Khamis, 30 November 2017

Selawat

*SELAWAT MAULIDUR RASUL*💚💕💞💚🕌💚💕💞

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
۝     ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
۝     ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
۝     ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

۝     ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
۝     ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
۝     ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
۝     ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

۝     ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
۝     ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
۝     ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
۝     ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

۝     ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
۝     ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
۝     ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
۝     ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

۝     ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
۝     ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
۝     ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
۝     ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

۝     ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
۝    ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
۝     ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
۝     ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

۝     ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
۝     ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
۝     ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya💦❤📿ﷲ۝ﷺ

Rabu, 29 November 2017

Umah sewa

ANDA TIDAK DIANGGAP SEBAGAI TUAN RUMAH SEWA KAPITALIS JIKA...

Apa itu kapitalis?

Menurut Wikipedia, Kapitalis atau Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam kes memberi sewaan rumah, tuan rumah TIDAK BOLEH  dianggap sebagai kapitalis jika beliau:

1⃣. Sewakan rumah pada kadar sewaan semasa mengikut nilaian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau penilai berdaftar.

2⃣. Meminta penyewa menandatangani perjanjian sewaan yang dipersetujui bersama sebelum sewaan berkuatkuasa.

3⃣. Meminta penyewa menyediakan deposit sekuriti dan deposit utiliti (api dan air) yang munasabah. Deposit sekuriti yang munasabah adalah 2 atau 3 bulan sewaan, manakala deposit utiliti yang munasabah adalah 1 atau 2 bulan deposit.

4⃣. Memotong deposit sekuriti atau deposit utiliti sekiranya penyewa gagal menjelaskan sewaan sebagaimana yang dipersetujui bersama, atau sekiranya penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan rosak atau terdapat tunggakan bil utiliti oleh penyewa.

5⃣. Menamatkan perjanjian sewaan jika penyewa gagal menjelaskan sewaan 2 atau 3 bulan berturut -turut tanpa sebab yang munasabah (tertakluk kepada budi bicara tuan rumah) selepas diberikan tempoh masa yang munasabah.

6⃣. Meminta penyewa meninggalkan rumah sewa secara terhormat atau melalui tindakan undang-undang yang berkenaan sekiranya penyewa gagal mematuhi peruntukan dalam perjanjian.

7⃣. Meminta penyewa membaiki kerosakan rumah yang disebabkan oleh penggunaan harian penyewa seperti tandas atau sinki tersumbat, paip bocor dan sebagainya.

8⃣. Membayar cukai  daripada keuntungan sewaan rumah kepada kerajaan dan mengeluarkan zakat/sedekah hasil daripada sewaan rumah tersebut kepada yang memerlukan.

9⃣. Follow up bayaran sewaan setiap bulan dengan penyewa melalui cara yang baik dan munasabah.

🔟. Meminta izin daripada penyewa untuk membuat inspection atau melihat rumah, dengan syarat perlu memaklumkan kepada penyewa terlebih dahulu.

Kesimpulannya:

✔ Ikut Islam, bukan beerti kena bagi free.

✔ Ikut Islam, bukan beerti boleh buat sambil lewa atau buat cincai-cincai.

✔ Ikut Islam bukan beerti tak boleh tuntut hutang.

✔ Ikut Islam bukan beerti tak boleh bertegas.

✔ Ikut Islam bukan beerti tak boleh jadi kaya.

Yang penting Islam ajar dalam sesuatu perkara yang kita lakukan mesti ada 2 SIFAT ini :

⚠ AL-ADLU  (BERLAKU ADIL IE; MELETAKKAN HAK DITEMPATNYA)

⚠ WAL EHSAN (BUAT YANG TERBAIK)

🔘 Wallahuaklam. Jangan kecam saya. Saya tak perlekeh siapa-siapa. Sekadar memberi pandangan dan nasihat andai ianya boleh dimanfaatkan. 😍😍

Ikhlas daripada;

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah Anda

Suamimu milik ibu mentuamu

TAZKIRAH : SUAMI KU MILIK IBUNYA

Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...

Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

 Seorang  suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

 😭😭😭😭😭😭
bacalah kaum hawa

Selasa, 28 November 2017

Claim


​Mari FIKIR-FIKIRKAN.

Sikap AMANAH serta jujur adalah perilaku yang sangat penting untuk diujudkan kedalam diri.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber lain yang  kita perlu elakan agar tidak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu...pun ragu statusnya.
Diantara keraguan yang perlu kita fikirkan dan perlu diberikan perhatian.

Guna talian internet pejabat berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa...bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya.
Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal nafsu dan  hati.

Fikir dalam-dalam.

Apabila musibah; Tak perlu tuding jari,

Atau letakkan kesalahan pada orang lain.

Bertanggung jawab atas perilaku sendiri...

Carilah salah dalam diri...


Selawat

*SELAWAT MAULIDUR RASUL*

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Isnin, 27 November 2017

Belajar kimi-A!

Belajar kimi-A!📓:

Tips belajar kimi-A!

ni antara tips  yg sy amalkan 😉

*Pertama*
Mesti ada MINAT. kalau x minat, mcm mane kt nak belajar. betol x? Tak byk pun, asal ada. kene pupuk.

*kedua*
RAJIN. rajin  wat rujukan. rajin buka glosari. rajin buka animasi kimi-A! di youtube. rajin bertanya. rajin praktikkan.

*ketiga*
FAHAM BUKAN HAFAL.  Jgn sesekali hafal. bilamana hafal, mudah lupa. Jadi kite kena bagi faham. bilamana faham, memang x akan lupa. Mcm mane nak bg faham? semak yg kedua tadi 😉

*keempat*
ADA BUKU NOTA SAMPINGAN. buat yg kecil pun x apa. kalau boleh ada lebih. khaskan utk konsep kimi-A! yg baru kite tau. x bercelaru.

*kelima*
USAHA. usaha buat 1 hari 5 soalan tutor.

*keenam*
BUAT TABLE. bila jumpa je istilah baru bru, tolong cari konsep yg berkaitan.

*ketujuh*
JANGAN MALU BERTANYA. kalau malu, kite gak yg rugi kan?

Man jadda, wa jada 😉
@shehdilanun

Ahad, 26 November 2017

Isteri

CARI 'soft spot' SUAMI

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.

Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.

Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.

Contohnya,

1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.

2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.

Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.

3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan.

Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting. ☺️☺️

SITUASI.

Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks.

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga.

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar.

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain.

Peace! Nak share takyah minta izin. 😚😚

Ruqayyah Farhani,
#MaryamAnakSyurga

Sumber : Ruqayyah Farhani.

Sabtu, 25 November 2017

Guru

Guru Zaman Now - Mengajar Dengan Hati Menilai Dengan Teliti

Guru Zaman Now membuka kelas dengan Salam, Senyum, Sapa, Santai dan Sabar.

Salam dengan penuh semangat diiringi dengan Senyum yang tulus.

Guru menyapa dengan dengan penuh energik, Siswa menjawab dengan Kompak. "Apa kabar pagi ini anak - anaku? ".

Membuka kelas dengan santai dan bersahabat serta sabar Jika ada diantara Siswa yang belum Move On.

Gairahkan dengan Ice Breaking

Guru memulai pembelajaran dengan yel-yel dengan penuh semangat. Contoh . "Baik anak - anak Jika bapak ucapkan Belajar Matematika, Maka Kalian Jawab Mudah dan Menyenangkan".(Lebih keren diringi dengan gerakan tangan)

Untuk memastikan Siswa sudah konsentrasi pilih Ice Breaking yang melatih konsentrasi.

Lakukan Ice Breaking sesuai kebutuhan, jika Siswa mulai Gaduh maka ini waktu yang tepat untuk menyegarkan kembali suasana pembelajaran.

Buat Kelas Menjadi Rame dan Dinamis

Kelas Bukan kuburan, kelas juga bukan penjara, kelas adalah setiap siswa bisa mengekspresikan dirinya secara bebas dan terarah. Jangan buat kelas menjadi hening tapi buatlah kelas menjadi Dinamis.

Bergerak dan terus bergeraklah, guru Zaman now bergerak bebas untuk menemui setiap ke unikan siswanya. Menjadikan siswa berani bertanya dan siap menjawab.

Jangan menakuti Siswa dengan hukuman, tapi tegaskan Siswa dengan kontrak belajar. Jangan diamkan Siswa dengan Gebrakan meja, tapi diamkan Siswa dengan gerakan.

Guru Zaman Now Cerdas Medsos dan Teknologi

Laptop bukan untuk Copy Paste, tapi untuk menghasilkan Karya,  Handphone bukan sekedar untuk Selfie tapi juga untuk pembelajaran diri.

Medsos untuk menebar Inspirasi bukan untuk mengeluhkan isi hati, apalagi nagih janji sertifikasi yang tak pernah tervalidasi 😀

Dulu konsumen digital sekarang produsen digital, dulu baca artikel di blog orang lain, sekarang artikel dibaca orang lain.

Mengajar dengan Hati menilai dengan Teliti

Jika kita mau marah, maka pikirlah bagaimana jika yang dimarahi adalah kita atau anak kita.

Jika mau memukul maka bayangkan jika yang dipukul anak kita.

Disiplin siswa dengan Teladan dan aturan, disiplinkan Siswa dengan ketegasan, disiplinkan Siswa dengan reward and punishment.

Menilailah dengan teliti bukan sekedar menghitung kancing, menilailah dengan objektif bukan karena dia anak les kita.

Mengajarlah dengan hati dan penuh teliti karena setiap siswa kita punya potensi.

Jumaat, 24 November 2017

Masjid

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Ustaz Amran Yusoff)
*SYOKNYA JADI ORG MASJID*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Seronok dan bahagia hati bila kita dapat solat di masjid.
Sesungguhnya org² yg memakmurkan masjid Allah dgn mendirikan solat mengeluarkan zakat mereka tidak takut melainkan pada Allah mereka ini adalah org yg dapat ketaqwaan.
Apabila mereka berulang~ulang ke masjid,Allah akan mengangkat imannya.
Nabi suruh kita solat sebagaimana Nabi solat.
Bila kita pergi ke masjid akan mengukuhkan hubungan dgn Allah, bersilaturrahim dan mengikut sunnah Nabi.
TANYA DIRI KITA DIMANA KITA SOLAT DAN APAKAH KITA MENGIKUTI SUNNAH NABI BERSOLAT?
Tempat yg paling Allah sayang adalah masjid dan paling Allah benci adalah pasar.

BAGAIMANA KAEDAH ANAK MUDA UTK MENDEKATI MASJID?
Hari ini kita lihat semua yg berada disaf depan adalah org² pencen.
Kaedah nak bawa org muda ke masjid,ikutlah cara Nabi iaitu bertemu dgn golongan muda dan mengajak mereka ke masjid.
Kalau ayah pergi masjid bawa anaknya sekali,cara ini mendidik anak² ke masjid.
Jangan seorang ayah sahaja nak masuk syurga.
Tauladan datang dari ayah dan ibu dan akan menjadi ikutan pada anak².

BAGAIMANA KEDUDUKAN WANITA AFDAL BERSOLAT DIRUMAH ATAU MASJID?
Wahai lelaki jangan larang wanita ke masjid dan solat yg terbaik adalah dalam bilik.
Nabi tak larang wanita ke masjid dan jangan pakai minyak wangi.
Tugas seorang wanita suruh suami solat jemaah.
Akan dapat pahala 27 kali ganda.
RUGI TAWARAN YG ALLAH BERI KITA TAK AMBIL.

MANA LEBIH AFDAL PERGI MASJID ATAU PERGI SURAU YG BERDEKATAN DGN RUMAH?
Masjid yg paling utama.
Bukan tak boleh pergi surau tapi masjid yg paling utama.
GUNAKAN SEMPATAN SOLAT DIAWAL WAKTU DAN SOLAT DIMASJID.
Amalan yg paling Allah sayang adalah solat diawal waktu.
Nak solat diawal waktu solatlah di masjid kerana tak ada imam yg lewat solat.

APAKAH CIRI² ORG YG ALLAH SUKA PERGI MASJID?
Allah akui keimanannya.
Org yg pergi masjid akan seronok dapat tunai perintah Allah.
Ambillah wuduk yg sempurna dirumah dan berjalanlah dalam keadaan tenang.
NABI LARANG MASUK MASJID DGN TERGAPOH GAPAH.
Cari saf yg pertama.

BAGAIMANA CARA IBUBAPA NAK JADIKAN DIRI KITA ORG MASJID SEDANGKAN SAMPAI DISANA ADA ORG YG TEGUR?
Tolong pergi masjid utk cari redha Allah.
Kalau nak dengar org cakap apa sahaja kita buat akan ada sahaja org cakap.
Bila anak² bising AJK marah.
Sunnahnya adalah bawa anak ke masjid bawa anak duduk dekat kita jangan biarkan bermain dibelakang.
ORG YG IKUT NABI AKAN DAPAT KASIH SAYANG ALLAH.

SAYA SEORANG JANDA DAN TERINGIN NAK SOLAT DI MASJID,BAGAIMANA NAK HILANGKAN FITNAH?
Bila tak ada suami,nikahlah lagi.
Solatlah dirumah kecuali utk menuntut ilmu.
Seorang janda kahwinlah lagi supaya dapat jauhkan dari fitnah.

KADANG² ORG KE MASJID AKHLAKNYA TAK BERAPA BAIK SEOLAH~OLAH NAK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT(cth mengata nampak org lain tak ke masjid dia kata,dia tu dah tua bilalah nak ke masjid)BAGAIMANA USTAZ?
Tidak dinafikan manusia ada tahap baik dan jahat.
Memang ada org ke masjid boleh jadi calon neraka.
Ada juga nak pegi masjid nak cari salah org.
PANDANGLAH KEBAIKAN PADA DIA WALAUPUN MULUT DIA JAHAT TAPI DIA MASIH BERULANG KE MASJID.
Jangan hanya tengok keburukkan dia kerana jika kita asyik tengok keburukan dia kita tak akan nampak kebaikan dia.

BAGAIMANA NAK HILANG PERASAAN RIAK PERGI MASJID?
Semua org ada perasaan riak.
Teruslah pergi ke masjid.
Walaupun ada riak tetaplah pergi ke masjid lama² tak ada riak.
Betulkan hati kita.

BAGAIMANA NAK BERDAKWAH PADA AHLI KELUARGA SUPAYA  KE MASJID KERANA KADANG² AJAK KAWAN LEBIH MUDAH DARI AJAK KELUARGA?
Memang betul...
Kita sendiri nak berubah juga susah.
Berdakwah jadi lambat kerana sudah jadi buluh(org yg kita nak dakwah tu dah tua)
Dakwah sahaja pada mereka kerana makin banyak berdakwah makin banyak pahala.
Jangan putus asa ke masjid dan tunjuk peribadi mulia pada org lain.

SAYA SUKA SOLAT TAPI SAYA PAKAI BEG DILUAR UTK AIR KENCING DAN ADA ORG KATA SOLAT SAYA TAK SAH,BAGAIMANA USTAZ?
Solat setakat mana yg mampu.
Biarlah ada beg air kencing.
Hukumnya pergilah masjid.
ORG LAIN JANGAN SIBUK TENGOK BEG ORG.
Lihatlah dalam keadaan dia sakit dia tetap pergi ke rumah Allah.
SOLATNYA SAH.

MOHON PANDANGAN USTAZ MASJID YG DIKUNCI DAN ADA  MUSAFIR TAK DAPAT MASUK MASJID.
Masjid jangan dikunci.
Siapa² pun boleh pergi dan boleh beritikaf di masjid.
Masjid adalah rumah Allah.
Masjid yg dikunci kerana masjid tempat kita terlalu mewah.
Jangan LARANG org nak tidur masjid.

SIAPA YG MEMBINA MASJID,ALLAH AKAN BINA ISTANA DI SYURGA.

JANGAN PINGGIRKAN SOLAT JEMAAH KERANA AKAN SUKAR NAK UBAH DIRI.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Insurans

HENTIKAN SIKAP TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SYARIKAT INSURAN !

PRUDENTIAL !
AIA !

Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil Hospital isteri saya berjumlah RM24K. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil Hospital. Bayangkan untuk menyediakan wang berjumlah RM24K dihujung minggu ! Kami diyakinkan boleh buat tuntutan selepas keluar wad dengan Prudential. Malangnya sehingga kini sudah lebih 6 bulan tiada apa apa perkembangan. Saya terus membayar bayaran bulanan Polisi insuran isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respond bertulis dari Prudential  sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti ! Apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar sabar dan terus bersabar. Saya simpati dengan kesungguhan agen Prudential kami yang juga sahabat baik keluarga  kami untuk membantu tetapi apakan daya Prudential seperti tidak ada perasaan untuk melihat isu ini sebagai isu yang membebankan pemegang Polisinya !

Kami ingat cuma Prudential sahaja yang bersikap demikian. Semalam anak saya hadir ke Unit Kecemasan Hospital Tropikana Kota Damansara kerana beliau demam agak panas dengan batuk yang  agak teruk. Jam 4. petang beliau mula dirawat di Wad Emergency Hospital Tropikana Kota Damansara. Malangnya sehingga jam 8. mlm baru AIA memutuskan untuk tidak meluluskan Surat Jaminan (GL) mereka ! Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. Bila isu ini saya rujuk kepada Dr yang bertugas, Dr yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA. Terkeluar dari mulut Dr itu sendir bahawa beliau memang fedup dengan cara syarikat Insuran bekerja ! Ini bukan kes pertama katanya ! Banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya ! Atas budibicara Dr tersebut sekali lagi beliau hantar lapuran perubatan ke AIA dengan menjelaskan butir butir penyakit yang dihidapi oleh anak saya. Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke Wad untuk dimasukkan antibiotik kebadannya ! Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study kes dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil !

Apakah begini caranya syarikat insuran di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang Polisinya ?

Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayarnya terlebih dahulu ?

Bila bil dibayar oleh pemegag polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan ? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K. yang kami bayar entah bila nak diputuskan ?!

Janganlah perbodohkan rakyat. Bank Negara perlu tegas dalam isu ini. Terlalu mudah syarikat insuran dinegara ini melepaskan tanggungjawab mereka !

Kerajaan perlu bertindak tegas. Saya rasa saya bukan mangsa yang pertama. Ramai diluar sana yang telah teraniaya !

Dato' Zulkefli Nordin.
Sunway Kayangan.
#kongsiInfo@cp

Khamis, 23 November 2017

Aturan konvoi

*PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI*

MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh bahagian:

1. ZERO Marshal
2. CONTROL Marshal
3. KONVOI Marshal
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal
5. TEAM LEADER Marshal
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
7. Kereta Peserta
8. BACK MARKER Marshal
9. MEDIK Marshal
10. MEKANIK Marshal

ZERO Marshall
ZERO bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali diberi arahan sebaliknye.

Control Marshall
CONTROL adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Konvoi Marshall
Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Sweeper atau Hot Car Marshall
SP/HC – Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.

TEAM LEADER
TL dipertugaskan untuk memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL.

ASST.TEAM LEADER
ATL dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan mengambil alih tugas TL.

KERETA PESERTA
Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
Flash kan lampu jika ada kecemasan.

BACK MARKER MARSHALL
BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi.

MEDIK MARSHAL
Marshal yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk memberikan pertolongan kecemasan tahap pertama. Ini adalah penting kerana jika berlaku kemalangan, pihak penyelamat akan menambil masa yang agak lama untuk sampai ke lokasi, jadi pertolongan tahap pertama amatlah di perlukan. Kalau boleh biarlah Medic Marshal ini dilantik dari latarbelakang ahli penyelamat, ahli ambulan, ahli bomba atau bulan sabit merah.

MEKANIK MARSHALL
Marshal mekanik ini biarlah datang dari latarbelakang orang yang mempunyai pengetahuan membaiki serta menyelenggara sesebuah kenderaan. Ini kerana seperti manusia, kenderaan juga boleh rosak pada bila-bila masa dan amatlah penting untuk sesebuah konvoi itu mempunyainya jika berlaku sebarang kerosakkan. Pertolongan tahap pertama amat penting bagi membantu kenderaan konvoi yang mengalami masalah. Marshal ini amatlah penting bagi membantu meneruskan pergerakkan sesuatu konvoi tersebut.

Tip untuk ZERO dan CONTROL

-Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu.
-Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan.
-Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL.
-Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali.

-Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO.

-Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM & SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

Sewaktu pelepasan.

Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga.

Semasa Konvoi

Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut.

Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda.

Peraturan di jalan.

-Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas.
Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya.

-Memintas/Memotong kenderaan hanya dibenarkan apabila diarahkan.

-Memecut
Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik.
Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggunjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.

Pemeriksaan kenderaan secara terperinci.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka.

Ianye amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Proton Edar Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki.

Contohnye seperti:

1. Minyak enjin (Engine Oil)
2. Penapis minyak (Oil Filter)
3. Air bateri (Battery Fluid)
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant)
5. Cecair Brek (Break Fluid)
6. Pelapik brek (Break Pad)
7. Pum Brek (Break Pump)
8. Disk brek (Disc Break)
9. Pum clutch (Clutch Pump)
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid)
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid)
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt)
13. Penghawa dingin (Air-Condition)
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid)
15. Tayar (Tyre)
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure)
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre)
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp)
19. Lampu Belakang (Rear lamp)
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit)
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit)
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack)
23. Bilah pengelap (Wiper Blade)

Kami mengambil berat terharap senarai diatas dan di harap yang anda juga ada membuat senarai anda sendiri sebelum pergi ke pusat servis. Anda tidak akan dibenarkan untuk menyertai konvoi jika apa yang ada di senaraikan diatas tidak memenuhi pihak pemeriksaan kenderaan.

PERKARA AM

Sebelum berkonvoi, buat pemeriksaan ke atas kereta anda seperti memastikan semua minyak mencukupi, tekanan tayar dan lain-lain dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi, anda mesti memberitahu kereta Lead, Marshal atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

1. Sila sampai di lokasi permulaan pada awal masa untuk mendengar penerangan ringkas tentang laluan dan destinasi perjalanan.
2. Sila bersedia untuk berlepas dengan isian tangki minyak yang penuh.
3. Jila hendak meninggalkan kumpulan konvoi sebelum sampai di destinasi, sila beritahu TL/ATL dahulu.
4. Sesiapa yang mempunyai ketebalan tayar kurang dari 30% tidak akan dibenarkan menyertai konvoi. Jangan memakai Selipar semasa memandu. Sila bawa alat perhubungan masing-masing.

1) Menyalakan lampu kecil
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda berada dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan/memperlahankan kereta) maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

2) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat
Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

3) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya, Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

4) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan kemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang, di sisi berada dalam susunan. Jika kereta di belakang perlahan. Pastikan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh (perlahankan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan barisan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada barisan konvoi.

5) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, jangan ada peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

6) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan berjaya. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda-agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

7) Keluar / Masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go, Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini). Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lorong laluan perlahan unutk meneruskan perjalanan.

8) Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya

9) Baju Keselamatan Lutsinar Marshal
Baju vest keselamatan lutsinar adalah satu kemestian untuk setiap ahli marshal semasa mereka menjalankan tugas. Ini adalah untuk memastikan ahli biasa atau peserta konvoi mengetahui siapa yang patut mereka ikuti semasa konvoi berjalan atau semasa berkumpul di suatu lokasi perjumpaan.

10) Radio Amatur Jarak Jauh
Radio amatur adalah berguna kepada setiap ahli marshal supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih cekap dan sentiasa berwaspada antara ahli marshal yang lain. Ia juga satu cara komunikasi yang menjimatkan selain dari menggunakan talipon bimbit. Dengan kuasa pancaran yang lebih jauh boleh pergi, ahli marshal masih boleh berhubung antara satu sama lain jika mereka tertinggal jauh ke belakang atau depan.

11) Lampu Mata Arah Dan Baton Berlampu
Lampu mata arah adalah satu kemestian untuk ahli marshal menggunakannya pada kenderaan masing-masing bagi tujuan menandakan arah tujuan sesebuah konvoi. Lampu strobe atau kelip-kelip berkuasa tinggi tidak dibenarkan semasa konvoi sedang bergerak kerana ini akan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Baton berlampu amat penting apabila konvoi serdang berhenti atau mengarahkan kenderaan konvoi untuk parking atau mengarahkan laluan.

12) Peti Kecemasan
Kotak atau peti kecemasan adalah amat penting untuk setiap kenderaan bagi memberikan bantuan paras pertama jika berlaku sebarang kemalangan atau kesulitan kepada ahli atau peserta konvoi sebelum pasukan kecemasan ambulan tiba.

13) Kenderaan Mekanik
Adalah bagus jika pasukan marshal sesebuah kelab mempunyai satu atau lebih ahli yang berkebolehan untuk membaiki kenderaan jika konvoi yang hendak dijalankan berjarak jauh atau melalui kawasan pendalaman. Diantara peralatan-peralatan yang marshal mekanik perlu ada, adalah seperti Kit Kecemasan seperti di bawah dan alat pemadam kebakaran jika keadaan memerlukan.

sedikit info untuk dikongsi bersama...!!!

Selamat berconvoi

Rabu, 22 November 2017

Petrol

Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)? Petrol mana paling POWER (acceleration) ? Petrol 95 & 97 ada beza ka?


Ada orang kata 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi.?
KAJIAN 1  :
Atas niat ingin tahu, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!
Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City
Di atas saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:

*Mobil/Esso telah ditukar kepada Petron sekarang.
Jadual jarak pemanduan bg setiap RM50 petrol menunjukkan Esso Mobil paling menjimatkan secara purata, tetapi berdasarkan setiap bacaan, boleh dikatakan Petronas dan Caltex juga tidak jauh beza penjimatannya.

Diringkaskan, untuk menjawab SOALAN diatas mengikut pendapat:
⦁1- Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?
Mobile (Esso/Petron) paling sesuai untuk perjalanan jauh (spt highway), kurang bunyi Enjin (cranking). Pilihan kedua boleh juga Caltex dimana kelebihannya ada agen cuci enjin (techron) yg beberapa mekanik mengakui enjin (kebuk piston) pengguna caltex lebih bersih dan kurang maintenance, jugak enjin masih senyap (kurang meraung) pada top speed. Shell (dgn iklan lebih kilometer) memang boleh jauh, tapi kena berkorban dari segi bunyi cranking enjin sebab Shell lebih sesuai untuk pemanduan yg memerlukan ‘pick-up’.
Petronas masih berkongsi ditangga ketiga seperti Shell cuma tak sesuai pada pemanduan jauh seperti berbukit (Highway PLUS kt Ipoh & Karak) sebab lack power pada gear rendah (gear 5 atau D rendah)
⦁2- Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
Unless anda pelumba dan memang kaki cilok dalam town, gunalah Shell. Tapi pada average, untuk pickup (low & high gear), boleh memilih Caltex atau BHP
⦁3- Petrol 95 & 97 ada beza ka?
Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Ianya bukan perbezaan dari segi kualiti tapi campuran antara bahan dalamnnya (Pentana & Octana).
Ya, Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius.
Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh.
⦁4- Ada orang kata RON 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi..?
Ada persepsi isi 97 lebih jimat dan lebih power dari 95. Fikirkan semula.
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai.
Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jadi, jangan bazirkan duit anda fakta sekadar andaian. Gunakan petrol tersebut berdasarkan keperluan pembakaran enjin anda.
Secara Keseluruhan, aku simpulkan ada 2 petrol terbaik untuk digunakan. Aku tak kata jangan isi petrol yg lain, tapi tertakluk pada pilihan dan teknologi enjin masing2 sebab kereta moden enjinnya mingkin lebih efisyen. Tapi timbangkan kembali antara keperluan, kegunaan, nilai wang dan juga pengaruh iklan ..
——————————————————
Untuk kegunaan harian bagi Jem dan kepejabat, aku cadangkan CALTEX sbb jimat, enjin senyap, ada pickup dan sambil memandu, enjin anda dicuci oleh agen techronya.
Untuk pemanduan jauh pada tekstur highway kita yg straight dan berbukit, aku cadangkan ESSO/MOBIL/PETRON sbb jimat (more liter per kilometer), ada pickup dan enjin tak cranking pada hi speed. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.
Nota : tidak unsur promosi atau spekulasi di sini untuk mana2 pengeluar minyak, hanya sekadar dari beberapa review and sumber ‘experiment’ dari pengguna jalanraya kepada minyak2 kebanyakan yang ada di Malaysia. Aku jugak tidak dibayar atau ada share dari mana2 syarikat minyak untuk kenyataan ni, sekadar berkongsi pada kawan-kawan pada time berjimat pd harga minyak mahal & kurangkan kos maintenance anda.
Kalau rajin share la kt kawan2 yg ulangalik gi keja atau jalan jauh pakai keta. Harap dpt jimat kos mingguan mahupun maintenance.

Ahad, 19 November 2017

Memberi

DIEYLA78:
RENUNGAN....

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

*Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.*

Αda perumpamaan menarik, *seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari.Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.*

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, " *Untuk menerangi jalan yang ku lalui* ".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, *"Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu? "*

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, " Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"*

*Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.*

*Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.*

*Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan berkat, tenang dan hidup bahagia.*

... Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan diri sendiri.

Aamiin... Aamiin... Aamiin

Marhaen

*Info dari group kaji selidik ruang dapur rakyat Malaysia...*

Baru2 ini, ada sekumpulan pelajar UUM Sintok Kedah pergi membuat research dari rumah ke rumah untuk mengintai dapur2 golongan berpendapatan rendah. Rata2 mereka bekeluarga, dan punya anak 1 atau 2 orang.

Hasil kajian mendapati ada beberapa golongan kategori keluarga hidup dalam keadaan yg agak membimbangkan...

*Kategori 1*
Sebulan sekali makan ayam atau daging,hari2 biasa lauk berkuah seperti kari telur itik,sayur tauge goreng dan ulaman...air sirap

*Kategori 2*
Setiap hari berlaukan telur dadar atau sekadar goreng telur ayam makan bersama kicap...air kosong

*Kategori 3*
Yg paling sedih,hanya makan nasi dgn kicap tanpa lauk,beras dari ehsan keluarga & sumbangan orang ramai..minum air kosong

*Kategori 4*
Makan roti cicah air kopi atau teh,tiada stok di dapur...nasi makan seminggu sekali

Kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan dan mempunyai kenderaan utk pergi ke tempat kerja. Gaji atau pendapatan mereka sekitar RM2,000 kebawah sebulan.

Ini tahun 2017... para penyelidik semua menyerahkan hasil kajiselidik kpd pensyarah mereka masing2.. ternyata raut wajah mereka semua risau akan masa depan diri mereka masing2..

Semoga artikel ini sampai kepada pembesar2 negara kita agar mereka tahu yg ramai rakyat Malaysia sedang dalam terseksa dan menderita.

T.Kasih

Mustaza Al Bakri
UUM Sintok Kedah

Hajar aswad

Mencium Hajar Aswad

Di Masjidil Haram, sehabis menyelesaikan tawaf, saya segera menepi mencari tempat strategis yang berhadapan langsung dengan multazam untuk berdoa.

Saya menemukan tempat yang kebetulan lowong di hadapan ka'bah. Lalu saya bersimpuh dan memanjatkan do'a sambil menunggu waktu subuh menjelang.

Saat itulah saya melihat seorang lelaki hitam legam dari benua afrika datang dan langsung mengambil tempat di samping kanan.

Terlintas dalam hati, "dengan potongan perawakan dan tampang seperti ini, lelaki kulit hitam ini pasti orang kasar yang tidak berpendidikan".

Lalu sebagaimana kebiasaan di masjid ketika duduk bersebelahan dalam satu jamaah, saya menyalaminya.

Tiba-tiba ia bertanya dengan bahasa inggris yang bagus sekali tentang asal saya. "Saya dari Nigeria, kamu dari mana?".  Saya bilang, saya berasal dari Indonesia.

"kenapa orang Indonesia suka sekali berusaha mencium batu hajar aswad"?, tanyanya memulai percakapan.

"Mungkin karena cinta. Kabah adalah rumah Tuhan, dan hajar aswad adalah batu yang pernah dicium Rasulullah. Maka mencium hajar aswad adalah refleksi cinta orang Indonesia terhadap Tuhan dan Rasulnya", jawab saya sekenanya.

"Apakah orang Indonesia juga bertingkah laku seperti itu terhadap cinta Allah SWT yang dianugerahkan kepada mereka?", katanya.

"Maksud anda?, cinta Allah SWT seperti apa yang dianugerahkan kepada kami"?, jawab saya dengan bingung.

Lalu lelaki hitam itu menjawab, "jika Allah Taala menganugerahkan kalian istri, anak-anak dan orang tua yang masih hidup, itulah wujud cinta Allah kepada kalian.

"Pertanyaan saya", katanya

"Apakah orang-orang Indonesia, berusaha dengan keras dan gigih mencurahkan kasih sayang terhadap anak, istri dan orang tua mereka yang masih hidup yang diamanahkan Allah Taala sebagaimana mereka berusaha mencium hajar aswad, "? Katanya.

"Jika terhadap batu saja refleksi cinta kalian begitu dahsyat, lebih lagi terhadap makhluk Allah yang telah diamanahkan kepada kalian"?, tegasnya lagi.

Saya tercekat, hilang akal dan tak mampu berkata lagi.

Apalagi saat ia bercerita bahwa ia menyelesaikan PhD-nya di AS namun memilih pulang membesarkan anak-anaknya yg 6 orang agar mampu menjadi muslim yang baik.

Maka hancurlah semua persangkaan saya terhadap orang ini. ALLAH membayarnya langsung tunai saat itu juga.

Setelah shalat subuh, sebelum berpisah ia memberi nasehat yang sampai saat ini masih teringat di kepala saya.

*"Keberhasilan haji kita, mabrur atau tidaknya dinilai bukan pada saat kita menyelesaikan ritus-ritus haji seperti tawaf atau bahkan mencium hajar aswad, namun dinilai pada saat kita kembali.*

Apakah kita mampu menunaikan amanah-amanah, anugerah-anugerah, kasih sayang Allah Taala kepada kita dengan bersungguh-sungguh, bersusah payah, mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai, pekerjaan dan masyarakat."

Saya genggam tangannya, saya memeluknya dan menyampaikan terima kasih.

Saat dia pergi diantara kerumunan orang, saya faham, inilah cara Allah Taala menegur saya dan menyampaikan makna mencium hajar aswad.

-fj/lcg-

Sabtu, 18 November 2017

Taqdir

NASIHAT² KEHIDUPAN:
"Ada dua orang bersahabat, yang satu bernama "Logik" dan yang satunya lagi bernama "Takdir"".

Keduanya naik kereta, dalam sebuah perjalanan yang panjang...

Di tengah jalan kereta mereka kehabisan minyak dan mati enjin..

Keduanya berusaha melanjutkan dengan berjalan kaki sebelum datang waktu malam.

Tapi sebelum itu keduanya berusaha menemukan tempat beristirehat, setelah itu baru melanjutkan lagi perjalanan.

Si Logik memutuskan untuk tidur di bawah sebatang pohon..

Sedangkan si Takdir memilih tidur di tengah jalan.

Logik berkata kepada Takdir: Kamu gila! Kamu menjatuhkan dirimu kepada kematian. Boleh jadi ketika kamu tidur ada keretal yang lalu dan melanggar tubuhmu.

Takdir menjawab: Saya tidak akan tidur kecuali di tengah jalan ini. Sebab boleh jadi ada kereta yang datang lalu ia melihatku dan mengajakku bersamanya.

Akhirnya Logik betul-betul tidur di bawah pohon dan Takdir tidur di tengah jalan.

Tidak beberapa lama setelah keduanya tertidur, lalu sebuah lori dalam kelajuan tinggi.

Tatkala pemandu melihat ada yang tidur di tengah jalan, ia berusaha berhenti dengan mendadak, tapi sayang tidak boleh.

Akhirnya pemandu memusing stering  dan lori itu berbelok ke arah pohon dan langsung melanggar Logik, sehingga selamatlah si Takdir.

Inilah kenyataan hidup, bahawa Takdir memainkan peranannya di tengah-tengah manusia. Kadang-kadang Takdir bertentangan dengan Logik.

Maka boleh jadi terjadinya delay/tertundanya dalam penerbangan ada keselamatan di sebalik itu.

Boleh jadi tertundanya kita mendapatkan suatu hak kerana ada hak orang lain yang selama ini kita abaikan dan tidak kita pedulikan.

Boleh jadi ditolaknya lamaran kerja kita ada hikmah besar di sebalik itu.

Tertundanya pertolongan dan kemenangan juga pasti ada manfaat yang sangat besar di belakang itu.

"Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia baik".

Yang dikagumi terkadang tidak mengerti.

Yang dicintai terkadang tidak merasa.

Yang dirindukan terkadang tidak tahu.

Yang dikasihi terkadang menyakitkan perasaan.

Yang di-inginkan terkadang tidak sesuai dan sejalan.

Yang tidak disangka terkadang terjadi.

Yang kaya terkadang boleh jatuh miskin.

Yang dihina terkadang boleh jadi sangat berjaya.

Logik adalah salah satu alat dan cara untuk berjuang memperbaiki nasib/keadaan....tapi tidak boleh lupa untuk tetap bersandar dan memohon kepada Allah...

Sedangkan Takdir adalah suatu misteri, tapi jika kita taqwa dan mengikuti jalan-Nya, maka yakinlah bahawa TAKDIR itu akan INDAH , kerana hanya Allah swt yang boleh mengubah semua aspek hidup kita menjadi indah pada waktu-Nya....

Berkah

Ni aku nak citer....

Korang nak skor SPM ke PT3 apa apa lah..yang pertama kene ada adab dgn guru. Dengan ibu bapa dah pastilah. Ni adab dengan cikgu out, korang punya ilmu apa pun ibarat air yang menghempas ke pantai( aku pun tatau nak ibaratkan apa sebenarnya.. )

Cikgu pok pek pok pek kat depan mengajar dengan berdiri nak dekat satu jam. Tu tak kira kalau cikgu tu ada 4 jam berderet kelas( 1 kelas 1 jam ek), bayangkan....Pita suara boleh rosak. Aleh aleh suara macam Siti Nur Haliza tukar jadi Sajat.

Aku nak citer pasal keberkatan. Macamana pun cikgu korang kat sekolah. Garang ke, cengil ke, suara monotone ke, kecik ke, gedebab ke, ko tau tak nak bercakap kat depan nak keluar kan suara dengan berdiri dan ingat fakta tak pakai tenaga?

Guru mengajar tak bestlah, bosan tapi guru adalah guru.

Korang patut belajar kimia, korang buat kerja math kat belakang. Korang patut siapkan kerja sekolah atau assignment, ko sibuk siapkan kerja tuisyen kat kelas. Ko cakap cikgu sekolah ko salah , cikgu tuisyen ko betul.

Point yang disini bila dalam kelas tumpuan patutnya pada subjek yang sepatutnya korang belajar ketika itu. Jangan sesekali berdebat atau berhujah mengatakan sapa is the best sebab premis yang ko belajar adalah di sekolah.
( I'm not blaming the tutors as I'm also cari makan as part time tutor tapi attitude budak toward school teacher and how they underestimate their power and capabilities).

Bila datang and terjentik rasa meluat dan marah cikgu, hah..kat situ datangnya keberkatan dan keredhaan cikgu.

Dah cakap. Berbuih cikgu cikgu ni pesan. Masa cikgu mengajar please respect, listen and pay attention. If not try juga.

Kan separuh dari kelas dah fail...

Baru nak minta maaf?

Kalau di madrasah dan pondok, kau kene khidmat ulama tau.

Adab dan akhlak dulu baru ilmu.

I rest my case...

Jumaat, 17 November 2017

Jawa

Bahasa Jawa Malaysia
mytiangjawi@gmail.com

a. Pendahuluan

Pastinya ramai sedia maklum akan terdapatnya komuniti yang besar masyarakat keturunan Jawa di Malaysia, khususnya di sepanjang persisiran pantai barat semenanjung, memanjang dari Bagan Datuk, Perak sehinggalah selatan Johor. Begitu juga di bandar2 utama Sabah seperti Tawau dan Sandakan. Malah, nama seperti Kampung Jawa, Kg Pachitan, Kg Ponorogo, Kg Begelen boleh di temui di banyak lokasi yang menunjukkan satu ketika dahulu ianya pernah dihuni oleh masyarakat Jawa. Ertinya kehadiran masyarakat Jawa di Tanah Melayu bukanlah merupakan perkara yang asing.

Tidak tercatat secara resmi tarikh permulaan perpindahan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu. Tetapi dipercayai ia bermula sejak zaman Kesultanan Melaka. Sungguhpun begitu kemuncak penghijrahan ini difahami bermula pada penghujung kurun ke 19 sehinggalah pertengahan kurun ke 20. Tidak seperti penghijrahan masyarakat Jawa ke Surinam, New Calidonia atau wilayah2 lain di luar Pulau Jawa, tiada rekod resmi kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Sehingga kini mungkin masih terdapat penduduk Pulau Jawa yang terkejut bila dinyatakan terdapat kelompok besar masyarakat keturunan Jawa menetap di Malaysia. Mungkin keadaan ini menjadi salah satu faktor yang kerap mengundang pelbagai polemik, khususnya apabila timbul isu berkaitan budaya Jawa di Malaysia.

b. Bahasa Jawa

Nukilan ini hanya menjurus kepada satu aspek budaya Jawa, ia itu Bahasa Jawa versi Malaysia. Dalam satu perbincangan santai bersama penyelidik dari sebuah universiti terulung di Indonesia pernah dimajukan perkara ini, dan mereka kelihatan agak terkejut mendengar ujudnya Bahasa Jawa Malaysia.

Apakah terdapat perbezaan di antara Bahasa Jawa asli (Pulau Jawa) dengan Bahasa Jawa Malaysia? Mungkin penjelasan berikut dapat memberi sedikit pencerahan.

Pada asasnya terdapat dua jenis Bahasa Jawa, Bahasa Kromo dan Ngoko. Di sini Bahasa Kraton tidak dibincang bersama kerana penggunaannya hanya terbatas di dalam istana. Di Malaysia, istilah yang mengelirukan diguna untuk dua bahasa ini, iaitu masing-masing disebut sebagai Bahasa Jawa Halus dan Jawa Kasar. Walaupun kedua-dua istilah ini tidak tepat, umum telah menerimanya sebegitu. Bahasa Kromo pada asasnya terdapat dua peringkat utama, Kromo Madya dan Kromo Inggil. Bahasa Kromo ini lazimnya dituturkan apabila seseorang itu berbicara dengan individu yang lebih tinggi statusnya, dari segi pangkat mahupun usia. Ia menunjukkan rasa hormat tingkah laku seseorang itu terhadap orang lain atau menggambarkan status sosialnya. Keadaan ini turut mengundang perbahasan berkait punca pengujudan Bahasa Kromo ini. Banyak persamaan perkataan dalam Bahasa Kromo Madya dan Inggil.

Bahasa Ngoko lebih banyak dituturkan dalam perbualan seharian. Korsa katanya jauh lebih banyak berbanding Bahasa Kromo. Sebenarnya tidak ada istilah kasar dalam penggunaan Bahasa Ngoko ini, cuma tidak seperti Kromo, Ngono dipengaruhi dialek setempat. Ertinya Ngoko Jawa Timur tidak semestinya sama dengan Ngoko Jawa Tengah atau Solo. Atau untuk lebih terperinci, Ngoko Ponorogo pastinya berbeza dengan Ngoko Ngapak. Namun begitu pentutur kedua2 dialek masih boleh memahami tutur kata perbualan di antara mereka. Adakah Bahasa Kromo ini berbeza dengan Ngoko?  Sebenarnya ia adalah dua bahasa yang berbeza. Ini bermaksud masyarakat Jawa di Pulau Jawa menguasai sekurang2nya tiga bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Kromo dan Ngoko. Malah ketika bertutur mereka biasa menyampuradukkan ketiga2 bahada ini.  Berikut adalah beberapa contoh lazim mengikut urutan perkataan masing2 dalam Bahasa Melayu/Indonesia, Ngoko, Kromo Madya dan Kromo Inggil.
- pergi, lungo, kesah, tindak
- rumah, omah, griya, dalem
- makan, mangan, nedi, dhahar

c. Bahasa Jawa Malaysia

Lain pula keadaannya di Malaysia. Penggunaan Bahasa Kromo (majoritinya Kromo Madya) amat terbatas hanya di kalangan generasi tua yang kini semakin mengecil bilangannya. Generasi ketiga dan selepasnya amat sedikit yang dapat mengusai bahasa ini. Ini disebabkan penggunaannya amat terbatas dan tiada sistem pembelajaran yang khusus. Keupayaan bertutur semata2 bergantung kepada pengalaman berbicara dengan genarasi tua yang mungkin generasi pertama atau kedua.

Generasi Jawa sekarang bertutur menggunakan Bahasa Jawa Ngoko versi Malaysia atau rengkasnya Bahasa Jawa Malaysia. Ada beberapa faktor yang menyebabkan ianya berlaku.

1. Masyarakat Jawa Malaysia pada awalnya berkumpul dalam penempatan mengikut kumpulan asal usul mereka di Jawa. Malah kebanyakan mereka mempunyai talian persaudaraan. Contohnya, kumpulan dari Jawa Tengah berkampung sesama mereka dan mengekalkan dialek Ngoko Jawa Tengah mereka. Begitu juga kumpulan dari Jawa Timur, Solo dan sebagainya. Namun, lama kelamaan pergaulan antara masyarakat ini telah menyampuradukkan Ngoko pertuturan mereka. Tambahan pula sifat kedaerahan mereka ketika di Jawa telah di atasi dengan semangat Kejawaan yang lebih meluas lagi. Perlu diingat, generasi kedua dan selepasnya ini tidak ada, atau semakin kurang ikatan sentimen dengan Pulau Jawa kerana mereka ini adalah lahiran setempat. Hasilnya, terbentuk dialek baharu Ngoko daripada campuran pelbagai dialek asal di Jawa.
Berikut adalah beberapa contoh variasi istilah Ngoko Jawa Malaysia.
- Kejar: kiter, oyok
- Satu: siji, sitok
- ikan masin: gereh, gesek.
- cili padi: lombok rawit, cempling
- tidak mau: wegah, moh.

2. Bahasa adalah sesuatu yang dinamik. Bahasa yang statik pasti akan terpupus kesudahannya. Hal yang sama berlaku kepada Bahasa Jawa Malaysia. Kedinamikannya membolehkan korsa kata baru yang berasal dari Bahasa Melayu dan Inggeris diterima dan difahami menjadi Bahasa Jawa. Contol, istilah 'cuba' dalam Ngoko adalah 'jajal'. Namun Jawa Malaysia juga menggunakan istilah 'terei' yang berasal dari bahasa Inggeris 'try'. Begitu juga dengan 'gedei' (kedai) serta 'gostan' (mundur).

3. Terdapat juga terjemahan perkataan Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Jawa Malaysia yang berbeza dengan istilah sedia ada dalam Bahasa Jawa, namun diterima oleh komuniti Jawa Malaysia. Contoh, 'dua kali' diJawakan menjadi 'rong kali', sedangkan istilah Jawa yang sebenarnya adalah 'kaping pindo'. Namun penJawaan yang paling ketara adalah dalam perhitungan di antara 21 hingga 29. Contoh, 21, 27 dalam bahasa Jawa sepatutnya disebut sebagai 'selikur, pitu likur', tetapi Jawa Malaysia memilih untuk menJawakan hitungan Bahasa Melayu, iaitu 'rong puluh siji (21), rong puluh pitu (27)'. Sebutan 'slawe' (25), 'seket' (50) dan 'sewidak' (60) juga telah diganti dengan masing2 'rong puluh limo', 'limang puluh' dan 'enem puluh'.

3. Terdapat juga istilah Bahasa Jawa yang tidak atau jarang diguna dalam pertuturan Bahasa Jawa Malaysia kerana lebih selesa menJawakan istilah Melayu. Contoh yang paling ketara adalah dalam ucapan keraian. Selamat datang lebih diguna berbanding 'sugeng rawuh'. Begitu juga istilah belajar (sinau), selamat pagi/malam (sugeng enjang/dalu).  Contoh lain adalah seperti, sengoro (laut) dan lenga (minyak). Namun sebutan 'matur nuwon (maaf)' dan 'monggo (silakan)' masih diguna dengan meluas.

4. Kedinamikan bahasa pasti berkembang dengan situasi setempat. Ianya bukan sahaja berlaku kepada Bahasa Jawa Malaysia, malah juga kepada Bahasa Jawa di Pulau Jawa. Ketiadaan intilah menyebabkan berlakunya proses asimilasi bahasa lain. Perkataan asal daripada Bahasa Indonesia atau Belanda juga turut diucap dalam Bahasa Jawa Pulau Jawa. contoh perkataan adalah seperti gratis (percuma), kamar kecil (tandas),

d. Penutup

Dunia tanpa sempadan memudahkan proses berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Hubungan secara dalam talian mengeratkan lagi ikatan bahasa dan budaya masyarakat keturunan Jawa di pelusuk dunia. Walaupun dinamik bahasa memperbesarkan jurang perbezaan di antara lokaliti, tetapi kesannya dapat dibendung dengan keakraban bersama. Namun masalah yang lebih besar adalah kelestarian Bahasa Jawa bagi generasi akan datang khususnya keturunan Jawa yang tidak menetap di Pulau Jawa.

Wassallam.

Subuh

Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.
Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh berjemaah.

Psra

Marziana:
Keputusan Peperiksaan Yang Membunuh Jiwa anak-anak.

Semalam adalah pengalaman kedua saya dan suami menunggu dan bersama anak mengambil keputusan peperiksaan.

PSRA je pun!. Pada sangkaan saya tiada apa yang penting. Tiada siapa peduli pun. Tepat jam 2.30 petang kami tiba di perkarangan sekolah. Pagi sebelum itu, anak saya sudah meminta doa restu." Kita jumpa petang nanti ya kakak!" Saya berjanji. Bicara saya habis tepat jam 1.30 di Mahkamah. Menderu suami memandu Alza uzur kami dengan belting pecah dan cermin retak serta minyak yang mahal. Kelibatnya resah menyambut kami tepat jam 2.30. Kepalanya terjongol dari kamar dewan melilau mencari kami. Berlari dia tanpa kasut memimpin kami.Tangan bapanya terus dipaut mengiringi kami ke dewan.

ketika itu saya sedar, jiwanya sangat rapuh ketika itu. Saya semakin bimbang melihat lautan anak-anak yang lain. Apakah jiwa mereka juga serapuh anak saya?

Bagaimana jika keputusan diumumkan dengan hanya memanggil mereka yang mumtaz sahaja dan anak-anak yang lain ditinggalkan kerana keputusan mereka tidak mumtaz?

terganggu jiwa saya sambil mendengar pengumuman.

Tetapi saya berada di sekolah yang buat pertama kalinya tidak  membunuh jiwa anak-anak itu. Guru tersebut meminta anak-anak melakukan sujud syukur terlebih dahulu. Meminta mereka bersyukur di atas keputusan. Redha dengan keputusan atas usaha dan doa mereka. Malah berulang kali guru tersebut mengingatkan bahawa tiada pengumuman siapa yang mumtaz atau jayyid jiddan. Maka sesi berlangsung dengan pemberian sijil terus kepada anak-anak.

"Thurayya Fadhilah Binti Mohd Fadzli"

Dia bangun. Dadanya berombak menahan sebak. Ketika kembali ke pangkuan rakan baiknya, kelihatan dia sedang dipujuk.  Saya pasrah.

Dia bingkas bangun dan berlari ke arah saya. Air matanya merambu. Menangis semahunya.

Saya panik. Air mata saya juga deras. Bapanya saya panggil. (Ok.drama sangat!)

akhirnya dia kembali tersenyum bersama rakan-rakannya.

Begitulah kerapuhan jiwa anak-anak. Itulah pertama kali anak saya mendapat keputusan peperiksaan besar secara penuh selepas keputusan UPKKnya "hilang" beberapa bulan yang lalu (menyusahkan orang ok!). Maka air matanya adalah untuk beberapa perkara termasuk merasai melihat keputusan yang sebenar.

Tetapi ada perkara yang lebih besar. Bagaimana sekolah mampu memimpin emosi anak-anak tanpa perlu mengasingkan anak-anak. Bagaimana sekolah itu semalam memberitahu anak-anak, kami sayang anak-anak sama sahaja baik yang mumtaz mahupun yang musaadah. bagaimana sekolah itu melatih anak-anak tunduk dan sujud syukur terlebih dahulu sebelum keputusan diambil sebagai tanda syukur atas segala nikmat dan inayahnya.

Ya Tuhan! Terima kasih. Buat pertama kalinya tiada jiwa anak-anak yang dibunuh oleh keputusan peperiksaan!
Tahniah buat semua pelajar Sekolah Rendah Islam ABIM! ;)

Stand tall, fly high!
Mak Thurayya

Susah

MENTERI Patut MALU Dengan Kisah Ini...
Semalam, selesai membeli baju untuk 40 murid miskin di TESCO Stargate, Aloq Setaq, kami terpaksa membawa 12 orang murid yang pengawas, pengawas pusat sumber yang pakai baju dan tudung lain warna ke tempat lain untuk membeli pakaian mereka kerana TESCO jual baju putih sahaja.

Dalam kereta saya berbual :

Ayah awak kerja apa?
Murid 1 : Motong (Motong is memotong getah = Menoreh)

Awak? Ayah kerja apa?
Murid 2 : Motong gak.

Ni yang ni, ayah kerja apa?
Murid 3 : Motong juga.

Kakak? ayah kerja apa? (tanya murid perempuan tu)
Murid 4 : Ayah saya dah meninggal, mak tak kerja (perlahan dan sayu)

terus saya tak tanya apa dah, takut saya menangis beriya nanti. tukar topik.

Saya : Syok ka mai Aloq Setaq?
depa :  "Syok... saya pertama kali mai Aloq Setaq,"
"Saya tak pernah masuk TESCO pun, kat Sik tak dak kedai besaq macam ni,"

and this is 2017, hang tau dak ada ramai murid miskin macam ni yang tiada siapa peduli. Orang selalu sebut, "kata ekonomi merosot, tengok shopping mall ramai juga orang,"

Eh helloooo, yang merayap shopping mall tu depa bukan menoreh getah. Ampa tau dak getah harga dua ringgit lima kupang sekilo la ni? kalau menoreh kebun orang, dapat duit bahagi dua dengan tuan kebun. dapat lah 1.50 sekilo. Nak menoreh berapa batang pokok getah nak dapat RM20-30 sehari? Kalau hari panas? kalau hari hujan?

Subuh-subuh dah menyembah pokok getah, lepas tu kutip getah, lepas pi jual, balik tak dan rehat sambung ambil upah tebas rumput, pi bendang, upah panjat pokok petai, pokok langsat, buat apa saja kerja janji dapat duit.

Yang pergi ke laut, musim ada ikan boleh la tokei bot bagi upah mahal sikit, kalau musim tak dak ikan, keluar 7 pagi, balik 7 malam belum tentu dapat bawa balik ikan, ada pun sikit sangat, tokei bot bagi upah RM10 ja, upah penat ke laut.

Dapat RM10, singgah kedai runcit, beli beras repack 1kg rm2.50, beli telur 5 biji, bawang sebiji dua, jadilah balik bulih goreng nasi dah makan seisi keluarga. Ayam? Daging? jangan harap. Kalau ada kenduri dalam kampung dapatlah makan ayam, daging, lauk sedap-sedap.

Saya pernah jumpa sebuah kisah selepas kami bagi sumbangan beras dan barang dapur sebelum puasa itu hari. Seorang lelaki menggeletar tangan dia terima beras 5kg je pun. saya usik dia "awat ketaq, saya bukan makan orang". dia senyum, kemudian, masa borak-borak sebelum nak balik tu dia cakap

"Kak, anak saya selipar putus dekat seminggu dah, selipar harga 3 ringgit ja, tapi saya pikiaq dari saya beli selipar 3 ringgit, baik saya beli beras sekilo. boleh satu keluarga makan, tu saya ketaq dpt beras tu, pasai lama sungguh tak beli beras kampit besaq, dok beli hat sekilo-sekilo ja". Terdiam saya.

Pernah terfikir? Mungkin pada kita RM3 tu mungkin tak ada apa maknanya pun, sepeket makanan kucing pun mungkin lebih mahal dari RM3.

Tahu kenapa ada peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Nah inilah dia, dpt upah hari ni, buat belanja makan hari ini, esok mengais lagi, dapat habuan belanja untuk esok sehari lagi.

SEBARKAN SEBANYAKNYA...
Biar Menteri TAHU KESUSAHAN Rakyat..!!!

Khamis, 16 November 2017

Periksa

 *Kenapa broken sebab exam?*
Dah habes study, dah habes berusaha, tapi last2 jawab macam tak pernah study?

Come on sahabat 🌹

Semua orang yang ambik exam akan rase benda yang same. Nak tahu tak sebab apa kita broken? Sebab ..... *kita letak expectations yang terlalu tinggi pada diri kita sendiri*. Kita expect yang soalan2 yang keluar setanding dengan usaha kita yang tiap hari study tak henti2.

Ya, confident tuh memang bagus tapi bukan over confident.

Kita rasa bila kita dah study 24/7, kita boleh jawab semua benda yang keluar. Kita rasa bila kita buat latihan banyak2, kita boleh komfem dapat A.

Gaisss, ilmu tuh Allah punya. Salah satu nikmat yang diberi untuk kita.

Even kita study tak henti2 pun, buat latihan tiap hari pun, boleh jadi kita stuck waktu exam. Semua tuh luar bidang kuasa kita.

Muhasabah diri balek.

Anggap je tuh ujian untuk kita. Kita dah berusaha, dan sekarang tugas kite doa je. Believe in Allah. Letakkan pengharapan dan tawakal pada Allah sepenuhnya. Bukan pada jawapan yang kite tulis. 🌹

InshaAllah Allah uji sebab Allah nak kita makin dekat dengan Dia. Allah sayang kita sahabat. 😍 Beruntung sangat sape2 yang diuji Allah.

Dan, amat2 penting untuk kita tajdid niat betul2. Exam kerana Allah, kerana nak banggakan mak ayah, kerana nak banggakan Islam. Bukan kerana gred. Percayalah, lepas dah usaha, A tuh sendiri yang akan datang kat kita bile keberkatan dari Allah ade. 🌸💎

Pesan selalu pada hati, Allah tahu apa yang kita taktahu. Yakinlah dengan janji Allah, 'bersama kesulitan ada kemudahan'.

Utamakan keberkatan Allah dalam apa2 yang kita buat.

Kalau Allah redha dengan kita, inshaAllah keajaiban akan ade.

Contoh kalau kita rase memang takleh jawab n kita tahu akan failed, tapi tut tut bile dapat result kite lulus.

Amazing right? Dan sangat mustahil. Tapi tuh kata kita.

Ingat, Allah tahu apa yang kita taktahu.

Allah boleh je bagi kita keajaiban bila2 masa yang Dia kehendaki.

Tugas kite yakin je dengan kuasa Allah. Cari keredhaan Allah. Jage hubungan dengan Allah, jage hubungan dengan manusia. InshaAllah semuanya baik2. 🌸

Yang penting Allah redha, Allah berkat. 😍

Kita semua boleh. 💪🏾😉 Percayalah. Ramai orang nak tengok kejayaan kita. 😍

Ahad, 12 November 2017

Guru

Jika bos pun merendahkan martabat anak buah, nak harapkan siapa lagi?

Aku bukan cikgu. Aku cuma seorang pemandu teksi yang suka menulis. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku sangat menghormati golongan yang menyampaikan ilmu ini.

Aku cuma pemandu teksi, bukan cikgu. Aku tidak tahu pahit jerit yang sebenar-benar menjadi seorang cikgu. Pahit getir sebagai pemandu teksi aku tahu dan faham sangat.

Tapi aku tahu membaca sebab cikgu aku ajar aku kecil dahulu. Apa yang aku faham, cikgu-cikgu ini ditekan dari segenap sudut. Murid naik basikal malam pun cikgu dipersalahkan. Murid mengandung pun salah cikgu. Buku teks koyak salah cikgu. Gejala sosial salah cikgu. Murid tak pergi sekolah salah cikgu. Bak kata semuanya salah cikgu.

Banyak sangat sampai tak tertulis.

Aku cuma pemandu teksi, namun ramai saudara dan sahabat aku kerjanya cikgu. Pelanggan teksi aku pun ramai juga cikgu. Pernah suatu hari, seorang perempuan telefon aku dan minta perkhidmatan aku.

Aku pergi ambil, dia mendukung seorang kanak kanak seusia setahun lebih, dan dia pimpin seorang lagi anak umur 3 tahun.

Rupanya dia nak ke sekolah. Dia seorang cikgu dan hari itu ada kelas tambahan. Suaminya kerja jauh, keretanya rosak. Pengasuh anak yang selalu dia hantar pulang kampung untuk urusan kecemasan selama 3 hari.

Dia bawa anak di atas dukung, seorang lagi dia pimpin. Semata-mata nak ke sekolah untuk beri kelas tambahan percuma. Katanya kesian pada murid-murid, periksa sudah tak lama lagi. Masih ramai murid kurang faham katanya. Jadi dia ambil keputusan buat kelas tambahan percuma sebelah petang dan malam.

3 hari itu, setiap hari dia guna perkhidmatan teksi aku. Dia kata dia kesiankan murid. Tapi aku sebenarnya lebih kesiankan dia.

Demi kejayaan anak-anak orang lain, dia rela bawa anak sendiri walau masih kecil.

Dan berita yang aku baca ini buat aku sedikit marah. Sepatutnya Timbalan Menteri atau siapa sahaja yang berjawatan di dalam bidang pendidikan back up golongan guru. Back up orang bawahan dia.

Bukan menyalahkan orang bawahan dia macam ini.

Aku bukan cikgu. Aku cuma pemandu teksi.

Aku tidak tahu banyak pasal dunia seorang cikgu. Tapi aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia dah banyak berkorban demi anak-anak murid mereka.

Aku cuma pemandu teksi. Aku bukan cikgu.

Tapi aku tahu, tindakan menyalahkan anak buah sendiri adalah salah. Sudahlah seluruh dunia menuding jari ke arah cikgu atas apa-apa masalah. Kini bos sendiri pun salahkan mereka juga.

Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Kerana aku cuma seorang pemandu teksi dan aku tiada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Abang Teksi
Yang Menulis
#puakabersekutu

Rabu, 8 November 2017

Pensyarah matrikulasi

Assalam

Tazkirah pagi

*Kesempurnaan Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi*

Prinsip saya mudah sahaja dalam urusan kerja sebagai pensyarah.

Peranan (tugas dan tanggungjawab) saya sebagai pensyarah adalah menyampaikan ilmu kepada pelajar saya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Untuk pelaksanaan tugas dan tanggungjawab ini saya dibayar (menerima) gaji. Saya berusaha memastikan tugas menyampaikan ilmu itu dilakukan dengan baik kerana gaji yang saya terima perlu sepadan dengan kesempurnaan tugas dan tanggungjawab saya. Peranan pelajar adalah berusaha menerima ilmu yang disampaikan pensyarah demi kebaikan dan masa depan mereka sendiri.

Untuk menjadi pelajar yang baik saya berusaha menyedarkan pelajar berkenaan keperluan mereka menguasai teknik dan kemahiran belajar dan menawarkan kesempatan untuk mereka meneliti diri mereka dan mendapatkan bimbingan saya dan pensyarah lain dalam aspek ini (jika perlu). Saya juga selalu mengingatkan pelajar saya bahawa pada umur 18 tahun, 80% kejayaan mereka adalah daripada usaha mereka dan hanya 20% sahaja kejayaan pelajar disumbangkan oleh pensyarah. Ini berkaitan dengan graf Kebersandaran Usaha dan Pergantungan kepada Umur Pelajar (yang pernah dimaklumkan dulu).

Saya selalu mengingatkan pelajar dan diri saya sendiri bahawa saya adalah pensyarah (seperti yang digazetkan perjawatannya oleh JPA) dan bukan guru supaya saya dan mereka ingat kepada peranan masing-masing dan matlamat asal pengwujudan Program Matrikulasi.

Apabila pelajar minta saya halalkan ilmu yang saya ajar, saya selalunya mengatakan ilmu itu memang sentiasa halal kerana itu adalah tugas saya yang berkewajipan menyampaikan ilmu itu dan kewajipan pelajar untuk menerima ilmu itu.

 Selagi kedua-dua pihak menunaikan kewajipan masing-masing dengan sempurna, maka ilmu itu adalah halal.

Nasi

SEBUTIR NASI YANG JATUH

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”*

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang. Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabbur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu itu kita makan sendirian.

“Lana” itu maknanya untuk semuanya:
*Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim.” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Berkat ilmu

Terbaik... Teringat ada seorang murid saya mmg top student kat sekolah, exam mesti score... Tapi masa dia habis SPM dengan result yang bagus, dia dengan bongkak minta sy ubahkan markah koko dia maksimum yang boleh padahal dia tak aktif pun dengan koko, markah yang diberi pun tinggi disebabkan kita nak bantu dia, tapi akibat bongkak siap ibu bapa dia dtg sekolah dan buat repot ke JPN saya xmahu bagi markah koko tambahan.

Pegawai JPN buat siasatan utk ambil tindakan kat saya, so saya defend diri mengatakan murid ini hanya aktif satu persatuan sejak dari tingkatan 1 tapi yang lain dia xhadirkan diri pun. Markah yang diberi pun kerana ihsan kami guru2 nak bagi dia pergi jauh ke ipt.

Tapi dia rasa dia boleh p ke overseas sebab dia pandai, tapi attitude mmg xjaga, bila kita ada buat gotong royong di sekolah memang dia takkan hadir ke sekolah, atas alasan baik dia study kat rmh. Lebih 10 hari dia buat mcm tu atas alasan aktiviti sekolah membuang masa dia.

Kes dgn JPN akhirnya markah koko dia diturunkan dari 80% ke 50% sahaja sebab dia mmg xlyk diberi markah tinggi.

Selepas setahun dia dtg jumpa saya, dia mengaku subjek yang sy ajar iaitu fizik dia langsung xboleh score di universiti dan markah dia sangat teruk, sebab saya pernah cakap saya tak halalkan ilmu saya terhadap dia.

Huhu dulu igt kita ni siapalah tapi bila hati x redha mmg betul2  jadi.

Guru

AKIBAT DERHAKA KEPADA GURU

Salah satu penyebab sulitnya rezeki adalah durhaka kepada Guru. sombong, meremehkan.
Jangan kamu datang kepada Guru hanya kerana ingin mendapatkan ilmu, namun kamu melupakan dan menjauhi ketika kamu merasa sudah tidak memerlukannya.

Ingatlah, keberkahan ilmu dan rezeki mu terdapat pada Adab mu terhadap Guru.

Sedikit kisah di Tarim ada seorang Murid yang derhaka kepada Gurunya, .

Dikisahkan belasan tahun lalu seorang pelajar yang sedang belajar di rubat Tarim yang saat itu diasuh Habib Abdullah as-Syatiri, beliau dikenali sangat Alim hingga mampu menghafal kitab tuhfatul muhtaj 4 jilid. siapa tak kenal dia?? Semua tau bahwa dia sangat Alim bahkan dianggap sebagai calon ulama besar suatu hari nanti.

Suatu hari disaat Habib Abdullah mengisi pengajian rutin pengajian , tiba-tiba Habib bertanya tentang pelajar yang sangat terkenal Alim itu. "Kemana si fulan???" Semua pelajar bingung menjawab pertanyaan sang guru.

Ternyata pelajar yang dimaksud tidak ada di pondok melainkan keluar berniat mengisi pengajian di kota Mukalla tanpa izin.

Akhirnya Habib Abdullah assyatiri yg sangat terkenal Allamah dan Waliyulloh berkata : "baiklah orangnya boleh keluar tanpa izin, tapi ilmunya tetap disini!!!"*.

Di kota Mukalla, pelajar yang sudah terkenal Alim tersebut sudah di nanti nantikan para pecinta ilmu untuk mengisi pengajian di masjid Omar, Mukalla.

Singkat cerita si pelajar ini pun maju kedepan dan mulai membuka ceramahnya dengan salam dan muqaddimah pendek.

Allahu Akbar !!! Ternyata, setelah membaca amma ba'du si Alim ini tak mampu berkata sama sekali, bahkan kitab paling kecil sekelas Safinah pun tak mampu dia ingat sedikitpun...._

Maka dia tertunduk dan menangis.. para hadirin pun heran, "Ada apa ini???",, akhirnya Salah satu Ulama kota mukalla pun menghapirinya dan bertanya; "Saudara mengapa begini??? Apa yang saudara lakukan sebelumnya?"._

Dia menjawab : "Saya keluar tanpa izin Habib dari pondok madrasah." Dia terus menangis , dan Beberapa orang menyarankan agar dia meminta maaf kepada Habib..

Parahnya dia dengan sombong tidak mahu meminta maaf!!. Kesombongannya ini membuat semua orang menjauhinya, dan tidak ada satupun yang peduli padanya, bahkan hidupnya setelah itu sangat miskin dan  menjual penjual daging ikan kering.

Dan disaat dia meninggal,dia mati dalam keadaan miskin bahkan kain kafannya pun tak mampu dibeli dan akhirnya diberi oleh seseorang.

"Pelajar Yang Manfaat...Bukanlah Yang Paling Banyak Hafalannya, Yg Paling Bagus Penjelasan Kitabnya, Yang Selalu Juara Kelas.....Tapi Santri Yang BerManfaat Yang Paling Hormat dan Taat Kepada Gurunya...Dan Menganggap Dirinya Bukan Siapa-siapa Di Hadapan Gurunya..."

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kisah diatas di beri hati yang tawadhu' patuh terhadap guru guru kita sehingga kita mendapat berkahnya, amin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN
FB: USTAZ IQBAL ZAIN

Humble

*RENUNGAN*

*Biarlah*

Biar orang kata kita tak pandai.
Biar orang kata kita tak hebat.
Biar orang kata kita tak baik.

Sebab kita tahu siapa diri kita yang sebenar.

Kelebihan seseorang bukan untuk ditunjuk atau dibanggakan, kerana semua ini hanyalah pinjaman semata-mata.

*Bahaya*

Perkara yang paling bahaya adalah apabila orang tegur kesalahan kita.

Kita kata, kita betul dan orang dipersalahkan.

Kalau rasa ego kita tinggi,
lebih baik diam dan muhasabah diri.
Adakah kita buat perkara yang betul atau tak?

Jangan terlalu sensitif.
Ini soal diri sendiri.
Jangan terlalu alah dengan teguran.
Fikirkan perkara positif.

*Pandangan*

Kita pandang rendah kepada orang.
Kita pandang serong kepada orang.
Kita pandang bukan-bukan fasal orang.

Pernah tak kita fikir,
apa pandangan orang kepada kita?

*Malu*

Apabila orang memuji,
kita patut berasa malu, bukan berasa riyak dan bangga diri.

Orang yang memuji itu baru melihat satu kebaikan kita, tetapi dia masih belum melihat 99 keburukan kita.

Semuanya kerana Allah tutup aib kita.

Allahu.

*Kejar*

Walaupun orang kata manusia tak boleh lari daripada kesilapan, tetapi kita boleh mengejar kebaikan.

*Pesan Pada Hati❤*

Sabtu, 4 November 2017

Bakti

*Seorang ayah yang baru pulang dari kerja, walau bagaimana penat sekalipun namun apabila nampak keletah anak2nya yang masih kecil, ayah sanggup rangkul dan dokong anak2. *Hilang rasa penat seharian berkerja si ayah apabila nampak anak2 gembira*.

Tetapi ketika ayah sudah tua, ibu sudah tua, ramai anak2 tak mampu hendak dokong ayah dan ibu atau pun setidak-tidaknya gembirakan hati mereka.

Ada satu kisah tentang seorang hartawan yang mempunyai seorang ayah yang lumpuh. Satu hari beliau mengambil keputusan untuk tinggalkan kerjanya buat sementara untuk pulang ke kampung demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak.

Si ayah sudah lumpuh selama 7 tahun. Dalam tempoh itu yang menguruskan si ayah ialah seorang nurse yang digajikan. Orang yang tiada pertalian keluarga ini apalah sangat yang mereka boleh lakukan. Selesai tugas baliklah. Apa lagi hendak diharapkan.

Tetapi tak sama sekiranya anak2 sendiri yang lakukannya dengan  ikhlas. Tidak tergambar betapa terkesannya perasaan orang2 tua apabila anak2 mereka sendiri yang pernah dipeluk cium satu  ketika dahulu yang uruskan mereka.

Hati hartawan itu sebenarnya sudah terusik selepas mendengar satu pengisian daripada seorang ustaz berkaitan tanggungjawab anak2 memelihara ibu bapa yang sudah tua. Lalu hati beliau meronta  mahu pulang segera ke kampung.

Semasa sampai di kampung, waktunya awal pagi lalu beliau mengambil kesempatan berjemaah terlebih dahulu di masjid. Selepas solat beliau perasan ada satu  program Maal Hijrah di rancangkan malam nanti di masjid. Dia seperti sudah tahu apa hendak dilakukannya.

Si Ayah gembira tak terkata anak kesayangannya pulang ke pangkuan. Waktu beliau sedang disiapkan oleh nurse bertugas si anak bertanya, “Ayah, nak tak jika malam  ini saya bawa ayah ke masjid. Malam ni ada Ceramah Maal Hijrah.”

Terharu si ayah sambil berkata, “Along, along tahu kan ayah dulu orang masjid. Along, ayah dah bosan sebenarnya asyik duduk terperap dalam rumah ni. Along tahukan ayah rindukan masjid. Rindu sangat dengan kawan2 ayah di masjid. Kalau along nak bawa. Ayah syukur sangat.”

Pilu rasa hati. Si anak berazam malam itu dia akan dukung ayahnya ke masjid. Pasti!

Sebagaimana yang diazamkan petang itu si hartawan tadi siapkan ayahnya dengan jubah kemudian dukung ayahnya masuk ke kereta.

Dalam perjalanan, ketika melintasi perpohonan rambutan si ayah tersenyum, ”Along, masa along kecil, sampai senja along duduk atas pokok rambutan ni. Ayah marah along waktu tu. Ayah rotan along suruh balik. Ayah minta maaf ye along,” kata si ayah.

Lain benar kegembiraan si ayah apabila sesekali dapat keluar dari hanya menatap dinding dan atap di rumah. Apalagi setelah sampai ke masjid. Bertemu semula rakan2 masjidnya dahulu. Jarang si anak lihat ayahnya segembira itu sepanjang beliau lumpuh. Dimanfaatkan betul waktu itu sepertinya dia sudah lupa bahawa dirinya itu lumpuh dan sakit.

Waktu pulang dari masjid si ayah terasa mahu berterima kasih benar kepada anaknya, ”Along, terima kasih bawa ayah ke masjid. Along anak yang baik. Ayah redha pada along. Ayah doakan syurga buat along . Mudah2an berkat hidup along dan dimurahkan rezeki along.”

Kata2 itu benar2 meruntun jiwa seorang anak yang sudah lama  mengabaikan tangungjawabnya.

Sampai di rumah si hartawan bertanya kepada ayahnya sebelum tidur, mahukah dia pergi lagi ke masjid subuh nanti. Gembira tidak terkata si ayah menjawab, “Nak, nak” sepertinya anak kecil yang diumpan gula2.

Dalam sendirian si anak itu menangis . Terasa teruk benar dirinya selama ini tetapi ayahnya tidak ragu2 meredhakan dirinya hari ini atas sumbangan kecilnya. Allah….

Esoknya, si anak bangun awal demi menyiapkan ayahnya untuk berjemaah di masjid subuh itu.

Beberapa kali digerakkan tetapi tiada sebarang respon daripada si ayah. Diusahakan lagi namun ayahnya nampak kaku tidak berkutik sedikitpun. Beliau cemas, namun apa yang dirisaukan, itulah yang berlaku, Innalillahiwainnalillahiraajiun….. ayahnya sudah pergi buat selamanya.

Rupa2nya kesempatan yang ada pada malam tadi adalah kesempatan yang terakhir untuk beliau. Peluang itu sudah tidak ada lagi. Tidak ada. Namun kenangan indahnya terus bersemadi di jiwa.

Kawan2,
Sesiapa yang ada ayah, yang ada ibu gunakanlah kesempatan yang ada untuk berbakti.

Berapa ramai ayah2 dan ibu2 yang terluka perasaannya dengan anak2 mereka.

Terkadang kita ini sudah jadi orang masjid, kaki ibadah, tetapi dengan mak ayah ini hati kita keras sangat hendak buat baik pada mereka.

*Hijrahlah daripada seorang anak yang derhaka kepada anak yang taat kepada kedua ibubapa.*
- Ahmad Fairoz Daud -
#istiqamah