Khamis, 29 Jun 2017

الله

YA ALLAH JGN HINA AKU LAGI...

Aku Sangka Aku Alim Warak Solat Saf Depan Jadi Orang Masjid. Istiqomah Ibadah Tapi Aku Tak Sedar Anak Anak Aku Tak Solat Pun Masa Aku Solat. ALLAH HINA AKU...

Aku Rasa Akulah Org Yg Paling Bagus Siang Malam Pergi Masjid... Tapi Bini/Suami Aku Dok Mengumpat Mengata Jaja Cerita Org Merata-Rata... ALLAH HINA AKU...

Aku Sangka Aku Hebat Baca Al-Quran Setiap Hari.. Khatam Tiap Tiap Bulan Rupanya Anak Pompuan Aku Dedah Aurat Slamber Belakang Aku. ALLAH HINA AKU...

Aku Rasa Seronok Hari Hari Sedeqah... Tapi Aku Lupa Ambik Tau Sanak Saudara Aku Kesempitan Dalam Hidup.Berhutang Meminjam Merata-rata...
ALLAH HINA AKU...

"Ya ALLAH Tutupilah AibKu, Amankanlah KetakutanKu, Ampunilah KesalahanKu".

Adakalanya Kita Tak Sedar Yang ALLAH HINA DIRI Kita Dengan Kekhilafan Isteri/Suami Kita, Anak2 Kita, Saudara Mara Kita, Jiran Tetangga Kita Mahupun Masyarakat Kita. Tanpa Kita Sedar... Melihat Kejahilan Org Lain Muhasabahlah... Jadikan Ikhtibar Buat Diri Sendiri Dan Keluarga. Agar Jadi Pedoman Buat Peringatan. Sama Sama Ingat!

Semoga Ada Manfaatnya
Selamat Beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan