Selasa, 28 November 2017

Claim


​Mari FIKIR-FIKIRKAN.

Sikap AMANAH serta jujur adalah perilaku yang sangat penting untuk diujudkan kedalam diri.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber lain yang  kita perlu elakan agar tidak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu...pun ragu statusnya.
Diantara keraguan yang perlu kita fikirkan dan perlu diberikan perhatian.

Guna talian internet pejabat berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa...bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya.
Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal nafsu dan  hati.

Fikir dalam-dalam.

Apabila musibah; Tak perlu tuding jari,

Atau letakkan kesalahan pada orang lain.

Bertanggung jawab atas perilaku sendiri...

Carilah salah dalam diri...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan