Rabu, 28 Jun 2023

Math

 Terus terang saya mengatakan, silibus Matematik Malaysia sangat tak berkualiti, dan adanya KPM pihak jabatan yang mabuk ketum, makin merudumlah pencapaian pelajar kita. Dari dulu kaji, selidik, pinda, kaji, selidik, pinda. Berapa kali silibus ditukar? Yang tahu, mesyuarat mesti ada jamuan, minit mesyuarat, gelak ketawa, tanpa rasa keseriusan masalah silibus kini. Maaflah jika ada orang jabatan disini yang terasa pedas, tapi kami disini lebih rasa 'panas' dengan tanggungjawab kamu semua. Kalau rasa susah sangat buat, saya lebih rela hati gubal silibus Matematik tanpa satu sen bayaran dan jamuan mesyuarat. 


1) Silibus.

Kembalikanlah silibus Matematik berlandaskan 'Pure Math' seperti zaman dahulu. Pernah tengok silibus mak ayah kita dahulu? Jauh lebih susah dari sekarang. Tapi susah sebab kita dah abai proses Matematik itu sendiri. Matematik tulen mengajar pelajar dari proses pengiraan dan konsep. Bukannya bacaan dan menghafal. Apa 'significant' nya topik tingkatan 3 bab Simpanan, pelaburan, kredit dan hutang? Apa 'relevant' nya diletakkan topik Pengurusan Kewangan dalam Matematik Tingkatan 4 sedangkan nak menguruskan masa belajar pon masih terkial-kial? Bila orang yang tak pernah buat kajian, syok sendiri, beginilah jadinya. Sebagai pengkaji silibus luar negara, tak pernah lagi saya lihat topik pengurusan kewangan dalam silibus mereka. Sebagai pelatih Olimpiad juga, tak pernah lagi saya jumpa soalan berkaitan pinjaman rumah, pelaburan dan kad kredit dalam soalan. Lebih karut bila ada juga topik matawang asing dalam silibus sekolah rendah. Bukankah lebih penting hasil operasi duit dari mengenal matawang asing? Badut mana yang masukkan? Saya tak kata topik ni tidak penting, tapi bukan masa yang sesuai untuk mereka belajar topik begini di sekolah menengah. Kita mahu memupuk proses asas matematik di bangku sekolah, bukan pengurusan dan mengenal matawang. 


2) Kalkulator. 

Dari dulu saya tegaskan, jangan jadikan penggunaan kalkulator sebagai rutin. Kalau merokok tu membunuh, kalkulator juga perosak proses matematik. Dengan kalkulator mereka semakin lemah sifir dan semakin malas mencongak. Apatah lagi kalau pemfaktoran kuadratik dan pengamiran. Dah tingkatan 5 masih menggunakan kalkulator untuk operasi tambah 1 angka. Pelajar darjah tiga senyap-senyap guna aplikasi kalkulator di 'Apple watch' untuk kira pecahan. Rasa kelakar? Tidak, malah lebih kasihan pada mereka. Lepas tu tanya saya, 'macam mana sir/sensei boleh kira laju?', 'macam mana boleh faktor kuadratik laju?' Sebabnya ada dua. Saya tak pernah guna kalkulator, dan soalan tu saya buat sendiri tanpa ikut buku teks. Ya, soalan dari buku teks sendiri memaksa pelajar untuk gunakan kalkulator. Kenapa tak buat soalan yang memberi jawapan nombor bulat atau pecahan (rational)? Atau kalau boleh biarkan jawapan dalam 'exact value' dalam bentuk π, atau surd. Ini tidak, semuanya 'berikan jawapan dalam 3 tempat perpuluhan, angka bererti. Memanglah terpaksa guna kalkulator. Walhal proses nak dapatkan jawapan tu lebih jauh pentingnya. Sebabnya? Malas nak buat soalan yang jenis macam tu, asalkan dapat jawapan. Buat soalan juga kena fikir, bukan main belasah sahaja. Paling kelakar, boleh pula dalam ruangan 'tips' dalam buku rujukan cara untuk gunakan kalkulator dari A-Z. Tips supaya pelajar jadi malas. Sampah. Pergi tengok buku matematik silibus Jepun. Macam langit dan bumi.


2) Guru. 

Maaflah kalau isu ni sensitif sikit. Tapi tak nak salahkan guru 100 peratus. Asalnya pon dari sistem pendidikan juga. Guru yang tidak kompeten. Guru yang asalnya major subjek lain terpaksa mengajar Matematik. Adakah pilihan dia untuk mengajar subjek tu? Tidak. Tapi kalau dah tiada pilihan bagaimana? Buatlah latihan intensif untuk guru. Bukan beri latihan pada pelajar sahaja. Ini tak, asal guru cuti bersalin, disuruhnya guru lain yang tidak kompeten mengajar kelas tersebut. Dah jadi pening semua pelajar. Dulu cikgu ajar lain, sekarang lain. Dah jadi caca merba. Kemudian pelajar MRSM atau SBP tidak dibenarkan ambil tusyen luar. Sebab mereka dah ada program sendiri untuk pelajar mereka. Ewah ewah, suka hati merekalah. Kalau mereka tak boleh nak fokus pada kelas dengan pengendalian ramai pelajar, dengan tusyen sahajalah dapat bantu mereka sebenarnya. Jangan anggap program di sekolah sahaja dapat bantu mereka.


3) Peperiksaan. 

Sekejap PBD, lepas tu UASA, kemudian UPSA, tahun depan NASA pula 😅. Ada pula IGCSE bajet nak buat kelainan. Dah macam kartun. Lebih kartun lagi sekejap buat DLP sekejap 100% bahasa Melayu. Kelas pon bahagi dua, cikgu tak cukup. Ada pula kelas DLP, buku teks dalam English, tapi guru mengajar dalam bahasa Melayu. Kelakar betul. Buat semula UPSR, PMR, dan selaraskan aliran. Ramai yang suka sebenarnya, lebih-lebih lagi ibu bapa. Bila ada peperiksaan sebegini, kurangnya jurang prestasi pelajar lemah dan pandai. Sebab pelajar seboleh-bolehnya cuba kejar pencapaian dalam peperiksaan besar. Kalau SPM sahaja, mereka beranggapan "oh gagal darjah 6 pon boleh naik tingkatan 1", dan akhirnya mereka akan jauh ketinggalan. Topik paling 'basic' pon masih terkial-kial. Sebagai bukti, berapa ramai pelajar yang masih lemah pecahan yang sepatutnya mereka perlu mahir semasa sekolah rendah, tetapi di tingkatan 2 dalam topik Algebra kebanyakannya gagal. Sifir pon tak hafal walaupun tingkatan 5. Macam mana nak mengajar topik yang lebih kompleks kalau sifir pon tak mahir.


4) KBAT.

Tolonglah mansuhkan KBAT. Kami dibesarkan tanpa soalan KBAT. Ini bukan peringkat Universiti bila semua asas telah kukuh, faham konsep Matematik, baru boleh nak berfikir aras tinggi. Banyak kali saya tegaskan, peringkat sekolah adalah peringkat untuk mengukuhkan konsep. Peringkat untuk timbulkan minat. Bila masukkan soalan sebegini, dapatkah mereka buat bila asas pon lemah? Soalan aplikasi sudah cukup KBAT. Soalan berkaitan luas, isipadu, sudut, Geometri, pelajar Malaysia sangat-sangat lemah. Tak boleh berfikir langsung walhal soalan 'direct'. Luas segitiga pon tak tahu, apatah lagi isipadu piramid dan kon. Macam mana mereka nak minat bila tengok soalan susah, memaksa mereka berfikir, ambil masa yang lama, kemudian cepat bosan. Kami dari tahun 90-an tak tahu apa itu KBAT, tapi masih ingat formula isipadu sfera sampai sekarang walaupun tak guna masa kerja. Soalan semua nak suruh pelajar berfikir aras tinggi, tapi bila peperiksaan, aras markah Matematik direndahkan supaya nampak ramai pelajar dapat A dan lulus. Kelogikan apakah ini? KPM patutnya kena berfikir aras tinggi lagi.


5) Buku latihan

Satu je nak cakap. Kalau tak pandai buat soalan, jangan buat soalan, jangan publish, jangan cari duit dengan cara macam ni. Jangan buat kaedah-kaedah mengarut, acah-acah cara pantas, cara efisyen yang mana tak efisyen mana pon pada pelajar. Mereka jadi pening sebab lain dengan apa yang mereka belajar di sekolah. Kalau operasi aritmetik sekolah rendah, tak perlu nak tunjuk cara alternatif, cara bodoh. Tunjuk sahaja bentuk lazim. Senang. Ini, beri soalan yang sangat tidak berkualiti, soalan yang tak masuk akal bajet KBAT. Paling tak suka adalah kiraan anggaran sekolah rendah. Satu bekas penuh bersamaan 1 liter. Kalau tak penuh, kirakan anggaran isipadu. Apa jawapannya? 800 ml? 734 ml? Tengok jawapan, eh dia tulis 750 ml. Kepala hotak dia. Ini bukan soalan mencabar minda, tapi mencabar kesabaran dan mencabar maruah ibu bapa beri jawapan salah kepada anak-anak. 


Lol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan