Ahad, 2 Julai 2023

Sangka baik

 sahabat2... jom


Situasi 1  di Malaysia (wanita yang sempurna fizikal)
Wanita A: ustaz.. saya ada banyak masalah. . keluarga, suami , anak serta ibubapa saya sendiri sangat teruk.. kewangan saya juga kritikal. Kenapa Allah buat macam ni kepada saya? Apa dosa saya.. Di manakah keadilan Allah?? Dan saya tak fikir yang Allah itu Adil!

Situasi 2:di Thailand (pakcik yang sempurna hati)
Ada seorang pak cik yang cacat dengan tiada anggota tangan dan kaki.. Dia cacat dari segi fizikal. tapi, dia selalu datang ke masjid.. dia akan susun selipar para jemaah lain.. memicit rakan jemaah lain dengan bahagian lengannya.. Malah dia juga bekerja ketika di luar masjid ketika diluar waktu solat untuk menampung keluarga kerana dia sendiri mempunyai 8 orang anak.. dia sangat sangat bahagia dan di mulutnya sentiasa sebut..
'Allah sangat baik dengan aku...'
'Allah itu sangat Baik..'
'Allah itu Maha Baik'

Sahabatku syg...
Wanita tadi sempurna fizikal tapi cacat hatinya kan? dan
pak cik itu pula cacat fizikal tapi sempurna sekali hatinya...
pak cik itu bahagia hdupnya kerana dia ada Allah dalam jiwanya..
Dia mensyukuri nikmat lain yang Allah kurniakan...
Tiada kaki dan tangan hanya kekurangan yang SEDIKIT kerana merasakan diri memiliki terlalu banyak nikmat lainnya...

subhanallah...
di manakah kita dalam Situasi ini?. berfikirlah sejenak. ...
DI MANAKAH SEBENARNYA ALLAH Di HATI KITA?

inspirasi daripada seorang ustaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan