Friday, 31 January 2014

manayam

i Hari ini Jumaat Mubarak. Dengan rendah hati, saya mengajak sekalian rakyat Malaysia – khususnya penganut Islam – untuk buat refleksi seketika. Fikirkan tentang bagaimana kita membiarkan fitnah dan kezaliman berleluasa di sekeliling. Bagaimana kita izinkan manusia memfitnah aturan tabii bumi dan meremehkan kuasa Tuhan yang mengatur sistem alam semesta. Bagaimana kita biarkan manusia menzalimi tamadun ilmu serta menzalimi pemikiran komuniti dan generasi muda. Dengan meletakkan dusta dan fakta pada tempat yang songsang. Menerusi fantasi para penyebar dakyah ini, bumi kita seolah-olah digambarkan lebih badut daripada seorang lelaki mabuk todi. Boleh tungging terbalik sesuka hati – tanpa sebarang juzukan sebab-akibat yang logik. Mereka manipulasi ungkapan ‘kun faya kun’ sewenang-wenangnya sebagai lesen penghujahan untuk mereka-reka segala kemungkinan


. Mereka sangka itulah cara paling suci untuk beriman kepada keagungan Tuhan. IQ mereka yang cacat sedikit pun tidak terfikir bahawa mereka sebenarnya sedang mempersenda alam ciptaan Tuhan dan kuasa aturan-Nya yang sistematik. ii Idea bumi menyongsang kutub ini adalah anarki sains paling gampang selepas teori bumi rata – yang berkembang pesat semasa era pre Socratic dalam tamadun Greek, dan pre Gupta dalam tamadun Hindia. Dalam konteks kontemporari di Malaysia, idea kutub songsang ini dicetuskan oleh sekumpulan ‘manayam’ (definisi: manusia berakal ayam) dalam media alternatif blog dan laman sosial. Tetapi mercu tanda signfikan kepada kegampangan ini dijulang ke markat nasional oleh Sinar Harian, yang telah berjaya mengarusperdanakan ia dalam satu rencana pada penghujung Disember tahun lepas. Sekarang dakyah songsang ini sudah membiak merata-rata, dengan nilai tambah yang semakin gampang. Misalnya – invensi terbaru kepada idea itu adalah spekulasi kedatangan salji ke Malaysia.


 Ya, memang betul, Tuhan itu maha segala. Kun faya kun – jika Aku mengkehendaki, maka jadilah ia. Tetapi ini bukan justifikasi murahan untuk kita menyebarluas dogma sains yang caca marba tanpa asas. Hingga memperlihatkan Islam seperti satu agama kartun yang simplistik. iii Lebih tiga minggu dulu, saya sudah hubungi menerusi email beberapa individu yang mempunyai kuasa eksekutif terhadap skop penyiaran berita online Sinar Harian. Saya sampaikan kebimbangan saya terhadap trend anarki sains yang sedang dibudayakan oleh media arus perdana ini. Setelah berlangsung satu sesi debat yang panjang, ini jawapan yang saya terima: “Terima kasih atas prihatin Tuan menekuni berita media kami. Dukacita dimaklumkan bahawa Sinar Harian sebenarnya cuma sebuah akhbar tabloid; yang mengkhusus dalam penyiaran gosip dan sensasi. Sasaran utama akhbar kami cuma keuntungan. Sebab itu kami hanya patuh pada tuntutan pasaran, bukan falsafah ilmu. Kami tidak peduli pun dengan ketepatan fakta sains. Itu tanggungjawab jurnal akademik, bukan media kangkung macam kami. Konsep dan etika Sinar Harian memang mencampuraduk fakta dan auta. Kami menjual kebenaran dan pembohongan sekaligus. Terpulang pada pembaca bagaimana mau menyaring. 


r lain. Atau pindah ke planet yang tidak mempunyai akses suratkhabar kami.” iv Saya sangat sentap dengan jawapan balas itu. Sedih, geram dan kecewa. Rasa mau migrasi serta merta ke Pluto pun ada juga. Untuk melipur hati yang lara, petang kelmarin saya telah berdialog dengan bumi di tebing Laut Merah. Kata saya kepada Bumi: Mohon jutaan ampun dan maaf. Saya gagal untuk menghentikan fitnah yang dicanang tentang Tuan. Bahawa kononnya Tuan ini sudah gila kasmaran dan bakal songsang tidak lama lagi. Balas Bumi: Saya sangat sedih dan terluka. Selama ini saya patuhi arahan Tuhan dengan begitu taat. Memberikan rahmat kepada manusia dengan segala cara yang terdaya. Saya beri benih untuk disemai di atas tanah; yang kemudian saya suburkan dengan hujan, nutrien dan cahaya suria. Daripada kurnia ini, manusia membina kehidupan dan kebahagiaan.


 [Bumi menangis teresak-esak seketika] Bumi menyambung lagi: Tapi setelah saya tunaikan amanah Tuhan demi kesejahteraan umat sejagat, sekarang mereka fitnah saya sebagai si tua yang schizophrenia. Yang sudah hilang akal ingatan; hingga tidak kenal paksi sendiri. Sampai hati mereka tuduh saya akan tersongsang kutub dua tahun lagi. [Esakan Bumi makin menjadi-jadi] Kata saya epada Bumi dengan nada hiba: Saya sudah selidik seluruh sistem perundangan manusia, daripada level nasional sampai ke PBB. Tapi tidak ada mahkamah yang boleh menerima kes saman fitnah Tuan. Jadi, apakah tindakan Tuan seterusnya? Bumi pun tamatkan perbualan dengan dendam yang tajam: Tidak mengapalah. Bila manusia mati, mereka semua akan kembali ke dalam perutku. Jika mereka boleh sesuka-hati mau songsangkan kutub-kutubku; saya juga boleh songsangkan genitalia mereka! v Kepada para pemfitnah Bumi, sedarlah bahawa kalian semua akan mati suatu hari kelak. Lalu dikembalikan kepada Bumi. Ketika itu, kalian tidak mempunyai apa-apa lagi. Selain bumi di kiri, kanan, atas dan bawah. Bumi boleh saja menghimpit kalian sampai remuk redam. 


Tapi yang paling menakutkan, jika Bumi songsangkan milik kamu yang tidak sepatutnya songsang. Nanti ketika dibangkitkan kelak untuk berdepan dengan Tuhan;

Thursday, 30 January 2014

ayaam besar

Ada dua org adik beradik... ali dan abu, satu hari si ibu bawa pulang 2 ketul ayam... tapi saiz ayam ni tak sama... Abu abang kepada Ali... Abu sentiasa berpegang... jika di dalam situasi untuk memilih sesuatu... pastikan orang lain dapat yg lebih baik daripadanya... Tapi di dalam hati abu... memang nak sangat pada ayam saiz besar tu... so abu berserah kepada Allah... "ya Allah.. aku nak sangat ayam yg besar tu.. tapi aku tahu ini semua nafsu.. tapi jika kau izinkan aku dapat ayam besar tu.. bestlah..." So Abu biar ali yg pilih dulu... dan yg tidak dipilih itulah yg dipilih oleh Allah untuk Abu... Abu tahu Ali akan pilih ayam besar... tapi rupanya Ali amik yg kecik... Abu gembira sangat... tapi dia bukan gembira kerana dia akan dapat ayam besar.. tapi dia gembira kerana Allah bagi dia ayam besar... Walaupun begitu... Abu tetap bagi ayam besar tersebut pada Ali... dan abu amik yg kecik... rupanya bukan ayam besar yg memuaskan hatinya... tapi kerana Allah reply msg dia.... Jika kita di dalam situasi begini... jadilah seperti Abu... sentiasa berserah kpd Allah dlm membuat keputusan.. Sifat ini hanya ada pada org yg dekat kpd Allah... mmg indah

niaga

BAGAIMANA ORANG CINA BERNIAGA? Suka saya kongsikan beberapa tip berniaga orang cina, yang tak sempat nak bercakap di seminar Transformasi Minda Usahawan di Keramat Mall dua hari lalu. Ramai juga sahabat kita yang tak berpeluang untuk turut serta meminta tip-tip sebagai panduan untuk memajukan diri dalam bisnes. Apa kata peniaga bangsa Cina : 

1) Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan 

2) Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan 

3) Semakin banyak derma dan sumbangan semakin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung 

4) Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan 

5) Tidak ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri. 

6) Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil 

7) Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama" 

8) Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan. 

9) Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan. 

10) Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan. 

Sila kongsikan kepada rakan bisnes anda!

Wednesday, 29 January 2014

dilema mi-c

Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:

1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.

2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja)

3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.

4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?

5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.

6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.

Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka.

Saturday, 25 January 2014

limau terbalik


Trevipark





Glamping




bukti kejadian




Acualanscaping



Laporan asal Igorvarnic

DS najib



Kami ingin berkongsi dengan pembaca surat terbuka yang ditulis oleh YB Nurul Izzah Anwar kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di akhbar Sinar Harian hari ini. Di dalam surat terbuka tersebut, YB Nurul Izzah menekankan masalah inflasi , soal gaji dan upah, kualiti hidup rakyat di bandar dan juga retorik perkauman serta sentimen kebencian antara kaum di Malaysia.


SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari. Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata,“jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.


Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

sinis






pos-ter




Visit Website

Tuesday, 21 January 2014

5

Untuk difikirkan...
✅ Angka 5 dalam Islam;
5 waktu solat fardhu WAJIB didirikan.
5 Rukun ISLAM.

5 Hukum syariah Islamiah;
🔺 Wajib
🔺 Haram
🔺 Sunat
🔺 Makruh
🔺 Mubah (harus).

Ingat 5 prkra..
sblm 5 prkra:
Masa sihat sblm sakit;
Masa kaya sblm miskin;
Masa lapang sblm sibuk;
Masa muda sblm tua;
Masa hidup sblm mati.

5 peperangan besar
dalam ISLAM;
√ Perang Badar
√ Perang Uhud
√ Perang Khandak
√ Perang Muktah
√ Perang Hunain

5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI
✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW

5 Perkara yang WAJIB disegerakan.
1) Wajib segerakan memberi makan apabila tetamu datang ke rumah.
2) Wajib segerakan urusan ke atas jenazah.
3) Wajib segerakan anak gadis nikah jika baligh.
4) Wajib segerakan bayar hutang jika telah mampu.
5) Wajib segerakan TAUBAT atas pelbagai dosa lepas.

5 Dosa Besar yang Utama;
Syirik kepada Allah,
Derhaka pada ibubapa
Tinggal Solat Fardhu
Makan Harta Anak Yatim
Bunuh jiwa yang Islam
& terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.

5 perkara yang dicintai &
5 perkara yang dilupakan..
di Akhir Zaman..
🔺 Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
🔺 Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
🔺Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
🔺 Mencintai beli belah & Melupakan Kubur.
🔺 Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni
Allah s.w.t

Perpanjangkan perkongsian ini kepada sesiapa shja

magfirahNya

Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"
 
Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"
 
Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"
 
Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.
 
Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
 
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
 
"Belum," jawab orang itu.
 
"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.
 
"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi itu.
 
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."
 
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.
 
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.
 
Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
 
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "
 
Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya. "
 
Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."
 
Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
 
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "
 
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

domino

Punca Kenaikan Harga Barang Dan Kos Hidup

Pasca PRU13 memperlihatkan tekanan yang dihadapi rakyat apabila kenaikan harga barangan keperluan serta kos hidup mereka akibat pelarasan subsidi yang telah dilaksanakan kerajaan. Dengan menggunakan alasan "ke arah negara maju, untuk kebaikan negara" dan lain-lain alasan manis untuk terus "mengangkungkan" minda rakyat bagi menghalalkan segala tindakan mereka.

Umum mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu adalah bagi menutup segala ketirisan dan keborosan yang dilakukan oleh mereka sehingga menyebabkan negara kini berhadapan dengan masalah ekonomi dan hutang negara yang sangat tinggi.

Rakyat sendiri dapat melihat dengan mudah sebagai contoh, setiap kali pilihan raya kecil berlangsung, kerajaan akan menabur berbilion ringgit dengan janji pembangunan dan sebagainya bagi memancing undi rakyat. Ini tidak termasuk lagi ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sepertimana yang dilapor oleh Ketua Audit Negara.

Episod Kambing Hitam-Peniaga, Pengusaha Tersepit

Kini apabila rakyat mula menyatakan kemarahan mereka terhadap kenaikan kos hidup yang menggila ini melalui himpunan aman, media sosial dan lain-lain lagi, kerajaan tersedar bahawa tindakan mereka itu mengundang kemarahan rakyat. Maka untuk kembali menjadi hero kepada rakyat, para peniaga pula dipersalahkan.

Dalam beberapa hari ini kita dapat lihat di media, kerajaan cuba berlagak kembali sebagai pembela rakyat apabila Perdana Menteri mengumumkan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Kelmarin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata, kerajaan akan membatalkan lesen pengedar, pembekal dan pengimport barang keperluan harian jika mereka terus menaikkan harga barang. Maka dalam keadaan kos pengangkutan, penghasilan, bahan mentah dan lain-lain meningkat adakah wajar peniaga disalahkan untuk menampung keuntungan mereka?

Teori Domino Dalam Kenaikan Harga Barangan Keperluan

Untuk memahami perkara asas ekonomi sesebuah negara, kita tidak perlu kepada ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi. Kerajaan juga tidak perlu menubuhkan jawatankuasa khas kononnya bagi mengkaji punca kenaikan harga barang kerana teori domino ini amat mudah difahami.

Sebagai contoh mudah, sebuah kilang pastinya memerlukan tenaga eletrik bagi menjalankan penghasilan sesuatu barangan keperluan, maka dengan kenaikan tarif eletrik, sudah pasti kos penghasilan barangan tersebut juga meningkat, begitu juga dengan bahan api seperti diesel dan petrol yang turut meningkatkan kos penghantaran dan pengedaran barangan keperluan untuk diniagakan. Ini tidak termasuk lagi kos bahan mentah dan lain lain perkara yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu barangan keperluan.

Maka tidak hairanlah mengapa pengusaha dan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan keperluan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Jika kerajaan menuding jari sepenuhnya kepada pihak peniaga semata- mata dalam isu ini, maka jelaslah bahawa kerajaan kita merupakan kerajaan yang hipokrit dan zalim.

Kerajaan Boros, Rakyat Tanggung Beban

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib hari ini boros dalam pentadbirannya dan beliau sendiri menasihati kerajaan hari ini agak tidak boros. Bukti yang jelas kita boleh lihat melalui laporan Ketua Audit Negara yang lepas bagaimana pembaziran yang tidak munasabah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan hingga mencecah angka billion!

Akibat keborosan kerajaan dalam mengurus kewangan negara, langkah terakhir mereka untuk memulihkan ekonomi negara adalah dengan menarik subsidi terhadap rakyat yang akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung kos hidup yang menggila dan mereka kian terbeban di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang mana slogannya ketika pilihan raya umum lalu "BN Menang, Rakyat Senang".

Friday, 17 January 2014

maut

Wahab bin Munabbih telah menceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”

Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang”

Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”

Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?”

Seterusnya lelaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”

Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka”

Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”

Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat.

Thursday, 16 January 2014

senggugut

sakit senggugut ini ada bersangkutan dengan jin apabila melibatkan darah kotor. Sebab itu apabila dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran, maka segeranya hilang kesakitan itu. Wallahu alam.

Cara-caranya.

Minta ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan itu. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat dibawah tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca. 

1. Shalawat - 3x.

2. Al-Fatihah - 1x

3. Ayatul Kursi - 1x

4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 - 3x 

5. Surah Ali Imran: Ayat 5,6 - 3x 

Insha Allah dengan izin-Nya. Moga-moga dipermudahkanNya. Sekian Wasallam.

kong kang kung kung

Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat makang kangkung,

Budak budak cari kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung aje yg dijamah.. (sayur lain mahal kat pasar)

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
tokey kangkung senyum ketawa,..
x kisah marhaen derita...

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur kangkung disumpah seranah,
kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung, 
sayur kangkung dlm perahu, 
dpt professor, professor kangkung, 
dapat ketua cuma umum turun harga kangkung?

kangkung EMAS  dibawa belayar,
masak kangkung di atas peti,
PTPTiPu Kangkung kena bayar,
riba jangan bawak ke mati.....

lenggang lenggang kangkung , 
kangkung ditepi paya, 
biar rakyat tiada untung . 
asalkan keroni kaya raya.

Ramai orang menanam kangkong, 
kangkong ditanam ditepi paya, 
kalau setakat pandai berlenggang kangkong 
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
keroni kaya hari hari melancong.

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptipu wat lupa bayar,
kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan tapaw ke rumah,
---sambung sendili... :)

Sana kangkung sini kangkung, 
Atas kangkung bawah pun kangkung, 
Depan kangkung belakang kangkung, 
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkan,
Saya bdak belajar cangkung,
Klau salah tolong kangkungkan...

Beli kangkung di Pasar Selayang 
Kangkung dijual si mat Bangla 
Terima Kasih PM Tersayang 
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat makan kangkung