SELEPAS PENCEN, BARU MAHU FOKUS BERIBADAH.
Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.
PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.
PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.
PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.
PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.
PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔
PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?
PEMUDA: hmmm...
PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..
PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?
PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.
PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?
PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.
Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.
Tazkirah Ramadhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan