Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.
Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yg disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.
Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta yang khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikel banyak menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah 'Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.
Mereka yg kahwin utk keseronokan selalu menderita dan yg kahwin utk bahagia selalu kecewa. Hanya yg kahwin utk menyumbang selalu berjaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan