Friday, 23 June 2017

Beg raya

Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar 😂😂😂

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? 😂

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm 😯

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya 😂

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu 😜

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

😂😂😂😂😂

10 ingatan

RENUNGAN RAMADHAN

Jom bersihkan hati...hati bersih, hidup bahagia

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu di masa depan orang yang kita kata itu lah yang akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah buatkan rezeki setiap org itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Mohon terasa untuk kebaikan diri

Thursday, 22 June 2017

Subuh

🍃JIKA SUBUH

Jika subuhnya sentiasa dipelihara
Tanda akan selamat dari neraka

Jika subuhnya tiada dia tinggal
Allah melindunginya dari aral

Jika subuhnya didahului sunat
Berganda isi dunia dia mendapat

Jika subuhnya bergelapan ke musolla
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya

Jika subuh ke cerah berwirid lagi
Mendapat pahala umrah dan haji

Namun...

Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya

Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa

Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat

Jika subuh tiada dipeduli
Tanda iman menghampiri mati

Jika subuhnya tiada berjamaah
Tanda hidupnya akan hilang barakah

Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit

Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat

Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu

Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang

Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur...

Dan...
Jika subuh berjamaah diringan-ringankan,
Dapatkah dia memimpin keluarga, masyarakat dan negara 💚💚💚

Sunday, 18 June 2017

Duit raya

Kisah Air Mata Pegawai Bank Wanita:
Datang seorang pemuda nak tukar duit raya. Setelah tiba giliran, beliau menghulur sampul berisi wang utk ditukar. Beliau nak 200 keping duit RM 1 , pastu 100 keping RM5 dan 50 keping RM10.
Pegawai bank wanita  mula melaksanakan tugas. Sambil memerhatikan pegawai kira duit, dia ternampak air mata pegawai bank menetes.
Dia terharu dan bertanya..."Adik..sedih sebab teringat duit raya mak abah bagi masa kecik dulu??" ...Pegawai bank mengeleng kepala..."Sebab boss tak bagi cuti awal??".. Pun tidak kata pegawai bank wanita tersebut..
Tetiba pegawai Bank dongak kepala dan mengesat air mata dengan tisu. Mengukir senyum mencari keyakinan semula untuk berhadapan pelanggan. Dengan nada tenang dia jawab.
" Saya sedih dengan sistem pendidikan kita..."
Pemuda tanya.."..kenapa??...
"Mana tak sedih encik..NAK TUKAR TOTAL DEKAT RM1200..YANG AWAK BAGI RM50 JE!"...sekolah Matematik dapat berapa???

Saturday, 17 June 2017

Ilmu

Kalam Ulama':
Dalam berkongsi ilmu,
tiada istilah,
"Ni idea aku, copy jangan lupa letak nama aku..apa ni tak letak nama aku"
"Apa ni ambil hasil nukilan orang lain."Kita hanya pencatat ilmu ulama2.
malu nak mengaku itu ,ini ilmu aku.Adakah kalian minta izin kepada ulama2 yg anda nukil...
"Nak share atau copy beritahu dulu, jangan pakai copy je hak orang.",Simpan sahaja kalau mahu begitu..
Tapi dalam berkongsi ilmu,
dalam menyebarkan kebaikan,
"Ambil lah, saya tak kisah. Berkongsi ilmu selagi mampu."
"Tak perlu minta izin untuk copy, ini semua milik Allah."
"Ilmu ni Allah punya, Bersyukurlah Allah jadikan kita wasilah untuk sampaikan.
Share lah selagi bermanfaat."
jgn lokek ilmukan..benda baik harus disebarkan
Kalau kita nak berpegang kpd hakikat tu "ilmu x akn brkmbng" sekiranya ia mnjdi milik hakiki seseorang tu.
Akal Ilmu Hak Cipta Allah.Orang yang mengarang itu hanya menyusun ilmu Allah.Matlamat ilmu adalah di sampaikan untuk mensyukuri nikmat Akal ,membunuh kebodohan,membina kefahaman.semoga nama nama kalian mewangi di sisi Pemilik Ilmu.Ilmu tiada apa apanya kalau disimpan dan tidak beramal dengannya.Carilah yang Abadi

Ada yang menggunakan ilmu untuk mempengaruhi manusia, ada yang menggunakan ilmu untuk menipu manusia dan ada yang menggunakan ilmu untuk mendapat pangkat nama dan kedudukan. Hal yang sedemikian ini berkait dengan niat asal waktu mereka menuntut ilmu.

Apa-apa yang dilakukan bermula dengan niat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya amal itu bergantung pada niatnya, dan bagi setiap orang akan mendapatkan pahala dari amalnya) bersesuaian dengan apa-apa yang diniatkan.” (Riwayat Mustafa ‘alaih). Niat merupakan rukun atau asas kepada setiap amal yang dilakukan.

Allah SWT memerintahkan agar manusia melakukan sesuatu amalan dengan niat ikhlas dan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT:
“ Dan orang yang bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami. Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang muhsinin.” (Surah al-Ankabut 29:69).

Berkata Imam al-Syatibi rhm ada menyebut dalam kitabnya al-I’tisham, “Sesuatu yang paling akhir hilang dari orang yang soleh adalah keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk popular.”  Hal ini diakui memang cukup susah untuk menjaga atau mengawal diri dan syahwat, niat memainkan peranan perkara ini disebut oleh Imam Syufian al-Tsauri, “Tidak ada satu urusan yang lebih berat bagiku untuk aku rawat (pelihara) selain niat.”

Luruskan niat      
Mencari ilmu dan menambah ilmu perbuatan yang disukai oleh Allah SWT. Akan tetapi dalam batas menuntut ilmu niat itu yang penting. Betulkan niat semoga Allah SWT memberkati ilmu yang dipelajari selama ini. Hindari sikap rasa bangga dengan diri sendiri atau rasa ingin komen orang lain dengan bahasa yang tidak ilmiah atau menghina para ulama yang telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kepada para pencari ilmu, sabda Baginda s.a.w: “Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk membanggakan diri di hadapan para ulama atau mendebat orang bodoh. Jangan kamu mencarinya agar dapat memilih majlis ilmu yang terbaik. Barang siapa yang berbuat demikian maka baginya neraka.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim). Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w: “ Siapa yang mencari ilmu untuk membanggakan diri di hadapan para ulama, mendebat orang bodoh, atau agar hati manusia suka kepadanya, maka ia menuju neraka.” (Riwayat al-Tirmdhi).

Sifat membangga diri dalam meneroka bidang ilmu perlu dijaga dan dikawal agar diri sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Keredhaan Allah SWT bukan terletak betapa banyak sijil yang dikumpulkan tetapi ia terletak kepada niat orang yang menuntut ilmu. Sebuah hadis yang panjang yang mana Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa Allah SWT menilai keberkatan ilmu pada niat seseorang itu, sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah tiga golongan;… ‘Dan seorang yang belajar ilmu dan mengajarkannya, serta yang membacakan al-Quran, kemudian didatangkan kepadanya pelbagai kenikmatan, sehingga dia pun mengetahuinya

dengan jelas. Allah SWT bertanya, ‘Apakah yang telah engkau lakukan padanya?’ Dia menjawab, ‘Aku telah belajar ilmu dan mengajarkannya, aku membaca al-Quran demi Engkau’ Allah SWT berfirman, ‘Engkau berbohong, akan tetapi engkau belajar ilmu dan mengajarkannya agar dikatakan bahawa engkau adalah seorang alim (berilmu). dan engkau membaca al-Quran agar dikatakan bahawa engkau adalah seorang qari (yang mahir membaca al-Quran), lalu engkau pun dikatakan demikian’ Kemudian diperintahkan untuknya, agar dia diseret di atas wajahnya, sampai dia dicampakkan ke dalam api neraka…( Riwayat Muslim).
     
Khalifah Umar al-Khaththab r.a. ketika melihat kerumunan orang sedang berjalan di belakang Ubay bin Ka’ab, maka beliau pun menegur perbuatan tersebut lalu berkata, “Berhentilah daripada perbuatan tersebut kerana sesungguhnya ia menjadi fitnah (ujian) bagi yang diikuti, dan kehinaan bagi orang yang mengikuti.” (Al-I’tisham oleh Imam al-Syatibi). Para ulama dahulu sangat menjaga diri mereka kerana takut dipengaruhi oleh niat yang tidak baik. Kalau diperhatikan nukilan yang diungkapkan oleh Bisyr bin al-Harits dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’, katanya, “Tidaklah bertakwa kepada Allah siapa yang mencintai populariti.” Begitu juga dengan Imam Ahmad rhm apabila mendengar berita orang mendoakannya, lalu beliau berkata, “Aku berharap itu bukan istidraj (kebaikan yang memperdayakan).”

Berkongsi ilmu tidak perlu LETAK Nama
  Kelebihan ilmu yang diberi oleh Allah SWT itu perlulah dikongsi, jika anda seorang penceramah kongsilah dengan masyarakat, jika anda seorang yang hebat di pejabat kongsilah ilmu dengan rakan sekerja, jika anda seorang guru perturunkan ilmu dengan baik kepada pelajar. Kalau mereka yang berilmu kedekut ilmu atau menyembunyikan ilmu apabila diminta untuk diajarkan maka balasan akan disediakan kepada mereka di akhirat nanti, sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang ditanya tentang suatu ilmu tapi menyembunyikannya maka pada hari kiamat ia akan dibelenggu dengan tali kekang dari api neraka.” (Riwayat Tirmidhi).
       
Oleh itu, perbetulkanlah niat dan akhlak dengan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ilmu bukan digunakan untuk menghukum orang yang lain sesat tetapi ilmu digunakan untuk memberikan pencerahan atas apa-apa yang diperselisihkan. Itu dikatakan orang mempunyai akhlak dengan ilmunya. Sekarang ramai yang memiliki ijazah jika ijazah yang dimiliki digunakan untuk memberikan manfaat kepada manusia dengan menjadi guru, pengarah atau penceramah maka ia merupakan kebaikan dan dibolehkan. Oleh kerana pada zaman sekarang, masyarakat tidak menghargai seseorang kerana ilmunya, tetapi kerana ijazah atau gelarnya. Apa-apa pun betulkan niat masing-masing jangan salah guna dengan ilmu tersebut.

     Ilmu yang diperoleh jika tidak diamalkan atau salah guna, pemiliknya akan malu di akhirat nanti. Perhatikan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w: “Akan didatangkan pada hari kiamat nanti seorang alim yang jahat, lalu dilemparkan ke dalam neraka, ia berputar-putar dengan ususnya yang terburai sebagaimana seekor keldai berputar mengelilingi penggilingan. Dikatakan kepadanya, ‘Kerana apa kamu mendapatkan (seksaan) ini, padahal dulu kami mendapatkan petunjuk kerana mu?’ Ia menjawab, ‘Aku dulu melanggar larangan yang ku sampaikan kepada kamu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas, dan doa yang tidak dikabulkan.” (Riwayat Muslim).

@ maulabillah

Friday, 16 June 2017

Persatuan kanak²

Raya dah nak dekat ooiii ....Persatuan kanak-kanak pulak nak berpesan !

1. Jangan nak tgk cop/cap pakaian yg kami pakai. sampai belek label belakang baju kami

2. Jangan bg kami air gas /gula berlebihan..nanti mak kami ushar daring. sbb nanti kami terlebih aktif n kami jga kene cubit. 🙊

3. Jangan pertikaikan kami dh 2-3 thn lebih pkai pampers lg ke? Sbb kami keliru lg kencing tu berak..berak tu kencing..

4. Jangan nak tanya lebih2 kenapa kami tak cakap selaju f1..kenapa pelat2..stress taw

5.Jangan dok compare perkembangan ank kami dgn ank@cucu@cicit org lain..Doktor pun x kata apa depa sibuk nak compare..

6. Jangan tanya muka kami ikut muka sapa pastu jgn menyebok nk kata kami iras2 mcm cucu sulung pakcik sebelah umah wan punye ank sedara tiri tu ek!

7. Jangan tanya kanak kanak tu tadika di mana. Bila cakap tadika gomen, korang bandingkan dengan anak korang yang tadika swasta

8. Jangan banding2 kami ni dah pandai baca ke tadika exam markah berapa ke... annoying tau...
Jangan bandingkan berat badan kami

9. Jangan bandingkan kami ni tak pakai emas, anak makcik tu pakai emas sebeban. Mama kami takmo kami kena ragut. Sbb tu tak pakaikan kami barang kemas 🙄klu kami pakai barang kemas jgn dk sindir2 kami dgn panggilan "tok peraih"

10. Jangan tanya bila dia nak jadi abang atau kakak..

11. Jangan kata kami kurus .kena makan banyak....

12. Jangan duk kata  kami umur 4-5 tahun dk minum dlm botol susu lg

13. Jangan duk banding2 kan  kami dgn anak cucu y lain...hat ni putih,hat ni kelam....

tlg list kan yg lain......

Doa terawih

DOA SELEPAS TERAWIH YG MENUSUK KALBU

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat  akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa  kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Tuesday, 13 June 2017

Ayat power

✨k.nor✨:
Peperiksaan sudah selesai, saps dan buku pelaporan murid x isi lagi? Tak perlu pening2. Ni antara ayat yang cikgu boleh tulis dlm buku pelaporan murid.

...............................................

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.

Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….

Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

KEHADIRAN

Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran

Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.

Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran .

Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha  bagi  mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan  Kesihatan.

Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

=====================

Ayat best yang lain cikgu cikgi bole tambah ikut perasa sendiri..

# copy paste Fb Dunia Guru


Monday, 12 June 2017

Ibu

Di saat kita berdoa, memohon kepada Allah agar didatangkan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami kita, Allah tidak serta merta menurunkan suami kita dari langit begitu saja..

Tapi jauh sebelum kita memohon kehadirannya bagi kita, ada seorang wanita yg terlebih dulu memohon kehadirannya kepada Allah, dalam rahimnya.

Wanita itu, dgn segala susah payah mengandungkannya dan melahirkannya, penuh doa dan harapan terhadap keselamatan bayinya. Wanita itu, bersabung nyawanya di bilik bersalin, demi kehidupan bayi yg dilahirkannya. Wanita itu yg menyusuinya, memberikan siang dan malam waktunya utk merawat buah hatinya itu. Mendidik dan mengasuhnya dengan mengorbankan semua yg dimilikinya.

Menghabiskan masa mudanya, untuk membesarkan anakanda, kerana begitu besar cintanya terhadap puteranya. Anak lelaki itu tumbuh menjadi seorang pemuda yang baik dan gagah. Bayi yg telah dewasa itu adalah suami kita. Ternyata kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..

Dan kini…
Wanita itu telah menjadi seorang wanita tua. Tak ada yg dia harapkan selain cinta tulus dari puteranya. Setulus cinta wanita itu sepanjang hidupnya, semenjak mengandung dan membesarkannya hingga dewasa.

Maka...
Jgn rebut cinta suami kita dari ibunya. Biarkan dia mengisi satu tempat istimewa di hati suami kita. Satu sisi istimewa lain di hatinya pasti diperuntukkannya untuk kita. Relakan suami berbagi cinta untuk kita dan ibunya. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..

Mengalahlah, biarkan suami kita lebih mengutamakan kebahagiaan ibunya. Hormatilah dia, muliakanlah dia, sebagaimana kita menghormati dan memuliakan ibu kita. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..

Bantulah suami kita utk berbakti kepada ibunya. Bantulah suami kita menjaga pintu syurgaNya. Nescaya kita akan mendapatkan tiga cinta sekaligus. Cinta suami kita, cinta ibunya dan yang paling utama cinta Allah. Semoga pahala yg besar akan Allah berikan utk kita kerananya..

آمِينْ... آمِينْ... يَارَ بَّ الْعَالَمِينَ

Bahasa

Ibu ini namanya Prof. DR. Soheir Ahmad as-Sokari, ahli lingiustik di berbagai univesitas besar, di antaranya Georgetown University. Pernah juga menjadi penerjemah di PBB.

Beliau mengutarakan bagaimana Barat menghancurkan kemampuan bahasa arab anak muslim, yang berpengaruh besar terhadap kemajuan umat Islam.

Bercerita tentang ilmu linguistik yang membahas tentang bagaimana otak mencerna bahasa, info dll., dan bagaimana otak menyikapi hal itu dalam bahasa & kondisi apapun.

Beliau sangat mementingkan anak. "Saya menemukan perbedaan yang banyak sekali antara anak-anak kita & anak-anak negara maju. Anak kita hanya bicara bahasa `ammiyah (pasaran) sampai masuk sekolah. Seluruh kata `ammiyah yang kita pakai sekarang hanya 3 ribu kata.

Tanpa bahasa = tidak ada pemikiran, penemuan baru, khayalan, bayangan.

Jadi, anak barat ketika berumur 3 tahun, mereka punya 16 ribu kata. Sementara anak di negara arab terkurung dalam bahasa `ammiyah yang dipakai di rumahnya, yang jumlah katanya sangat terbatas, hanya 3 ribu kata.

Bayangkan! Mereka tidak bisa menggunakannya, kecuali dalam batasan yang sangat sempit.

Ketika saya mempelajari hal ini dalam bidang lingusitik, saya terkejut sekaligus kasihan pada anak-anak kita. Saya mengkhawatirkan mereka.

Setelah itu, saya baca kitab di masa revolusi Khomeini. Saya baca kitab terkenal berjudul "Militant Islam."

*Jason menyebutkan bahwa, Inggris & Prancis, sebelum menguasai kawasan Utsmani, mereka melakukan penelitian tentang penyebab kekuatan dan ketangguhan orang-orang Arab yang mampu membuka negara sekitarnya dari India sampai perbatasan Cina, dan menemukan bahwa rahasia dari semua itu adalah cara pendidikan anak Arab, yang mana itu dimulai dari 3 sampai 6 tahun pergi ke "kuttaab" (tempat pendidikan al-Qur`an) & menghafal al-Qur`an. Lalu pada usia 6-7 tahun mereka menghafal Alfiah Ibn Malik. Anak-anak itu pun perkasa. Dalam al-Qur`an ada 50 ribu kata. Bayangkan kemampuan anak-anak itu*.

Lalu Inggris & Prancis datang. Mereka yakin, "kuttaab" lah penyebabnya. Prancis pun menutup habis semua kuttaab. Mereka hilangkan di kawasan Afrika dan semua jajahannya, termasuk Suria. Meskipun ada sedikit yang tersisa di Suria saat ini.

Sementara Inggris, mereka tidak melakukan itu. Mereka menyatakan bahwa orang Mesir lah yang menciptakan agama semenjak 3500 SM. Kalau kita katakan tidak ada agama & al-Qur`an; maka mereka akan hancurkan dunia. Jadi, kita hancurkan saja al-Qur`an dengan memberikan citra buruk.

Caranya?

Mereka membuat sekolah-sekolah asing untuk anak-anak orang kaya. Namun mereka tidak mengajarkan pelajaran yang sama dengan yang mereka ajarkan di negara mereka, tapi lebih rendah. Karena bahasa level tinggi hanya untuk kalangan atas. Sementara negara-negara arab yang dijajah mereka, INDONESIA, Pakistan, India dll., semuanya belajar Inggris dengan metode yang lebih rendah dari Inggris sendiri.

Setelah itu, mereka mulai membuat sekolah-sekolah modern. Anak-anak pun mulai sekolah pada usia 6 tahun. Tiga tahun pertama, mereka dibiarkan bermain & melompat-lompat. Buat apa dia diajarkan bahasa? Akhirnya, anak-anak kehilangan masa terpenting hidupnya untuk belajar bahasa, yaitu dari lahir sampai 7 tahun, bahkan mungkin hingga 12 tahun.

Si anak yang seumur hidupnya pakai `ammiyah, ketika masuk sekolah; menemukan bahasa Arab sendiri merupakan bahasa asing.

Inggris sukses menghilangkan masa penting anak untuk belajar bahasa fushha (arab resmi), yang sebenarnya mungkin dia pakai sebagaimana kita berbicara bahasa `ammiyah. Seumur hidupnya, dia tidak mampu berbicara bahasa fushha dengan mahir. Lebih dari itu, hilanglah 50 ribu kata."

Ibu itu menjelaskan, bahwa *anak yang benar-benar dididik seperti model zaman dulu itu akan menjadi anak-anak cemerlang.*

Beliau juga menyebutkan bahwa laporan Jason itu dirahasiakan selama 75 tahun agar tidak diketahui umat Islam.

Lanjutkan menyimak langsung:
https://www.youtube.com/watch?v=LdHEc679s-k

__

Syekh Ali Jum`ah selalu mengingatkan ajaran masyayikh beliau bahwa bahasa & agama merupakan 2 sisi dari 1 mata uang...

#ayo_belajar_bahasa_arab
#Ilmu_Adalah_Solusi
#alAzhar_maju
#الأزهر_قادم

AlQuran


المر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ ۗ وَالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

"Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman"
[Surah ar-Ra'd 1]

Al-Quran diturunkan bukan sekadar utk dibaca tetapi utk diimani, dikenali, difahami, dihafal, dikaji dan diamalkan. Pelbagai manfaat dan ganjaran yg bakal diperolehi drp al-Quran jika di selami isi kandungan, maksud tersurat dan tersiratnya.

Bersempena hari ni di Malaysia disambut hari Nuzul al-Quran, marilah kita mengkaji serba sedikit ttg al-Quran.

Al-Quran mengandungi 114 surah. Ulamak al-Quran mengelompokkan surah2 ini kpd 4 kategori iaitu:

1. As-Sab'u ath-Thiwal iaitu tujuh ayat yg panjang spt surah al-Baqarah, Ali Imran, an-Nisak, al-A'raf, al-An'aam, al-Maidah dan Yunus
2. Al-Mi'un iaitu surah dgn lebih 100 ayat spt surah Hud, Yusuf, al-Mukminun dll
3. Al-Matsani iaitu surah panjang tetapi kurang sedikit dr 100 ayat spt surah al-Anfal, al-Hijr dll
4. Al-Mufashshal iaitu surah2 pendek spt surah ad-Dhuha, al-Ikhlas dan sbgnya.

Surah2 al-Quran dikategorikan kpd Makkiyyah dan Madaniyyah berdasarkan masa penurunannya:

1. Surah Makkiyyah ialah surah yg ayatnya diturunkan dlm tempoh 13 tahun pertama dakwah Rasulullah saw yg berpusat di Mekah
2. Surah Madaniyyah ialah surah yg ayatnya turun dlm tempoh 10 tahun kedua dakwah Rasulullah yg berpusat di Madinah

Cara Rasulullah saw menerima wahyu:

1. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dlm rupa manusia
2. Malaikat Jibril memasukkan terus ke dalam dada/hati Nabi
3. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dlm rupa asalnya diiringi bunyi yg gemersik sekali spt bunyi loceng

Jumlah ayat al-Quran adalah sebanyak 6236. Inilah pdpt yg termasyhur di kalangan ulamak al-Quran.

Ayat yg terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah al-Baqarah berdasarkan pdgn yg paling tepat.

Bagi memudahkan pembacaan dan penghafalan umat Islam, maka ulamak al-Quran membuat sistem pembahagian kandungan al-Quran:

1. Juzuk - 30 juzuk
2. Hizb - setiap juzuk dibahagi sama byk kpd 2 bahagian yg disebut hizb. Kesemuanya tdpt 60 hizb.
3. Rubuk - setiap hizb dibahagi sama byk kpd 4 bahagian. Rubuk bermaksud suku
4. Rukuk - pembahagian berdasarkan topik atau isu dlm satu2 surah. Terdapat 554 rukuk kesemuanya. Ada simbol huruf 'ain ditepi muka surat sbg simbol rukuk
5. Manzil - dibahagikan kpd 7 manzil bg memudahkan sesiapa yg mengamalkan khatam al-Quran seminggu sekali (7 hari)

Sabda Nabi saw yg diriwayatkan oleh Abu Dawud:

"Sesiapa yg membaca al-Quran dan beramal dgn isi kandungannya, dianugerahkan kedua2 ibubapanya mahkota pd hari kiamat. Cahayanya (mahkota) itu lebih baik drp cahaya matahari di rumah2 dunia. Kalaulah yg demikian itu matahari berada dirumah kamu  (dipenuhi dg  sinarannya) maka apa sangkaan kamu terhadap orang yg beramal dengan ini (al-Quran)"

"Sesungguhnya generasi sebelum kamu melihat al-Quran spt surat2 daripada Tuhan mereka. Maka mereka sentiasa mentadabburnya pada malamnya dan mengkajinya pada siang hari"

♡Jom kita mendekati al-Quran dgn memahami selok belok ttg al-Quran dan belajar tafsir al-Quran utk memahaminya bagi memudahkan utk diamalkan♡

Selamat menyambut Nuzul al-Quran

Sunday, 11 June 2017

Qatar


TERNYATA QATAR MEMANG NEGARA PALING ANEH DI DUNIA !!!!

BAGAIMANA TIDAK ANEH...

Seluruh rakyatnya.
Yang bayi...yang tua...yang jejaka...yang wanita.
Begitu .. Bayi lahir ke dunia.
Negara....sudah menyiapkan ...sebuah rumah untuknya.

Begitu...usia sekolah....
Pilih sahaja...sekolah atau kuliah dimana saja...
Negara yang membayar...bahkan...Negara memberi wang saku.

Setelah tamat belajar...sekadar pilih pekerjaan....
Yg pasti....masih didalam Negara.
Pasti....Negara memberi kerja....dengan Gaji...yang lebih tinggi dari Expatriat (TKA) untuk kualifikasi setara dan sejenis.
Rakyat harus lebih tinggi dari Orang Pendatang Asing.

Bila waktu menikah tiba.
Suami...boleh punya 4 (empat) isteri.
Negara ....menyediakan untuk masing masing dari setiap Isteri ....Pembantu rumah dan pemandu.
Negara yang menggaji Pembantu dan pemandu.

Bila Isteri melahirkan....pilih rumah sakit mana saja...
Negara yang bayar.

Negara ini....
Tahun 2015-2016...Pendapatan Perkapita (GDP) adalah USD 132 ribu pertahun.

Di Negara ini..
Tidak ada Pajak untuk rakyatnya.

Apakah ada Bank...
Ada ...
tetapi...
Tidak ada Riba.

Kadang
Bila hari Ulang Tahun Raja.
Seluruh hutang Rakyatnya kepada Bank.
Dihapuskan oleh Raja.
Rakyat...tidak punya hutang di Bank.

Negara ini adalah......

*Sebuah Kerajaan yang menjadikan Al Qur'an sebagai Undang Undang dan Hukum positif*

Tidak ada Hukum atau Undang Undang yang lebih tinggi dari Al Qur'an di Kerajaan Qatar.

Negara Paling Kaya....Nombor satu
Negara yang tidak punya hutang kepada negara manapun

*DENGAN KATA LAIN GAJI/PENDAPATAN RATA-RATA PENDUDUKNYA RM5 RIBU SEBULAN*.

Saturday, 10 June 2017

Tua

SELEPAS PENCEN, BARU MAHU FOKUS BERIBADAH.

Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Tazkirah Ramadhan

Saturday, 3 June 2017

Mahar

SEDUTAN KISAH SAHABAT (SIRI 6)

Abu Talhah al-Ansari
~ Mahar Paling Berharga Di Dunia ~

Nama sebenar beliau adalah Zaid bin Sahl daripada kabilah al-Najjar. Memeluk Islam awal sedikit daripada peristiwa Hijrah.

Beliau terkenal sebagai pemilik kebun Bairuhak, sebuah kebun yang sangat indah dan subur di Madinah. Nabi SAW sangat suka minum dari mata air yang keluar dari kebun tersebut. Bairuhak adalah harta yang paling beliau sayangi. Tatkala turun firman Allah:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Aal-E-Imran:92]

Maka tatkala itu juga beliau berkata:
"Bairuhak adalah harta yang paling aku sayang. Sekarang aku jadikan ianya sedekah demi Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan ganjarannya di sidi Allah. Gunakanlah ianya megikut kemahuanmu wahai Rasulullah."

Beliau amat mengasihi baginda Nabi SAW. Beliau pernah berikrar, untuk menjadikan tubuhnya tebusan kepada tubuh Rasulullah dan wajahnya menjadi pelindung kepada wajah Rasulullah.

Sewaktu perang Uhud, beliaulah yang menjadi benteng melindungi batang tubuh Nabi SAW ketika musyrikin menyerang hendap khemah Rasulullah. Rasulullah diletakkan di belakangnya sedang dia bersenjatakan busur memanah sesiapa sahaja yang cuba mendekati.

Pernah Rasulullah cuba menjenguk kepalanya untuk melihat keadaan di hadapan, tapi ujar Abu Talhah:
"Jangan buat begitu Wahai Rasulullah. Lehermu aku tak sama dengan lehermu. Dadaku tak sama dengan dadamu. Biarlah aku sahaja yang jadi tebusan untuk dirimu."

Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah. Dan beliau terus berjihad sehingga ke hujung usia. Sejak kematian Rasulullah, dikhabarkan beliau tidak pernah meninggalkan puasa, melainkan pada hari yang diharamkan sahaja. Ketika umurnya sudah tua, anak-anak pernah berkata:
"Wahai ayah. Kau telah berperang sejak zaman Rasulullah sampailah dia wafat. Kau berperang juga zaman Abu Bakar sampai dia wafat. Zaman Umar kau terus berjihad sampai dia pun wafat. Kau sudah tua sekarang. Biarkan kami sahaja yang berjihad dan kau berehat."

Jawab Abu Talhah:
"Tidak. Bukankah Allah perintahkan dalam al-Quran pergilah kamu semua berjihad dalam keadaan ringan atau berat? Ringan itu muda. Berat itu tua. Kita semua tidak pernah terkecuali."

Begitulah keadaannya, terus berpuasa dan berjihad sehingga menemui ajalnya di tengah lautan, di atas sebuah kapal ketika dalam sebuah misi jihad.

Sebenarnya, sejarah kehidupan Abu Talhah dengan Islam bermula sejak beliau mula menaruh hati kepada seorang janda bernama Rumaisha' binti Milhan, juga dari kabilah Najjar. Sebaik sahaja mendapat tahu suaminya meninggal, Abu Talhah terus ke rumah Rumaisha untuk merisik. Pada waktu itu Abu Talhah belum memeluk Islam tetapi Rumaisha' sudah Islam.

Tatkala dilamar, Rumaisha' menjawab:
"Orang seumpamamu selayaknya tidak ditolak. Tetapi aku tidak boleh mengahwinimu selama-lamanya. Kerana engkau adalah kafir.."

Abu Talhah tidak memahami akan peraturan Islam. Beliau berusaha memujuk:
"Aku rasa bukan itu sebabnya. Tapi sebenarnya kau mahu cari orang lebih kaya dari aku. Bukan begitu?"

Jawab Rumaisha':
"Demi Allah wahai Abu Talhah. Seandainya kamu memeluk Islam, aku akan terima kamu tanpa kau berikan satu pun emas atau perak padamu. Aku jadikan Islammu sebagai mahar bagiku.."

Mendengar ucapan Rumaisha' itu, kepala Abu Talhah teringatkan berhalanya di rumah, yang diperbuat daripada kayu yang mahal.

Rumaisha' seakan dapat membaca fikiran Abu Talhah, lalu mencelah:
"Takkah kamu sedar tuhan yang kamu sembah itu diperbuat dari kayu yang tumbuh dari tanah?"

Jawab beliau: "Benar"

Rumaisha menyambung:
"Tak malukah kamu kamu menyembah batang kayu, yang orang lain jadikan ianya sebagai bahan api untuk membakar roti sahaja?"

Kata-kata Rumaisha membuat Abu Talhah tersentak dan mula sedar. Lantas dia bertanya:
"Siapa mahu bimbing a

ku kepada Islam."

Pantas Rumaisha' menjawab:
"Aku."

"Justeru bagaimana?" Tanya Abu Talhah.

Rumaisha membalas:
"Ucapkanlah dua kalimah syahadah, selepas itu kamu pulang dan dapatkan berhala kamu, kemudian campak buanglah ia."

Abu Talhah menurut sahaja kata-kata Rumaisha'. Dia terus mengucap, kemudian pulang dan membuang berhala itu.

Tidak lama selepas itu, kedua mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.

Para sahabat berkata: "Kami tak pernah jumpa orang yang memiliki mahar yang paling mulia selain dia. Dia telah menjadikan ISLAM sebagai mahar."

Orang beriman tidak akan menjadikan mas kahwin atau hantaran sebagai harga kepada diri mereka. Sebaliknya yang lebih penting adalah apa yang akan menentukan masa depan setelah berkahwin itu. Mahar beratus ribu belum tentu bahagia. Tetapi mahar Islamnya Abu Talhah membawa kepada syahid, yang bakal memberi syafaat untuk memimpin tangan Rumaisha ke negeri bahagia abadi.

9 Ramadhan 1438
4 Jun 2017

Friday, 2 June 2017

Lembut

*ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA*

Rasulullah saw bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mau, wahai Rasulallah!" Beliau menjawab:
"(yang Haram tersentuh api neraka adalah) orang yang *Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl*."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

1. *Hayyin*
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya..

2. *Layyin*
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semaunya sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

3. *Qarib*
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. *Sahl*
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan.

"Telah aku sampaikan, YA RABB."