Ahad, 12 November 2017

Guru

Jika bos pun merendahkan martabat anak buah, nak harapkan siapa lagi?

Aku bukan cikgu. Aku cuma seorang pemandu teksi yang suka menulis. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku sangat menghormati golongan yang menyampaikan ilmu ini.

Aku cuma pemandu teksi, bukan cikgu. Aku tidak tahu pahit jerit yang sebenar-benar menjadi seorang cikgu. Pahit getir sebagai pemandu teksi aku tahu dan faham sangat.

Tapi aku tahu membaca sebab cikgu aku ajar aku kecil dahulu. Apa yang aku faham, cikgu-cikgu ini ditekan dari segenap sudut. Murid naik basikal malam pun cikgu dipersalahkan. Murid mengandung pun salah cikgu. Buku teks koyak salah cikgu. Gejala sosial salah cikgu. Murid tak pergi sekolah salah cikgu. Bak kata semuanya salah cikgu.

Banyak sangat sampai tak tertulis.

Aku cuma pemandu teksi, namun ramai saudara dan sahabat aku kerjanya cikgu. Pelanggan teksi aku pun ramai juga cikgu. Pernah suatu hari, seorang perempuan telefon aku dan minta perkhidmatan aku.

Aku pergi ambil, dia mendukung seorang kanak kanak seusia setahun lebih, dan dia pimpin seorang lagi anak umur 3 tahun.

Rupanya dia nak ke sekolah. Dia seorang cikgu dan hari itu ada kelas tambahan. Suaminya kerja jauh, keretanya rosak. Pengasuh anak yang selalu dia hantar pulang kampung untuk urusan kecemasan selama 3 hari.

Dia bawa anak di atas dukung, seorang lagi dia pimpin. Semata-mata nak ke sekolah untuk beri kelas tambahan percuma. Katanya kesian pada murid-murid, periksa sudah tak lama lagi. Masih ramai murid kurang faham katanya. Jadi dia ambil keputusan buat kelas tambahan percuma sebelah petang dan malam.

3 hari itu, setiap hari dia guna perkhidmatan teksi aku. Dia kata dia kesiankan murid. Tapi aku sebenarnya lebih kesiankan dia.

Demi kejayaan anak-anak orang lain, dia rela bawa anak sendiri walau masih kecil.

Dan berita yang aku baca ini buat aku sedikit marah. Sepatutnya Timbalan Menteri atau siapa sahaja yang berjawatan di dalam bidang pendidikan back up golongan guru. Back up orang bawahan dia.

Bukan menyalahkan orang bawahan dia macam ini.

Aku bukan cikgu. Aku cuma pemandu teksi.

Aku tidak tahu banyak pasal dunia seorang cikgu. Tapi aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia dah banyak berkorban demi anak-anak murid mereka.

Aku cuma pemandu teksi. Aku bukan cikgu.

Tapi aku tahu, tindakan menyalahkan anak buah sendiri adalah salah. Sudahlah seluruh dunia menuding jari ke arah cikgu atas apa-apa masalah. Kini bos sendiri pun salahkan mereka juga.

Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Kerana aku cuma seorang pemandu teksi dan aku tiada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Abang Teksi
Yang Menulis
#puakabersekutu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan