Rabu, 8 November 2017

Pensyarah matrikulasi

Assalam

Tazkirah pagi

*Kesempurnaan Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi*

Prinsip saya mudah sahaja dalam urusan kerja sebagai pensyarah.

Peranan (tugas dan tanggungjawab) saya sebagai pensyarah adalah menyampaikan ilmu kepada pelajar saya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Untuk pelaksanaan tugas dan tanggungjawab ini saya dibayar (menerima) gaji. Saya berusaha memastikan tugas menyampaikan ilmu itu dilakukan dengan baik kerana gaji yang saya terima perlu sepadan dengan kesempurnaan tugas dan tanggungjawab saya. Peranan pelajar adalah berusaha menerima ilmu yang disampaikan pensyarah demi kebaikan dan masa depan mereka sendiri.

Untuk menjadi pelajar yang baik saya berusaha menyedarkan pelajar berkenaan keperluan mereka menguasai teknik dan kemahiran belajar dan menawarkan kesempatan untuk mereka meneliti diri mereka dan mendapatkan bimbingan saya dan pensyarah lain dalam aspek ini (jika perlu). Saya juga selalu mengingatkan pelajar saya bahawa pada umur 18 tahun, 80% kejayaan mereka adalah daripada usaha mereka dan hanya 20% sahaja kejayaan pelajar disumbangkan oleh pensyarah. Ini berkaitan dengan graf Kebersandaran Usaha dan Pergantungan kepada Umur Pelajar (yang pernah dimaklumkan dulu).

Saya selalu mengingatkan pelajar dan diri saya sendiri bahawa saya adalah pensyarah (seperti yang digazetkan perjawatannya oleh JPA) dan bukan guru supaya saya dan mereka ingat kepada peranan masing-masing dan matlamat asal pengwujudan Program Matrikulasi.

Apabila pelajar minta saya halalkan ilmu yang saya ajar, saya selalunya mengatakan ilmu itu memang sentiasa halal kerana itu adalah tugas saya yang berkewajipan menyampaikan ilmu itu dan kewajipan pelajar untuk menerima ilmu itu.

 Selagi kedua-dua pihak menunaikan kewajipan masing-masing dengan sempurna, maka ilmu itu adalah halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan