Ilmu
Sikap para Sahabat Nabi
Bersabda Nabi mafhumnya, Tidak (boleh) berfatwa manusia kecuali 3 golongan:
1) Amir (pemerintah)
2) Ma'mur (yang Amir perintahkan untuk berfatwa Eg: mufti)
3) Mutakallaf (yang dipertanggungjawab untuk urusan agama Eg: pejabat agama, pejabat qadi, guru bertauliah dll)
Berkata sebahagian ulama: Para Sahabat Nabi akan menolak 4 perkara:
1) menjadi imam
2) memegang wasiat
3) memegang amanah
4) menjawab soalan agama (berfatwa)
Berkata sebahagian ulama: Para Sahabat Nabi yang cepat menjawab soalan adalah dari kalangan yang kurang ilmunya berbanding yang sangat susah memberi jawapan kepada sesebuah soalan agama adalah dari kalangan yang lebih tinggi waraknya.
Dan para Sahabat itu hanya sibuk dalam 4 perkara:
1) membaca/mempelajari/mengajar Al-Quran
2) mengimarahkan Masjid
3) Berdakwah kepada kebaikan
4) Berdakwah meninggalkan perkara mungkar
(Dipetik dari kita Ihya ulumuddin, Imam Al-Ghazali m/s 110, pengajian Tuan Guru Baba Ridhouddin, Mengkuang Titi)
Note: Baba din berkata mafhumnya, beza sungguh perangai Sahabat dengan kita zaman sekarang. Sahabat nabi susah nak jawab soalan walaupun ditanya, kita pulak zaman sekarang, orang tak tanya pun kita sibuk nak menjawab (contohnya apa-apa isu agama timbul kat fb, semua pakat nak komen dan bagi pendapat, jawapan dan segala "sekadar pandangan" di ruang komen sampai institusi agama pun kena kondem dengan netizen yang terlajak cerdik).
Baba kata lagi, tok-tok guru selalunya akan rileks diam ja, yang terkinja-kinja semua benda nak jawab, nak komen, nak bagi fatwa ni orang jahil. Macam padi, lagi berisi lagi tunduk tawadhuk, kalau yang kuat menari ni (macam lalang) tu takdak isi.
Sama macam tong, kalau kosong, kita ketuk bunyi kuat tong! Tong! Tong! Berdengung.
Tapi kalau isi beras penuh, ketuk bunyi kuk, kuk, kuk, slow ja bunyi sebab penuh isi.
(Semoga Allah melindungi dan merahmati tuan guru kami dan terus mengajar kami erti agama dan Ahli agama yang sebenar, nak tengok agama, jangan tengok pada orang zaman sekarang, tapi tengok lah pada para Sahabat. Zaman sekarang, walaupun ilmu hebat sampai ada 10 PhD sekalipun, belum tentu mereka dapat amal walau satu akhlak para Sahabat sebagai ilmuan)
Ibnu Batoota Chisty
Pondok ihya ulumuddin, Mengkuang Titi
8.00 am
28/11/2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan