Dipendamkan di dalam hatinya, yg tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya... hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. srikandi yang berperibadi mulia.
Dia sedar dirinya tidak punyai apa-apa untuk meminangi puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merialisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar as-Siddiq, melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya".... begitulah batin Ali... Ia merasa diuji kerana merasa siapalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi ?? Abu Bakar lebih utama. Mungkin Abu Bakar bukanlah kerabat terdekat Nabi, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tak tertandingi.... Lihatlah Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menggantikan maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar Mekkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar.. seperti Uthman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa'd ibn Abi Waqqash, Mush'ab. Ini yg tak mungkin dilakukan oleh kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa ramai budak muslim yg dibebaskan dan faqir yang dibela Abu Bakar seperti Bilal Khabbab, keluarga Yasir, 'Abdullah ibn Mas'ud. Dan siapa budak yg Ali bebaskan?? hmm....
Dari segi kewangan, Abu Bakar saudagar, InsyaAllah... lebih mampu membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga yg miskin....
"Inilah persaudaraan dan cinta" gumam, Ali..
"Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku... aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.."
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterimanya.... Umar al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh Islam dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yg terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yg dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yg membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, al-Farouq... sang pemisah antara yg hak dengan batil itu juga datang melamar Fatimah... Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata... "Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar." .... Betapa tingginya kedudukan Umar disisi Rasul.. Ali redha kerana dia tahu Umar lebih layah daripadanya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka tatkala perkhabaran diterimanya bahawa pinangan Umar juga ditolak baik oleh Nabi. Bagaimana sebenarnya menantu pilihan Nabi ?? Sedangkan dua sahabat baginda ditolak pinangannya??
Pada suatu hari, Abu Bakar, Umar, dan Sa'ad bin Mu'adz bersama-sama Rasulullah duduk di dalam masjid. Pada kesempatan itu dibincangkan antara lain persoalan puteri baginda. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar, "apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib??"
Abu Bakar menyatakan kesediaannya, dia beranjak untuk menghubungi Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar dengan tergopoh-gopoh, dia terperanjat lalu menyambutnya.. dia bertanya "Anda datang membawa berita apa??"
Setelah duduk beristirahat sejenak, Abu Bakar segera menjelaskan persoalannya :
"Hai Ali, engkau ialah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan berbanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk meminangi Fatimah, namun, larangan itu semua baginda tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali, apa sebab sehingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri ? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untuk mu"....
Mendengar perkataan Abu Bakar itu, berlinang air mata Ali. Menanggapi kata-kata itu, Ali berkata..
"Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang diawalnya tenang. Anda telah mengingatkanku sesuatu yg telah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi, yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."
Abu Bakar terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membersar dan menguatkan hati Ali, Abu Bakar seraya berkata...
"Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu..Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!"
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil mendorong Ali untuk melamar puteri Rasulullah.
Beberapa waktu kemudian, Ali datang menghadap Rasulullah yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yg mengetuk pintu?" , Rasulullah menjawab: "Bangunlah dan bukakan pintu baginya, dia orang yg dicintai Allah dan Rasul-Nya... dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya".
Jawapan Baginda masih belum memuaskan hati Ummu Salmah. Dia bertanya lagi...
"Iya, tetapi siapakah itu?"
"Dia saudaraku, orang kesayanganku!" jawab Rasulullah.s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa, Ummu Salmah dikemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai mengunjungi kunjungan Ali kepada Rasulullah... itu : "Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yg datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk dan mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah. Dia dipersila duduk didepan baginda. Ali menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata :
"Hai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yg ada dalam fikiran mu. Apa sahaja yg engkau perlukan, akan kau perolehi dariku!"
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. yg demikian itu lahirlah keberanian Ali Bin Abi Talib untuk berkata : "Maafkan aku ya Rasulullah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcik mu Abu Talib dan makcik mu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberikan hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?"
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya : "Saat itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri, sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali : "Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?"
"Demi Allah" jawab Ali dengan terus terang... "Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta."
"Tentang pedangmu itu" kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali, "engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan unta mu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu, aku hendak engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali, engkau wajib bergembira sebab Allah azza wajalla yg sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikian riwayat yg diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat. Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya : "Bahawasanya, Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau dengan Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."
"Ya Rasulullah, itu ku terima dengan baik." jawab Ali bin Abi Talib r.a. dalam pernikahan itu.
♥ Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
♥ Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti Ali, ia mempersilakan.
Yang pertama adalah pengorbanan, yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan , bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali : "Maafkan aku kerana sebelum menikah denganmu, Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda." Ali terkejut.... dan berkata :
"Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah dengan ku?... dan siapakah pemuda itu?"
Sambil tersenyum, Fatimah berkata : "Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu"..
Gambar hiasan |
# Sungguh indah percintaan yang diaturkan oleh Allah. Biar hati sentiasa dahagakan cinta itu, namun imam lebih kuat menguasai sehingga hawa nafsu terpaksa tunduk. Inilah cinta yang terbaik :).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan