Sabtu, 17 Jun 2017

Ilmu

Kalam Ulama':
Dalam berkongsi ilmu,
tiada istilah,
"Ni idea aku, copy jangan lupa letak nama aku..apa ni tak letak nama aku"
"Apa ni ambil hasil nukilan orang lain."Kita hanya pencatat ilmu ulama2.
malu nak mengaku itu ,ini ilmu aku.Adakah kalian minta izin kepada ulama2 yg anda nukil...
"Nak share atau copy beritahu dulu, jangan pakai copy je hak orang.",Simpan sahaja kalau mahu begitu..
Tapi dalam berkongsi ilmu,
dalam menyebarkan kebaikan,
"Ambil lah, saya tak kisah. Berkongsi ilmu selagi mampu."
"Tak perlu minta izin untuk copy, ini semua milik Allah."
"Ilmu ni Allah punya, Bersyukurlah Allah jadikan kita wasilah untuk sampaikan.
Share lah selagi bermanfaat."
jgn lokek ilmukan..benda baik harus disebarkan
Kalau kita nak berpegang kpd hakikat tu "ilmu x akn brkmbng" sekiranya ia mnjdi milik hakiki seseorang tu.
Akal Ilmu Hak Cipta Allah.Orang yang mengarang itu hanya menyusun ilmu Allah.Matlamat ilmu adalah di sampaikan untuk mensyukuri nikmat Akal ,membunuh kebodohan,membina kefahaman.semoga nama nama kalian mewangi di sisi Pemilik Ilmu.Ilmu tiada apa apanya kalau disimpan dan tidak beramal dengannya.Carilah yang Abadi

Ada yang menggunakan ilmu untuk mempengaruhi manusia, ada yang menggunakan ilmu untuk menipu manusia dan ada yang menggunakan ilmu untuk mendapat pangkat nama dan kedudukan. Hal yang sedemikian ini berkait dengan niat asal waktu mereka menuntut ilmu.

Apa-apa yang dilakukan bermula dengan niat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya amal itu bergantung pada niatnya, dan bagi setiap orang akan mendapatkan pahala dari amalnya) bersesuaian dengan apa-apa yang diniatkan.” (Riwayat Mustafa ‘alaih). Niat merupakan rukun atau asas kepada setiap amal yang dilakukan.

Allah SWT memerintahkan agar manusia melakukan sesuatu amalan dengan niat ikhlas dan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT:
“ Dan orang yang bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami. Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang muhsinin.” (Surah al-Ankabut 29:69).

Berkata Imam al-Syatibi rhm ada menyebut dalam kitabnya al-I’tisham, “Sesuatu yang paling akhir hilang dari orang yang soleh adalah keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk popular.”  Hal ini diakui memang cukup susah untuk menjaga atau mengawal diri dan syahwat, niat memainkan peranan perkara ini disebut oleh Imam Syufian al-Tsauri, “Tidak ada satu urusan yang lebih berat bagiku untuk aku rawat (pelihara) selain niat.”

Luruskan niat      
Mencari ilmu dan menambah ilmu perbuatan yang disukai oleh Allah SWT. Akan tetapi dalam batas menuntut ilmu niat itu yang penting. Betulkan niat semoga Allah SWT memberkati ilmu yang dipelajari selama ini. Hindari sikap rasa bangga dengan diri sendiri atau rasa ingin komen orang lain dengan bahasa yang tidak ilmiah atau menghina para ulama yang telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kepada para pencari ilmu, sabda Baginda s.a.w: “Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk membanggakan diri di hadapan para ulama atau mendebat orang bodoh. Jangan kamu mencarinya agar dapat memilih majlis ilmu yang terbaik. Barang siapa yang berbuat demikian maka baginya neraka.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim). Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w: “ Siapa yang mencari ilmu untuk membanggakan diri di hadapan para ulama, mendebat orang bodoh, atau agar hati manusia suka kepadanya, maka ia menuju neraka.” (Riwayat al-Tirmdhi).

Sifat membangga diri dalam meneroka bidang ilmu perlu dijaga dan dikawal agar diri sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Keredhaan Allah SWT bukan terletak betapa banyak sijil yang dikumpulkan tetapi ia terletak kepada niat orang yang menuntut ilmu. Sebuah hadis yang panjang yang mana Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa Allah SWT menilai keberkatan ilmu pada niat seseorang itu, sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah tiga golongan;… ‘Dan seorang yang belajar ilmu dan mengajarkannya, serta yang membacakan al-Quran, kemudian didatangkan kepadanya pelbagai kenikmatan, sehingga dia pun mengetahuinya

dengan jelas. Allah SWT bertanya, ‘Apakah yang telah engkau lakukan padanya?’ Dia menjawab, ‘Aku telah belajar ilmu dan mengajarkannya, aku membaca al-Quran demi Engkau’ Allah SWT berfirman, ‘Engkau berbohong, akan tetapi engkau belajar ilmu dan mengajarkannya agar dikatakan bahawa engkau adalah seorang alim (berilmu). dan engkau membaca al-Quran agar dikatakan bahawa engkau adalah seorang qari (yang mahir membaca al-Quran), lalu engkau pun dikatakan demikian’ Kemudian diperintahkan untuknya, agar dia diseret di atas wajahnya, sampai dia dicampakkan ke dalam api neraka…( Riwayat Muslim).
     
Khalifah Umar al-Khaththab r.a. ketika melihat kerumunan orang sedang berjalan di belakang Ubay bin Ka’ab, maka beliau pun menegur perbuatan tersebut lalu berkata, “Berhentilah daripada perbuatan tersebut kerana sesungguhnya ia menjadi fitnah (ujian) bagi yang diikuti, dan kehinaan bagi orang yang mengikuti.” (Al-I’tisham oleh Imam al-Syatibi). Para ulama dahulu sangat menjaga diri mereka kerana takut dipengaruhi oleh niat yang tidak baik. Kalau diperhatikan nukilan yang diungkapkan oleh Bisyr bin al-Harits dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’, katanya, “Tidaklah bertakwa kepada Allah siapa yang mencintai populariti.” Begitu juga dengan Imam Ahmad rhm apabila mendengar berita orang mendoakannya, lalu beliau berkata, “Aku berharap itu bukan istidraj (kebaikan yang memperdayakan).”

Berkongsi ilmu tidak perlu LETAK Nama
  Kelebihan ilmu yang diberi oleh Allah SWT itu perlulah dikongsi, jika anda seorang penceramah kongsilah dengan masyarakat, jika anda seorang yang hebat di pejabat kongsilah ilmu dengan rakan sekerja, jika anda seorang guru perturunkan ilmu dengan baik kepada pelajar. Kalau mereka yang berilmu kedekut ilmu atau menyembunyikan ilmu apabila diminta untuk diajarkan maka balasan akan disediakan kepada mereka di akhirat nanti, sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang ditanya tentang suatu ilmu tapi menyembunyikannya maka pada hari kiamat ia akan dibelenggu dengan tali kekang dari api neraka.” (Riwayat Tirmidhi).
       
Oleh itu, perbetulkanlah niat dan akhlak dengan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ilmu bukan digunakan untuk menghukum orang yang lain sesat tetapi ilmu digunakan untuk memberikan pencerahan atas apa-apa yang diperselisihkan. Itu dikatakan orang mempunyai akhlak dengan ilmunya. Sekarang ramai yang memiliki ijazah jika ijazah yang dimiliki digunakan untuk memberikan manfaat kepada manusia dengan menjadi guru, pengarah atau penceramah maka ia merupakan kebaikan dan dibolehkan. Oleh kerana pada zaman sekarang, masyarakat tidak menghargai seseorang kerana ilmunya, tetapi kerana ijazah atau gelarnya. Apa-apa pun betulkan niat masing-masing jangan salah guna dengan ilmu tersebut.

     Ilmu yang diperoleh jika tidak diamalkan atau salah guna, pemiliknya akan malu di akhirat nanti. Perhatikan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w: “Akan didatangkan pada hari kiamat nanti seorang alim yang jahat, lalu dilemparkan ke dalam neraka, ia berputar-putar dengan ususnya yang terburai sebagaimana seekor keldai berputar mengelilingi penggilingan. Dikatakan kepadanya, ‘Kerana apa kamu mendapatkan (seksaan) ini, padahal dulu kami mendapatkan petunjuk kerana mu?’ Ia menjawab, ‘Aku dulu melanggar larangan yang ku sampaikan kepada kamu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas, dan doa yang tidak dikabulkan.” (Riwayat Muslim).

@ maulabillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan