Luahan anak SPM pula....👇
Paper addmaths semalam benar benar mengejutkan semua SPM candidates. Tengok tweet di twitter sahaja sudah melambangkan bagaimana perasaan kesemuanya yang terkejut dan kecewa.
Umum mengetahui kami merupakan batch pertama menjadi tikus makmal sewaktu di tingkatan tiga. Menjadi PT3 candidates dalam keadaan format masih tidak selaras dan banyak lagi masalah lain. Itu tak payah cerita bagaimana penatnya guru guru bertungkus lumus nak catchup dengan format, bengkel sana sini supaya dapat memastikan anak murid dapat keputusan cemerlang.
Sudahlah begitu, kami menjadi tikus makmal lagi sekali. Tahun ini buat pertama kalinya format dan template kertas Addmath berubah tanpa pemberitahuan kepada guru guru mahupun para pelajar. Aras soalan benar benar ditingkatkan ke tahap maksimum. Tambahan pula, ada dimasukkan elemen fizik dalam soalan vektor semalam. Dan sejujurnya saya tak dapat bayangkan bagaimana sahabat sahabat saya yang tidak mengambil fizik ingin menjawab soalan tersebut.
Belum tengok lagi kertas sejarah yang KBATless. Sedangkan, apa yang diuar uarkan adalah kertas sejarah bakal menjadi antara kertas yang banyak soalan KBAT untuk memberi markah percuma kepada para pelajar.
Sayang seribu kali sayang, sekadar indah khabar dari rupa. Habis otak kami dikerah dengan segala soalan yang berorientasikan fakta semata mata. Otak manusia mana yang boleh hadam semua fakta sejarah yang dipelajari selama 2 tahun, dengan buku teks yang maha tebalnya, dengan baik?
Saya bukan nak ketepikan elemen tawakkal. Tapi apa signifikannya perubahan ini dalam sistem peperiksaan sedia ada?
Sudahlah institusi sekolah menengah diporak perandakan, dirosakkan juga kreativiti pelajar sekolah rendah dengan segala sistem peperiksaan yang tidak berperikemanusiaan.
Berhentilah KPM. Kami semua ialah manusia yang ingin menjadi manusia lantas ingin berbakti pula kepada manusia.
Kami tidak mahu, dan tidak akan pernah mahu menjadi robot seperti yang kalian dambakan!
Kalian benar benar penjenayah sosial dalam bidang pendidikan manusia. Mungkin kasar, tetapi ia merupakan hakikat sebenar.
Sekian.
Luahan hati seorang SPM candidate.
Yang masih mempunyai tiga kertas berbaki.
Doakan saya dan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan