Ahad, 3 Februari 2013

runtuh meletup

Kemalangan yang sadis berlaku di provinsi Henan Chinasemalam. Setakat ini 26 orang dilaporkan meninggal dunia apabila sebuah jambatan yang merentasi lebuhraya Lianhuo runtuh dan menyebabkan dua buah lori dan 10 buah kereta menjunam jatuh setingga 100 kaki ke bumi. Menurut laporan media China, salah sebuah lori dikatakan membawa mercun untuk perayaan tahun baru China dan lori ini meletup selepas kemalangan dan ini menyebabkan jumlah kematian meningkat.

Pihak berkuasa China mengatakan jambatan runtuh kerana lori mercun ini meletup terlebih dahulu namun rakyat jelata tidak mempercayai berita yang dilaporkan. Mereka percaya kejadian jambatan baru yang runtuh sudah terlalu kerap berlaku di China dan kali ini lori membawa mercun digunakan oleh kerajaan untuk menutup jenayah korupsi ketika jambatan ini di bina.

#Never trust what government say! Kalau dah terang lagi bersuluh, apa lagi? PANGKAH!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan