Thursday, 28 February 2013

Luahan Guru


"Saya adalah seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah Kementerian Pelajaran selama lebih 10 tahun. Selama 10 tahun tersebut, saya telah mengajar sebanyak lima buah sekolah. Sekolah pertama saya ialah di Sabah. Sekarang saya telah berpindah ke Semenanjung dan bertugas di salah sebuah sekolah harian yang berada di pinggir sebuah bandar di semenanjung.

Selama saya bertugas di sekolah ini, terlalu banyak masalah yang saya hadapi dan para guru yang lain juga menghadapinya. Ini adalah suasana sebenar apabila berdepan dengan pengurusan dan pentadbiran di mana-mana sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Masalah yang didapati hampir serupa sahaja di sekolah yang berada dalam kawasan kampung yang diuruskan oleh Jabatan Pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

BOSAN DENGAN SUASANA

Apa yang saya hadapi hari demi hari dalam masa bertugas di sekolah ini ialah rasa bosan yang teramat sangat. Rakan-rakan guru yang lain juga memberikan respon dan jawapan yang sama apabila mereka memikirkan apa yang sedang dihadapi. Andaikata terdapat kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa dan perasaan saya, sudah lama saya berhenti dari menjadi guru. Semua aktiviti dan P&P di sekolah amat menjemukan dan mengundang rasa malas dan bosan untuk melaksanakannya, tambahan pula dalam suasana PRU 13 yang semakin hampirIni kerana masing-masing guru merasa tidak sabar ingin mengecapi perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru yang diharapkan dapat mengambil alih kerajaan sedia ada agar segala pengurusan sekolah menjadi lebih baik.

ISU DISIPLIN PELAJAR

Berbalik kepada suasana dan keadaan di sekolah, suasana pelajar yang tidak berdisiplin ketika berada di dalam kelas dan di dalam kawasan sekolah amat ketara. Tidak sedikit pelajar yang menghisap rokok, berambut panjang, memakai rantai datang ke sekolah, memakai seluar koyak dan ketat, mempamerkan keadaan pakaian dan penampilan yang kotor dan tidak terurus, berkumpul dan lepak di tandas pada waktu rehat hatta pada waktu P&P, bebas keluar masuk kelas dan keluar masuk dari kawasan sekolah serta merayau-rayau di luar kelas tanpa sebarang aktiviti manfaat yang dilakukan. Semua ini perkara biasa yang kami alami dan kami hadapi setiap hari pada masa bertugas. Keadaan ini amat menyakitkan hati kami dan menggugat kewibawaan kami sebagai seorang guru.

Masalah ini disebabkan disiplin dan peraturan sekolah yang terlalu lemah dan longgar. Pelajar sudah mula pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru dan memperleceh guru. Pelajar bermasalah tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib yang seolah-olah membiarkan sahaja ianya terus berlaku, bahkan guru pula yang ditukarkan ke sekolah lain. Pernah suatu ketika, pelajar melawan dan memukul guru kerana guru tersebut menegurnya kerana membuat bising sewaktu peperiksaan percubaan SPM sedang berjalan, pelajar tersebut mengejar guru hingga ke dalam kereta.

Apabila hal ini dibawa ke dalam mesyuarat disiplin, guru yang terlibat akhirnya ditukarkan ke sekolah lain, sedangkan pelajar hanya digantung sekolah selama dua minggu. Ini menampakkan bahawa kesilapan guru lebih besar dari kesilapan pelajar dari sudut peraturan Kementerian Pelajaran, yang dikatakan langsung tidak membela guru tetapi membela pelajar yang melakukan kesilapan. Begitu juga hukuman merotan pelajar, terlalu banyak pengecualiannya dan hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru disiplin sahaja. Merotan pula hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.

PENTADBIR SEKOLAH YANG TIDAK ADIL

Suatu ketika, guru Kemahiran Hidup yang sudah 10 tahun pengalaman mengajar, tetapi ditukarkan ke sekolah lain dan diganti dengan guru baru posting yang tiada pengalaman. Guru tersebut cuba membetulkan pentadbir dalam pengagihan peruntukan panitia yang didapati mahu digunakan dan dialihkan oleh pentadbir untuk tujuan lain. Hasilnya guru tersebut dituduh melawan pihak pentadbir dan akhirnya ditukarkan ke sekolah lain. Ini menyebabkan para pelajar tidak dapat menimba ilmu yang sepatutnya dari guru yang berpengalaman tersebut. Pentadbir memberi alasan yang tidak munasabah mengapa guru yang begitu jauh dan lama pengalamannya dipilih untuk ditukarkan dan diganti dengan guru lain yang baru setahun jagung, sedangkan kerja guru tersebut di sekolah amat cemerlang dan baik serta pengajarannya amat memuaskan.

Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh dan sentiasa tuduh-menuduh, fitnah memfitnah, menceritakan dan menyampaikan keburukan sesama mereka sehingga menyebabkan guru menjadi tension untuk mengajar dan menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah tidak mahu mematuhi arahan pentadbir disebabkan sikap pentadbir (pengetua) berat sebelah dan tidak professional terhadap guru yang selalu menyalahkan guru dalam apa jua masalah yang berlaku.

Guru Cemerlang yang suka menghina dan memperlekeh guru-guru lain menyebabkan budaya berkelompok wujud di kalangan para guru dan kerja berpasukan (teamwork) hilang. Guru-guru biasa merasa terhina dan tertekan dengan sikap Guru Cemerlang di sekolah berkenaan. Para pelajar mengadukan hal ini dan mengatakan sebahagian guru menceritakan perihal guru-guru lain semasa berada di dalam kelas.

Pentadbir membuat aduan kepada PPD untuk menyalahkan guru kerana prestasi yang buruk sedangkan pentadbiran yang bercelaru dan berkecamuk menyebabkan prestasi pelajar merosot. Hasilnya PPD datang dan memberi amaran serta memarahi guru-guru yang tidak bersalah. Guru merasa tertekan dengan sikap pentadbir.

Pentadbir menghina dan memperlekehkan kemampuan guru-guru yang telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengatakan guru-guru tidak memberi sebarang keuntungan dan kebaikan kepada sekolah, sedangkan setiap hari guru datang ke sekolah untuk mengajar. Penghinaan tersebut menyebabkan guru tiada mood untuk mengajar. Pentadbir didapati memberi hadiah kepada guru-guru tertentu sahaja yang rapat dan sentiasa bersama dengannya, manakala guru-guru lain dihina begitu teruk sekali sehingga dikatakan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pihak sekolah. Ini menunjukkan sikap seorang pentadbir yang amat tidak professional.

Pentadbir sekolah mengatakan mana-mana guru yang tidak suka berada dan mengajar di sekolah itu hendaklah berpindah ke sekolah lain. Ini amat mengecewakan para guru kerana semua guru telah pun mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendidik dan mengajar. Beliau tidak sepatutnya mengatakan sedemikian.

REPUTASI DIKEJAR, AKHLAK TERABAI

Pentadbir sekolah sentiasa menyebut-nyebut dan memberitahu para guru bagaimana cara untuk mudah naik pangkat dan cepat lompat ke DG48, DG52, DG54, JUSA C dan sebagainya. Itulah yang diwar-warkan selalu di hadapan para guru di dalam mesyuarat. Beliau juga terlalu mengejar anugerah, nama, glamour dan pangkat seperti perjanjian dengan pihak Jabatan yang menjanjikan imbuhan kewangan dari pihak Jabatan Pelajaran untuk meraih title dan anugerah tertentu, menyebabkan urusan yang lebih penting seperti disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas, melawan dan memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah, akhlak serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan dibiarkan. Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti memantau dan menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga dan menyediakan kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk kepentingan pembelajaran anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah terabai.

Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan kawasan sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja bawahan untuk menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat anugerah cemerlang dalam pertandingan keceriaan sekolah di peringkat Daerah dan Jabatan. Ini menyebabkan emosi guru terganggu dan guru merasa tertekan dengan arahan-arahan untuk melakukan kerja-kerja di luar tugas guru seperti itu, tambahan pula guru mesti mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan peralatan bagi menceriakan sekolah.

MAKANAN KANTIN

Makanan yang disediakan kepada para guru di kantin sekolah amat tidak menyelerakan dan menjemukan. Ini menyebabkan ramai para guru tidak makan di kantin, sebaliknya membawa bekalan sendiri dari rumah atau membelinya di tengah jalan untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana pengambilan tender yang tidak ada pengalaman dalam menyediakan makanan kepada pelanggan yang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah.

SISTEM PBS

Sistem PBS cukup memeningkan dan memenatkan para guru. Antara perkara yang menimbulkan masalah ialah penyediaan bahan bukti (evidens) atau instrumens bagi ujian PBS yang ingin disediakan untuk para pelajar yang terlalu banyak. Bayangkan jika satu subjek ada 30 tajuk, setiap satu tajuk mesti ada 6 evidens untuk 6 band, bermakna 36 helai kertas digunakan untuk kesemua 6 band bagi setiap tajuk. 30 tajuk bermakna 1,080 helai kertas diperlukan bagi setiap orang pelajar. Jika di dalam sebuah kelas ada 40 pelajar, bermakna setiap kelas memerlukan 43,200 helai kertas diperlukan. Jika ada dua kelas atau tiga kelas bagi setiap tingkatan, maka 43,200 x 2 atau x 3, fikirkanlah sendiri berapa kos kertas yang diperlukan oleh pihak sekolah bagi perlaksanaan PBS. Kos ini tidak dinyatakan dalam kursus PBS sumbernya perlu diambil dari mana, ia terpulang pada pihak sekolah untuk memikirkannya.

Dalam pengajaran guru, masalah juga timbul antara mahu “mentaati” Lembaga Peperiksaan ataukah mahu “mentaati” Kementerian Pelajaran. PBS diselia dan diurustadbir oleh Lembaga Peperiksaan yang inginkan penilaian setiap band berdasarkan eviden yang telah dibuat, mesti dikey-in setiap bulan mengikut tajuk. Ini bermakna kebanyakan waktu P&P guru digunakan untuk menjalankan ujian PBS ke atas setiap pelajar dan bagi tujuan dimasukkan nilai band dalam laman web PBS setiap bulan berdasarkan ujian dan eviden yang disediakan, manakala Kementerian Pelajaran mula mahukan tajuk dan sukatan dihabiskan dalam tempoh yang tertentu. Ini menimbulkan “pertelagahan” antara mahu mentaati kemahuan Lembaga Peperiksaan ataukah mahu mentaati kemahuan Kementerian Pelajaran. Dengan kata mudah, jika guru menjalankan ujian PBS semasa P&P, sukatan dan isi pelajaran tidak dapat dihabiskan dan diajar dengan sempurna, jika guru menjalankan P&P seperti biasa, ujian PBS tidak dapat dijalankan kerana masa 40 minit waktu mengajar telah digunakan untuk menjalankan P&P.

SISTEM PENILAIAN PENCAPAIAN BARU

Selain itu, pelajar tidak lagi dinilai dengan kedudukan dan nombor dalam kelas atau tingkatan tetapi dinilai dalam ukuran band, iaitu band 1 hingga band 6. Ini memberi masalah kepada para ibu bapa untuk mengetahui setiap prestasi, kebolehan dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh anak mereka. Timbul masalah juga pelajar di sekolah pedalaman dengan sekolah berasrama penuh apa bezanya jika kesemua mereka mendapat band 6? Tiada penilaian dalam bentuk gred, peratus dan agregat seperti sistem lama dahulu. Bagaimana pula dengan ukuran kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke MRSM atau lain-lain yang sekolah yang menjadi rebutan para pelajar?

Ini hanyalah sebahagian masalah dan rungutan para guru yang bertugas di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran buat masa ini yang sempat saya tulis di ruangan ini. Sebenarnya banyak lagi rungutan yang tidak terkata seperti kebajikan para guru dan pelajar, masalah kemudahan dan infrastruktur sekolah yang juga diabaikan oleh pihak berwajib dan amat menyedihkan dan mengalirkan air mata bagi sesiapa yang memerhati dan memikirkannya. Mudah-mudahan luahan hati ini memberi pengajaran kepada kita akan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh sesiapa yang memegang amanah dan tanggungjawab."
 

Terbaek




Bendera PAS berkibar megah di Pokok Kekabu yang tinggi

Sebahagian gambar-gambar terbaik berkaitan rakyat sudah amat bersedia menghadapi PRU-13 yang Orangni copy dari laman-laman FB dalam beberapa hari lalu.

Sungguh hebat dan bersemangat sekali aksi dan gaya dalam gambar yang dimuat naik....rakyat dah tak sabar lagi, Najib masih tercari-cari tarikh tak jumpa-jumpa lagi..hehe...


Anak Muda PAS


Kaum India bergaya dengan baju istimewa


Restoran Cina dihiasi bendera hijau putih


Dewan Himpunan Penyokong PAS


Bendera gergasi


Motor kapcai pun hijau..haha...


Paling hebat...hehehe...


Ini gambar juara...hehehe...

Hujah lawan hujah

Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya.”

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

“Jawab! Jawab! Jawab!” hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

“Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara,” jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

“Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini,” kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

“Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung,” jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

“Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah,” jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.


3 syarat mesti ikut
1) Fokus pada isu
2) Hujah lawan hujah
3) guna akal bukan emosi... be profesional :)

hacker


Assalamualaikum WBT

biasanya bila sebut pasal hacker atau dalam bahasa melayunya ialah penggodam rasanya ramai dah tahu. Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. 

Di sini disenaraikan 10 software yang sering digunakan hacker ni.. Dipetik dari forum Carigold..
10 Software Yang Sering Digunakan Hacker
1.NMAP
Software pengimbasan keselamatan yang terbaik dan alat hacking terbaik yang pernah dibuat. Perisian ini mendahului setiap senarai perisian untuk hacking atas dua sebab. Pertama, mudah digunakan dan kedua, penggunaan yang meluas.

2.SUPER-SCAN
TCP port yang hebat untuk mengimbas scanner, pinger, resolver.

3.NESSUS vulnerability scanner
Software yang hebat tetapi terbatas dalam sesetengah operasi.

4.John The Riper
Alat password cracker. Hanya beroperasi sesetengah versi UNIX dan window.

5. WIRESHARK and KISMET
Penceroboh Wifi. software ini mebolehkan jiran anda berkongsi wifi dengan tanpa pengetahuan anda.

6.PANGOLIN SQL injection scanner
Pengimbas website. Hati-hati jika website tidak mahu digodam dengan benda ni.

7. NIKTO 2
OPEN SOURCE untuk mengimbas web server. Menyemak keseluruhan web server termasuk file2 bahaya dan lain2 lagi

8. Low orbit Ion Cannon
Alat serangan DOS yang berkesan. Dibangunkan oleh kumpulan hacker yang popular dengan nama “Anonymous”.Alat ini akan menyebabkan web server menjadi sesak dan menjadi down@ tidak dapat diakses

9.CAIN & ABEL
Password cracker yang digemari. Tetapi kurang update.

10.HIDE IP

1.7k vs 170


Penipuan melalui jual-beli di internet bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Kita seringkali dingatkan kalau nak buat pembelian di internet, pastikan Cash on Delivery (COD) barulah beli. Tengok barang, puas hati dan kemudian barulah bayar secara tunai. Tapi kejadian yang akan kami kongsikan ini adalah pembelian berasaskan COD tetapi tetap menjadi mangsa penipuan. Bagaimanakah penipuan ini dilakukan si durjana? Bagaimanakah modus operandi mereka kali ini? Encik A menghubungi kami untuk berkongsikan pengalaman tertipu yang dilaluinya minggu lepas.
——
Salam..saya En A..salah seorang dari pengguna mudah.my..setahun berurusan dgn mudah, tiada sebarang masalah mahupun penipuan yang saya alami..sehinggalah 21.2.2013..

21.2.2013 – Pada jam 1pm saya membuka mudah.my untuk mencari iphone 5 yang ditempah oleh seorang dari pelanggan saya.utk pengetahuan saya seorang dealer telefon..jadi saya akan mencari telefon yang lebih murah pada harga pasaran dan akn menjualnya kepada pelanggan saya.selepas bertanya berkenaan dengan iklan yang disiarkan,si penjual (wanita dlm lingkungan awal 30an org utara berdasarkan loghat aka si puaka) mengesahkan iphone 5 masih ada stok.dia buka harga RM1900..setelah proses tawar menawar,si puaka tersebut bersetuju utk menjualnya pada harga RM1750.

22.2.2013 – Si puaka tersebut mengajak saya berjumpa di masjid Kg Baru selepas Isyak tetapi saya minta tukar waktu sebab saya balik ke kampung pada waktu tersebut.

23.2.2013 – Pada jam 1pm si puaka tersebut mengatakan mahu berjumpa saya di Kepong pada 4pm.dan saya bersetuju..semasa menuju ke Kepong si puaka tersebut call saya mengatakan tidak jadi bertemu di Kepong pada jam 4pm..saya kata ok walau sudah mula curiga dgn si puaka

tersebut..kemudian dia mengajak saya berjumpa di Mid Valley pada jam 8.30pm.selepas didesak oleh si bakal pembeli sy yg mahukan iphone 5 tersebut,saya bersetuju utk berjumpa di Mid Valley.

23.2.2013,8.30pm – dengan langkah yang kacak,saya sampai di Mid Valley.Saya menerima panggilan dari si puaka tersebut yang mengatakan bahawa dia tidak dapat datang tetapi menghantar wakilnya iaitu En K (seorang lelaki awal 40an).Mengikut kata si puaka tersebut,En K adalah sepupunya.

23.2.2013,9pm – En K sampai dan kami terus memulakan urusan jual beli.setelah berpuashati dgn iphone 5 tersebut,saya call si puaka tersebut memberitahu yang saya bersetuju utk membeli iphone 5 tersebut dan si puaka menyuruh saya bank in kan duit ke akaunnye dgn alasan x mahu memberikan cash money tersebut kepada En K(yg didakwa sepupunya)..selang 1 min kemudian saya dapat mesej dari si puaka menyuruh bank in duit ke akaun suaminya..Maybank,acc num 162227282720 atas nama Mohd Hassan Mohamed .si puaka mengatakan setelah saya bank in,dan duit masuk dia akn menyuruh En k beri iphone 5 tersebut kepada saya..tetapi selepas 10min menunggu, En K masih belum menerima sebarang panggilan dari Si Puaka tersebut.saat ini saya sudah dpt rasa yang saya sudah ditipu.

23.2.2013,9.30pm – setelah menunggu lama En K kelihatan resah.saya sudah mula syak yang En K terlibat sama dalam penipuan ini.En K menyuruh saya berjalan2 dahulu sementara menunggu panggilan dari si puaka..tp saya xnak sebab saya dah x sedap hati..tak lama kemudian En K bertanya kpd saya akaun num tadi atas nama siapa..saya ckp atas nama Mohd Hassan Mohamed.kemudian die tny saya siapa dia tu..saya ckplah itukan suami si puaka.dia ckp diapun x kenal siapa si puaka tersebut..jeng jeng jeng!!sah saya kena 

tipu!!!!!!!!!damn!!!!!!hati dah mula panas..En K seolah olah mahu pergi mcm tu saje..jadi utk langkah selamat saya rampas hp tersebut dan berlari laju kearah polis yg ada tidak jauh dari kami..nasib baik x kena pukul dgn org ramai..saya member iphone 5 tersebut kpd polis dan saya cakap saya rasa saya dah kena tipu.dan saya bersama En K pergi membuat laporan polis..polis cakap dalam masa 24jam dia akn call saya utk diambil keterangan,tp sehingga sekarang masih senyap..mungkin bagi mereka, nilai 1.7k itu kecil bagi dia, tp tidak bagi saya!!

23.2.2013,11pm – rupa2nya En K ini memang ada menjual iphone 5 dengan harga 2.1k di mudah.my dan si puaka tersebut mengatakan dia mahu membeli iphone tersebut dan mahu jumpa di Mid Valley pada 8.30. si puaka mengatakan pada En k bahawa dia x dpt dtg,tetapi menghantar sepupunya (saya ler) utk melihat dan membayar iphone 5 tersebut. menurut cerita En K,si puaka tersebut cakap yang saya akan bank in kan duit terus ke akaun En K, (padahal akaun si puaka tersebut).jadi,saya dan En K sudah menjadi mangsa si puaka.. demi utk mendapatkan untung RM170,saya kerugian RM1700.. agak sedih disitu.saya tidak doa supaya jadi begini,saya tidak minta jadi begini,tp semua ini kehendak Dia..mungkin ade kelalaian saya sebelum ini.ini semua peringatan kepada diri saya agar tidak lupakan Dia walau diuji kesusahan atau kesenangan..saya terima.Cuma terkilanlah ade jugak saudara seIslam kita sanggup buat perkara ini utk income mereka..

Kesilapan saya adalah:
1) Tidak jumpa direct owner
2) Tidak beri cash pada owner
3) Terus bank in walaupun nama pemilik akaun tak sama jantina dengan org yg saya deal (si puaka)
4) Tindakan merampas hp pada tgn En K adalah tindakan yang bagi saya langkah selamat utk membawa En K ke balai polis sebab saya syak beliau terlibat sama..Sori En K
Jika saya org senang,xdelah saya keluarkan modal yg besar,utk dptkan untung yang kecil.sebab saya susahlah saya buat mcm ni.

Disini,saya perlukan anda semua utk mendoakan dan mengaminkan doa ini..doa ini dituju kepada si puaka tersebut dan org2 yang terlibat..

Ya Allah Ya Tuhanku,hambaMu yang hina dan lalai ini dengan rendah diri memohon pertolonganMu agar berilah balasan yang setimpal kepada si puaka tersebut jika beliau membelanjakan duit tersebut dgn tanpa perasaan yg serba salah dan dgn niat memang hendak menipu aku..berilah balasan sekeras kerasnya kepada si puaka dan si penipu tersebut agar beliau sedar akn perbuatannya..tetapi jika beliau terpaksa dlm melakukan penipuan tersebut,maafkanlah dia,bantulah dia agar kembali kejalan yang benar…Engkau perkenanlah doa ku ini.sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..amin..amin..amin..

Runtuh



ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-1
Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.
ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-2
Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.
ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-3
881903_10152619513920195_2065303261_o
Tiada nyawa terkorban memandangkan flyover ini telah ditutup untuk kegunaan orang ramai sejak Disember lalu dan lencongan telah dibuat (tindakan awal kerana terdapat risiko untuk runtuh. Apapun akibat runtuhan ini, semua jalan ditutup serta-merta. Sila rujuk laluan alternatif yang disediakan.

Eksp PDT sem IV KMS: Polimerisation nylon 6,10

  Salam... tengok aje video nie... In Shaa Allah faham cara nak wat kat lab nanti


yang nie video yg teman rakam ... macam langit dgn bumi berbanding video di atas


Inilah dia yang sepatutnya disediakan... :) Sila rujuk manual lab yea...
part nie kena perhati kat video molek2... camne cara diorang buat... fahamkan



yang nie 1st time buat... tu la pasal tak jadi... maklumla selalu sangat wat uji lari....


rupa macam kulit ular bersalin kulit


dah macam rupa bedak sejuk pun ada... sapa tau naper teman wat tak jadi? ... teman belanja makan roti telur kat banting baru...


setelah berusaha... ta daaaa... inilah hasilnya yang diingini... Alhamdulillah :)


Ada 5 rupa tali yang mungkin pelajar PDT teman hasilkan minggu depan


ujian ketumpatan polimer berbanding air... klu kendang tu...(cakap jawanya floating) kurang tumpat ler gamaknya yop



kering guna hair-dryer... orak lumer... ... termoset atau termoplastik??? apa jawabnya?


rupa macam plastik TESCO biodegradable ---> betul ker ejaan teman nie?


panaskan dalam oven... suhu 250 C

dah sejuk (dalam fume cupboard) ... pastu panaskan balik... reheat

sejukkan kali kedua... 

inilah rupanya polimer nylon (N-ow Y-ou L-oose O-ld N-ippon)

Kredit  : Pembantu makmal kimi-'A'! KMS-hehdi sem IV PDT sesi 2012/13
            Bro Thanawi... kak Turimah... sis nora... bro Saiki

            Pensyarah kimi-'A'!  : Shafawati 

            Orang gambar         : LaNunkimi-'A'! Alfaqir wa Dhoif Ilallah

            model kamera video : smartphone samsung S1 Advance max 
                                           resolution

Wednesday, 27 February 2013

alQuran



Aduan Qur'an tentang kelalaian kita..

Tatkala Al Qur’an pun mengadu
Pernahkah kita membayangkan itu?
Pernahkah kita memikirkan bahwa suatu ketika Al Qur’an akan mengadu.
Mengadu tentang keengganan kita untuk sejenak meliriknya
Keterburu-buruan kita ketika membacanya

Mengadu tentang bacaan yang tidak sesuai dengan aturannya
Mengadu tentang kita yang tak pernah meresapi makna-makna indah yang ia tebarkan sejak ta’awuz dilafazkan
Mengadu tentang kita yang lalai, lalai dan terus saja lalai untuk sedikit mencoba memaknai isinya
Mengadu akan sikap kita yang sering mencari tandingannya

Bukankah aku adalah kitab yang sudah terjamin?
Bukankah Rabb kita telah menitipkanku padamu?
Hingga tiba waktu kita mengucapkan selamat tinggal padanya
Pada mutiara indah bernama Al Qur’an

Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (QS. Al Baqarah: 2)

untuk direnungkan bersama sahabat..

~nazri~
Aduan Qur'an tentang kelalaian kita..

Tatkala Al Qur’an pun mengadu
Pernahkah kita membayangkan itu?
Pernahkah kita memikirkan bahwa suatu ketika Al Qur’an akan mengadu.
Mengadu tentang keengganan kita untuk sejenak meliriknya
Keterburu-buruan kita ketika membacanya

Mengadu tentang bacaan yang tidak sesuai dengan aturannya
Mengadu tentang kita yang tak pernah meresapi makna-makna indah yang ia tebarkan sejak ta’awuz dilafazkan
Mengadu tentang kita yang lalai, lalai dan terus saja lalai untuk sedikit mencoba memaknai isinya
Mengadu akan sikap kita yang sering mencari tandingannya

Bukankah aku adalah kitab yang sudah terjamin?
Bukankah Rabb kita telah menitipkanku padamu?
Hingga tiba waktu kita mengucapkan selamat tinggal padanya
Pada mutiara indah bernama Al Qur’an

Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (QS. Al Baqarah: 2)

untuk direnungkan bersama sahabat..

~nazri~

Tuesday, 26 February 2013

alih

Seorang bapak sedang berkunjung ke rumah anaknya yg baru saja menempati rumah baru.

Pagi itu sang bapak menikmati terbitnya matahari pagi. Ternyata ada pohon yg cukup besar menghalangi pandangannya.

Sang bapak memanggil anaknya & mengatakan, " Nak sebaiknya ditebang saja pohon itu sebab menghalangiku menikmati indahnya sinar matahari pagi "

''Bapak, kenapa harus dipotong ? Bukankah bapak cukup menggeser tempat duduk saja,' kata anaknya.

Sang bapak menggeser tempat duduknya & terlihat matahari pagi, 'Oh ya..kamu benar nak,' jawabnya.

Begitulah kita semua....seringkali beranggapan bahwa sumber masalah kita penyebabnya berasal dari luar... tanpa berani mengatakan bahwa sebenarnya masalahnya ada di dalam diri kita sendiri yaitu cara berpikir kita.....

Cara kita memandang masalah sebenarnya sumber dari masalah.

Menggeser sedikit cara pandang kita sebenarnya bisa menyelesaikan dan memberikan solusi atas masalah kita tsb.

Seperti cerita diatas, sang bapak tidak perlu menebang pohon, akan butuh banyak biaya dan waktu yg dikeluarkan sementara hanya dgn menggeser tempat duduk masalahnya bisa menjadi selesai.

Itulah sebabnya cara pandang seseorg merupakan cerminan dari kehidupan yg dijalaninya.

.͡▹ Cara pandang yg sehat, maka akan membuat Perkataan kita menjadi baik dan santun..

.͡▹ Melalui Perkataan baik dan santun, maka akan timbul Tindakan yg baik dan bijaksana.

.͡▹ Melalui Tindakan yg baik dan bijaksana akan tercipta kebiasaan yg baik & sehat.

.͡▹ Dan melalui kebiasaan yg baik dan sehat inilah akan menentukan hidup yang Sehat dan bahagia dalam diri kita semua....

Met Pagi...Tetap semangat, dan saatnya untuk berubah ke arah yang lebih baik..tidak ada kata terlambat utk suatu perubahan...better and better...!