Wednesday, 30 November 2016

Tekanan 7

Sekadar ingatan mesra

Luluh hati kami baca kisah ini, dek kerana si ibu terlalu inginkan anak menjadi seorang yang bijak dan pandai hingga membawa akibat yang buruk terhadap anak sendiri. Memang tidak salah sebagai ibubapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam pelajaran, namun kita tidak tahu sejauh mana otak mereka boleh menerima tekanan untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya.

Disebabkan itu, ibubapa harus tahu had dan keupayaan anak-anak setakat mana dan jangan terlalu letakkan tekanan pada mereka.

Kisah ini berlaku pada seorang golongan VIP yang terlalu inginkan anak perempuannya jadi pandai hingga tiada langsung masa untuk bermain seperti kanak-kanak normal yang lain.

Akibatnya, anak perempuan yang berusia 7 tahun itu mula berkelakuan seperti tidak siuman. Korang baca kisah lanjut dekat bawah ni. jadikan pengajaran buat kita semua.

Dipetik dari seorang penulis yang berkongsi cerita di Facebook,

”hari ini saya pergi ke hospital, menziarahi anak rakan saya yang sakit.
Rakan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan VIP.

Anak perempuannya adalah seorang yang comel, berusia 7 tahun, saya membawakan anak patung untuknya.

Waktu saya datang dia mengenali saya ”makcik iti ek?” ia jawab saya” dengan agak terharu kerana dia masih mengenali saya.

Makcik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?

Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang mengajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25, selepas itu dia membacakan doa makan.

Makcik iti jom sambung ayat saya” saya pergi ke sekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh-sungguh, dia memang comel, pandai dan bijak.

Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhatikan kami dan hanya mampu menangis mengalirkan air mata” saya turut berduka dengan penyakit yang di tanggung oleh anak perempuannya itu.
Sakit apa?

Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa, yaaa sebuah hospital sakit jiwa.
Apa yang sebenarnya terjadi?

Dua minggu sebelum sakit anak perempuan rakan saya ini selalu menjawab soalan cikgunya dengan jawapan yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawapan lain seperti huruf jawi, kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.

Menurut doktor yang menjaga kanak-kanak malang ini, dia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa berehat, dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya penat.
Yang lebih mengharukan lagi, waktu dia melihat ibunya menangis si anak berkata “ibu jangan menangis, saya dah pandai”

Kanak-Kanak ini adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ, ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa kerana broken home. Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa kerana tekanan belajar yang di paksa oleh ibunya.

Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.

http://wowberita.org/budak-7-tahun-disahkan-gila-akibat-terlalu-kuat-belajar/

Arwah ibu bapa

*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــــــــــــمِ.*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ  وعَجِّلْ فَرَجَهُم*

.                                                
*MIMPI DIDATANGI IBU BAPA TELAH MENINGGAL DUNIA..INI PUNCA YANG RAMAI TAK TAHU!!!*

Kisah ini telah ditulis oleh oleh Tuan Khailil Razak dan dimuatnaik dalam laman profil Facebook peribadinya. Moga sama-sama kita dapat ambil manfaat daripada kisah ini.

Mak mertua saya pernah tanya saya, Halil selama mak meninggal berapa kali mimpi arwah mak?
Saya jawab dengan nada sedih, Ermm baru 2 kali mama.

Seminggu selepas mak meninggal dan masa Halil sibuk kerja sebelum kawin. Kenapa mama?

Mak mertua saya kata,
Maknanya Halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.

Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil.

Ohh saya baru faham, ingat (bila kita) selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita. Rupanya bukan.

Ya Allah!
Saya terus bergenang air mata teringat balik. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu. Yelah, masa mak saya sakit kat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, masa tu saya dah 18 tahun. Masa tu saya masih mak saya yang suapkan makan. Manja sangat dengan arwah mak. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat. Bisnes tengah maju, duit belas ribu dapat untung masa tu. Tapi sedih masa tu saya jarang buka Al-Qur'an. Tak baca Al-Qur'an. Saya lalai sangat masa tu.

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu. Ya Allah.

Sebenarnya mak kita yang dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr Razali Nawawi, Presiden ABIM yang pertama.

Dia kata,
“Kholil. Niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa, tinggalkan solat…”
Ya Allah.

Rindunya arwah mak. Rindu sangat-sangat. Adik buat dakwah. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik. Adik baca Quran. Adik buat sedekah infaq semua, adik nak niatkan untuk mak dan ayah.

Mak, maafkan adik. Tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik. Mak, maafkan adik. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan buat mak nangis  sebab adik. Mak suka dengar adik baca Al-Qur'an masa adik kecik, nanti dalam syurga adik bacakan Al-Qur'an untuk mak, depan mak ya. Rindu mak sangat.  :'(

Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Jangan lah kau azab mak ayah kami. Aamiiin.




*وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا*
*Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.*
Surah Al-Isra' (17:23)

Tuesday, 29 November 2016

Ilmu

Ilmu
Sikap para Sahabat Nabi

Bersabda Nabi mafhumnya, Tidak (boleh) berfatwa manusia kecuali 3 golongan:

1) Amir (pemerintah)
2) Ma'mur (yang Amir perintahkan untuk berfatwa Eg: mufti)
3) Mutakallaf (yang dipertanggungjawab untuk urusan agama Eg: pejabat agama, pejabat qadi, guru bertauliah dll)

Berkata sebahagian ulama: Para Sahabat Nabi akan menolak 4 perkara:

1) menjadi imam
2) memegang wasiat
3) memegang amanah
4) menjawab soalan agama (berfatwa)

Berkata sebahagian ulama: Para Sahabat Nabi yang cepat menjawab soalan adalah dari kalangan yang kurang ilmunya berbanding yang sangat susah memberi jawapan kepada sesebuah soalan agama adalah dari kalangan yang lebih tinggi waraknya.

Dan para Sahabat itu hanya sibuk dalam 4 perkara:

1) membaca/mempelajari/mengajar Al-Quran
2) mengimarahkan Masjid
3) Berdakwah kepada kebaikan
4) Berdakwah meninggalkan perkara mungkar

(Dipetik dari kita Ihya ulumuddin, Imam Al-Ghazali m/s 110, pengajian Tuan Guru Baba Ridhouddin, Mengkuang Titi)

Note: Baba din berkata mafhumnya, beza sungguh perangai Sahabat dengan kita zaman sekarang. Sahabat nabi susah nak jawab soalan walaupun ditanya, kita pulak zaman sekarang, orang tak tanya pun kita sibuk nak menjawab (contohnya apa-apa isu agama timbul kat fb, semua pakat nak komen dan bagi pendapat, jawapan dan segala "sekadar pandangan" di ruang komen sampai institusi agama pun kena kondem dengan netizen yang terlajak cerdik).

Baba kata lagi, tok-tok guru selalunya akan rileks diam ja, yang terkinja-kinja semua benda nak jawab, nak komen, nak bagi fatwa ni orang jahil. Macam padi, lagi berisi lagi tunduk tawadhuk, kalau yang kuat menari ni (macam lalang) tu takdak isi.

Sama macam tong, kalau kosong, kita ketuk bunyi kuat tong! Tong! Tong! Berdengung.

Tapi kalau isi beras penuh, ketuk bunyi kuk, kuk, kuk, slow ja bunyi sebab penuh isi.

(Semoga Allah melindungi dan merahmati tuan guru kami dan terus mengajar kami erti agama dan Ahli agama yang sebenar, nak tengok agama, jangan tengok pada orang zaman sekarang, tapi tengok lah pada para Sahabat. Zaman sekarang, walaupun ilmu hebat sampai ada 10 PhD sekalipun, belum tentu mereka dapat amal walau satu akhlak para Sahabat sebagai ilmuan)

Ibnu Batoota Chisty
Pondok ihya ulumuddin, Mengkuang Titi
8.00 am
28/11/2016

Saturday, 26 November 2016

Finish

*_Especially for English Language Lovers..

Can any one tell the difference between 'Completed' and 'Finished'?

No dictionary has ever been able to define the difference between 'Complete' and 'Finished.'  However, in a linguistic conference, held in London England, Sun Sherman an Indian American, was the clever winner.   His final challenge was this. His response was: When you marry the right woman, you are 'Complete.' If you marry the wrong woman, you are 'Finished.' And , when the right woman catches you with the wrong woman, you are 'Completely Finished.'  His answer  received a five minute standing ovation._*
😜😛😜😛😜😛😜😛😜

Thursday, 24 November 2016

Atm

Alkesah disuatu mahkamah...

Sepasang suami isteri bkn islam sdng berada di mahkamah untk kes perceraian..Yg menjadi isu ialah hak penjagaan anak dan siapa yg lebih layak..si suami atau isteri tersebut.

Wanita itu pun berkata " Yg Arif, saya lah yg telah mengandungkn anak ini selama 9 bln 10 hari dan saya lah yg telah melahirkn dia kedunia ini berseorangan dgn penuh kesakitan...jd saya lah yg  berhak menjaga anak ini."

Kemudian Tn.Hakim memberi peluang untk si suami pula bercakap.
Suami itu pun bangun dan terus berkata2...

" Yg Arif..saya ada satu soalan..Bila kita memasukkn kad ATM ke dlm mesin ATM..duit yg keluar tu ada lah hak siapa?..Hak org yg memasukkn kad itu atau hak mesin ATM tu?"
Mahkamah terus ditangguhkan !!
.
Selamat menyambut hari gaji 24.11.2016.  Semoga ceria n bahagia.😊

Wednesday, 23 November 2016

Gajet

Kredit: Puan Aidil Rajiah (penulis buku 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna)

So bismillahirrahim, begini kisahnya.

Anak saya, Haikal..

Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD.

So faham-faham je la busy dia cemana.

Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu.
Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa),
dan hadiahnya ialah ipad.
Yeayyyyy!!
Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal.

Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. -___-
Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.

Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut.

Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.

Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi.
Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, "Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!"

Walaupun hakikatnya, BULLSH*T!

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet. ;D
Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu.

Gajet Gajet Gajet.

Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal.
Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain.

And luckily, saya ibu yang agak observant.


So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic.

And what causes it, was the excessive screen exposure.


Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti.
Dunia saya gelap.

Saya peluk anak saya kuat-kuat.

Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.
AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship.

Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian.

Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya,
maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni,
alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik.
:)

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school.

Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.

Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.
T____T


Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan).

Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem.

Allahuakbar.

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak.

Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca.

And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist. :D
Alhamdulillah.

At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.

Haikal macam mana sekarang?

Oh he is doing so well, alhamdulillah!

Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya,
Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D
Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal, dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.


Sekian tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak.

👆👆Utk yg selalu bagi anak main fon.. Baca dan fahami..👆👆😔

Monday, 21 November 2016

Anak

Syeikh Syahrain JAKIM :

Sekadar renungan buat mereka yang ada anak menduduki peperiksaan.

"Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, engineer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.
Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak ada. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang. Duduk dengan saya.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

 'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.'

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah.
Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t...bala yang paling besar bagi manusia.


#BahagianDakwahJakim

Sunday, 20 November 2016

Seloka wasap

Pandai Org yg Cipta Seloka ni..😎
Memang ada Betui👍

*Seloka Grup Whatsapp*

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti telefon bergetar,
Minta kawan buat komentar
Kalau tak balas hati gedebar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan pandai2lah jaga ucapan...

2 bayi

*Bayi Tertukar. Sungguh Al Quran Sudah Punya Jawaban*

Dua orang ibu di Amerika sama-sama melahirkan di waktu yang sama, yang satu melahirkan anak laki laki dan yang lain melahirkan anak perempuan.

Disebabkan kesalahan para perawat, mereka tidak tahu siapa yang melahirkan bayi laki laki, dan siapa yang melahirkan bayi perempuan.

Maka dilakukanlah cek darah untuk menentukan DNA, ternyata hasilnya begitu mirip (antara kedua ibu tadi). Hal ini membuat para dokter semakin bingung, sedang kedua ibu tadi terus ngotot masing-masing mengaku dialah yang melahirkan bayi laki laki, yang jelas para dokter memberi tahukan hal ini ke pihak yang bertanggung jawab di rumah sakit itu.

Sesampainya kabar itu pada pihak yang bertanggung jawab di RS itu, mereka langsung mengatakan: *"Tidak ada yang bisa memecahkan masalah ini kecuali hanya orang-orang Islam"*, akhirnya mereka menghubungi salah satu ikhwah (saudara muslim) di Saudi, maka terjadilah dialog seperti ini :
Orang Amerika : _"Bukankah Anda mengatakan bahwa setiap masalah pasti ada jalan keluarnya (di dalam Al Quran)?"_
Muslim : _"Benar"_
Maka dikisahlanlah kepada Muslim tersebut tentang apa yang terjadi. Kemudian Muslim tadi berkata, *"Jalan keluarnya sangat mudah...."*

📝 Ada yang tahu apa kira-kira solusi dari Al Quran untuk masalah seperti ini???

Muslim : *"Jalan keluarnya mudah, ambilah beberapa tetes air susu dari masing-masing ibu tersebut. Maka susu yang paling banyak mengandung nutrisi, itulah ibu yang melahirkan bayi laki-laki. Sedang susu yang mengandung lebih sedikit nutrisi, maka dialah ibu yg melahirkan bayi perempuan"*

Maka para dokter pun mengambil sampel susu dari kedua ibu tersebut, mereka pun melakukan pengecekan. Dan benarlah ternyata mereka dapatkan perbedaan, dan akhirnya tahulah mereka siapakah ibu yang melahirkan bayi laki-laki, dan yang melahirkan bayi perempuan.
Hal ini sesuai dengan firman Allah
 ﷻ
للذكر مثل حظ الأنثيين
_*"..Bagi seorang anak laki-laki sama dengan bagian dua orang anak perempuan.."*_
(QS An Nisaa: 11) 😇😇😍

SubhanAllah

Peristiwa ini juga memastikan bahwa sejak dlm kandungan laki2 dan perempuan itu berbeda dlm substansi nutrisinya, karena jumlahnya di dalam air susu ibu saja jumlahnya 1 banding 2.

========

_*Inilah Bukti kebenaran Al Quran*_

Selama ini pengertian kita hanya soal warisan.. Ternyata lebih dr sekedar warisan..

Maha benar Allah dengan segala firman-Nya.....

Hari² tua

*"MENUJU MASA TUA"*🌹

*1. Sisa umur ini pendek,*
"selagi selera.....makanlah"
"selagi layak........pakailah"
"Selagi manfaat......belilah"
"Selagi bisa........berbagilah"
"Silaturahim......lakukanlah"
*Nikmati hidup apa adanya.*

*2.* Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini saatnya untuk melepas, harta, tahta, anak, isteri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada  keikhlasan.*

*3.* Sehari berlalu, umur berkurang, berbuat baiklah karena *kita tidak tahu bila akan dipanggil.*

*4.* Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan *pasti masuk pusara..*

*5.* Jangan tengok ke atas akan selalu kurang, tengok ke bawah bisa merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. *Bersyukurlah..*

*6.* Yang terbaik adalah berbuat  baik, membantu orang lain, *Jangan  menyakiti, latih diri dgn berbaik sangka , agar sihat lahir batin.*

*7.* Kasih orang tua tidak ada batas. Sedarlah, bila anak sakit, orang tua bagai terhiris, bila orang tua sakit anak cuma tengok dan bertanya.
Anak-anak memakai wang orang tua seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak pasti rikuh. *Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.*

*8.* Rumah orang tua adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah orang tua. *Sedarilah.*

*9.* Orang tua selalu mendoakan anak, tapi anak jarang  mendoakan orang tua. Maka *bekali lah kubur kita dgn amal yg banyak, jangan bergantung pada doa anak.*

*10.* Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tidak akan berakhir sampai kita mati. *Hadapi dgn syukur dan sabar.*

SELAMAT MENIKMATI "HARI TUA"...🌹

Belajar gagal

THE STORY OF MY LIFE.

Semalam telah diumumkan keputusan bagi peperiksaan UPSR 2016. Seramai 4,896 orang calon (1.11% dari jumlah calon keseluruhan) telah mendapat semua A bagi subjek yang telah mereka duduki. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada golongan yang sangat cemerlang ini. Kepada yang lain, pasti ada yang berdukacita di atas keputusan yang diambil. Mungkin ada yang rasa down dan demotivated. Walaubagaimanapun, ini hanyalah permulaan bagi suatu perjalanan panjang yang terpaksa ditempuh pada hari-hari yang mendatang. Kegagalan hari ini, tidak  bermakna tidak boleh menempa kejayaan cemerlang dimasa hadapan.

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah pengalaman pembelajaran saya terdahulu. Ramai di kalangan pelajar saya sendiri menyangkakan bahawa saya adalah seorang yang cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi realitinya adalah tidak. Buat permulaan, keputusan UPSR saya adalah baik, di mana saya memperolehi 2A dan 3C. Selepas itu, prestasi akademik terus merundum, disebabkan oleh sifat malas belajar yang ada pada diri saya. Untuk keputusan PMR, saya hanya mendapat 2A sahaja dan C bagi subjek Matematik, sekaligus meranapkan impian saya untuk memasuki aliran Sains. Dengan berat hati, saya meneruskan pembelajaran di aliran Perakaunan. Tetapi nasib menyebelahi saya tidak lama selepas itu, di mana pihak sekolah membuka peluang kepada pelajar aliran lain yang ingin bertukar ke aliran Sains. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pelajar aliran Sains di sekolah saya. Setelah berjumpa dengan Guru Besar untuk menyatakan hasrat saya untuk bertukar aliran, beliau pada mulanya tidak bersetuju untuk saya mengikuti aliran Sains disebabkan oleh faktor keputusan PMR yang tidak memberangsangkan. Saya bersungguh-sungguh berjanji kepadanya untuk belajar sebaik mungkin dan akhirnya beliau bersetuju untuk membenarkan saya memasuki aliran Sains.

Sebaik mengikuti aliran Sains, saya telah merasakan bahawa saya telah membuat satu keputusan yang silap, di mana subjek-subjek Sains Tulen yang saya ambil adalah terlalu sukar untuk saya ikuti. Ditambah pula dengan subjek Metamatik Tambahan yang dianggap sebagai killer subject oleh semua pelajar aliran Sains. Setiap kali peperiksaan tahunan, saya akan mendapat antara keputusan yang tercorot di dalam kelas dan ini mengundang perasaan risau pada cikgu tingkatan saya (untuk subjek Matematik Tambahan, sekalipun tak pernah lulus). Akhirnya, apabila keputusan SPM sebenar telah diumumkan, keputusan yang diperolehi adalah sangat teruk. Cikgu tingkatan yang menyerahkan slip keputusan tersebut menyatakan bahawa saya memang tiada masa hadapan yang cerah dan di dalam hati saya mengakui akan pendapatnya.

Selepas itu, saya cuba untuk mohon menyambung pengajian di pelbagai institusi, malangnya semua telah ditolak. Maka bermulalah episod saya sebagai seorang operator pengeluaran di kilang Denso di Bangi. Selepas 6 bulan, saya telah bertukar kerja sebagai pembantu jualan pula di farmasi Guardian, Kajang. Tidak lama selepas itu, saya mendapat maklumat bahawa bagi sesiapa yang tidak cemerlang semasa SPM, boleh menyambung pengajian di peringkat Pra-Sains di UiTM. Kursus Pra-Sains ini akan menggilap kembali pengetahuan subjek-subjek Sains Tulen sebelum diterima masuk ke program Diploma UiTM. Jika berjaya memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester pertama kursus Pra-Sains, layak untuk mengikuti program-program Diploma di UiTM. Tetapi jika CGPA kurang dari 3.00, maka terpaksa mengikuti semester kedua kursus Pra-Sains. Alhamdullilah, saya telah diterima masuk ke program ini di UiTM Jengka, Pahang. Malangnya, CGPA bagi semester pertama saya adalah 1.92 dan saya telah mendapat keputusan Gagal dan Diberhentikan. Apabila membaca keputusan tersebut, terus rasa dunia saya gelap gelita. Maka, saya kembali membuat kerja part-time selepas itu. Parents pun berasa sangat kecewa dan berputus asa dengan saya. Tetapi selang seminggu selepas itu, ibu saya telah mendapat satu panggilan dari pihak UiTM Jengka yang memaklumkan bahawa mereka ingin membenarkan saya untuk mengikuti pengajian semetser kedua Kursus Pra-Sains, memandangkan CGPA saya adalah kurang sedikit sahaja di bawah 2.00 Mendengar berita ini, saya telah berjanji di hadapan parents saya untuk benar-benar berubah dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lepas. Oleh itu, saya telah mengikuti semester kedua tersebut dan Alhamdullilah saya telah memperolehi GPA 3.25 Banyak perubahan yang telah saya lakukan, seperti rajin berjumpa dengan pensyarah, banyak mengulangkaji, mencari maklumat di perpustakaan dan menyertai study group.

Semenjak itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang dan mengekalkan momentum tersebut. Saya sambung pula pengajian di peringkat Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau, Perlis. Selepas itu, saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan telah berjaya menjadi pelajar pertama yang memperolehi keputusan Kelas Pertama bagi fakulti tersebut (PTPTN tak perlu bayar balik). Kemudian membuat MSc. di dalam bidang Biochemical Engineering di School of Chemical Engineering, University of Birmingham, UK dan setelah menjadi antara 2 pelajar terbaik bagi program tersebut, terus ditawarkan tempat untuk membuat PhD di dalam bidang Chemical Engineering oleh universiti yang sama. Alhamdullilah, telah menamatkan pengajian PhD di dalam tempoh 4 tahun dan tesis telah dicalonkan untuk anugerah Tesis Terbaik.

Jadi, tidak mustahil jika kita tidak berjaya pada masa kini, tidak bermaksud kita akan gagal selama-lamanya. Yang paling penting adalah belajar dari kegagalan yang lalu dan jangan sekali-kali berputus asa. Insya-Allah kalau saya boleh berjaya, anda semua pun pasti boleh melakukannya.  Saya berpegang teguh dengan maksud Al-Quran, Surah ar-R'ad (ayat 11) yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka". Alhamdullilah, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku selama ini, Amin. Akhir kata, jangan pernah mempersiakan peluang yang telah diberikan kepada kita, mungkin kita tidak akan merasai peluang kedua.

Coretan jujur penulis yang suatu ketika dahulu pernah tidak diberikan apa-apa harapan oleh sesiapapun.

Terima kasih tak terhingga kepada UiTM kerana menjadikan saya sebagaimana hari ini dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana tempatku mencari rezeki, Syukur...

Saturday, 19 November 2016

Finland

*An excellent piece written by a Malaysian lady who migrated to Finland to provide education for her own kids......
**a bitter pill to swallow but definitely worth reading......**

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place?  Siapa yang buat sistem kasta ni?  Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

 4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress.
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Upsr

UPSR oh UPSR
===========

Kalaulah saya ada kuasa mengubah saya hapuskan saja UPSR!!! Sakit mata tengok FB dan berita yang tak sudah-sudah menceritakan kekecewaan mak ayah, tunjuk gambar anak dan emak ayah menangis kegembiraan bagi yang berjaya. Buat pengumuman keputusan macam gaya konvo di universiti. Malang sekali tidak memikirkan perasaan pelajar dan ibu bapa pelajar yang namanya dipanggil terakhir atau antara yang akhir.

Itu namanya sengaja memalukan ibu bapa dan pelajar. Apa salahnya nama diumum mengikut abjad? Bukan nak salahkan guru sepenuhnya tapi sebenarnya sistem pendidikan yang sangat mementingkan kecemerlangan akademik.

Kalau kenyataan dikeluarkan "jangan bandingkan keputusan tahun ini dengan tahun lepas" lagilah kuat mak ayah nak bandingkan. Itu lumrah. Kalau ada perkataan "jangan baca" lagilah kita nak baca.

Saya tak lah kisah sangat kalau emak ayah dan guru-guru semua gembira dengan apa-apa keputusan yang pelajar perolehi, tapi kalau ayat saccastic dari guru seperti "sebab apa awak tak pandai macam abang awak?"

Pelajar mana yang rasa tak kecil hati? Emak ayah pulak respon dengan jawapan "hmmm... dia banyak main cikgu" walhalnya anak ni bertungkus lumus siang malam membaca tapi dia 'just' cannot understand! Dia ada learning difficulty.

Nak rehatkan otak menonton TV sekejap pun dah kena halau masuk bilik membaca buku, akhirnya memang duduk dalam bilik tapi tidur atau baca komik. Padan lah muka kita yang paksa anak macam tu.

Harini memang nak cakap kasar sikit. Letih dengan keluhan ibu bapa dan guru-guru. Guru-guru juga adalah ibu-bapa kepada anak-anak mereka yang kadangkala bersekolah di sekolah lain. Mereka mendidik anak-anak kita semua, tusyen siang malam. Balik lewat malam. Weekend pun tak pernah bersama keluarga demi pelajar-pelajar mereka. Tak ada masa rehat untuk guru. Balik rumah minda memikirkan pelajar-pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan. Guru yang sakit nak diberi cuti sakit pun tak mahu menerima kerana memikirkan anak-anak murid. Di manakah kebahagiaan hidup seorang guru? Di mana kualiti hidup mereka bersama keluarga mereka?

Pelajar pula, petang kelas tusyen, malam tusyen, weekend private tusyen lagi. Balik rumah (kalau yang rumah dekat dengan sekolah) makan dan pergi semula sekolah. Saya dah rasa keluar malam tinggalkan anak-anak kecil jam 10 malam ambil anak nak duduk UPSR tusyen di sekolah. Letih tau tapi sebab anak sanggup nak pergi saya ikutkan. Namun dalam hati kecewa kerana hidup saya juga tiada kualiti. Habis masa atas jalan raya dalam kereta. Suami nak makan malam bersama pun tak sempat sebab nak hantar anak tusyen.

Terkeluar juga ayat-ayat " apasal teruk sangat tusyen hari-hari?" Luahan hati seorang suami bila isteri sibuk menghantar anak tusyen. Mungkin juga tugas menghantar anak tusyen dilakukan oleh ayah, maka ibu pula yang komplen nak makan dengan suami pun susah.

Tak hantar anak tusyen dapat memo pulak dari guru "anak ini pelajar harapan sekolah yang akan menaikkan nama sekolah!" Nak tak nak emak ayah yang dah terdoktrin dengan "peperiksaan lambang kebijaksanaan seorang pelajar" hantar lah juga anak mereka biar berperang satu keluarga.

Sampai bilalah kita nak jadi macam ni. Saya selalu mengimpikan sistem yang santai tetapi membina jati diri pelajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur akhir. Sepanjang tahun bertungkus lumus belajar tidak dinilai, keputusan akhir juga yang jadi kayu pengukur.

Penat, letih, kalau boleh tak mau dengar dah semua ni!!! Tapi akan ada lah nanti yang  dirujukkan ke klinik, "anak saya ni nampak tak happy sejak keputusan upsr keluar!" Ambik ko!!

Saya bukan anti exam tetapi keterlaluan akhirnya stress melampau terpaksa bawak anak jumpa pakar psikiatri. Anak murung, menangis tak nak bercakap, tak nak makan, tak nak minum. Harap-harap jangan ada yang nak menamatkan riwayat pula. Bukannya tak ada, dah pernah ada kan beberapa tahun lalu pelajar SPM membunuh diri.

Adik beradik dan ipar duai saya ramaaaaiiiii dalam kalangan guru, saya pun bekerjasama dengan guru-guru, pegawai pendidikan di JPN dan PPD Kelantan pun geng-geng saya. Keluhan ini selalu kami kongsikan. Namun kami hanyalah ikan-ilan bilis yang tidak dapat mengubah dasar. Orang yang terlibat membuat dasar kami tak kenal. Cuba datang kenal-kenal dengan kami di klinik psikiatri ni.... baru nampak apakah stress dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa berkaitan dengan dasar pendidikan yang mementingkan akademik.

Entah sapalah pembuat dasar yang akan baca pos saya ini!!

Parents dan teachers, especially students you are great people. You have done the best. So enjoy!! Do not be affected by your upsr result. It is nothing but perseverance to continue your journey as a human being mencari jannah dan redha Allah is the main scale measured.

Hargai semua usaha anak-anak dan guru-guru. Stop blaming them tapi nak blame system tak pe! Semoga berubahlah kepada yang lebih santai dan seronok bukan menjadikan pelajar dan guru mangsa perubahan yang sentiasa mengecewakan!

spm

Luahan anak SPM pula....👇

Paper addmaths semalam benar benar mengejutkan semua SPM candidates. Tengok tweet di twitter sahaja sudah melambangkan bagaimana perasaan kesemuanya yang terkejut dan kecewa.

Umum mengetahui kami merupakan batch pertama menjadi tikus makmal sewaktu di tingkatan tiga. Menjadi PT3 candidates dalam keadaan format masih tidak selaras dan banyak lagi masalah lain. Itu tak payah cerita bagaimana penatnya guru guru bertungkus lumus nak catchup dengan format, bengkel sana sini supaya dapat memastikan anak murid dapat keputusan cemerlang.

Sudahlah begitu, kami menjadi tikus makmal lagi sekali. Tahun ini buat pertama kalinya format dan template kertas Addmath berubah tanpa pemberitahuan kepada guru guru mahupun para pelajar. Aras soalan benar benar ditingkatkan ke tahap maksimum. Tambahan pula, ada dimasukkan elemen fizik dalam soalan vektor semalam. Dan sejujurnya saya tak dapat bayangkan bagaimana sahabat sahabat saya yang tidak mengambil fizik ingin menjawab soalan tersebut.

Belum tengok lagi kertas sejarah yang KBATless. Sedangkan, apa yang diuar uarkan adalah kertas sejarah bakal menjadi antara kertas yang banyak soalan KBAT untuk memberi markah percuma kepada para pelajar.

Sayang seribu kali sayang, sekadar indah khabar dari rupa. Habis otak kami dikerah dengan segala soalan yang berorientasikan fakta semata mata. Otak manusia mana yang boleh hadam semua fakta sejarah yang dipelajari selama 2 tahun, dengan buku teks yang maha tebalnya, dengan baik?

Saya bukan nak ketepikan elemen tawakkal. Tapi apa signifikannya perubahan ini dalam sistem peperiksaan sedia ada?

Sudahlah institusi sekolah menengah diporak perandakan, dirosakkan juga kreativiti pelajar sekolah rendah dengan segala sistem peperiksaan yang tidak berperikemanusiaan.

Berhentilah KPM. Kami semua ialah manusia yang ingin menjadi manusia lantas ingin berbakti pula kepada manusia.

Kami tidak mahu, dan tidak akan pernah mahu menjadi robot seperti yang kalian dambakan!

Kalian benar benar penjenayah sosial dalam bidang pendidikan manusia. Mungkin kasar, tetapi ia merupakan hakikat sebenar.

Sekian.
Luahan hati seorang SPM candidate.
Yang masih mempunyai tiga kertas berbaki.
Doakan saya dan yang lain.

Friday, 18 November 2016

Guru

Oleh Cikgu Fadli Salleh

Aku nak buat kelas lewat malam khas untuk golongan ibubapa spesis manja ni.Makin menjadi-jadi nampaknya perangai mengada-ngada ibubapa zaman sekarang. Sampai anaknya tidak dibenarkan untuk padam papan hitam. Anak mereka bukan orang gaji katanya. Anak mereka pelanggan, harus dijaga dengan baik dan dihormati kata mereka.



Eh ibubapa! Zaman sekarang ka, zaman dahulu ka, zaman purba ka, budak tetap sama. Mereka seronok sangat bila cikgu pilih mereka untuk padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Kalau ditanya siapa yang mahu tolong padam papan hitam, berebut budak angkat tangan tahu tak? Sampai cikgu tak tahu nak pilih yang mana satu. Malah, kadangkala, sampai ada murid yang bergaduh dan merajuk. Sebab tak dapat padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Cikgu ini pun orang yang tahu adab dan susila. Murid yang tolong padam papan hitam pasti mereka ucapkan terima kasih. Walau pada murid berumur 7 tahun sedang sang gurunya berumur 50 tahun.

Kami ucap terima kasih, kerana tunjuk ajar kami bukan sekadar dalam buku teks sahaja. Kami didik hati dan perangai mereka sekali. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Kau kat rumah, suruh anak gaul simen pun kau tak ucap terima kasih. Apa punya contoh yang kau tunjuk aku tak tahu lah.

Eh ibubapa! Kau tahu tak dah bertahun kami para guru terpaksa berdiri di depan pagar menyambut murid dan mengucap selamat datang? Zaman sekarang zaman guru kena hormat murid tahu tak?

Dah la cikgu ucap selamat datang kat pagar, siap sambut lagi, tapi anak kau senyum kat cikgu pun tidak. Cikgu tegur pula menjawab. Silap-silap kereta tercalar, tayar pancit. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Setiap bulan cikgu kena sambut hari lahir anak murid tahu tak? Hari lahir anak kau juga. Kami sediakan kek, panggil murid-murid lain rai dan nyanyi sama-sama. Malah ada guru yang suapkan kek kat murid. Sedangkan, hari jadi guru itu sendiri, tiada murid ingat pun. Nak sambut siap suap kek jauh sekali lah. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Kau tahu tak, anak kau yang terkencing terberak dalam kelas itu, cikgu dia yang bawa ke tandas. Buka baju, tolong basuh kencing berak, tolong cari baju lain dan salinkan. Kadang-kadang, cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri beli baju saiz anak kau sebab dia kencing berak tak sempat ke tandas. Kena mop dan bersih lantai kelas lagi. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Sedangkan itu bukan tugas cikgu. Itu tugas kau. Cikgu itu boleh saja biarkan anak kau dalam keadaan hancing dan busuk, lepas tu telefon kau suruh datang ambil dan basuh sendiri. Sebab itu diluar bidang tugas cikgu. Tapi kami guru bukan begitu. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa, kalau ikutkan hati, banyak lagi point aku nak tulis kat sini. Tapi aku risau nanti status ini jadi macam novel la pula. Panjang berjela-jela. Nanti kau tak baca. Bukan aku tak tahu, kau ni jenis malas membaca. Aku tahulah, aku kan cikgu.

Eh ibubapa! Aku nak bagitahu satu perkara penting ni. Kalau kau mengada-ngada nak anak kau dilayan lebih dari anak raja, satu nasihat aku untukmu.

Kau tak payah hantar la anak kau ke sekolah. Kau sekolahkan anak kau di rumah sahaja. Kau kan serba tahu. Cikgu kan serba tak kena pada kau. Itu jalan terbaik untuk kau dan anak kau.

================

- Artikel ini khusus buat ibubapa spesis ini sahaja. Yang lain jangan terasa.

*Penulis: Cikgu Fadli Salleh

"MEMPERKASA ILMU,TARBIYAH DIRI"

Thursday, 17 November 2016

UPSR

Keputusan UPSR 2014

Ada 460 000 pelajar

Dapat semua A = 36,304

_______________________

Keputusan UPSR 2015

Ada 443 000 pelajar.

Dapat semua A  = 38,344
_______________________

Keputusan UPSR 2016

Ada 440 000 pelajar.

Dapat semua A  = 4,866

Keputusan UPSR dilandasan yang betul.

Mungkin ramai yang kecewa pada UPSR tahun ini termasuk ibu-bapa. Pada saya, UPSR sudah dilandasan yqng betul apabila benar-benar menguji pelajar. Tiada lagi longgokan A tetapi kurang kualiti. Teringat zaman kami yang tak ramai dapat A. Desas desus gred diturunkan untuk meramaikan A tidak lagi kedengaran pada tahun ini.

Satu transformasi drpd hafalan kpd menyelesaikan masalah.Hafal tetap menghafal sbg "tools" utk selesaikan lapis pertama isu dlm soalan KBA(HOTS). Soalan KBAT berlapis2. Tetapi dalam hafalan kena selesai masalah aras tinggi. Kejutan utk anak2. Soalan "trial", buku2 semua tak menepati soalan sebenar. KBAT UPSR hanya bermula thn ni. Semasa batch ini, di thn 5 pun mereka belum dibiasakan dgn format yg  skema jawapan sangat "tight" dgn "keyword" tertentu bagi soalan subjektif. Sebab itu yg dpt "trail" 6A ttp apabila "result" sebenar ramai yg merudum. Soalan hampir setaraf PMR zaman dahulu. Malah ada yg lebih susah. Anak2 UPSR kali ini berada di aras yg tinggi.

صلاة برجماعه

Kelebihan Solat di Masjid
BILA SOLAT DI MASJID,
In Sya Allah kita akan perolehi:

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i’tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat2 ini, berapa yg tidak boleh dicapai jika solat berjamaah dirumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid/surau sedapat yg mungkin.

Wallahu’alam..

Ilmu

Ambillah ilmu daripada ahlinya sekali pun orangnya tidak terkenal

Di antara tanda-tanda wujud kesombongan dalam diri seorang penuntut ilmu,  hanya akan mencari dan memberi tumpuan pada guru-guru yang ternama dan masyhur sahaja.  Penuntut sebegini sebenarnya adalah jahil.  Ini kerana hikmah itu upama barangan keciciran sesiapa sahaja termasuk para penuntut. Pastinya mereka akan mencari dan mengutip semula jika barangan tersebut ditemui.  Tidak perlu penuntut hanya akan mengutip kembali barangannya yang tercicir,  andai yang memberitahunya itu seseorang yang mempunyai taraf dan kedudukan.  Jika orang kebanyakan atau orang bawahan yang memberitahu akan tempat barang kecicirannya berada,  dia enggan mengambil semula barangannya itu.
Perumpamaan yang kedua seperti seseorang yang bakal memasuki kawasan hutan,  hanya diperingatkan oleh seorang budak hingusan akan kawasan tersebut mempunyai binatang buas yang telah membunuh beberapa orang yang tidak bernasib baik. Namun maklumat berguna seperti itu tidak diendahkan kerana yang memberitahunya hanyalah seorang budak.  Dengan nekad dia pun memasuki kawasan hutan tersebut,  lalu dia pun sama dibaham oleh binatang buas tersebut.
Begitulah dengan ilmu bertujuan menyelamatkan manusia.  Tidak penting daripada siapa ilmu itu diambil,  asalkan yang menyampaikan itu adalah ahlinya.

Faham upsr

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".

Wednesday, 16 November 2016

Zakaria

Bengkak mata saya masih tak surut sejak menangis dari siang tadi. Suami berkali pesan agar saya redha dengan takdir Allah ini

12 November 2016. Tarikh ini akan menjadi ingatan buat saya dan warga sekolah. Kehilangan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani dalam kalangan kami.

Tn Hj Zakaria bin Omar, GPK Pentadbiran yang sentiasa meneladani kepimpinan Rasulullah SAW. Mendekati setiap daripada kami dari akar umbi tanpa ada rasa pilih kasih atau berat sebelah. Pertama kali melihatnya pasti sesiapa pun sedar betapa beliau amat mesra dan mudah dibawa berbincang.

Sejujurnya saya rasa kehilangan yang besar kerana pasti sukar untuk lupakan sapaannya setiap hari. "Eh kakak kau sekarang masih di ipg?", "Eh anak sedara kau yang tu belajar kat mana"?, "Kau dah habis belajar? Nanti bila nak sambung lagi?", "Buat jelah.. Jangan pening-pening kepala" dan banyak lagi dialog yang tak mungkin saya akan lupa.

Beliau tiada galang ganti. Pemimpin yang berusaha untuk kenal dan ingat setiap nama kami. Boleh sebut nama kami satu persatu. Ingat sejarah perkhidmatan kami. Tahu kebolehan kami. Dan selalu tidak mahu susahkan kami.

Gambar yang saya upload ini saya ambil ketika Tn Haji sedang mengangkat fail-fail PBPPP kami. Memang Tn Hj ada ingatkan kami semua untuk alihkan fail-fail tersebut, tapi kerana kekangan masa, kami belum sempat mengalihkannya. Tn Hj tidak marah, tidak mengulang-ulang arahannya. Dilihat fail masih tidak bergerak, tanpa memikirkan statusnya, terus diangkat sedikit demi sedikit fail-fail tersebut. Kebetulan saya sedang melintasi kawasan itu ketika ke kelas.

"Haji! Buat apa ni?"
"Tak de orang angkat, aku angkat jelah..." jawabnya selamba dan lembut.

Saya berasa amat malu mendengar jawapan Tn Hj. Saya mengejar Tn Hj sambil berseloroh ingin menangkap gambarnya. Tn Hj ketawa. Dan waktu itu terlintas di hati saya, "Haji tak berapa sihat, kalau aku tak tolong mesti aku menyesal..". Dan kebetulan ada beberapa guru lain yang turut lalu dan terus membantu sama.

Itu bukanlah kali pertama beliau melakukan sedemikian. Angkat kerusi, kemas dewan, angkat fail, sapu bilik mesyuarat, dan bermacam lagi yang sepatutnya boleh diarahkan sahaja kepada kami telah dilakukan beliau dengan rela dan ikhlas tanpa sekali pun beliau pernah mengungkit. Allahu...

Pemimpin yang sangat berpegang teguh dengan tali agama Allah. Sentiasa solat di awal waktu, berjemaah dengan anak-anak murid dan guru, mengusahakan surau dibesarkan untuk keselesaan semua dan sentiasa berpesan kepada kami bahawa rezeki itu datang daripada Allah dalam pelbagai bentuk; kesihatan, ilmu yang bermanfaat, dan keberkatan hidup.

Beliau amat jarang tidak memudahkan hidup orang lain. Sentiasa mempermudahkan sesuatu. Sentiasa ada solusi ketika bertemu dengannya di saat masalah dirasakan membebani bahu.

Dan Allah telah mempermudahkan urusan pemergiannya. Radang pankreas hanyalah asbab untuk Allah mengambil hamba-Nya yang dicintai ini. Hari Khamis terakhir masih sempat bergurau senda dengan kami. Hari Jumaat kami dikhabarkan oleh isterinya yang Tn Hj dimasukkan ke HDW dan Hari Sabtu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sungguh cepat dan sukar untuk kami terima pada awalnya apatah lagi buat isteri dan anak-anak beliau.

Apabila jenazah tiba di rumah, ratusan manusia sudah bersedia untuk melihatnya buat kali terakhir. Kami guru-guru di bawah pimpinannya pasti mahu melihat wajah terakhir yang sentiasa memberikan senyuman kepada kami. Sejak jenazahnya tiba, bau harum mula dihidu. Kami bergilir untuk menatap wajahnya. Subhanallah. Tn Haji seperti sedang tidur. Wajahnya sangat tenang. Setenang wajah yang selalu kami pandang.

Dan bukan saya seorang sahaja yang menangisi pemergian beliau, tapi sebahagian besar daripada kami. Esakan sentiasa kedengaran dan masing-masing menyelami perasaan sendiri.

Selepas saat terakhir wajahnya dibuka, beliau disolatkan di masjid berhampiran dan kemudian disegerakan untuk urusan pengkebumian. Saya menyusuli van jenazah kerana ingin melihat Tn Hj hingga kali terakhir.

Hujan renyai awalnya. Bila jenazah tiba, hujan gerimis tadi berhenti. A

nak lelaki beliau sudah menanti untuk mengangkat jasad ayahnya buat kali terakhir. Diusap tubuh ayahnya dengan lembut. Diangkat dengan berhati-hati dan alhamdulillah jasad Tn Hj dipermudahkan untuk masuk ke liang lahad. Cuaca yang sekejap terik bertukar redup. Allahu.. Betapa mudah perjalanan beliau ke alam baqa'. Semudah urusan yang beliau selalu berikan kepada kami. Benarlah jika kita sering memudahkan urusan insan lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak.

Tuan PPD kami juga ada, setia memayungi di sisi kubur Tn Hj sehingga akhir bacaan talkin. Sayu dan hiba mendengar kalimah 'Man Robbuka' dari Imam. Melihat anaknya menitis air mata, sedikit terusik hati dan tah berapa kali mengalir juga air mata kami di situ. Namun kami perlu redha dan mendoakan agar Tn Hj ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Semoga segala ilmu dan kebaikan yang beliau taburkan selama ini menjadi pencen kubur buatnya di sana. Amin.
.
.
.

Tn Hj Zakaria bin Omar,
Pemimpin dan guru yang disayangi dan dihormati kami,
Kehilangannya dirasai,
Kehilangannya ditangisi,
Semoga syurga buatnya nanti.

Al-Fatihah.
.
.
Arwah merupakan GPK Pentadbiran di SMK Sultan Ibrahim, Kulai

Tyre

JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA.......
**Premium Brand Tyres (Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

**Mid Range Brand Tyres (Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

**Economy Brand Tyres (Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

**Budget Brand Tyres (Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini




(Premium Brand Tyres)
Bridgestone
Continental
Dunlop
Goodyear
Michelin
Pirelli
Yokohama


(Mid Range Brand Tyres)
Avon
BFGoodrich
Cooper
Falken
Firestone
Fulda
General
Hankook
Kumho
Marangoni
Nokian
Toyo
Uniroyal
Vredestein

(Economy Brand Tyres)
Achilles
Apollo
Barum
Ceat
Dayton
Debica
Dmack
ESA Tecar
Federal
GT Radial
Hercules
High Performer
Infinity
Interstate
Kenda
Kleber
Kormoran
Marshal
Matador
Maxtrek
Maxxis
Meteor
Millennium
Nankang
Neuton
Nexen
Nitto
Prestivo
Radar
Riken
Sava
Semperit
Silverstone
Sumitomo
Sunny
Tigar
Viking
westlake tyres
Zeetex
Zeta

(Budget Brand Tyres)
Accelera
Admiral
Altenzo
Austone
Autogrip
BCT
Dextero
Duran
Event
Evergreen
Forceum
Fortuna
Fullrun
Fullway
Gislaved
Goodride
Haida
Hero
Herse
Hifly
Jinyu
Landsail
Lassa
Linglong
Maloya
Mastercraft
Mastersteel
Mohawk
Petlas
Platin
Primewell
Roadstone
Rockstone
Rotalla
Runway
Sailun
Sportiva
Star Performer
Starfire
Starmaxx
Sunew
Sunitrac
Syron
Tracmax
Triangle
Tyfoon
Wanli
Westlake
Moga bermaafaat dan dapat membantu😉

Tuesday, 15 November 2016

Api

Kalau anda terlihat kebakaran kenderaan di depan mata, di jalan raya, macam mana anda nak membantu dengnan cara yangg betul? Tanpa pili air, tanpa pemadan api, tanpa bantuan bomba, lagi-lagi bila ada mangsa di dalam kenderaan.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Jangan padam guna air jika api tengah besar, sebab mangsa akan lebih teraniaya, kulit mangsa akan melekat pada seat dan api sebenarnya lebih besar, sebab minyak mungkin melimpah.

Ikut pesanan ni;

1⃣ 📞 bomba secepat mungkin menggunakan nombor yang betul👇

- *999* untuk talian tetap atau mobile berkredit
- *112* untuk mobile walaupun tiada kredit

Tidak rugi kalau 10 orang 📞, sebab kalau semua harap orang lain dah 📞, last-last sebenarnya belum ada yang 📞.

2⃣ Cari pemadam api/fire extinguisher

Mana nak cari kalau anda di tepi jalan? Kereta anda tidak mempunyai pemadam api?

Ini jawapan yang ramai antara kita tak tahu👇

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

❗Tahan kenderaan awam atau kenderaan komersial seperti teksi, bas, lori!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

Tahan sampai mereka berhenti!!!

KENAPA❓❓❓

Untuk pengetahuan anda, setiap kenderaan awam atau komersial WAJIB menyimpan pemadam api dalam kenderaan mereka.

Maka, jika 10 orang menyaksikan kebakaran di tepi jalan dan 10 orang tersebut menahan 10 kenderaan awam, maka 10 pemadan api sudah berjaya didapatkan.

Lebih dari cukup untuk mengawal kebakaran dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum ketibaan bomba!

3⃣ Padam punca kebakaran, sembur bahagian bawah/sumber api. Keluarkan mangsa.

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Maka, buatlah tindakan yang betul!

1) 📞 bomba

2) Cari pemadam api
- Tahan semua kenderaan awam/komersial (sebanyak mungkin)
- Pinjam pemadam api dari mereka

3) Padam api / cuba padam api dan keluarkan mangsa dari kenderaan.

PESANAN DARI;

NURNABILA KHAIRUDIN
Pertubuhan Pencegahan Kebakaran (PPK)
FIREPREVENTORSOCIETY.ORG

_Untuk pengetahuan rakyat 🇲🇾_

Monday, 14 November 2016

Pelajar

Pelajar Bukan Orang Gaji

ADA seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa dengan saya, sering mengeluh tentang betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.
Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya. Bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka harus bermalam di khemah dan sudah tentulah ada panas dan peluh jika beraktiviti sebegitu.

Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehlah. Rupanya, seorang ayah datang mengambil seorang pelajar. Pelajar itu mengadu tidak bisa berada lama di hutan itu. Rimas dan lemas. Lalu, mahu pulang segera dengan menelefon ayahnya supaya diambil. Segera.

Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan

Pelajar bukan orang gaji minta padamkan papan hitam

Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.

Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.

Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.

Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya

“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”

Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.

Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.

Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.

Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.

Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.

“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”

“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”

Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Zaman sudah berubah, cikgu

Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.

“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.

Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya.

Guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’

Seorang doktor menulis di facebooknya tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pedalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat. Suka memviralkkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pedalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.

Hakikatnya, ada ramai juga guru yang mahu pulang ke daerah pedalaman dan kampung kerana tidak bisa mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tapi saya masih guru yang sama. Masih seperti dahulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya ke rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu. Tanda berterima kasih. Begitulah orang zaman dahulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah nanti 15 tahun lagi ya ? Takut pula sekiranya anak didik saya menumbuk saya yang sudah tua dalam umur 58 tahun kelak yang gigi nantinya sudah tiada lagi. Kerana sudah tidak ada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah lagi tentang mendidik.

Zaman sudah berubah, katanyalah.

Saya tinggalkan dengan serangkap pantun jelas menunjukkan suasana semasa

Apa beza kolek dan sampan?
Mana panjang dari perahu?
Apa guna cantik dan tampan?
Adab kurang, mengaji tak mahu!

-As Syahid

Ikan

BERDERAI AIR MATA

Petang tu Azhar, isteri dan anaknya ke pelantar ikan. Si isteri minta udang segar. Azhar beli udang 2 kilo RM70.

Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.

Pakcik itu bayar RM2. Anak Azhar (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.

Pakcik itu terus gosok kepala anak Azhar (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.

Azhar tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pelantar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.

Terus Azhar beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.

Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?

Sewaktu Azhar kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.

Hari ini Allah swt ingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.

Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.

Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.

Sunday, 13 November 2016

Hamba dunia

*Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera* dan *Selamat Pagi*

*27 TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA*
_(Baca no 1-5 shj pun dah cukup):_

1. *Anda tidak bersiap-siap ketika waktu solat akan tiba.*

2. *Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an disebabkan anda terlalu sibuk.*

3. *Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.*

4. *Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.*

5. *Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya.”*

6. *Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.*

7. *Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah*

8. *Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.*

9. *Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.*

10. *Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.*

11. *Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.*

12. *Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.*

13. *Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya*

14. *Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.*

15. *Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.*

16. *Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya*

17. *Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.*

18. *Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.*

19. *Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.*

20. *Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara  jtetap di tengah kesulitan ekonomi.*

21. *Anda ingin menikmati hidup ini sepuas-puasnya.*

22. *Anda sangat memberikan perhatian dengan penampilan fizikal anda.*

23. *Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat dan lama lagi datangnya.*

24. *Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran daripada kematiannya.*

25. *Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar dapat segera meneruskan pekerjaan.*

26. *Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini mungkin hari terakhir anda hidup di dunia.*

27. *Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup daripada pelbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.*

- _Semoga Allah melindungi kita daripada hal tersebut dan semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang soleh.._

*_Aamiin_*

     *SELAMAT BERAMAL*

C&P

Saturday, 12 November 2016

Guru

SH SHW:
Seorang guru berkata,

" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "

Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,

" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.

Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.

Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "

Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam.

Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita.

" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.

Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.

Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."

Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.

Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,

" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "

Monday, 7 November 2016

Azan

Copy Paste

Kisah benar terjadi di Brunei.
Bila kita dgr Azan itu tandanya sembahyang lima waktu sudah masuk. Sembahyang lima waktu adalh rukun islam kedua.

Kisahnya begini terjadi di masjid omar ali ketika waktu azan magarib berkumandang ada salah seorg ustaz terlihat seorg cina mengangkat sebotol minuman yng dibuka penutupnya ketika itu cina berada di luar masjid. Pertama kali beliau tidak perasaan kenapa cina itu buat demikian. Setelah beberapa hari dia terjumpa lagi cina tersebut membuat perkara yang sama.

Cina itu Mengangkat sebotol minuman yng berbuka penutupnya di hadapkn  ke suara azan. Ustaz tersebut hairan kenapa cina tersebut membuat perkara tersebut. Utk mengetahuinya dia pun berjumpa cina itu. Rupanya Cina itu bukan beragama islam.

Kenapa dia buat perkara itu ustaz bertanya kepada cina itu.Cina itu berkata aku membuat ini adalah air penawar utk obat isteri ku sedang sakit. Jika dia meminum air ini penyakitnya mulai sembuh. Begitu juga anak2nya jika ketika demam. Masyallah Allah huakhbar ustaz terkejut bila mendgr penjelasan dari cina itu.


Bayangkan cina yang bukan beragama islam percaya laungan azan boleh menjadikn penawar dan menyembuh penyakit. Maha suci Allah yng maha pencipta n maha mengetahui. mudahan2 cina itu menjadi saudara islam kitani. Aamiin..

Thursday, 3 November 2016

محشر

TANYALAH USTAZ
_01 November 2016_

AHWAL MAHSYAR 1

BENARKAH AHWAL MAHSYAR SUDAH WUJUD?
Kebanyaakan ulamak kata mahsyar belum wujud.
Mahsyar akan wujud bila semua sudah musnah.
Mahsyar dalam bahasa arab ialah tempat berhimpun.
Berhimpun sementara utk dihisab.
Mahsyar itu betul² padat dgn manusia.
Nabi kata kamu akan dihimpunkan di mahsyar iaitu diatas sebidang tanah yg putih dan kemerah~merahan kerana panas bahang neraka.
Berdiri dalam keadaan TIDAK BERKASUT SERTA TIDAK BERPAKAIAN.

APAKAH ORG KAFIR JUGA DIBICARAKAN?
TIDAK....kerana org² kafir akan dibawa terus ke neraka.

ADAKAH BENAR MATAHARI SEJENGKAL DIKEPALA KITA?
Kepanasannya seolah~olah matahari sejengkal atas kepala.BUKAN MATAHARI SEBENAR BERADA DIATAS KEPALA TAPI INI ADALAH SIMBOLIK KEPANASAANYA.
Ketika berlaku kiamat matahari dan bulan sudah hancur.

BAGAIMANA PERJALANAN DI SANA?
Tiupan pertama memusnahkan segala yg wujud.YG HIDUP HANYA ALLAH.
Tiupan kedua menghidupkan semula manusia dan dibawa ke mahsyar.
AKAN DIBAWA KE MAHSYAR DGN 3 CARA:
1)Berjalan kaki...Ada yg cepat macam kilat,ada yg macam angin dll.
Org yg berjalan itu jika dia beriman,badan mereka bercahaya(mereka ini diberi khabar gembira kerana akan masuk syurga)
Org munafik yg nampak org bercahaya itu hendak tumpang cahaya dari org beriman tetapi Allah tidak beri tumpang cahaya itu.
Org yg berpaling dari peringatan Allah...mereka akan jadi BUTA kerana Allah kata itulah disebabkan kerana di dunia tidak ikut apa yg Allah perintahkan.
2)Berkenderaan
3)Berjalan dengan muka...(paling seksa)
SEMUA INI ADALAH BENAR...

APAKAH DI MAHSYAR ITU AKAN DIBICARAKAN SEORANG DEMI SEORANG?
Mahsyar adalah tempat berhimpun dan kita akan dibicarakan seorang demi seorang di mahkamah.
Di mahkamah akan di perlihatkan satu persatu perbuatan buruk atau baik kita.
Di mahkamah nanti akan ada skrin besar dan semua org akan melihat perbuatan baik dan buruk.
Akan dibicarakan beribu~ribu tahun.

DI MAHSYAR NANTI BOLEHKAH KITA BAWA SAKSI?
Di akhirat nanti saksi akan mengesahkan seseorang itu adalah bersalah.
Saksi di akhirat adalah anggota badan kita.
Allah kata mulut akan dikunci...Semua anggota lain menjadi saksi.
Binatang² juga akan di bawa ke mahsyar utk menjadi saksi di akhirat jika di dunia kita menyeksanya.
DI DUNIA KITA BOLEH LEPAS TAPI INGAT DI AKHIRAT SEMUA PERBUATAN KITA AKAN DI PERLIHATKAN.

SELEPAS PEMBICARAAN,KITA AKAN KE MANA?
Selepas dibicarakan akan DITIMBANG DOSA DAN PAHALA utk menentukan KE NERAKA ATAU KE SYURGA.
Di sana nanti dosa dan pahala kita berjisim(boleh dirasa/nampak)
Jika berat pahala ke syurga dan jika berat dosa akan ke neraka.

DENGAN RAHMAT ALLAH...WALAUPUN DOSA KITA ADA TETAPI PAHALA LEBIH BANYAK MAKA AKAN KE SYURGALAH KITA...

APAKAH SYAFAAT RASULULLAH?
Syafaat adalah pertolongan Nabi dgn 4 syarat:
1)Menjadi umat Nabi sehingga akhir hayat...Jika Nabi tidak mengaku umat maka kita bukan umat Nabi(cth org yg tidak suka sunnah Nabi.Nabi suruh nikah tapi dia tidak suka maka Nabi tidak mengaku umat,siapa yg menipu dalam jual beli juga Nabi kata bukan umat aku)
2)Banyak berselawat...akan mendapat syafaat.
3)Cinta Nabi...buktikan dgn mengikut sunnah Nabi.BUAT APA YG NABI BUAT...ITU TANDA CINTA NABI.
4)Dosa dan pahala tidak banyak perbezaan.

SELESAI PEMBICARAAN MAHSYAR SEMUA TIDAK ADA...YANG ADA HANYA SYURGA ATAU NERAKA..

ORG MASUK SYURGA ADA 3 CARA
1)Terus ke syurga.
2)Masuk neraka dulu.
3)Ada yg sepatutnya masuk neraka tetapi diselamatkan dgn syafaat Nabi.

Biar Tahu Jangan Keliru

Info

*TAHUKAH KITA?*

Bahwa *ikan* yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..

*Tahukah anda?*
bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tp seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

*Tahukah anda?*
di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam islam di *sunnahkan membaca alhamdulillah* setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

*Tahukah anda?*
menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah *pertanda bahwa tubuh kita butuh tambahan oksigen*

*Tahukah anda?*
bahwa memakan kurma dalam *jumlah genap* itu akan menghasilkan *gula darah*, karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam *jumlah ganjil*, agar berubah menjadi *karbohidrat*.

*Tahukah anda?*
bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah *waktu yang mustajab untuk berdoa*.

*Tahukah anda?*
di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?
Nabi Muhammad saw bersabda: "sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan shalat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu *di taruh di atas kepala dan kedua pundaknya*, maka ketika tiap kali ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut".
wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah... dan *tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu*, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.

*Tahukah anda?*
diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..
sesungguhnya *surah al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur*.

*Tahukah anda?*
ketika kita *membaca ayat kursi tiap usai shalat*, maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

*Tahukah anda?*
bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai shalat, karena itu *jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk shalat kita*.

*_semoga  bermanfaat manfaat_*

*_Aamiin Allahumma Aamiin_*