Ambillah ilmu daripada ahlinya sekali pun orangnya tidak terkenal
Di antara tanda-tanda wujud kesombongan dalam diri seorang penuntut ilmu, hanya akan mencari dan memberi tumpuan pada guru-guru yang ternama dan masyhur sahaja. Penuntut sebegini sebenarnya adalah jahil. Ini kerana hikmah itu upama barangan keciciran sesiapa sahaja termasuk para penuntut. Pastinya mereka akan mencari dan mengutip semula jika barangan tersebut ditemui. Tidak perlu penuntut hanya akan mengutip kembali barangannya yang tercicir, andai yang memberitahunya itu seseorang yang mempunyai taraf dan kedudukan. Jika orang kebanyakan atau orang bawahan yang memberitahu akan tempat barang kecicirannya berada, dia enggan mengambil semula barangannya itu.
Perumpamaan yang kedua seperti seseorang yang bakal memasuki kawasan hutan, hanya diperingatkan oleh seorang budak hingusan akan kawasan tersebut mempunyai binatang buas yang telah membunuh beberapa orang yang tidak bernasib baik. Namun maklumat berguna seperti itu tidak diendahkan kerana yang memberitahunya hanyalah seorang budak. Dengan nekad dia pun memasuki kawasan hutan tersebut, lalu dia pun sama dibaham oleh binatang buas tersebut.
Begitulah dengan ilmu bertujuan menyelamatkan manusia. Tidak penting daripada siapa ilmu itu diambil, asalkan yang menyampaikan itu adalah ahlinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan