagi kat sekolah gah itu.

Again, ada duit, tahulah cikgu-cikgu nak buat apa

Nukilan Muhammad Irfan.

Jumaat, 21 Disember 2018

Kimi-A!

Sepanjang teman belajar kimi-A! dari F4 di SBP... amik STPM sains... degree... kpli..  x pernah dapat nota. Sumer wat sendiri..

Dalam diam x diam... belajar dan mengajar kimi-A! dah 22 tahun. 8 tahun belajar kimi-A!

Tkasih utk semua guru² dan psyarah² kimi-A! yg bsusah payah mengajar teman sehingga pandai dgn izin الله. Semoga الله merahmati kalian dan mbalas jasa kalian dgn ganjaran syurga الله. Amin

الحمدلله
Dah ajar 3 km... genap 14 tahun ajar pst pdt..  x pernah bg nota

This is my prinsip
this is my way
A grade just bonus

Ajar pelajar cara belajar yg betul

Salah katakan salah
betul katakan betul

Yg benar tetap benar
yg batil tetap batil

Berani kerana benar
takut kerana salah

Jangan betulkan yg salah
dan juga jgn salahkan yg betul

Jangan sesekali manjakan pelajar dgn berselindung di sebalik perkataan kesian...

Nota

*Keburukan bagi nota*

1. Pelajar bgntung kpd nota semata. Malas buat rujukan lain. Ilmu peljr sgt² terhad

2. Tidak pergi library Budaya pi lib tiada

3. Tidak kenal buku² esp international. Where psembahan buku2 bagus sbb towards understanding

4. Peljr anggap nota mcm *KITAB SUCI*. Jika nota ada yg salah, mreka ikut. Nota lebih bnyk salah dr buku.

5. Peljr demand psl nota. *Banding² nota antara psyarah*, m a r a h lec yg x bagi nota. Mrh lec bagi nota lmbt. Padahal bagi nota tu x wajib utk psyarah. Nota tu koje pelajar. Pensyarah sampaikan ilmu. Pelajar cerna ilmu

6. Nota lebih mhl dr beli buku. Buku senang simpan or jual. Sbb standard

7. Nota bentuk point. Peljr boleh slh fhm. Pnerangan kurang. Sbb tu students kita x tau buat ayat. X tau cari keywords. Sbb nota bagi keywords/points direct

8. Nota *spoonfeed*. x increase skill ambil nota. *Cornell note taking system* kena dilaksanakan

 Cadangan ganti nota:

1. Guna min satu buku ruj. Dlm kuliah. Semua pelajar *mesti* beli buku tu

2. *pensyarah buat mindmap* Subtopics/outline je. Stu isi mklumat/isi sendiri dgn cara wat rujukan tambahan sendiri dari buku rujukan

Rabu, 19 Disember 2018

Takliq

*LAFAZ TAKLIK SELEPAS AKAD NIKAH BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA*

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula

Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:

Terengganu
==========
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”

Kelantan
========
“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”

Kedah
========
Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”

Perak
======
“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Selangor
=========
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Johor
=======
“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.

Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.

Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.

Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.

Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.

Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.

Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.

Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).

Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.

Zam waja

Tanggal 05/08/2011 lahirnya seorang khalifa kecil di bumi Allah.Alhamdulillah dengan izinnya sihat tubuh badan walaupon terpaksa d tinggalkan d Wad NICU untuk pemantaun doktor.Kurang lebih seminggu di sana bolehlah khalifa kecilyang diberi nama MUHAMMAD RAYYAN ZIKRY bersama bondanya.YA ALLAH aku bersyukur sesangat, setelah menanti selama 17 tahun akhirnya ALLAH memberi juga kami rezeki.

Peredaran masa yang begitu pantas dari tapak kaki sekecil dua jari sehingga boleh merangkak dan berjalan.Memang cukup aktif, pantang terlepas pandang apa yang boleh dicapai akan diambilnya.Oleh itu terpaksa di buat "Adan" untuk menghadkan pergerakkanya.

Masa terus berlalu dan berlalu,pada tahun 2015 semasa balik kg dan nak di jadikan sebab kaki Adik terjerlus dekat kerusi, kuat juga raungnya ( maklumlah kanak2 aktif setiap kali masuk atau keluar rumah mesti dia akan buka dan tutup lampu).Lebam biru juga di ketingnya,selepas urut dan bawa jumpa doktor Alhamdulillah tak ada apa yg serius cuma pergerakkan tak selincah dahulu.

Ujian  ALLAH S.W.T datang buat kami, tiba-tiba adik tak nak berjalan hanya mengesot sahaja walaupun disuruh.Mungkin perkara biasa tetapi masa terus berlalu,adik masih tak mahu berjalan.Kalau balik ke kg aku letakkan adik di atas embun pagi (kata orang tua mungkin dia akan berubah) tetapi masih sama juga.

Suatu hari semasa balik kg, kami di cadangkan supaya berurut dan tanpa fikir panjang hanya untuk kebaikkan adik kami ke tempat yg di syorkan.Selepas berurut sesuatu yg tak dijangka terjadi, adik jadi fobia mungkin masa proses berurut.Belum sempat badannya disentuh adik akan cakap sakit...sakit...sakit, YA ALLAH ujian apakah buat kami.Paling menyedihkan aku tak tahu di mana sakitnya dan seminggu lebih adik tak mandi hanya lap dengan tuala basah sahaja.Setiap kali angkat adik ke bilik air pasti adik akan meraung macam kesakitan yang terlampau.

Kami berikhtiar bawa adik berubat ke merata tempat, Alhamdulillah dengan izinNYA sedikit perubahan pada adik di mana adik sudah boleh duduk dengan bantuan.Terima kasih buat maktam yg belikan adik kerusi sandar supaya senang untuk baring.Bermulah proses rawatan pakar d HRPB IPOH, semua temujanji di sini telah d atur daripada berjumpa pakar permakanan, genetik ,tulang dan lain-lain jenis ujian termasuk ujian darah.

Segala ujian yg dibuat tidak dapat keputusan untuk mengenal pasti sebabnya, mungkin ALLAH belum memberi pertunjuk.

Hari berlalu dan berlalu kesihatan adik tidak sebaik dahulu,adik batuk-batuk dan tak pandai buang kahak. Masa lalu kalau adik demam/batuk2 kemudian bagi sahaja ubat batuk in shaa Allah akan lega, tapi kini berlainan sikit batuknya tidak berkahak.Suatu hari selepas kereta Exora sudah di baiki aku bawa adik ronda sampai ke Kg Gajah,semasa perjalanan balik adik lagi batuk2 macam tak berhenti-henti.
Terus aku bawa adik ke Emergency HRPB, tiba di sana doktor periksa dan mendapati Oksigen pada badan adik kurang.Ya Allah anak aku.....
Adik kembali di tahan wad hospital untuk pemantuan doktor, HRPB umpama rumah kedua kami..aku tak kisah yg penting adik sihat macam biasa.ALLAH menguji kami lagi, doktor mengesahkan otot paru-paru adik tak kuat dan perlu bantuan alat pernafasan @ oxygen concentrator.Bermulalah episod baharu di adik tidak secergas dahulu dan memerlukan pemantauan.
Setelah kesihatan adik agak baik tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan adik di benarkan keluar pada 15/12/2017, Alhamdulillah badan adik dah berisi dan muka bulat tetapi kaki adik masih kurus.Pada malam terakhirnya adik tak mahu tidur,kalau di tanya.. adik are you ok, okk jawabnya perlahan.Melihat keadaan adik agak baik keesokkan hari aku bekerja macam biasa dan pagi tu adik sudah terjaga.sampai di kilang aku call Mama Rayyan utk tanya khabar, Alhamdulillah adik ok.
Watu rehat tengahari selalunya aku jarang balik, tetapi kali ini tergerak hati untuk balik.Macam biasa masuk rumah aku beri salam dan adik akan jawab....salam (dalam pelatnya).Tiba-tiba adik sebut ABAHH dan tersedak serta nafas tercungap-cungap, cepat aku panggil Mama Rayyan untuk bantu mengstabilkan adik.Pada masa yg sama aku call 999 utk bantuan kecemasan, utk di sambungkan ke HRPB.Tiba2 Mama Rayyan cakap .. Abang adik dah tak ada umpama kilat yg menyamber jantung aku.Aku terus beri bantuan CPR tetapi tiada respon dari adik.
Ya memang adik dah tak ada, badannya sejuk dan kebiruan.Ambulan tiba di rumah dalam jam 1pm lebih dan M.A sudah sedaya upaya memberi bantuan dan mengesahkan adik memang sudah pergi buat selamanya sewaktu azan Zohor di laungkan.Masa itu fikiran sekosong-kosongnya, aku gagahkan diri untuk menguruskan persiapan,aku tinggalkan arwah adik dgn Mama Rayyan.Selesai solat Zohor dan urusan persiapan pengkebumian, aku gagahkan diri untuk memberi tahu saudara-mara dan sahabat2 tanpa aku sedari manik2 jenih mengalir dari kelopak mata.
Pertama kali dalam hidupku memandi dan mengafankan arwah adik,Ya ALLAH....kuatkan semangat aku.Melihat wajah saudara mara hadir turut bersedih dgn kembalinya adik kepada penciptany membuat aku lagi sedih.

Urusan pengkebumian adik selesai sebelum magrib.Ramai sahabat2 yg hadir dari sahabat satu sekolah, sahabat tempat kerja, sahabat dalan kelab permotoran serta sahabat dari kampung untuk perhormatan terakhir buat arwah adik.
Malamnya suasana sepi sekali tidak seperti sebelum ini, Alhamdulillah sedikit kekuatan dari sokongan adik beradik dan ipar2.Sebelum mata terpejam, Mama Rayyan cakap dgn nada sebak Abah... adik dah tak ada.Kupu juk hatinya supaya terima takdir ALLAH.
Hari ini genap setahun adik pergi buat selamanya bertemu penciptanya.Berehatlah di sana Adik....abah tahu adik dah penat menanggung kesakitan.
19/12/2017 ~19/12/2018

tiada lagi kawan nak ikut ronda2 moto
tiada lagi kawan berebut remote tv
tiada lagi sebutan Abah ..are you ok
tiada lagi menyambut d muka pintu
tiada lagi sebutan kepci
tiada lagi nak ajsk makan capati
tiada lagi sebutan Rayyan/Adik/Syafi

KENANGAN TERINDAh BERSAMA ARWAH MUHAMMAD RAYYAN ZIKRY BIN ZAMRI

#rinduyangtiadapenghujung
#pelangipetang
#pergitakkembali

AL FATIHAH.

Nabi samson

*[19-12 12:02 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*Samson Adalah Seorang Nabi yang Memiliki Kekuatan Luar Biasa*

*Berita Heboh / Berita Terkini*
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*Kalian mungkin masih ingat cerita tentang Samson, sosok manusia yang memiliki kekuatan fisik luar biasa. Tapi tahukah kalian kalau Samson dalam cerita aslinya merupakan seorang nabi? Pasti masih banyak yang tidak mengetahuinya*

Menurut hadist, jumlah nabi itu totalnya ada 124.000 nabi dan Rasul ada 312. Namun hanya ada 25 Nabi saja yang kisahnya paling banyak diketahui, sementara sisanya sangat jarang diketahui. Salah satu nabi yang kisahnya tidak terdapat dalam Al-Quran adalah Nabi Sam’un Ghozi atau lebih dikenal dengan nama Simson atau Samson.

Kisahnya ada di dalam kitab Yahudi, Tanakh, Perjanjian Lama di Alkitab Kristen dan Talmud. Selain itu, kisahnya juga ada dalam kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa.

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan tentang Nabi Sam’un kepada para sahabat ketika bulan Ramadhan. Nabi Sam’un adalah seorang nabi dari Bani Israil yang dianugrahi kekuatan fisik yang luar biasa. Beliau memiliki mukjizat melunakan besi dan dapat merobohkan istana dengan kekuatan fisiknya.

Beliau diutus di tanah Romawi untuk menyebarkan ajaran bahwa hanya Allah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Dikisahkan kalau Nabi Sam’un yang sangat tangguh dan perkasa berperang melawan bangsa yang menentang agama Allah.

Nabi Sam’un menentang penguasa kafir saat itu, yakni raja Israil. Kemudian munculah perintah dari raja untuk menangkap Nabi Sam’un. Barang siapa yang dapat menangkap Sam’un dan membawanya ke hadapan raja, maka dia akan mendapatkan hadiah yang sangat besar.

Satu pasukan pun tidak ada yang mampu menangkap Nabi Sam’un karena beliau sangat kuat. Tapi ada satu orang yang mampu menangkap Nabi Sam’un, yang tak lain adalah istrinya sendiri.

Kisah Nabi Sam’un dan cikal bakal lahirnya Malam Lailatul Qadar

Tergiur dengan hadiah raja, istri Nabi Sam’un justru malah berkhianat pada suaminya sendiri. Namun Nabi Sam’un malah terpedaya dan rela ditangkap oleh istrinya sendiri. Beliau mengatakan kepada istrinya bahwa jika ingin menangkapnya dalam keadaan tak berdaya, ikatlah dirinya dengan rambutnya sendiri.

Kemudian Nabi Sam’un diikat oleh istrinya saat ia tertidur, lalu dibawa ke hadapan raja. Beliau disiksa dengan sangat kejam di hadapan banyak orang.

Sadar kalau dirinya telah terpedaya oleh istrinya sendiri, Nabi Sam’un kemudian berdoa dan bertobat kepada Allah. Kemudian Allah mengabulkan doanya dan memberikan mukjizat kepada Nabi Sam’un berupa kekuatan fisik yang sangat luar biasa. Nabi Sam’un kemudian mengamuk dan menghancurkan seluruh istana. Raja, istrinya dan seluruh masyarakat yang menghianatinya dibinasakan.

Kemudian Nabi Sam’un bersumpah kepada Allah untuk menebus dosa-dosanya dengan berjuang menumpas kebathilan dan kekufuran selama 1.000 bulan tanpa henti.

Ketika menceritakan kisah Nabi Sam’un kepada para sahabat, turunlah wahyu kepada Rasulullah surat Al-Qadr ayat 1-5. Dari kisah inilah cikal bakal lahirnya Malam Lailatul Qadar, satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik dari 1.000 bulan. (wowmenariknya)

[19-12 12:03 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳: https://www.beritaheboh.net/2018/12/ternyata-samson-adalah-seorang-nabi.html

Ahad, 16 Disember 2018

Diri

Dari Tok Kenali rahimahullah:

Aku tinggalkan pada kamu satu ilmu, jangan kamu lupa sampai bila-bila.

" (dalam) kehidupan kamu itu, jangan sampai terlihat ada nya DIRI. "

Maksudnya. Dalam kehidupan kita, dalam pekerjaan amal baik kita. Jangan sampai nampak diri kita yg dpt buat amal tu. Bila kita dpt tolong org susah, jangan nampak diri yg tolong tu, pandang itu semua dari Allah. Pertolongan Allah . Kalau kita nampak diri kita, buat itu kita kata "aku yg buat", kita buat ini, kita kata jugak "aku yg buat ni". Kita nampak diri kitaa je,  takde nampak yg semuanya daripada Allah. ALLAH yg izinkan, Allah yg berikan. Camtu

Kalau ternampak adanya diri, segala amal kita tidak diterima Allah. Kerana lahirkan riak yg tersembunyi. Tergadai semua amal baik kita kerana nampak diri yg buat itu ini. Dia tak nampak semuanya dari pertolongan Allah.

- Tok Kenali -

Nabi

Berkaitan risalah yg diedarkan pelajar ttg: _"Muslim Love Jesus.. Baginda adalah seorang nabi"_ adalah program dakwah utk menerangkan bahawa Isa a.s adalah Nabi & bukan Tuhan spt yg difahami oleh penganut kristian & segelintir Melayu jahil. Utk makluman nama nabi² dlm kitab² sebelum Al Qur'an spt Injil, Taurat, Zabur ada perbezaan dari segi sebutan.. contohnya:
1. Adam = Adam
2. Idris = Enoch,
3. Nuh = Noah,
4. Hud = Eber,
5. Shaleh = Shelah,
6. Ibrahim = Abraham,
7. Lut = Lot,
8. Ismail = Ishmael,
9. Ishak = Isaac,
10. Ya'kub = Jacob,
11. Yusuf = Joseph,
12. Ayub = Job,
13. Syuaib = Jethro,
14. Musa = Moses,
15. Harun = Aaron,
16. Zulkifli = Ezekiel,
17. Daud = David,
18. Sulaiman = Solomon,
19. Ilyas = Elijah,
20. Ilyasa' = Elisha,
21. Yunus = Jonah,
22. Zakaria = Zechariah,
23. Yahya = John,
24. Isa = Jesus,
25. Muhammad = Mohammed.

sbb tu, bila sebut "Jesus" shj kita anggap org itu sesat atau kafir..  Wallahu a'lam.

Telur pecah



Kisah Suami Isteri Sanggup Beli Telur Pecah, Hukum Tukar Barang Yang Kita Rosakkan Sendiri Di Kedai Adalah Haram - Sepasang suami isteri sedang membeli belah bersama seorang anak mereka.

Mereka membeli satu tray telur. Si suami mengambil telur dan meletakkan ke dalam troli. Anak mereka yang baru berumur 2 tahun telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja.

"Yang, letak balik lah tray telur ini, ambil yang lain. Yang tak pecah. Kalau ambil yang ini, rugilah. Lagipun bukannya orang nampak."

Beritahu si suami kepada isterinya.

"Harga satu tray telur ni RM9.00. Ada 30 biji. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 je."

Si isteri menjawab.

"RM0.30 pun duit juga yang"

Si suami pantas menjawab.

Si isteri kemudian bercerita kepada suaminya. Saya pernah dengar ustaz ada cerita mengenai hisab.

Kesalahan paling kecil akan di adili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar.

Teringat juga kisah seorang alim. Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. Orang tua ini menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk di jaga sekejap kerana beliau ada hal lain. Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya.

Setelah orang alim ini mati. Kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. Kawannya bermimpi mengenai perkara tersebut beberapa hari.

Kawannya bertanya

"kenapa kau di seksa, sedangkan kau seorang yang alim".

Orang alim itu menjawab

"aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. Kau tolong jumpa orang tua ini dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku".

Kawan orang alim ini berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim ini diseksa.

"Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen."

Si isteri menasihati suaminya.

"Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat."

Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dengan membeli satu tray telur. Sebiji telur dari tray itu sudah pecah. Mereka akur dengan nilai sebiji telur.

Ambil Ikhtibar 👍

Jumaat, 14 Disember 2018

Didik anak

CNP

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.

Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."

"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya"

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit". Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
"Oh ya, mama salah tadi..sorry"

Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"

okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂

Tq aunty.

Kopipes status kawan kat fb..

Bisnes

Dulu-dulu aku pun mengeluh juga apabila kebanyakan barang atau servis yang orang Muslim jual ( boleh baca Melayu ) semua mahal belaka. Harga lebih tinggi berbanding produk sedia ada dalam pasaran. Ini realiti.

Sampai satu tahap, baru aku sedar dan faham mengapa produk dan perkhidmatan orang kita lebih mahal berbanding orang lain. Berikut adalah beberapa faktor yang aku kenal pasti.

1. Kos pengeluaran. Orang kita belum pandai berpakat-pakat. Kita masih suka berniaga sendiri-sendiri. Beli barang sikit-sikit, dapat pun harga sikit-sikit. Orang lain berniaga berpersatuan, beli barang mentah ramai-ramai. Mereka dapat harga pukal.

2. Kos logistik. Orang kita tak pandai nak berpakat-pakat. Satu bisnes satu lori. Satu kedai satu van. Kita sanggup bangun awal pagi ke pasar dan kita sanggup pusing satu bandar buat delivery. Kita tak nampak kos logistik. Orang lain berpakat elok. 10 bisnes boleh ‘outsource’ logistik kepada 1 orang. Jimat.

3. Kos operasi. Orang kita tidak ada kemampuan ‘cashflow’ yang kuat. Bisnes banyak dapat. Modal tak ada. Naik turun Bank, tak cukup syarat. Nak berpartner, orang kita belum bersedia nak kongsi untung. Akhirnya layan semua kerja sendiri. Orang lain boleh berpakat. Mereka ada banyak sumber kewangan. Mereka terus hidup.

Aku bagi contoh mudah begini,

Dulu sewaktu aku dapat tempahan untuk mengeksport berkontena udang ke Korea, aku pusing satu Semananjung mencari stok. Di Pantai Barat misalnya, semua kolam udang dari Lukut sampai ke Perak aku masuk. Apabila bertanya tentang stok dan harga, mereka akan berikan aku nombor orang yang sama.

“ You contact dia ni. Nanti dia akan layan you “

Aku pening. Nama kolam lain-lain, owner pun lain-lain. Tapi kenapa urusan belian hanya diuruskan oleh satu orang sahaja ? Akhirnya  baru aku faham, mereka bergerak dalam kumpulan. Mereka lantik satu orang sahaja untuk uruskan jualan.

“ Kami kongsi modal beli benih udang “

“ Kami kongsi modal beli makanan udang “

“ Kami kongsi supply chain “

“ Kami kongsi semua benda agar kos pengeluaran kami jadi rendah. Bila semua ni rendah, kami dapat jual pada harga murah “

“ Macam ni rupanya depa urus bisnes. Patutlah depa boleh jual murah “, bisik aku dalam hati.

Aku tuliskan pengalaman yang benar-benar terjadi disekeliling kita. Mungkin selama ini kita tahu, tapi kita tak sedar. Atau mungkin kita nampak, tapi kita tidak faham. Bangunlah kawan-kawan. Buka mata dan buka hati.

Jadi kawan-kawan, mulai hari ini tak usah mengeluh lagi apabila barang yang orang kita jual sedikit mahal. Ini semua salah kita sendiri. Kita tak pernah diajar untuk bersungguh-sungguh menjadi orang berniaga. Kita diajar senang dan selesa. Kita diajar untuk jadi pembeli dan pandai ‘complaint’. Tanpa kita sedar.

Mulai hari ini juga kawan-kawan, aku menyeru kalian sebagai pengguna supaya teruslah menyokong bisnes orang kita. Biar kita berbelanja lebih sedikit dan bayar lebih sedikit untuk mereka. Kerana itu akan membesarkan bisnes mereka di kemudian hari.

“ Small is the new Big “

Apabila semakin ramai diantara kita yang teribat dalam rantaian perniagaan di bumi Malaysia ini membesar dan maju, inshaAllah kita akan nikmati tawaran yang lebih baik di masa depan. Apabila semua kos pengeluaran berjaya dikurangkan, kualiti dapat ditingkatkan dan harga itu dapat dikawal.

Dan yang paling penting kawan-kawan, jika orang kita maju dan untung, mereka akan mengeluarkan zakat. Keupayaan mereka untuk berwakaf juga menjadi tinggi. Ini Fardhu Kifayah kita. Kita bising-bising, tapi kita tak menyokong, orang kita akan tetap kalah.

Perjuangan untuk menyatukan hati manusia agar faham dan mampu berjuang dalam satu kumpulan ini bukan senang. Kerana ini belum menjadi sebahagian daripada sikap kita. Kerana ini juga belum jadi sikap yang berjaya membentuk budaya kita.

“ Aku tahu ini susah. Tetapi boleh dilaksanakan “

Ikram Al Banjari
Saudagar Jalanan
Tolong share agar melayu boleh bersatu dan maju.

Sabtu, 8 Disember 2018

3 abdul

FILEM ‘TIGA ABDUL’ PENUH DENGAN RAHSIA YANG MEMPUNYAI MESEJ TERSIRAT PADAT DENGAN PENGAJARAN
 
Filem P. Ramlee sememangnya sudah sebati dengan diri kita, sedari kecil lagi kita telah dipertontonkan dengan karya-karya Allahyarham P. Ramlee, yang mana banyak memberi gelak tawa, sedih, juga pengajaran untuk kita.

Bagaimana pula dengan filem ‘3 Abdul’, admin yakin ramai telah menontonya, dan sudah pasti berulang kali juga kita menontonnnya tanpa jemu.

Tapi, adakah kita betul-betul memahami akan cerita yang ingin disampaikan di sebalik filem ‘3 Abdul’ itu?

Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh belajar, dan dapat dari filem ‘3 Abdul’ ini, dan ianya telah diterangkan dengan mendalam oleh saudara Daniyal Kadir ini.

Mari kita baca akan perkongsian darinya.

Sedang tonton 3 Abdul? Mari saya kongsikan pemerhatian saya terhadap filem ini. Kalau suka dengan apa yang saya catatkan, sila beli MEMBEDAH P.RAMLEE!

Tiga Abdul (1964) ialah filem terakhir P.Ramlee di Malay Film Productions. Filem ini ditayangkan kepada umum bermula pada 22 April 1964.

Filem ini bergerak dengan slogan yang tertera di atas posternya, ‘Cerita Paling Nakal Daripada Segala Kenakalan Yang Pernah Dinakal-nakalkan!’ Filem ini sememangnya nakal dan seperti biasa tema anti-feudal dibawakan oleh P.Ramlee dengan baik sekali.

Dari bermulanya beliau sebagai pengarah di Malay Film Productions sehingga berakhirnya era beliau di Singapura, tema anti-feudal cukup sebati dengan jiwa P.Ramlee. Tidak kisah sama ada ia sebuah filem bergenre cinta, komedi atau tragedi, semangat dan nilai anti-feudal itu sentiasa dibawa oleh P.Ramlee.

Kita tidak mengetahui sisi P.Ramlee secara peribadi dan pandangan politik beliau, namun apa yang kita tahu beliau ialah seniman yang cukup tajam dalam menyampaikan kritikan dan kepintaran menyampaikan kritikan itu dibuat secara halus-halusan, sehingga pada satu ketika kita tidak menyedari pun apa yang disampaikan beliau.

Kita cuma tahu ketawa dalam menonton setiap komedi beliau dan sebenarnya kita sedang mentertawakan diri kita sendiri kerana P.Ramlee sedang menjenakakan kehidupan kita semua.

FILEM TIGA ABDUL

Begitu juga dengan filem Tiga Abdul, mengisahkan tentang kehidupan tiga orang adik-beradik, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Mereka bertiga ialah anak kepada seorang kaya yang dikenali dengan nama Ismet Ulam Raja (Ismet merupakan nama yang sinonim dengan masyarakat Turki).

Ibu kepada tiga adik-beradik ini ialah Fatima Hatem Thai (Hatim al-Tai ialah penyair terkenal Arab yang terkenal dengan sifat pemurah beliau). Ketiga-tiga mereka hidup dengan bapa mereka yang kaya, manakala ibu mereka digambarkan di dalam filem ini telah lama meninggal dunia.

Filem ini diselang-selikan dengan penyampaian naratif oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang Arab dan bernama S.Shamsuddin Al-Haj. P.Ramlee gemar menggunakan Arab dan Inggeris sebagai subjek bahasa dan budaya di dalam filem-filem komedinya dan kemungkinan besar kerana Arab dan Inggeris ini memiliki pengaruh besar dalam masyarakat kita.

Sebahagian daripada Arab dan sebahagian daripada Inggeris ada dalam jiwa kita masing-masing. Kisah Tiga Abdul ini digambarkan berlaku di sebuah negeri yang dipanggil Isketambola dan berada berdekatan dengan negeri Isketambatu.

MEMILIKI PERSAMAAN DENGAN NEGARA TURKI

Jika kita teliti lebih lanjut, pemakaian tarbus oleh kaum lelaki di Isketambola memiliki persamaan dengan negara Turki sebelum era perubahan yang dilaksanakan oleh Mustafa Kemal Atatürk. Turki sebelum era Mustafa Kemal Atatürk ialah Empayar Uthmaniah dan empayar ini berkembang jauh bermula dari tahun 1299 hingga 1923.

Kemudian selepas krisis dan penentangan yang berlaku, Empayar Uthmaniah berubah menjadi sebuah negara dikenali sebagai Republik Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal. Semasa era Mustafa Kemal, beliau telah mengharamkan pemakaian tarbus dan ini ialah sebahagian daripada jalan perubahan yang dilaksanakan oleh Mustafa Kemal untuk menghapuskan nilai-nilai tradisi empayar Uthmaniah.

Nama Isketambola itu juga menghampiri nama bandar utama di Turki, Istanbul yang turut menjadi ibu kota Empayar Uthmaniah bermula pada tahun 1453 sehingga saat kejatuhan empayar berkenaan. Selepas itu, Mustafa Kemal menukarkan ibu negara Truki kepada Ankara.

Eropah sering menganggap Empayar Uthmaniah sebagai sick man merujuk kepada era di antara tahun 1828 sehingga tahun kejatuhan empayar ini pada 1923 kesan daripada masalah kewangan dan ekonomi yang dihadapi, di samping kekalahan-kekalahan yang dialami dalam perang sehingga Empayar Uthmaniah hilang banyak wilayah di bawah naungannya.

Keadaan ini juga sama dengan negeri Isketambola yang merupakan sebuah negeri yang memiliki warga yang ‘sakit’, warga yang tamak, warga yang hilang harta benda kerana kesilapan sendiri dan membiarkan diri dicatur oleh kuasa-kuasa yang lebih besar. Empayar Uthmaniah roboh kerana ketidakupayaannya untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar yang semakin berkembang dan mendominasi.

Empayar Uthmaniah juga terlibat dengan Treaty of Sèvres (10 Ogos 1920) dengan negara-negara kuasa utama dunia seperti Britain, Perancis dan Itali untuk membahagi-bahagikan wilayah-wilayah Empayar Uthmaniah selepas kekalahan teruk empayar ini pada Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini membolehkan kuasa-kuasa berkenaan mengawal kewangan empayar, sehingga ke tahap mempunyai kuasa untuk melulus belanjawan nasional, mengawal peraturan kewangan empayar dan memiliki kuasa menyeluruh terhadap bank pusat Empayar Uthmaniah.

Selain itu, wilayah-wilayah utama di bawah empayar ini turut diagih-agihkan sesama negara-negara kuasa besar ini. Lebih menarik lagi menurut V. Necla Geyikdagi dalam bukunya, Foreign Investment in the Ottoman Empire: International Trade and Relations 1854–1914 (I.B.Tauris, 2011).

Kesan daripada bebanan kewangan yang tinggi akibat penglibatan dalam Perang Crimean (1853–1856) dan perbelanjaan yang tinggi akibat keberadaan tentera asing di negaranya, Empayar Uthmaniah terpaksa menanggung hutang asing berjumlah 5 juta Pound Sterling dan ini secara kebetulan hampir sama dengan nilai yang diminta oleh Abdul Wahub daripada peniaga pasar ketika hendak membeli semula Sadiq Segaraga. Namun, ini mungkin satu kebetulan sahaja dan bukan satu niat yang mahu diterokai oleh P.Ramlee.

“Yang tua kerepot tu?”
“Oh ya tuan, ini murah sahaja tuan, 500 Pound sahaja tuan.”
“500 Pound?!”
“Ya tuan.”
“Tua nak mampus, tulang dah retak, 5 Pound boleh!”
“5 Pound? 5 Pound, 5 Poundlah tuan. Selagi ada orang tua ini di sini, saya bertambah sial tuan.”

KISAH KEHIDUPAN

Inilah yang berlaku dalam Tiga Abdul, bagaimana Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh ditipu oleh Sadiq Segaraga. Bagaimana Sadiq Segaraga yang tamak dipermain-mainkan pula oleh Abdul Wahub. Filem ini tentang bagaimana manusia bijak boleh mengambil kesempatan terhadap manusia yang bodoh dan tamak.

Kisah bagaimana manusia yang tidak memiliki perancangan dalam hidup akan menghadapi kemusnahan sekelip mata. Cerita bagaimana kekayaan yang begitu lama disimpan boleh menjadi milik orang lain jika tidak dijaga dengan baik dan amanah. Walaupun perkaitannya tidaklah sepenuhnya seperti apa yang berlaku kepada Empayar Uthmaniah, namun latar belakang yang wujud di dalam Tiga Abdul membolehkan kita mengaitkan filem ini dengan apa yang terjadi kepada empayar berkenaan.

BAHASA FILEM

Setelah panjang lebar kita bercerita tentang Empayar Uthmaniah dan Tiga Abdul, kini kita bercerita pula mengenai bahasa filem di dalam filem ini. Apa yang menarik mengenai filem Tiga Abdul ialah bicara visualnya yang memberikan gambaran mengenai apa yang sedang berlaku. Kita akan meneliti perkara ini satu-persatu untuk kita mengetahui mengenai keunikan filem ini.

Pertamanya, semasa babak awal, memperkenalkan watak setiap watak utama diletakkan di dalam bingkai gambar. Ismet Ulam Raja, isterinya Fatima Hatem Thai dan anak-anak mereka. Apa yang menarik, semasa memperkenalkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib, bingkai yang memuatkan foto mereka berdua kelihatan senget, condong dan serong.

Ini sebenarnya memberikan petanda awal kepada kita bahawa Abdul Wahab dan Abdul Wahib kedua-duanya memiliki pandangan yang serong dan senget serta kedua-dua mereka adalah individu yang tidak jujur.

Kita lihat pula bingkai yang memuatkan foto Abdul Wahub, diletakkan tegak, menunjukkan bahawa Abdul Wahub ialah seorang yang jujur dan lurus.

Seterusnya kita lihat semasa sambutan hari lahir ke-71 Ismet Ulam Raja, Abdul Wahab dan Abdul Wahib memakai suit hitam, manakala Abdul Wahub memakai suit putih. Ini juga membuktikan tentang sikap baik dan sikap buruk.

Putih ialah lambang suci dan sering dikaitkan dengan kebaikan, manakala hitam ialah lambang kekotoran dan sering dikaitkan dengan keburukan. Suit putih memberi gambaran tentang sikap murni Abdul Wahub, manakala suit hitam memberikan gambaran mengenai sikap buruk Abdul Wahab dan Abdul Wahib.

Selain itu, sebaik sahaja Ismet Ulam Raja meninggal dunia, Abdul Wahub juga dilihat kerap mengenakan suit berwarna putih semula semasa segala-gala pertikaian sudah sampai ke kemuncak dan Abdul Wahub berjaya menyatukan kembali keluarganya.

Selanjutnya semasa babak Ismet Ulam Raja memotong kek untuk sambutan hari lahirnya, semua jemputan merapatinya dan sama-sama menyanyikan lagu Allah Selamat Kamu kepada Ismet Ulam Raja, namun sebaliknya yang terjadi apabila Ismet tidak diselamatkan Allah, tetapi terkena serangan jantung dan meninggal dunia kemudiannya.

Apa yang cuba disampaikan P.Ramlee semasa babak ini. Cuba kita perhatikan semasa babak ini berlangsung, siapa yang ada di sekeliling Ismet Ulam Raja? Yang ada hanyalah Sadiq Segaraga dan dua daripada tiga anak perempuannya iaitu Rafidah dan Hamidah.

Selain itu, turut kelihatan ialah Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Abaikan jemputan yang lain kerana mereka bukan tumpuan kepada filem ini. Semasa babak ini kelibat Abdul Wahub langsung tidak kelihatan, begitu juga dengan anak Sadiq Segaraga yang baik hati, Ghasidah, juga tidak kelihatan.

Semasa upacara memotong kek hari lahirnya, Ismet Ulam Raja dikelilingi oleh manusia-manusia jahat dan yang menyanyikan lagu selamat untuknya juga ialah manusia-manusia jahat. Doa orang-orang jahat cuba digambarkan P.Ramlee hanya akan mendatangkan keburukan semata-mata. Merapat dan berbaik-baik dengan orang yang jahat dan yang memiliki hati yang tidak jujur hanya akan membawa bencana kepada diri kita.

MENYENTUH MENGENAI DIKTATOR & DEMOKRASI

P.Ramlee juga menyentuh mengenai diktator dan demokrasi terpimpin dan menerusi dialog itu, kita memahami bahawa demokrasi terpimpin dan diktator itu tidak ada bezanya dan manusia yang sering melaungkan demokrasi juga memiliki kecenderungan untuk menjadi diktator apabila mereka terperangkap dengan peperangan istilah.

Amat jarang kita menemui istilah-istilah politik dibincangkan di dalam kerangka lucu dan bersifat satira sebegini di dalam filem Melayu dan P.Ramlee berjaya mencuit kita dengan perbincangan definisi diktator dan demokrasi terpimpin.

“Doktor Zain memberi pengakuan penyakit ayahanda bertambah berat, itu ada harapan mati! Jikalau ayahanda mati, segala harta-hartanya terpulang kepada siapa?”
“Kepada kekandalah! Kerana kekanda saudara tua!”
“Semua?”
“Habis?!”
“Hai! Itu tidak Adil! Itu namanya diktator. Kanda, adinda rasa lebih baik kita bahagikan harta-harta ini secara demokrasi.”
“Bagaimana?”
“Begini, kanda yang lebih tua, kanda mesti mengalah, kanda akan mati dulu, adinda akan tanam kanda, kanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda, dermakan semuanya kepada adinda bulat-bulat, haa! Itu demokrasi!”
“Demokrasi apa?”
“Demokrasi Terpimpin!”
“Terpimpin kepala otak kau!”

Menurut Amir Muhammad dalam bukunya 120 Malay Movies (Matahari Books, July 2010). Dialog ini merupakan sindiran terhadap Presiden Indonesia, Soekarno yang memperkenalkan istilah demokrasi terpimpin, merujuk kepada gaya pemerintahannya. Tambahan pula, ketika filem ini dikeluarkan isu konfrontasi Malaysia-Indonesia sedang hangat berlangsung.

Menurut seorang rakan, Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin yang menjalankan kajian mengenai propaganda dan indoktrinasi di zaman demokrasi terpimpin Indonesia, watak Abdul Wahab dan Abdul Wahib itu seolah-olah merujuk kepada Menteri Agama Indonesia ketika di era Soekarno bernama Muhammad Wahib Wahab yang berkhidmat sebagai Menteri Agama Indonesia dari tahun 1959 hingga 1962.

Menurut, Abdul Aziz melalui artikel K.H Muhammad Wahib Wahab: Kementrian Agama pada Masa Demokrasi Terpimpin yang diterbitkan di dalam buku Menteri-Menteri Agama RI: Biografi Sosial-Politik (INIS, PPIM dan Litbang Depag, 1998), Muhammad Wahib Wahab memainkan peranan penting di dalam perkembangan agama di Indonesia semasa era demokrasi terpimpin, namun di dalam satu temubual dengan salah seorang anggota keluarga rapat Muhammad Wahib Wahab, H. Shobih Ubaid, ada disebut bahawa Muhammad Wahib Wahab secara diam-diam tidak bersetuju dengan gagasan Nasakom oleh Soekarno yang bertujuan untuk menyatukan kaum nasionalis sekular, agamawan dan komunis.

Menurut Shobih, Muhammad Wahib Wahab dikatakan menyebut “Namanya saja Nasakom. Itu kan dalam bahasa Arab berbunyi nasa kum, yang artinya ‘pecah”. Jadi tidak bakal bersatu. Keadaan ini sebenarnya boleh kita kaitkan dengan pergeseran Abdul Wahab dan Abdul Wahib mengenai demokrasi terpimpin dan diktator.

CUBA MENCELIKKAN MASYARAKAT TENTANG PENGURUSAN PUSAKA

Rakan di Facebook, Razi Ahmad pula ada memberi pandangan bahawa P.Ramlee cuba mencelikkan masyarakat tentang kepentingan instrumen pengurusan harta pusaka iaitu Wasiat /Faraid/Hibah. Jika dilihat lebih dalam, P.Ramlee juga mendidik aspek Hibah yang agak janggal dan biasa diabaikan. Dalam Islam, konsep pemilikan berdasarkan Syurut al-Ahliah al-Kamilah (Syarat-Syarat Pemilikan Yang Sempurna).

Di antara syarat-syarat yang wajib adalah Baligh, Mukallaf, Muslim & Rusyd (Bijaksana). Walaupun Islam memperkenalkan konsep Faraid, namun Ismet Ulam Raja telah menggunakan instrumen Hibah untuk memberikan Abdul Wahub lebih bahagian (harta-harta di luar negeri) berbanding abang-abangnya disebabkan abang-abangnya kurang salah satu syarat iaitu Rusyd (Bijaksana).

KRITIKAN KEPADA GOLONGAN FEUDAL

Seperti yang disebutkan sebelum ini, kritikan P.Ramlee terhadap golongan feudal sebenarnya tidak pernah padam dan filem Tiga Abdul juga memaparkan kritikan terhadap golongan berkenaan. Ini dapat dikesan pada babak semasa Kasim Patalon menasihati Sadiq Segaraga untuk mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan anak-anak lelaki Ismet Ulam Raja bagi mendapatkan harta kekayaan Ismet Ulam Raja dan menguatkan semula perniagaan Sadiq Segaraga yang sedang berdepan dengan masalah.

Tindakan mengahwinkan anak perempuan atau anak lelaki untuk meluaskan kuasa dan memperoleh harta kekayaan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi dan perkahwinan ialah alat terpenting untuk meluaskan kuasa dan jalan paling pantas untuk mendapatkan wilayah dan sumber kekayaan di sesebuah negeri.

Sadiq Segaraga dilihat menggunakan anak-anak perempuannya demi kepentingan perniagaan demi memastikan dirinya mendapat untung daripada perkahwinan berkenaan. Perkahwinan tidak lagi dibina atas dasar cinta dan niat mengukuhkan hubungan kekeluargaan, tetapi hanya atas dasar laba perniagaan.

Kasim Patalon pula dijelmakan sebagai seorang penasihat yang tamak dengan komisen yang ditawarkan oleh Sadiq Segaraga. Setiap nasihat daripada Kasim Patalon di dalam filem ini semuanya nasihat yang buruk dan setiap nasihat yang buruk akan memberikan kesan buruk di kemudian waktu.

Begitulah yang terjadi kepada Sadiq Segaraga apabila terlalu percaya dengan nasihat buruk, dirinya juga hanyut dan jatuh miskin. Watak seorang Kasim Patalon ini sering berada dalam lingkaran masyarakat, menawarkan nasihat yang menjahanamkan.

Kasim Patalon melakukan kerja nasihatnya bukan untuk kepentingan sesiapa, tetapi hanya untuk mendapat untung dengan hanya bermodalkan air liur dan pemikiran yang mengelirukan. Kasim Patalon digambarkan sebagai seorang yang banyak idea dan petah dalam setiap pengucapannya serta berjaya memberikan keyakinan terhadap idea-ideanya, sehingga Sadiq Segaraga percaya bulat-bulat setiap butir kata Kasim Patalon ini.

Watak Kasim Patalon divisualkan seperti Hitler, memiliki misai kontot dan perilaku Kasim Patalon juga sama seperti Hitller, seorang diktator yang petah berbicara dan mempunyai keupayaan untuk meyakinkan khalayaknya sendiri.

Satu lagi watak yang menarik untuk kita perhatikan ialah Husin Lempoyang, seorang lelaki yang menganggap manusia ialah komoditi jualan dan memiliki nilai yang lebih tinggi berbanding unta. Husin Lempoyang wujud dalam sisi gelap diri manusia yang memandang semua perkara memiliki tanda harga.

Manusia yang menghargai hidup dengan nilai wang semata-mata. Husin Lempoyang merupakan seorang saudagar unta, tetapi dia juga ialah lambang kapitalis yang berada di sekeliling kita yang menjadikan apa sahaja sebagai barang dagangan asalkan dapat memberikan untung.

Harga diri tidak ada kepada manusia yang bersifat seperti Husin Lempoyang, kerana semuanya memiliki taraf yang sama dengan Pound Sterling. Pada pandangan mata manusia seperti Husin Lempoyang, sekeping kertas bertandakan nilai wang dan maruah manusia memiliki jurang beza yang besar, kerana wang mengatasi segala-galanya termasuk maruah.

MENGEMBALIKAN WATAK, BABAK & DIALOG

Memandangkan filem ini merupakan filem terakhir P.Ramlee di Singapura, kita dapat melihat bagaimana P.Ramlee bernostalgia di dalam filem ini dengan memaparkan kembali watak, babak dan dialog yang berkaitan dengan filem-filemnya yang terdahulu sepanjang beliau berada di Malay Film Production.

Kita dapat melihat bagaimana filem Madu Tiga diulang kembali di dalam Tiga Abdul, tetapi dengan keadaan yang berbeza apabila menampilkan aspek perkahwinan dan mengaitkannya dengan tiga orang perempuan.

Begitu juga dengan kemunculan babak menjual manusia di pasar sama seperti apa yang muncul ketika filem Ali Baba Bujang Lapok. Selain itu, filem Nasib Si Labu Labi juga diterjemahkan di dalam filem ini menerusi karakter Udo Omar sebagai pengetua rumah anak-anak yatim. Di dalam filem Nasib Si Labu Labi sebelum ini, Udo Omar sebagai Haji Bakhil sering memberi derma kepada anak-anak yatim demi memikat hati Cikgu Murni.

Watak Haji Misai Kontot, lakonan Ibrahim Pendek di dalam Nasib Si Labu Labi juga diulang di dalam Tiga Abdul apabila watak Kasim Patalon digambarkan bermisai kontot.

“Haa! Tapi ini ada lagi satu yang paling bagus tuan! Cuba tuan lihat, badannya kuat, muda, tegap!”
“Ini Haji Misai Kontot! Saya tak hendak yang itu.”

Seharusnya Tiga Abdul menjadi filem yang benar-benar mencuit kita. Seharusnya kita meminggirkan manusia yang berdampingan dengan kita hanya kerana wang semata-mata dan kita perlu berwaspada dengan segala muslihat yang muncul untuk membelit kita. Manusia yang mahu menjahanamkan kita sentiasa bersedia pada bila-bila masa, namun manusia yang mahu menyelamatkan kita cukup sukar kita kenali.

Tiga Abdul membuktikan walaupun saudara sedarah, tidak akan ada yang manis jika sifat dengki dan tamat menguasai diri manusia.

Di dalam filem ini semasa Abdul Wahab berkumpul bersama-sama beberapa orang wanita ketika sambutan hari lahir Ismet Ulam Raja, dia telah memberikan satu teka teki kepada wanita-wanita berkenaan dan tidak ada seorang pun yang berjaya menjawabnya. Jawapan teka-teki itu juga sehingga kini mengelirukan sebahagian daripada kita.

“Di atas langit, di bawah bumi, apa di tengah-tengahnya?”
“Saudari?”
“Bulan?”
“Bulan? Fasal saudari cantik macam bulan bukan? Jadi ingatkan bulan sahaja? Tak betul.”
“Saudari?”
“Angin.”
“Eh! Kenapa pula angin? Satu badan angin ya? Salah.”
“Saudari?”
“Hujan.”
“Hujan? Hai mentang-mentanglah musim hujan, asyik ingat hujan sahaja. Salah tu, yang betulnya tiga titik.”

Mengapa tiga titik? Sebabnya di tengah-tengah huruf Nya (ڽ) ada tiga titik

Sumber : Daniyal Kadir

Ahad, 2 Disember 2018

Nabi khidir

Ketika Nabi Khidr Menjadi Budak

Suatu ketika Nabi Khidr AS berjalan di pasar dan bertemu dengan seorang budak mukatab. Melihat penampilannya yang saleh, walau tidak mengenalnya sebagai Nabi Khidr, budak itu berkata, “Bersedekahlah padaku, semoga Allah memberkahi engkau!!”

Tanpa memperkenalkan diri atau membuka identitas dirinya, Nabi Khidr berkata, “Aku percaya bahwa apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, tetapi aku tidak memiliki sesuatu apapun yang bisa kuberikan kepadamu!!”

Sang budak berkata, “Aku meminta kepadamu bi-wajhillah, bersedekalah kepadaku, karena aku melihat wajahmu sebagai orang yang baik (saleh), karena itu aku mengharap berkah darimu!!”

Beliau berkata, “Aku beriman kepada Allah, tetapi aku tidak memiliki sesuatu yang bisa kuberikan kepadamu, kecuali jika engkau ingin menjual diriku sebagai budak!!”

Budak itu terpana memandang Nabi Khidr seolah tidak percaya, dirinya sendiri sebagai budak, bagaimana mungkin bisa menjual orang merdeka sebagai budak? Kemudian ia berkata, “Apakah hal itu boleh dilakukan??”

Beliau berkata, “Engkau telah meminta kepadaku dengan atas nama Allah Yang Maha Agung, dan aku tidak bisa mengecewakan engkau demi Wajah Tuhanku. Juallah aku, dan pergunakanlah hasilnya untuk memenuhi kebutuhanmu!!”

Budak tersebut adalah budak mukatab, atau disebut juga budak kitabah, yakni yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan jika bisa membayar harganya walau dengan mengangsur. Ia juga tidak dibebani pekerjaan tuannya, dan bebas berusaha untuk memperoleh uang penebusan dirinya.

Mendengar penuturan Nabi Khidr tersebut sang budak sangat gembira. Ia segera membawa beliau ke tempat penjualan budak, dan terjual seharga empatratus dirham, cukup untuk membayar pembebasan dirinya. Tinggallah Nabi Khidr bersama ‘tuannya’ yang membelinya, tetapi selama beberapa hari lamanya beliau tidak diperintahkan apa-apa. Tampaknya orang yang membeli beliau itu orang yang baik, ia tidak tega ‘membebani’ beliau dengan pekerjaan karena beliau kelihatan sangat lemah dan berusai sangat tua.

Nabi Khidr merasa tidak enak karena orang itu telah membayar mahal tetapi tidak memperoleh manfaat apa-apa dari dirinya. Suatu ketika tuannya itu akan pergi untuk suatu keperluan, beliau berkata, “Anda telah membeli diriku sebagai budak, maka perintahkanlah pada diriku untuk mengerjakan sesuatu!!”

Orang itu, yang juga tidak mengetahui kalau budak yang dibelinya adalah Nabi Khidr, berkata, “Aku khawatir akan memberatkan dirimu, engkau tampak telah sangat tua dan lemah!!”

Beliau berkata, “Tidak ada sesuatu yang memberatkan diriku!!”

“Baiklah kalau engkau memaksa, “Kata orang itu, “Pindahkanlah batu-batu di halaman ini ke belakang!!”

Di halaman rumah orang itu memang banyak berserak batu-batu yang cukup besar, yang membutuhkan beberapa hari untuk dipindahkan ke belakang rumahnya. Jika dipindahkan dalam satu hari, membutuhkan setidaknya enam orang yang cukup kuat dan kekar. Belum setengah hari, orang itu telah kembali ke rumah dan batu-batu itu telah dipindahkan semuanya ke belakang. Orang itu berkata kepada Nabi Khidr, “Baik sekali pekerjaanmu, sungguh engkau mempunyai kekuatan yang tidak kusangka-sangka!!”

Suatu ketika orang itu memanggil Nabi Khidr dan berkata, “Aku akan pergi beberapa hari lamanya, jagalah keluargaku dengan baik!!”

Beliau berkata, “Baiklah, tetapi perintahkanlah pula aku mengerjakan sesuatu!!”

Orang itu berkata, “Aku khawatir akan memberatkan dirimu!!”

Beliau berkata lagi, “Tidak ada sesuatu yang akan memberatkan diriku!!”

Orang itu terdiam sejenak, ia sungguh tidak tega memberi beban pekerjaan kepada orang yang telah tampak sangat tua tersebut, tetapi karena memaksa, ia berkata, “Jika demikian, buatlah batu bata, aku akan membuat rumah setelah pulang dari perjalanan ini!!”

Tentu saja pekerjaan yang amat mudah bagi Nabi Khidr, bahkan lebih dari itupun beliau bisa melakukannya, karena beliau memang dikarunia Allah berbagai macam karamah. Beberapa hari berlalu, orang itu pulang kembali tetapi ia tidak menemukan tumpukan batu bata, sebaliknya ia melihat suatu rumah cukup megah, sesuai dengan yang direncanakannya, pada tempat yang disiapkannya. Ia tidak mengerti, padahal ia tidak pernah menceritakan gambaran rumah yang ingin dibangunnya kepada siapapun.

Orang itu segera menemui Nabi Khidr di tempatnya, dan berkata, “Aku akan bertanya kepadamu bi-wajhillah, siapakah sebenarnya engkau ini!!”

Nabi Khidr berkata, “Engkau telah bertanya kepadaku dengan kata bi-wajhillah, dan kata bi-wajhillah itulah yang menjadikan aku sebagai budak. Aku sesungguhnya Khidr yang namanya telah sering engkau dengar ……!!”

Kemudian Nabi Khidr menceritakan peristiwa yang beliau alami sehingga menjadi budak, dan beliau menutup ceritanya dengan berkata, “Barang siapa yang diminta dengan perkataan bi-wajhillah, lalu menolak permintaan orang itu padahal ia mampu memberi, maka pada hari kiamat ia akan datang dengan jasad tanpa daging, dan nafasnya akan terengah-engah tanpa henti!!”

Perasaan orang itu bercampur baur antara senang, takut, haru, khawatir, dan berbagai perasaan lainnya. Siapakah orang saleh di masa itu yang tidak ingin bertemu dengan Nabi Khidr? Siapapun pasti menginginkannya, dan tanpa menyadarinya ia telah tinggal bersama beliau selama berhari-hari. Ia berkata, “Aku beriman kepada Allah, dan aku telah menyusahkan dirimu, wahai Nabiyallah, andaikata aku tahu tidak perlu terjadi peristiwa seperti ini!!”

Nabi Khidr berkata, “Tidak mengapa, engkau adalah orang yang baik!!”

Orang itu berkata, “Wahai Nabiyallah, silahkanlah engkau mengatur rumah dan keluargaku sesuka engkau, atau bila ingin bebas dari perbudakan ini, aku akan memerdekakan!!”

Nabi Khidr berkata, “Aku ingin engkau memerdekakan aku, agar aku bisa bebas beribadah kepada Allah!!”

Maka orang itu memerdekakan beliau tanpa syarat apapun, dan Nabi Khidr berkata, “Maha Terpuji Engkau, ya Allah, yang telah mengikat aku dalam perbudakan, kemudian menyelamatkan aku darinya. Ya Allah, semoga Engkau menjadikan kami sebagai orang-orang yang berakhlak baik dan membantu saudara-saudara kami lainnya mencapai surga.”

Cat batu

Saya nak buat rumah. Saya bagi upah pada saudara saya untuk buat rumah tersebut. Dia ambil upah sahaja, barang saya yang beli. Masalahnya saya tak tau banyak mana kuantiti barang yang hendak dipakai. Saya bukan kontraktor. Beli sikit2 rugi dan banyak kali kena beli. Beli banyak2 kan takut membazir pulak.. Macammana ni!!!!!!

NAH.. FORMULA PENTING YANG PATUT ANDA TAHU

a) PENGIRAAN BATA :

1 IKATAN STRETCHER / DATAR BATA (Tebal 1 Bata) :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang x tinggi tembok
Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² = 60 biji bata - Stretcher )
Jumlah bata = 900 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4)
Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :
1)  Berpandukan bil. bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³
2)  Berpandukan luas tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³
Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit
= 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir
= 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (Tebal 1/2 Bata) :
Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu
= Panjang tembok x tinggi tembok
Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B)
= Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)
Jumlah bata = 1800 ketul

Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :
1) Berpandukan bil. bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90m³
2) Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90m³
Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

b) KERJA-KERJA MELEPA (PLASTER) :

Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan lepaan adalah 19 mm = 75 m² x 0.019 m
Jumlah Mortar = 1.43 M³
Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³
Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 = 8 beg simen
Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

C)  PENGIRAAN JUBIN / MOZEK :

LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN
Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m²
Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

D) KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) :
Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.0003.
Jumlah Mortar = 1.5 M³
Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³
Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg simen
Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³

KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :
Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³

FORMULA PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT :

= Panjang x Lebar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )
Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg
= 303 bag/kampit
 Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³
 Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³

FORMULA PENGIRAAN ATAP

Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan:
Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²
Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping
Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

FORMULA PENGIRAAN SILING :

Keluasan siling rumah ditentukan oleh horizontal. Jika sama timbangan air boleh terus gunakan formula begini.
Kira luas sekeping siling.
Contoh 0.6 m x 1.2 m = keluasan sekeping siling
Jadi keluasan = nilai x darab nilai y.
Jumlah tersebut bahagi dengan keluasan sekeping siling . Dapat jumlah keping yang akan digunakan.

FORMULA PENGIRAAN CAT :

CAT AIR (dinding bersimen)
Kira dahulu keluasan yang akan di cat.
Formula cat adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 15 meter persegi (untuk 1 lapisan)
1 liter = 15m2. Jadi keluasan keseluruhan bahagi dengan 15m2 kita akan mendapat jumlah liter cat yang akan digunakan. Pengiraan ini adalah untuk 1 lapisan yang dicat sahaja.

CAT MINYAK (Besi / kayu / zink)
Formula yang digunakan adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 18m2.
1 liter = 18m2

Pengiraan untuk cat diatas adalah untuk permukaan yang telah disapu dengan cat alas (undercoat) pengiraan untuk undercoat adalah 1 liter cat bersamaan 20m2.