“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredhaan- Nya. Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu.” [Surah Al-Hadiid : Ayat 20]
Semoga kita tidak tamak dengan dunia dan mengambil dari dunia ini dalam kadar sederhana sahaja. Yang penting, jangan sampai tergadai akhirat, kerana akhirat yang kekal lebih penting dari dunia yang sementara.
"Dan kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." [Surah Al-A'laa : Ayat 17]
"Dan kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." [Surah Al-A'laa : Ayat 17]
Abu Darda' berkata, Rasulullah S.a.w bersabda; "Jikalau kamu ketahui apa yang aku tahu, nescaya kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak. Dan akan hina kepadamu dunia, dan kamu akan memilih akhirat." [Hadits Riwayat Al-Bukhari , dari Anas]
Ali r.a berkata ; "Sesungguhnya dunia itu enam perkara; yang dimakan, yang diminum, yang dipakai, yang dikenderai, yang dikahwini dan yang dicium.
Maka makanan yang termulia ialah 'madu', iaitu yang dikeluarkan oleh lebah dari mulutnya.
Minuman yang termulia ialah 'air'. Sama saja tentang air ini, orang yang berbuat baik dan yang fasiq.
Pakaian yang termulia ialah 'sutera'. Dan itu adalah anyaman ulat.
Kenderaan yang termulia ialah 'kuda'. Dan di atas kuda ini, ia membunuh orang (dalam peperangan).
Yang termulia dari yang dikahwini ialah 'wanita'. Dan itu adalah tempat kencing di dalam tempat kencing. Dan wanita itu sesungguhnya menghiaskan sesuatu yang terbagus daripadanya. Dan dimaksudkan, sesuatu yang terburuk daripadanya.
Dan yang termulia dari yang dicium ialah 'kasturi'. Dan kasturi itu ialah darah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan