Khamis, 21 Februari 2013

tolon

Saya seorang kaki tangan Kerajaan Persekutuan yang merasa teraniaya dengan kewujudan Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1MOCC ini merupakan satu projek 'National Flagship' dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang boleh diaksess menggunakan 1 nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.

Hal ini kerana kami para pegawai khidmat pelanggan telah di serap/ dipindahkan dari jabatan masing-masing dan diserap ke Mampu, Jabatan Perdana Menteri. Tetapi kebajikan kami diabaikan!

Bayangkan kami yang kebanyakan telah berumahtangga, beranak pinak. Ada yang terpaksa berulang dari Tanjung Malim, Perak, dari kawasan pedalaman di Selangor, dan lain-lain kawasan yang jauh untuk ke Cyberjaya. sudahlah tiada rumah/ kuarters disediakan, tiada elaun diberi, diberi waktu kerja syif pula! Kami benar-benar rasa teraniaya.

Saya dan kawan-kawan yang lain telah mengadu ke pihak atasan di Mampu namun tidak diendahkan. Kami juga telah mengemukakan aduan ke Cuepacs, tapi tidak dilayan! Hendak meletakkan jawatan, kami punya komitmen, punyai hutang piutang yang terpaksa dibayar!

Tolonglah kami!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan