Friday, 31 May 2013

bayi ajaib Subhanallah :)

Di Jinhua, Provinsi Zheijiang berlaku insiden sadis dimana seorang bayi lelaki dibuang kedalam tandas awam oleh ibunya. Bayi ni bernasib baik kerana tidak dapat diflush sepenunya dan tangisan beliau didengari oleh orang ramai. Pihak bomba kemudian terpaksa memotong saluran tandas bagi menyelamatkan bayi yang terperangkap ini. Pihak media China melaporkan bayi ini selamat tetapi mengalami keretakan tengkorak kerana tersekat di dalam paip tandas. Paling mengejutkan ialah panggilan kecemasan memanggil bomba dilakukan sendiri oleh ibu yang membuang si bayi. Ibu tunggal berusia 22 tahun ini membuang bayi beliau kerana stigma masih belum berkahwin. Sungguhpun begitu beliau tidak sampai hati mendengar tangisan anak beliau yang tersekat. 







“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu.

Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati.

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya.
Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya.

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat.

Saksikan video di bawah:-


ting

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita

student

ajer giler kalo ini la alasannye.. haha..kopipes sj

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-M, yang awak undi Pro-Aspirasi pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf"

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya

Thursday, 30 May 2013

LDK 27

Taklimat pengarah hari selasa

pun sama

bukti teman ada mentee

Fasi memperkenalkan pengenalan 

zohor berjemaah

mana lagi sorang nie?

tekalah muka masing2 yer...

tulis... jangan tak tulis

studi awal

suasana LDK

22 orang sumernya

teman pun masuk sekali

Wednesday, 29 May 2013

survive

Liu Lingchao (38) ialah seorang pengutip barang lusuh yang berasal dariGuangdong China. Beliau mempunyai kehidupan yang berkelana dan oleh sebab mahu menjimatkan kos penginapan beliau membina rumah bergerak beliau sendiri yang dikendong kesana-kemari. Rumah seberat 60 kilogram inilah yang dijadikan tempat berteduh beliau dan ianya dilengkapi kesemua keperluan harian Liu. Oleh kerana keunikan beliau, Liu dikenali sebagai Manusia Siput. Sanggupkah anda hidup seperti Liu untuk mencari rezeki yang halal? 




Tuesday, 28 May 2013

Gerhana

Gerhana 'Ring Of Fire' adalah antara gerhana semulajadi yang jarang berlaku. Baru-baru ini pada 10 Mei 2013 yang lepas, gerhana ini telah terjadi di Pasifik Selatan serta Australia di mana bulan akan ditutupi sehingga 95% dan menghasilkan bentuk lilitan. Gerhana ini dijangka berlaku 22 tahun sekali. 




Maho

Maho Beach terletak di Saint Martin, Caribbean Island. Pasir yang putih dan lautan yang biru membuatkan pantai ini menjadi tarikan pelancong yg sangat popular. Lagi satu tarikan pantai ini ialah Lapangan Terbang Princess Juliana yg terletak betul² di tepi pantai ini. Kapal terbang yg mendarat mesti mendarat sedekat yg mungkin dari pantai kerana landasannya yang pendek iaitu 2,180 meter sahaja. Oleh itu pengunjung boleh melihat pesawat mendarat dari jarak yg sangat dekat. Di tepi pantai juga ada dipaparkan jadual pesawat mendarat dan terdapat bar dan restoran di tepi pantai yg memasang pembesar suara untuk menyiarkan radio percakapan antara juruterbang dan menara kawalan.




Beku

Pokok beku di tepi Tasik Ontario

Jurugambar landskap Timothy Corbin telah menangkap beberapa gambar yang menakjubkan ais yang membeku pada batang-batang pokok di tepi Tasik Ontario, Kanada. Ia menunjukkan ombak ganas dalam beberapa jam yang mewujudkan lapisan ais yang berlegar di atas air atau ais yang telah menjadi betul-betul tenang.

Pokok beku di tepi Tasik Ontario

Pokok beku di tepi Tasik Ontario

Pokok beku di tepi Tasik Ontario

gerak


Saya pun tak pasti apa nama sesuai untuk gambar-gambar animasi GIF seperti ini. Yang dihasilkan oleh artis seni dari Istanbul iaitu Erdal Inci. Diharap anda dapat bersabar untuk menunggu gambar loading satu persatu, dan saksikan sendiri gambar-gambar format GIF yang lain dari yang lain.  Sangat menarik :)

Gambar animasi GIF clone yang sangat menarik oleh Erdal Inci


Gambar animasi GIF clone yang sangat menarik oleh Erdal Inci


Gambar animasi GIF clone yang sangat menarik