Rabu, 28 Jun 2023

Math

 Terus terang saya mengatakan, silibus Matematik Malaysia sangat tak berkualiti, dan adanya KPM pihak jabatan yang mabuk ketum, makin merudumlah pencapaian pelajar kita. Dari dulu kaji, selidik, pinda, kaji, selidik, pinda. Berapa kali silibus ditukar? Yang tahu, mesyuarat mesti ada jamuan, minit mesyuarat, gelak ketawa, tanpa rasa keseriusan masalah silibus kini. Maaflah jika ada orang jabatan disini yang terasa pedas, tapi kami disini lebih rasa 'panas' dengan tanggungjawab kamu semua. Kalau rasa susah sangat buat, saya lebih rela hati gubal silibus Matematik tanpa satu sen bayaran dan jamuan mesyuarat. 


1) Silibus.

Kembalikanlah silibus Matematik berlandaskan 'Pure Math' seperti zaman dahulu. Pernah tengok silibus mak ayah kita dahulu? Jauh lebih susah dari sekarang. Tapi susah sebab kita dah abai proses Matematik itu sendiri. Matematik tulen mengajar pelajar dari proses pengiraan dan konsep. Bukannya bacaan dan menghafal. Apa 'significant' nya topik tingkatan 3 bab Simpanan, pelaburan, kredit dan hutang? Apa 'relevant' nya diletakkan topik Pengurusan Kewangan dalam Matematik Tingkatan 4 sedangkan nak menguruskan masa belajar pon masih terkial-kial? Bila orang yang tak pernah buat kajian, syok sendiri, beginilah jadinya. Sebagai pengkaji silibus luar negara, tak pernah lagi saya lihat topik pengurusan kewangan dalam silibus mereka. Sebagai pelatih Olimpiad juga, tak pernah lagi saya jumpa soalan berkaitan pinjaman rumah, pelaburan dan kad kredit dalam soalan. Lebih karut bila ada juga topik matawang asing dalam silibus sekolah rendah. Bukankah lebih penting hasil operasi duit dari mengenal matawang asing? Badut mana yang masukkan? Saya tak kata topik ni tidak penting, tapi bukan masa yang sesuai untuk mereka belajar topik begini di sekolah menengah. Kita mahu memupuk proses asas matematik di bangku sekolah, bukan pengurusan dan mengenal matawang. 


2) Kalkulator. 

Dari dulu saya tegaskan, jangan jadikan penggunaan kalkulator sebagai rutin. Kalau merokok tu membunuh, kalkulator juga perosak proses matematik. Dengan kalkulator mereka semakin lemah sifir dan semakin malas mencongak. Apatah lagi kalau pemfaktoran kuadratik dan pengamiran. Dah tingkatan 5 masih menggunakan kalkulator untuk operasi tambah 1 angka. Pelajar darjah tiga senyap-senyap guna aplikasi kalkulator di 'Apple watch' untuk kira pecahan. Rasa kelakar? Tidak, malah lebih kasihan pada mereka. Lepas tu tanya saya, 'macam mana sir/sensei boleh kira laju?', 'macam mana boleh faktor kuadratik laju?' Sebabnya ada dua. Saya tak pernah guna kalkulator, dan soalan tu saya buat sendiri tanpa ikut buku teks. Ya, soalan dari buku teks sendiri memaksa pelajar untuk gunakan kalkulator. Kenapa tak buat soalan yang memberi jawapan nombor bulat atau pecahan (rational)? Atau kalau boleh biarkan jawapan dalam 'exact value' dalam bentuk π, atau surd. Ini tidak, semuanya 'berikan jawapan dalam 3 tempat perpuluhan, angka bererti. Memanglah terpaksa guna kalkulator. Walhal proses nak dapatkan jawapan tu lebih jauh pentingnya. Sebabnya? Malas nak buat soalan yang jenis macam tu, asalkan dapat jawapan. Buat soalan juga kena fikir, bukan main belasah sahaja. Paling kelakar, boleh pula dalam ruangan 'tips' dalam buku rujukan cara untuk gunakan kalkulator dari A-Z. Tips supaya pelajar jadi malas. Sampah. Pergi tengok buku matematik silibus Jepun. Macam langit dan bumi.


2) Guru. 

Maaflah kalau isu ni sensitif sikit. Tapi tak nak salahkan guru 100 peratus. Asalnya pon dari sistem pendidikan juga. Guru yang tidak kompeten. Guru yang asalnya major subjek lain terpaksa mengajar Matematik. Adakah pilihan dia untuk mengajar subjek tu? Tidak. Tapi kalau dah tiada pilihan bagaimana? Buatlah latihan intensif untuk guru. Bukan beri latihan pada pelajar sahaja. Ini tak, asal guru cuti bersalin, disuruhnya guru lain yang tidak kompeten mengajar kelas tersebut. Dah jadi pening semua pelajar. Dulu cikgu ajar lain, sekarang lain. Dah jadi caca merba. Kemudian pelajar MRSM atau SBP tidak dibenarkan ambil tusyen luar. Sebab mereka dah ada program sendiri untuk pelajar mereka. Ewah ewah, suka hati merekalah. Kalau mereka tak boleh nak fokus pada kelas dengan pengendalian ramai pelajar, dengan tusyen sahajalah dapat bantu mereka sebenarnya. Jangan anggap program di sekolah sahaja dapat bantu mereka.


3) Peperiksaan. 

Sekejap PBD, lepas tu UASA, kemudian UPSA, tahun depan NASA pula 😅. Ada pula IGCSE bajet nak buat kelainan. Dah macam kartun. Lebih kartun lagi sekejap buat DLP sekejap 100% bahasa Melayu. Kelas pon bahagi dua, cikgu tak cukup. Ada pula kelas DLP, buku teks dalam English, tapi guru mengajar dalam bahasa Melayu. Kelakar betul. Buat semula UPSR, PMR, dan selaraskan aliran. Ramai yang suka sebenarnya, lebih-lebih lagi ibu bapa. Bila ada peperiksaan sebegini, kurangnya jurang prestasi pelajar lemah dan pandai. Sebab pelajar seboleh-bolehnya cuba kejar pencapaian dalam peperiksaan besar. Kalau SPM sahaja, mereka beranggapan "oh gagal darjah 6 pon boleh naik tingkatan 1", dan akhirnya mereka akan jauh ketinggalan. Topik paling 'basic' pon masih terkial-kial. Sebagai bukti, berapa ramai pelajar yang masih lemah pecahan yang sepatutnya mereka perlu mahir semasa sekolah rendah, tetapi di tingkatan 2 dalam topik Algebra kebanyakannya gagal. Sifir pon tak hafal walaupun tingkatan 5. Macam mana nak mengajar topik yang lebih kompleks kalau sifir pon tak mahir.


4) KBAT.

Tolonglah mansuhkan KBAT. Kami dibesarkan tanpa soalan KBAT. Ini bukan peringkat Universiti bila semua asas telah kukuh, faham konsep Matematik, baru boleh nak berfikir aras tinggi. Banyak kali saya tegaskan, peringkat sekolah adalah peringkat untuk mengukuhkan konsep. Peringkat untuk timbulkan minat. Bila masukkan soalan sebegini, dapatkah mereka buat bila asas pon lemah? Soalan aplikasi sudah cukup KBAT. Soalan berkaitan luas, isipadu, sudut, Geometri, pelajar Malaysia sangat-sangat lemah. Tak boleh berfikir langsung walhal soalan 'direct'. Luas segitiga pon tak tahu, apatah lagi isipadu piramid dan kon. Macam mana mereka nak minat bila tengok soalan susah, memaksa mereka berfikir, ambil masa yang lama, kemudian cepat bosan. Kami dari tahun 90-an tak tahu apa itu KBAT, tapi masih ingat formula isipadu sfera sampai sekarang walaupun tak guna masa kerja. Soalan semua nak suruh pelajar berfikir aras tinggi, tapi bila peperiksaan, aras markah Matematik direndahkan supaya nampak ramai pelajar dapat A dan lulus. Kelogikan apakah ini? KPM patutnya kena berfikir aras tinggi lagi.


5) Buku latihan

Satu je nak cakap. Kalau tak pandai buat soalan, jangan buat soalan, jangan publish, jangan cari duit dengan cara macam ni. Jangan buat kaedah-kaedah mengarut, acah-acah cara pantas, cara efisyen yang mana tak efisyen mana pon pada pelajar. Mereka jadi pening sebab lain dengan apa yang mereka belajar di sekolah. Kalau operasi aritmetik sekolah rendah, tak perlu nak tunjuk cara alternatif, cara bodoh. Tunjuk sahaja bentuk lazim. Senang. Ini, beri soalan yang sangat tidak berkualiti, soalan yang tak masuk akal bajet KBAT. Paling tak suka adalah kiraan anggaran sekolah rendah. Satu bekas penuh bersamaan 1 liter. Kalau tak penuh, kirakan anggaran isipadu. Apa jawapannya? 800 ml? 734 ml? Tengok jawapan, eh dia tulis 750 ml. Kepala hotak dia. Ini bukan soalan mencabar minda, tapi mencabar kesabaran dan mencabar maruah ibu bapa beri jawapan salah kepada anak-anak. 


Lol

Khamis, 8 Jun 2023

Resipi sate

 Tiap2 taun ikut resepi ni ja Alhamdulillah ank2 mkn sepuasnya...

nak lagi sedap potong ayam besar2 bila bakar nnti tak kecut dn kering....

Resepi asal tiada edit..

Terima kasih empunya resepi..

.

Resepi sate ayam merecikkk 😘

(untuk 1ekor ayam)

.

BAHAN2

-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)

❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam)

Bhn blend

-2 labu bwg besar

-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)

-1 labu bwg putih

-2 Inci halia

-4 btg serai

(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)

.

Bhn perap

-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)

-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)

-2 sk garam

-4 sk serbuk kunyit

-3 sb serbuk jintan manis

.

CARA2

-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..

-gaul sebati..

-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..

-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)

-bila dh perap, baru cucuk ye..

-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..

-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)

-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..

-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..

Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..

Selamat mencuba 😘

.

KUAH KACANG

Bahan2

-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)

-segenggam cili kering (potong, rebus)

-2 labu bwg besar

-2 Inci halia

(blend bhn bertnda dgn sdikit air)

-1 btg serai (ketuk)

-2 kpg gula melaka

-1/2 cwn gula

-garam

-3 cwn air

-1 kotak santan

-2 kpg asam keping

.

Cara2

-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn byk sgt..

-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)

-masukkan kacang, gaul sebati..

-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)

-Nmpk dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam..

-masak sampai kuah Jd pekat..

-rasakan n boleh tmbh apa yg kurang..

-siap

.

Klu xnk letak santan pon Xpe, just guna air je..

Klu sy, sy suka ltk santan..

.

Kredit resepi

........Siti Norizan sahabat MAHN

Rabu, 7 Jun 2023

OPR

 OPR DAN RINGGIT


1. Ramai yang datang jumpa saya yang menyata kebimbangan berkenaan kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.


2. Saya kata Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia menyebab keresahan dikalangan peniaga dan juga ibu-bapa yang anak mereka belajar di luar Negara.


3. Di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menyeru pembangkang untuk menyokong keputusan Kerajaan menaik OPR (Overnight Policy Rate) atau kadar dasar semalaman kerana ia membantu mengukuh ringgit.


4. Di masa yang sama kenaikan OPR mengakibat pinjaman orang ramai kepada bank-bank juga meningkat.


5. Kata Datuk Seri Anwar dolar Singapura mengukuh selepas republik itu menaik OPR.


6. Ada pihak  telah pertikai kenyataan Datuk Seri Anwar kerana Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.


7. Seingat saya memang Singapura tidak ada OPR. Ia ada SORA – Singapore Overnight Rate Average. Pendekatan SORA Singapura dan OPR Malaysia berbeza.


8. Saya selidik, termasuk menerusi ChatGPT yang menjadi trend masa kini, dan hasilnya semacam. Ia bukan satu perbandingan yang sama – “bukan apple to apple comparison”.


9. Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada ahli-ahli Parlimen menentukan.


10. Sebelum jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar marah Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ketika itu dan menyindir sama ada Tengku Zafrul bekerja untuk bank atau rakyat apabila menaikkan OPR.


11. Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?


12. Cara Kerajaan tangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Datuk Seri Anwar berkaitannya sebelum dan selepas jadi Perdana Menteri tidak memberi keyakinan sama-sekali.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

7 Jun 2023

Rezeki

 "Kalau takde duit simpanan, macam mana nak hidup?"


"Kalau takde duit simpanan, macam mana anak-anak nak sekolah?"


"Kalau takde duit simpanan, macam mana anak-anak nak makan?"


"Kalau takde duit simpanan, macam mana kalau anak-anak sakit? Isteri sakit? Suami sakit? Mak ayah sakit?"


"Kalau takde duit simpanan, macam mana nak bantu Mak Ayah di kampung?"


Allah bagi saya ingat Surah Hud, Ayat 6 yang bermaksud :


"Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)."


Dulu masa tak mengaji agama, saya pun tak faham agama.


Macam mana nak faham agama?

Sebab kita sendiri tak mengaji ilmu fardhu 'ain?


Alhamdulillah bila kita mengaji ilmu fardhu 'ain bab Tauhid, sedikit demi sedikit Allah beri kita faham agama.


Kefahaman agama ni Allah tak beri kita sedebuk pandai. Tidak. Kita yang wajib mengaji.


Alhamdulillah Allah bagi faham sikit bab rezeki. Allah dah jamin rezeki kita. Ini yang Allah beritahu dalam Al-Quran.


Rasa malu nak takut takde duit simpanan sebab Allah dah janji dalam Al-Quran dan banyak lagi perbahasan ilmu tentang rezeki. Bila kita mengaji, Insya'Allah Allah bagi faham.


Allah bagi saya berfikir...

tak semua orang ada rezeki punya duit simpanan. 


Tak salah pun ada duit simpanan.


Ada duit simpanan;

alhamdulillah.


Takde duit simpanan;

takde masalah. Yang jadi masalah bila TAK SOLAT dan TAK FAHAM AGAMA.


Yang bagi rezeki itu Allah.

Yang bagi bahagia itu Allah.

Yang sihatkan kita adalah Allah.

Yang bagi kita kenyang itu Allah.

Yang menggerakkan kita itu Allah.

Yang bagi kita faham agama itu Allah.


Nasihat untuk diri saya sendiri :

Syarat hidup bukan perlu ada duit simpanan tapi berlepas dari segala hal kecintaan dunia, bebas dari segala hutang yang melibatkan dosa riba dan niat jangan tambah dosa riba yang sedia ada.


Syarat survive bukan duit tapi AGAMA ALLAH dalam diri. Duit boleh pakai untuk tujuan dunia tapi duit tidak boleh beli rezeki kefahaman agama. Bila Allah beri kita faham agama, kita akan faham segala perjananan hidup kita. Benda ni duit tak boleh beli.


Apa Allah beritahu dalam Surah At-Talaq, Ayat: 3?


Allah beri rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya (rezeki tak disangka-sangka). Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Yang buat kita rasa tak cukup adalah sebab DIRI KITA SENDIRI YANG BERPERANG DENGAN ALLAH DAN RASUL...