10 alasan Paling Beracun pelajar kimi-'A'! matrikulasi
1. 'Saya Tidak Tahu Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Rileks bro. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah tajuk yang banyak untuk kimi-'A'! organik. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari. ingat... bukan 4 jam main game... subuh berjemaah!!
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kimi-'A'! organik. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami. wat mind map... fikir masa depan... nak jadi makcik klener, pak gad atau makcik cafe. Ingat mike 4 sem belajar.
3. 'Susahnya kimi-'A'! organik , LangsungTak Faham !!! 10sen!!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Allah yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan teman, sebaik sahaja kita faham kimi-'A'! organik, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam tutor. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati kimi-'A'! organik itu sukar.
Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi kimi-'A'! organik yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi teman berasa amat gembira apabila pelajar matrik bertanya kepada teman di kubikel. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu konsep kimi-'A'! organik itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah. Ni kat U nanti... bukan sekarang atau PSPM IV
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Nak Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik kimi-'A'! organik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham sket aje kot.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai tajuk kimi-'A'! organik tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai konsep penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan. klu mike tidur kat kuliah..? ponteng kuliah..? x wat tutor..? hisshhh
6. 'Banyaknya Persamaan kimi-'A'! organik Nak Kena Ingat!!!'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru. kimi-'A'! organik ubatnya senang aje... wat peta minda!
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat. La ni lupa dah'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai konsep tindak balas kimi-'A'! organik tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Makan kena jaga...
Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Keberkatan ilmu kimi-'A'! organik dari pensyarah yang mengajar sangat 10x penting... listen...10X !
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil yang ada tilam di bilik asrama.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap kimi-'A'! organik kita. Memahami kimi-'A'! organik tidak sama dengan membaca buku cerita atau tengok citer Setia hingga hujung nyawa. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan buat peta minda untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian. Gunakan soalan dari buku real exam practise
9. 'Saya suka studi last minute... pastu stidoorr... zzZZzzZz.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagaimanapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah atau kalut terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak konsep kimi-'A'! organik dipelajari.
Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa PSPM IV. Teman pernah melihat rakan yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan GB go home...! Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh. Buktikan... kimi-'A'! organik itu M U D A H ....... In Shaa Allah A !!!!!! amin :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan