Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah,
Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.
Dan barangsiapa memperbaiki urusan akhiratnya,
Allah akan memperbaiki urusan dunianya.
Pada detik diri lelah menanggung keperitan menahan kesakitan, sesungguhnya pada saat itu bukanlah kesembuhan hakiki yang didambakan.
Pada detik diri tersungkur di atas landasan kegagalan, sesungguhnya pada saat itu bukanlah kejayaan & kemasyhuran hakiki yang diimpikan.
Pada detik diri hilang punca dan keyakinan sehingga terkapai-kapai dalam meniti gejolak ombak dan badai ujian-Nya, sesungguhnya bukanlah harta kekayaan dan wang ringgit mutlak yang diidamkan.
Tidak mengapa andai tiada harapan lagi disaat kesakitan menjengah kerana sudah memadai andai doa dan dorongan yang tidak pernah putus dari mereka yang dicintai terus disalurkan melalui oksigen kekuatan.
Tidak mengapa andai masih jauh untuk tiba di destinasi kejayaan setelah tersungkur rebah di atas landasan kegagalan kerana sudah memadai andai doa, motivasi dan dorongan yang tidak pernah kelam dari mereka yang dicintai terus dipancarkan melalui pelita cahaya kekuatan.
Aku bukanlah siapa-siapa. Yang pastinya aku adalah seorang pendosa. Pendosa yang kadang-kadang berada dihulu & kadang-kadang berada dihilir tasik di atas sampan menuju ke sebuah destinasi hakiki untuk menagih cinta & kasih dari-Nya.
Aku bukanlah seorang penulis yang mampu & mempunyai bakat biarpun jika dicungkil-cungkil oleh pensyarah untuk mengupas isu-isu terkini dengan baik..
Saudara ku di Gaza Palestin sana
Emosi mereka ditekan bertubi-tubi,
para ummi seusia ibuku diseksa berkali-kali,
anak kecil dibunuh tanpa dikasihani,
para remaja seusiaku dirogol bukannya sekali,
para pejuang seusia ayah & adikku tanpa rasa sangsi berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Al-Aqsa dan menghancurkan Zionis laknatullah dengan tangan mereka sendiri.
Keadaan aku disini sama sahaja seperti saudaraku di Gaza sana.
Mereka diserang bertubi-tubi oleh Zionis dan mati bergelar syuhada. Mereka diuji. Sama seperti kita disini, masih diuji. Tapi kita disini diuji dengan keharmonian, keseronokan, hiburan, kedamaian, keselesaan, kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah. Kita enak baring di tilam comfort zone yang empukkah?
Tiap kali iklan di media massa memaparkan iklan-iklan, naluri kecil aku bermonolog sendirian. Ada sekelumit rasa terkilan lahir tiba-tiba tanpa diminta. Sudahlah sumbangan & pertolongan aku buat saudaraku disana bukan sebesar sekangkang kera. Mungkin sekangkang ladybird pun tak sampai. Serba salah tak tahu nak kata apa. Betapa lemahnya aku, aku hanya mampu berdoa & boikot-memboikot sedaya upaya aku.
Seingat aku, ini ayat yang aku mampu petik dari televisyen. Ingat-ingat lupa sebab tak konsisten amalkan pengambilan kurma & kismis.
“Malaysia Negara yang aman & damai berbilang kaum. Tiada pertumpahan darah & tiada peperangan.”
Ada yang kata,
“Alhamdulillah. Malaysia bebas dari peperangan.”
Aah, aku akui. Memang mesej yang disampaikan tidak sampai jatuh hukum makruh mahupun haram. Aku tak kata salah. Tak salah pun untuk diuar-uarkan di kaca televisyen, dada akhbar, corong radio. Tetapi, alangkah molek jika mesej yang disampaikan diselitkan sekali bersama suasana & keadaan saudara kita di sana, semangat buat mereka yang tak pernah mati untuk ditanam dalam diri buat kita disini agar doa buat mereka tak pernah bermusim.
Ye. Aku khilaf. Isu Gaza tidak bermusim. Isu Gaza bukan sesejuk musim salji, bukan seindah musim bunga, bukan secantik sedamai musim luruh & bukan sebahang musim panas. Kita kat sini, petik suis kipas bila start berpeluh. Mereka disana tak sempat untuk lap peluh pun sebab sibuk memetik picu pistol, bom & machine gun melawan musuh.
Isu Gaza isu kita.
Isu Gaza isu kita.
Gali dan tanam dalam-dalam sense of emphathy & sympathy dalam diri. Cuba kita bayangkan Negara kita Malaysia yang dulunya aman, harmoni, sentosa & indah kini diserang musuh. Tiada lagi bangunan tersergam indah mencakar cakar langit. Tiada lagi rumah mewah yang menghiasi indah bandar-bandar maju. Tiada lagi kereta mahal menggelosor memenuhi ruang di atas highway. Tiada lagi padang cantikyang acap kali merakam kegembiraan & hilaian tawa adik-adik kita. Semuanya ketika itu dalam genggaman musuh.
Mereka seusia kita dirogol. Mereka seusia ayah kita dibunuh. Mereka seusia ibu kita ditindas. Mereka seusia adik & abang kita dizalimi. Semuanya berlaku depan mata kita. Mampukah kita?
Di saat itu, kita yang sangat membutuhkan doa & pertolongan dari negara jiran yang seakidah dengan kita. Tapi apa yang kita dengar & diuar-uarkan di negara mereka iaitu negara jiran kita hanyalah..
“Negara kita aman. Negara kita bebas dari cengkaman penjajah. Negara kita bersih dari pertumpahan darah & peperangan.”
ini ke yang kita nak dengar disaat kita memerlukan sesuatu yang sangat kita butuhkan disaat kita diuji? Bukan bermaksud untuk menyatakan bahawa kita tiada usaha langsung tapi alangkah lagi molek jika sense of empathy & sympathy towards our brothers & sisters disemai & ditanam tiada pernah henti dari siaran hiburan yang tak bawa apa-apa benefit pun. Merosakkan pemikiran adik-adik, anak-anak kita lagi ada la.
Bukan apa. Bukan nak condemn. Takut alpa dengan ujian kedamaian & kemewahan kita disini. Aku bukan sahaja pendosa & tetapi aku juga seorang pelupa. Sebab itulah aku tak pernah pun dapat 100% dalam paper math ke, sejarah hatta paper psikologi sendiri. Sebab apa? Yee. Sebab aku seorang yang pelupa. Diingatkan sekali lagi bahawa aku seorang pendosa & pelupa.
Bukan apa. Bukan nak condemn. Takut alpa dengan ujian kedamaian & kemewahan kita disini. Aku bukan sahaja pendosa & tetapi aku juga seorang pelupa. Sebab itulah aku tak pernah pun dapat 100% dalam paper math ke, sejarah hatta paper psikologi sendiri. Sebab apa? Yee. Sebab aku seorang yang pelupa. Diingatkan sekali lagi bahawa aku seorang pendosa & pelupa.
Kita manusia yang lemah yang memerlukan dorongan, sokongan, motivasi & semangat dari mereka yang kita cinta & percayai. Bukan sekali seumur hidup tapi sepanjang hayat. Itulah yang aku maksudkan. Disaat itu, bukan harta yang menjadi keutamaan hakiki & mutlak. Tetapi, semangat yang tidak pernah mati & tidak bermusim.
Seperti juga aku. Disaat aku lemas hilang punca, tenggelam mencari arah, terjatuh gagal rebah, sakit tiada penawar, bukan material yang aku cari. Tetapi, kata-kata semangat dari mereka yang aku cintai menjadi pemangkin diri. Doa, inspirasi, motivasi, semangat & dorongan ibarat dadah yang perlu disuntik selalu dalam diri aku. Sekali disuntik, hilang segala kepahitan malah penyumbang tenaga untuk terus berdiri dari terus rebah & koma dalam kesedihan hatta kelemahan. Bezanya, ia tidaklah haram dengan dadah yang sering diambil oleh penagih dadah di Malaysia kini..
Sempat untuk aku petik sepotong kata-kata anak Palestin belasan tahun dari sebuah artikel, Majalah Jom tulisan oleh Nurul ‘Ain Mohd Lotphi :
“Harapan kami hanya satu. Doakan kami disini. Kami merindui saudara-saudara seislam kami. Cukuplah doa kalian menjadi kekuatan kami. Dan kami di sini pasti akan melaksanakan amanah kami, berjuang untuk membebaskan al-Aqsa & Palestin. Doakan aku juga menjadi syuhada seperti ayahku.”
Ayah anak Palestin ini telah syahid akibat digilis trak tentera Israel di hadapan dia & ibunya..
Sesuatu perhubungan takkan berjaya untuk dipertahankan jika salah seorang meninggalkan seorang yang lain di saat dia memerlukan. Ikhlaskan hati untuk saling mendoakan & membantu antara satu sama lain.
Tahniah & Alhamdulillah kepada siaran televisyen yang telah berjaya & berusaha semampu mereka dalam menyelitkan, menayangkan, memaparkan & membawa unsur-unsur dakwah, nilai-nilai Islam, sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w biarpun dalam rancangan hiburan. Moga Allah merahmati & melindungi mereka yang setiap hari berfikir & berusaha untuk kebaikan & kemaslahatan umat Islam.
[Al-'Asr: 1-3]
Media elektronik sangatttt berpengaruh buat kita-kita, adik-adik, sanak saudara, sahabat handai, anak-anak bahkan siapa tahu buat haiwan ternakan juge.
Salah guna, generasi mati. Bukan mati fizikal tapi mati hati..
[Al-'Asr: 1-3]
Media elektronik sangatttt berpengaruh buat kita-kita, adik-adik, sanak saudara, sahabat handai, anak-anak bahkan siapa tahu buat haiwan ternakan juge.
Salah guna, generasi mati. Bukan mati fizikal tapi mati hati..
“And Muslims are billion in number but the thing is that there is no concern.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan