Jumaat, 31 Januari 2014

manayam

i Hari ini Jumaat Mubarak. Dengan rendah hati, saya mengajak sekalian rakyat Malaysia – khususnya penganut Islam – untuk buat refleksi seketika. Fikirkan tentang bagaimana kita membiarkan fitnah dan kezaliman berleluasa di sekeliling. Bagaimana kita izinkan manusia memfitnah aturan tabii bumi dan meremehkan kuasa Tuhan yang mengatur sistem alam semesta. Bagaimana kita biarkan manusia menzalimi tamadun ilmu serta menzalimi pemikiran komuniti dan generasi muda. Dengan meletakkan dusta dan fakta pada tempat yang songsang. Menerusi fantasi para penyebar dakyah ini, bumi kita seolah-olah digambarkan lebih badut daripada seorang lelaki mabuk todi. Boleh tungging terbalik sesuka hati – tanpa sebarang juzukan sebab-akibat yang logik. Mereka manipulasi ungkapan ‘kun faya kun’ sewenang-wenangnya sebagai lesen penghujahan untuk mereka-reka segala kemungkinan


. Mereka sangka itulah cara paling suci untuk beriman kepada keagungan Tuhan. IQ mereka yang cacat sedikit pun tidak terfikir bahawa mereka sebenarnya sedang mempersenda alam ciptaan Tuhan dan kuasa aturan-Nya yang sistematik. ii Idea bumi menyongsang kutub ini adalah anarki sains paling gampang selepas teori bumi rata – yang berkembang pesat semasa era pre Socratic dalam tamadun Greek, dan pre Gupta dalam tamadun Hindia. Dalam konteks kontemporari di Malaysia, idea kutub songsang ini dicetuskan oleh sekumpulan ‘manayam’ (definisi: manusia berakal ayam) dalam media alternatif blog dan laman sosial. Tetapi mercu tanda signfikan kepada kegampangan ini dijulang ke markat nasional oleh Sinar Harian, yang telah berjaya mengarusperdanakan ia dalam satu rencana pada penghujung Disember tahun lepas. Sekarang dakyah songsang ini sudah membiak merata-rata, dengan nilai tambah yang semakin gampang. Misalnya – invensi terbaru kepada idea itu adalah spekulasi kedatangan salji ke Malaysia.


 Ya, memang betul, Tuhan itu maha segala. Kun faya kun – jika Aku mengkehendaki, maka jadilah ia. Tetapi ini bukan justifikasi murahan untuk kita menyebarluas dogma sains yang caca marba tanpa asas. Hingga memperlihatkan Islam seperti satu agama kartun yang simplistik. iii Lebih tiga minggu dulu, saya sudah hubungi menerusi email beberapa individu yang mempunyai kuasa eksekutif terhadap skop penyiaran berita online Sinar Harian. Saya sampaikan kebimbangan saya terhadap trend anarki sains yang sedang dibudayakan oleh media arus perdana ini. Setelah berlangsung satu sesi debat yang panjang, ini jawapan yang saya terima: “Terima kasih atas prihatin Tuan menekuni berita media kami. Dukacita dimaklumkan bahawa Sinar Harian sebenarnya cuma sebuah akhbar tabloid; yang mengkhusus dalam penyiaran gosip dan sensasi. Sasaran utama akhbar kami cuma keuntungan. Sebab itu kami hanya patuh pada tuntutan pasaran, bukan falsafah ilmu. Kami tidak peduli pun dengan ketepatan fakta sains. Itu tanggungjawab jurnal akademik, bukan media kangkung macam kami. Konsep dan etika Sinar Harian memang mencampuraduk fakta dan auta. Kami menjual kebenaran dan pembohongan sekaligus. Terpulang pada pembaca bagaimana mau menyaring. 


r lain. Atau pindah ke planet yang tidak mempunyai akses suratkhabar kami.” iv Saya sangat sentap dengan jawapan balas itu. Sedih, geram dan kecewa. Rasa mau migrasi serta merta ke Pluto pun ada juga. Untuk melipur hati yang lara, petang kelmarin saya telah berdialog dengan bumi di tebing Laut Merah. Kata saya kepada Bumi: Mohon jutaan ampun dan maaf. Saya gagal untuk menghentikan fitnah yang dicanang tentang Tuan. Bahawa kononnya Tuan ini sudah gila kasmaran dan bakal songsang tidak lama lagi. Balas Bumi: Saya sangat sedih dan terluka. Selama ini saya patuhi arahan Tuhan dengan begitu taat. Memberikan rahmat kepada manusia dengan segala cara yang terdaya. Saya beri benih untuk disemai di atas tanah; yang kemudian saya suburkan dengan hujan, nutrien dan cahaya suria. Daripada kurnia ini, manusia membina kehidupan dan kebahagiaan.


 [Bumi menangis teresak-esak seketika] Bumi menyambung lagi: Tapi setelah saya tunaikan amanah Tuhan demi kesejahteraan umat sejagat, sekarang mereka fitnah saya sebagai si tua yang schizophrenia. Yang sudah hilang akal ingatan; hingga tidak kenal paksi sendiri. Sampai hati mereka tuduh saya akan tersongsang kutub dua tahun lagi. [Esakan Bumi makin menjadi-jadi] Kata saya epada Bumi dengan nada hiba: Saya sudah selidik seluruh sistem perundangan manusia, daripada level nasional sampai ke PBB. Tapi tidak ada mahkamah yang boleh menerima kes saman fitnah Tuan. Jadi, apakah tindakan Tuan seterusnya? Bumi pun tamatkan perbualan dengan dendam yang tajam: Tidak mengapalah. Bila manusia mati, mereka semua akan kembali ke dalam perutku. Jika mereka boleh sesuka-hati mau songsangkan kutub-kutubku; saya juga boleh songsangkan genitalia mereka! v Kepada para pemfitnah Bumi, sedarlah bahawa kalian semua akan mati suatu hari kelak. Lalu dikembalikan kepada Bumi. Ketika itu, kalian tidak mempunyai apa-apa lagi. Selain bumi di kiri, kanan, atas dan bawah. Bumi boleh saja menghimpit kalian sampai remuk redam. 


Tapi yang paling menakutkan, jika Bumi songsangkan milik kamu yang tidak sepatutnya songsang. Nanti ketika dibangkitkan kelak untuk berdepan dengan Tuhan;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan