Khamis, 31 Januari 2019

Faham

"Dif, kenapa ada orang mengaji kat surau dan masjid tapi tak jugak berubah perangai?" soal ibu saya baru baru ini.
.
Lalu saya jawab soalan ibu saya itu dengan jawapan yang saya perolehi daripada guru yang pernah saya belajar dahulu.
.
"Ibu, ada orang duduk dalam majlis ilmu tu bukan niat nak belajar. Cuma nak mengisi waktu yang lapang sementara menunggu waktu solat sahaja. Jadi kalau tak ada niat nak dapatkan ilmu, maka dia hanya dengar sahaja tapi ilmu tak lekat dalam dada."
.
"Itu sebab, tanpa niat yang betul, belajarlah seberapa lama pun, memang tak mampu dia nak amalkan ilmu yang dia dengari itu. Kelebihan kelebihan lain yang dijanjikan seperti mendapat pahala dan diampunkan dosa memang dapat, tapi ilmu yang didengari itu susah sikit la nak lekat sebab niat bukan untuk menuntut ilmu."
.
"Bukan itu sahaja ibu, bahkan majlis ilmu yang tenang tu jugalah tempat untuk melelapkan mata. Rugilah sebenarnya, sebab pergi dengar ilmu tetapi tak dapat ilmu. Setidak tidaknya bersungguhlah sikit ketika belajar walaupun kita tahu faham terhadap ilmu itu adalah milik Allah."
...
Begitulah. Sememangnya ada orang yang menginginkan ilmu yang didengarinya lalu ingin diamalkan dan disampaikan, tetapi masih juga ramai yang bersikap tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu. Akibatnya adalah kerugian bagi diri sendiri.
.
Kita perlu mencontohi orang orang soleh terdahulu menuntut ilmu. Kesungguhan dan halobanya mereka terhadap ilmu amat tinggi kerana bagi mereka, ilmu itu adalah agama dan agama itu adalah ilmu.
.
Maka, mempelajari ilmu itu bermaksud mempelajari agama. Oleh kerana kesungguhan dan haloba terhadap ilmu itulah Allah mengizinkn mereka untuk memahami agama dan memelihara kesuciannya.
.
Kita bagimana ya?
.
Jika kita benar benar bersungguh dalam agama yang kita cintai ini, maka bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
31 January 2019

Rabu, 30 Januari 2019

Anak istimewa

Sudah 3 hari dmm dan rs tdk selesa bdn sehingga tdk dpt ke sekolah. Akhirnya dpt jg mc 2 ari doktor bg tp nm kata nak dpt cukup rehat mmg tiada istilah itu sjk berglr abah. Setiap kali ambil anak2 pulang dr ptg hingga ke mlm sementara nak tunggu ummi blk sekolah usahkan nak tdr, nak lelap mata sekjp pun pyh. Bimbang lalai yg sekelip mata bertukar menjd tragedi tdk diduga. Kebtln syifaa pula dah lbh seminggu blum sht sepnhnya sjk adik yg kcl dmm sbb asyik on and off. Dgn urusan sekolah utk wang bantuan persekolahan, urusan keceriaan kls pd hjg minggu, data apdm pd waktu mlm, lthn sukan dan temujanji hospital saban minggu blh bt bdn jd lesu dan otak jd tepu.  Hanya satu perkataan yg bt minda berkecamuk iaitu PENAT.... PENAT... PENAT. Semlm nak dijadikan cerita mmg abah tlh hilang sabar sbb ms nak bg syifaa mkn ubat bknlah satu perkara mdh. Dia istimewa dan tak sm mcm bdk normal yg lain dan dia perlu diberi mkn ubat sawan dua kali sehari utk setiap hari. Nak suap mkn pn kdg2 tkt pch lg pinggan dan cawan. Belum msk time dia tantrum dan nak kena dodoi sampai tertidur lena yg adakalanya hingga ke pagi br lena. Pendek kata perlu byk bersabar dgn kerenah syifaa nur imani yg seorang ini. Kdg2 bila dia tantrum hbs tgn dan bdn dicakar atau digigit sekuat hati. Lebam dan berdarah pd tubuh-bdn abah dan ummi itu perkara biasa. Kdg2 tgh mkn pun ditepis mknan hbs berterabur jth ke lantai, dah satu kerja nak kutip dan mop lantai lg. Dgn sikap si adik seorang bdk lelaki yg semakin membsr jadi semlm lps ummi tegur byk2 kali trs abah angkat dan kurung dlm stor si adik sambil abah tengking dan marah sbb tak dgr ckp.  Melalak meraung lah minta maaf tak nak bt lg. Katanya: adik minta maaf abah, tlg lah adik tkt gelap dlm ni. Bila mlm kakak dah mula merengek sbb dia tak selesa bdn jd bila ms nak bg mkn ubat tu mmg seksa jd abah terpaksa jg berkasar dan berkeras sampai ummi ckp lps dulu bang sbb sakit bdn anak tu nnt. Menangis melalak jg lah sikakak mlm tu. Masa tu mcm2 perasaan dtg menerjah minda, jujur abah bertanya knp aku?  Andai bnr mereka yg sabar shj diuji sebnrnya aku sdh tdk sabar lg. Knp bkn org lain? Mcm2 persoalan timbul dibenak seakan penat dgn perjlnan hdp yg tertulis ini. Sudah aku ketepikan ms lapang bersama kwn2, tlh jg aku lupakan keinginan dan perasaan hati tp msh jg serba tak menjadi. Krn syifaa jg abah prnh berselisih fhm dgn pengurusan lama. Sbb memperthnkan hak kakak jg abah tlh berpindah sekolah utk memudahkan urusan. Segalanya tlh abah dan ummi korbankan demi anak syurga tercinta.  Bila mlm sebelum tdr, aku tatap wjh anak2 terutama syifaa. Allah! menitis airmataku krn andai shj dia bisa berkata2 pasti shj dia menjwb bhw dia tdk minta lhr kedunia dgn keadaan yg serba kekurangan. Bahkan dia ingin shj bisa membsr seperti knk2 lain utk membahagiakan ummi dan abah bila bsr nnt. Mungkin jg dia bisa berkata, sabarlah abah sampai ms kakak akan pergi jua bt selamanya.. Mungkin jg abah lupa satu ketika saat Allah uji dgn keadaan kakak yg sdg kritikal di hospital sedikit waktu dulu. Waktu itu abah dan ummi hanya mampu berdoa agar kakak diberikan peluang utk trs berjuang. Airmata ini jth mengalir laju sambil dimulut berkali-kali mengungkapkan. Maafkan abah syg krn abah hanya seorang manusia biasa yg kdg kala lemah dgn bisikan dunia.. Dlm setiap sujudku berdoa, ya tuhan andai bnr syurga tlh kau berikan didpn mataku maka kau campakkanlah kesabaran dlm diri hambamu ini. Kau peliharalah imanku dan tetapkan pendirianku demi utk berbakti kpd anak syurgaku.. Utk adik jg abah minta maaf syg sbb fokus yg terlalu byk diberikan pd kakak kdgkala bt abah terlupa bhw adik jg perlukan perhatian dr abah dan ummi meniti saat membesar ini.  Abah lupa walaupun abah selalu ckp adik lelaki mesti kuat, sihat sbb nnt kena jg kakak. Kena selalu syg kakak andai satu masa abah dan ummi tiada lg. Abah lupa usia adik yg msh kecil yg perlukan ksh-syg sm mcm knk2 seusia yg lain. Jauh dilubuk hati ini abah sgt sygkan anak-anak abah ibarat nyawa abah sendiri. Semoga Allah swt trs menjg hbgn kt sehingga ke syurga nan abadi. Maafkan abah sayang!

(Sehingga ke saat ini airmata msh lg mengalir membasahi pipi. Terbayang senyum manis syifaa sambil tgnnya melambai-lambai apabila terlht kelibat abah)

                                                         Catatan abah!

Selasa, 29 Januari 2019

Guru

MAKIAN CIKGU DULU-DULU

Assalamualaikum. Teringat semasa sekolah dulu, Cikgu garang2. Selain rotan, baling dgn kapur dan duster, makian dah biasa kami kena.

 Antara yg saya masih ingat;
1. Cikgu Singh ajar Sejarah Darjah 6: "Hei belacan... "
2. Cikgu sejarah tingkatan 1 (tak ingat namanya): "Awat perak? oi semang, jakun, ramayana, mahabharata"...

3. Cikgu Goh Yu Jin ajar ilmu hisab tingkatan 3: "Bodoh soi" dan "lu cilaka tiga ekoq di belakang..."
4. Cikgu Kang ajar sains tingkatan 3: "you bloody kok kark "...

5. Cikgu Shaari dlm Masam2 manis: "bodoh, bahlul, malewol, badewol", "engkau mana tahu, engkau tak sekolah".

Apa sekalipun makian Cikgu kami tetap hormat Cikgu sbb tanpa cikgu kami tak akan berada di mana kami berada sekarang. May God bless our teachers...

CnP dari seorang sahabat..
Maki itu mengentalkan jiwa kita...
Bkn cam skang...jeling pon tak bole!! Pastu jadik daghai bak kata oghang utagha

CnP dari tak ingat mana dah..
Tkaseh pd penulis asal

Isnin, 28 Januari 2019

Cerai

Re-post

BERCERAI

Duduk sebentar sementara menunggu penghawa dingin kuda besi siap diservis, terpandang tajuk utama di salah sebuah akhbar tempatan '3 pasangan mendaftar cerai setiap satu jam.'

Hadir mekanik kedai yang sang faqir panggil dengan panggilan Abg J bersuara, "huhh! Menyesal beli paper hari nie, tajuk entah apa-apa, pasangan bercerai lah, itulah, inilah. Ini semua sebab ekonomi, sebab tu jadi macam tu."

Sang faqir seperti biasa, akan tersenyum dahulu sebelum bersuara.

Tambah Abang J, " kalau ekonomi ok, mesti takde semua nie." Sambil memasang api pada rokoknya di tangannya.

Sang faqir bersuara, " bukan pasal ekonomi Abg J, salah tu. Yang sebenarnya adalah ILMU."

"Macam mana tu? Apa kena mengena dengan ilmu? " Tanya Abg J.

" Abg J, ekonomi itu adalah penting, betul, tapi yang terlebih penting adalah ILMU, yang teramat penting adalah AMAL, dan tersangat penting adalah REDHA dan IKHLAS."

Sang faqir menyambung apabila melihat Abg J mula memberi perhatian;

"Banyak pasangan bermasalah datang jumpa saya, dan artikel dalam 'paper' tu betul, tapi, nak cerita di sini kebanyakan yang datang jumpa saya, asyik menuding jari kepada pasangan, suami kata isteri, isteri kata suami, macam dalam paper sebut tu, 'isteri curang, suami tidak bertanggungjawab', tapi... tapi... lepas saya tanya soalan pada suami, berapa kali mandi bersama isteri? Berapa kali tadarus Al Quran bersama isteri?  Bila kali terakhir usap tangan isteri sambil ucap 'i love you' atau seangkatan dengannya? Bila kali terakhir solat jemaah dengan isteri? Lebih spesifik, qiamulail berjemaah. Pada isteri pula, bila kali terakhir picit kaki suami tanpa suami minta? Bila kali terakhir bancuhkan air pada suami tanpa suami minta? Bila kali terakhir  mohon maaf, minta ampun pada suami walaupun tidak buat salah? Semua yang saya tanya ini, kebanyakannya saya hanya dapat jawapan Alif Fathah 6 Harkat, Abg J faham maksudnya? "

" Tak faham ustaz. Apa yang 6 harkat tu?" Soal Abg J.

"Maksudnya, Aaaaaaa tu panjang sambil mata tengok ke langit, faham? " Terang sang faqir.

"Ooo faham." Abg J mengangguk.

Sang faqir menambah lagi, " orang kata bercerai pasal kos sara hidup tinggi, ekonomi jatuh, macam-macam, tapi mereka lupa bahawa ALLAH yang beri rezeki, baiki hubungan dengan ALLAH, solat 5 waktu macam mana?  Apabila tanya, jawabnya 'eh tak sempat pasal nak siapkan kerja', jadi macam mana kita nak dapat rezeki lain kalau rezeki masa kita tak jaga, MASA adalah rezeki, bukan main-main tu, sebab tu ALLAH tegur kita pasal masa. Itu belum cerita bab qiamulail. Ada juga yang solat pasal hendak minta ALLAH tambah rezeki, itu yang silap, tambah atau kurang rezeki kerja DIA, kerja kita adalah berusaha raih Rahmat dan Redha DIA, itu kerja kita, berusaha raih, dapat atau tidak, itu kerja DIA."

Sang faqir teruskan lagi membebel, Abg J tertunduk dan menggeleng-geleng kepala.
"Kenapa adanya orang letak solat pasal nak tarik rezeki? Pasal Ilmu. Ilmu yang sepatutnya ambil tahu, ambil berat, tidak diendahkan. Apa ilmu yang perlu diambil berat? Ilmu Aqidah. Kebanyakan pasangan yang bermasalah, apabila diajukan soalan, 'berapa rukun syahadah?', 'apa sifat syahadah?', 'sudah faham semua 68 aqaidul iman?' , 'berapa rukun solat?', 'bagaimana sifat solat?', 'nyatakan semua tajwid dalam Al Fatihah beserta sifat huruf.' Tak cukup dengan tu, ada juga yang sibuk nak menambah cawangan, bila ditanya, 'berapa jenis warna darah haid wanita dan apakah warnanya?' Jawapan yang saya dapat adalah Alif Fathah 6 harkat. Sebab itu saya berani kata, ekonomi bukan penyebab runtuhnya rumahtangga. Goyangnya rumahtangga adalah disebabkan kurangnya ilmu dan lemahnya amal."

"Betullah ustaz, baru saya sedar, faham. Solat bukan pasal rezeki, tetapi hendak rahmat dan redha ALLAH." Abg J mengangguk tertunduk.

Sang faqir menambah, "saya bercakap atas dasar pengalaman yang tidak seberapa Abg J, saya nikah masa belajar, mas kahwin pun saya hutang dengan isteri, rm88.88, hutang duit isteri, untuk mas kahwin dia, dapat anak pun masa belajar. Hidup susah, makan minum tak teratur, tapi kami pastikan yang teratur adalah ILMU dan AMAL. Jadi, insyaALLAH, jika kita pegang kukuh Aqidah kita, genggam kemas Ibadah kita, peluk erat Akhlak kita, faham benar hakikat hidup mati kita, tiada apa yang dapat memisahkan antara suami isteri kecuali sudah memang ada ketentuan dari ALLAH."

Abg J mengangguk, datang staf Abg J duduk di sebelah Abg J, turut khusyuk mendengar bebelan sang faqir.

" Hendak dinding rumah cantik, bumbung rumah cantik, tiada masalah, yang penting tiang dulu kena kukuh dan kuat, insyaALLAH dinding teguh, bumbung ampuh. Dari situ akan timbul sikap menghargai antara satu sama lain" Sang faqir menyambung.

"Jadi, saya rasa, kalau pasal ekonomi yang membuatkan pasangan suami isteri bercerai, bermaksud mereka sebenarnya perlu membaiki hubungan mereka dengan ALLAH, pasti akan nampak jalannya. Carilah ALLAH, kenallah ALLAH, insyaALLAH bertemu jalan kebahagiaan." Sang faqir mengakhiri sesi bebelan di bengkel orang.

Kedua-dua mereka tertunduk malu dan segan, kerana mereka ternyata jauh lebih berumur dari sang faqir.

"Terima kasih banyak-banyak ustaz, ilmu hari nie, banyak saya belajar. Banyak lagi kena belajar." Ucap Abg J sambil bersalaman dengan sang faqir.

"Sama saja kita Abg J, kena sama-sama banyak belajar. Ok, saya jalan dulu, ada urusan di kilang. AssalaamuAlaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh." Jawab sang faqir mengangkat tangan sambil mengundurkan kuda besi dan terus berlalu pergi.

***********************

Betapa hari ini, ketandusan bab Aqidah, Ibadah dan Sakhsiyyah (Akhlak) sebab utama keruntuhan rumahtangga.

Ekonomi, kos sara hidup dan lain-lain adalah sekadar tabir kepada permasalahan sebenar.

Kenal ALLAH, raihlah Rahmat dan Redha ALLAH. Kerana ALLAH itu bersifat Istighna' (Maha Kaya) dan Iftiqor (Berkehendak). Tidak akan miskin mereka yang bertauhid, kerana mereka yakin ALLAH tidak kedekut dengan RahmatNYA.

Ahad, 27 Januari 2019

Askar malaya

Kisah Tentera kita (kisah pertama)= Askar Melayu dengan salji.

Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian2 yg pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yg saya boleh cerita.

1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yg terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.

Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari new zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’. Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru. Terlalu sejuk!

Dalam masa yg sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New zealand.. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).

Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? Rupanya ramai tentera yg dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, jumlah yg jatuh sakit masuk hospital itu=

1. Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermia
2. Askar British = 10-15 orang kena hypothermia
3. Askar Australia = 20-30 orang kena hypothermia
4. Askar Singapore = 50-60 orang kena hypothermia
5. Askar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (?????)

Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh kem waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.

Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Kami lihat=

1. Askar New Zealand= 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yg lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.
2. Askar British = Sama
3. Askar Australia = Senyap sunyi. Tak nampak siapapun diluar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.
4. Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.

5. Askar Malaysia?= Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam! 😆

Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yg 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)

Pengajaran= Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yg mengatakan kita adalah satu bangsa yg amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup dimana pun didunia! Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yg diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah! 😊💪

Fb : Mohd Fitri

Sabtu, 26 Januari 2019

Rezeki

*KISAH NYATA :*

Ada seorang tukang beca, yang sudah cukup sepuh (tua), beliau tinggal di Negeri Melaka.

Setiap hari Jumaat, ia bagi percuma perkhidmatan becanya, dengan niat sedekah..

Suatu hari, pada hari Jumaat, ada seorang lelaki yang jadi penumpangnya.

Lelaki itu naik beca jarak dekat saja, tanpa tawar-menawar, lelaki itu membayar harga beca yang di tumpanginya dengan Rm10, tetapi langsung ditolak oleh tukang beca, beliau berkata :

"Kalau ikhlas bang, pun jgn dibayar, memang niat sy sedekah hari ini.."

"(Saya ikhlas cik, sudah jangan dibayar, saya cuma sedekah dengan cara seperti ini..)."

Si penumpang pun bingung, tapi karana terburu-buru, lelaki itu langsung pergi begitu saja, setelah mengucapkan terima-kasih.

Minggu berikutnya, pada hari jumat pula, lelaki itu bertemu lagi dengan tukang beca yang sama pada Jumaat lalu.

Setelah diantar ke tempat tujuan, lelaki itu mengeluarkan wang Rm 100, atau 10x lipat dari sedekah tukang beca kepada lelaki ini Jumaat lalu, untuk upah becanya.

Tukang beca yang sudah sepuh ini pun menjawab dengan tenang :

"Insyaallah.. Kulau ikhlas tuan.pun jgn dibayar, memang niat sy sedekah hari ini..".
"

"(Insyaallah.. Saya ikhlas Tuan..
Saya cuma boleh sedekah dengan cara seperti ini,, mengantarkan orang..)."

Karena merasa aneh, lelaki yang menumpang itu terfikir :

"La kalau begini terus, Isteri, dan Anak cik makan apa.!? Kenapa tidak mahu dibayar..?!"

Tukang beca itu pun menjawab :

"Alhamdulillah, Kami sekeluarga cukup makan pakai walaupun bersedekah seperti ini..".

"(Alhamdulillah, Istri saya pun sama-sama ikhlas jika tiap hari Jum'at saya bersedekah dengan cara ini..)"

"Oh,, jadi Bapak tak mahu di bayar pada hari Jumaat saja..!?" Tanya si penumpang memastikan.

"Ya Tuan"

"Rumah cik dimana?" Tanya penumpang ..

"Bukit katil.".

Hari pun berlalu, dan di hari Jumaat berikutnya, lelaki penumpang beca tadi mencari rumah Tukang beca itu.

Setelah menyusuri jalan ke bukit katil, akhirnya Lelaki itu bertemu juga dengan rumah sederhana milik Tukang beca yang di carinya.

Setelah mengetuk pintu, keluarlah seorang wanita yang sudah tua.

Hatinya bergetar...
batinnya menangis..
betapa selama ini, ia yang sangat di cukupi keperluannya oleh Allah s.w.t, malah jarang bersimpuh kepada-Nya.

Jangankan sedekah, dan solat dhuha, solat wajib saja masih sering ia tinggalkan..

Ia pun mencium tangan wanita tua itu, lalu meminta izin untuk meminjam Ic pakcik itu, dan isteri.

"(Bapak masih melakukan persiapan untuk solat Jumaat, ini ic nya, kalau boleh tau buat apa ya..!?)

"Bu, pakcik, dan juga makcik telah membuka mata hati saya, ini jalan hidayah yang telah Allah s.w.t anugerahkan kepada saya.

Insyaallah, Bapak, dan Ibu saya daftarkan untuk naik haji bersama saya, dan istri, mohon di terima ya, cik.."
m
==============

Masya Allah..
sungguh maha pemurah Allah s.w.t yang membalas kebaikan-kebaikan kecil, dengan kebaikan-kebaikan yang lebih besar.

SEMOGA BERMANFAAT.

Selasa, 22 Januari 2019

Google

"Ala, susahlah, malas nak buat",
sambil terus borak dengan rakan-rakan.

"Cikgu, tak tahu nak buat",
selepas baru 5 saat tengok soalan.

"Apa dia tulisan banyak-banyak ni cikgu. Dia cakap apa? Bacakan, lepas tu bagi ringkasan"



Perasan kan ini bahasa majoriti budak-budak zaman sekarang? Cikgu-cikgu hadapi di sekolah. Ibu bapa berdepan di rumah.

Generasi nak segera.
Generasi tak mahu susah.
Generasi cuba dengan bersahaja.
Generasi cepat putus asa.

Bukan nak cerita nostalgia dan bermelankolik sangat. Tapi cuba ingat kita dulu-dulu macam mana.

Sebelum terpecul lah perkataan 'susah' tu dari mulut, jenuh usaha. Takut sangat nak kata 'tak tahu' depan cikgu. Sebab dah tahu dah habuannya berbirat tangan.

Berbirat tangan dulu-dulu bukan sebab buat jenayah mencuri atau hisap ganja pun.

Sekecil-kecil kesalahan, salah sebut atau salah eja ketika dalam kelas pun boleh relai bulu ayam dari rotan, penangan libasan cikgu.

Sekarang, hukuman rotan untuk tujuan akademik hampir tiada. Zero.

Generasi baru percaya, semua boleh jalan dengan hanya bagi kata-kata positif.

Generasi ini lebih percaya setiap orang ada aura-aura, merah, kelabu, jingga, hijau, kuning, dari percaya bahawasanya dengan 'piapp!' sedas kat punggung boleh selesai masalah segera.

Generasi baru rasa perlu tukar pendekatan. Cara lama sudah ketinggalan. Namun, lihatlah di sekeliling, sudah jadi sangat hebatkah generasi anak kita setelah dibuang rotan?



Mungkin ada yang kata, "baguslah budak sekarang. Bila tak tahu, mengaku tak tahu".

Betul, dari segi jujur tu memang bagus dah.

Tetapi, tak tahu setelah usaha gigih, dengan cakap tak tahu sebab menunggu 'suapan jawapan' dari cikgu dan ibu bapa, kan beza?

Dapat kertas, selang 5 saat,
"cikgu, tak tahu nak buat".

Bagi kerja kat dapur, mula pun belum,
"mak, tak reti lah nak buat".

'Indah' kan ungkapan tu didengar setelah berbuih kau mengajar?



Ini generasi yang lahirnya bersama 'google' atau sesudah ada 'google'.

'Feel dan adventure' dalam kembara ilmu tu tak ada. Tak ada rasa keperluan nak bergegas ke library, cari di rak mana ada ilmu sekian-sekian.

Tak rasa ralat kalau sedang berada dalam keadaan tak tahu sebab sentiasa tahu kalau on gadjet, taip di google, cikgu google tolong.

Benda ni semua peringkat dah rasa kesannya.

Mak ayah pening.

Anak bukan main cerdik pintar dalam keputusan peperiksaan di sekolah. Tapi nak selesaikan masalah rutin kat rumah pun berteriak satu rumah panggil mak ayah.

Cikgu sekolah pening.

Bagi kerja sekolah, begitunya ketika balik ke rumah, begitu jugalah buku yang dihantar tak berubah.

Pensyarah matrikulasi dan universiti pening.

Yang masuk semua berderet A. Makin berganti tahun makin tak muat kertas keputusan nak paparkan A. Tapi bila bagi tugasan, hasilnya macam kerja budak kelas pemulihan.

Masyarakat pun pening.

Kita berada pada zaman yang mana 'common sense' bertukar menjadi perkara 'wow'.

Tolong kucing, wow!
Pimpin tangan orang tua, wow!
Bantu orang susah, wow!
Kutip sampah, wow!

Semuanya 'wow' asalkan ia benda baik, ambil gambar, buat sikit storyline kat fb dan viral!

Kalaulah zaman atuk nenek kita ada Huawei Mate 20 X Pro Triple Leica Camera beserta Facebook, tak cukup ruang rasanya nak viralkan beribu kebaikan mereka.

Bukan setakat alihkan ranting tepi jalan, tapi membanting tulang teroka hutan, buka tanah dan sebuah negara bangsa diwujudkan!

#khairulkamilin
#copy_drFB

Jumaat, 18 Januari 2019

Keris

Info Teknologi Besi Tanah Melayu

- dicatat berusia lebih 2600 tahun dahulu.

- catatan usia tidak termasuk penemuan baru
teknologi besi di Sg Batu,Merbok Kedah yg
lebih tua.

- ada berbagai teknologi pembuatan
berasaskan besi utk senjata, alat2
pertukangan,perhiasan dan berbagai lg.

Antaranya yg terhebat:

•Senjata dari campuran Besi tulang mawas
- mengikut catatan ianya teknologi org melayu
yg berusia lebih 1000 thn dahulu.

- bukti menunjukkan kemajuan ilmu2 kimia &
fizik dlm kaedah percampuran Besi

- teknologi bukan shj mengukuhkan ikatan
antara atom2 besi,lebih kuat,padat & takat
lebur lebih tinggi,tidak melekat magnet malah
menjadikan nya berbisa sepanjang masa
selagi molekul2 dlm ikatan tidak diubah/
dikeluarkan.

- takat lebur senjata/item yg dicampurkan besi
tulang mawas memerlukan suhu sehingga
3000°c. Dua kali peningkatan suhu dr takat
lebur besi biasa.

- tempoh penyejukkan slps dileburkan juga
adlh lebih cepat.

- teknik pengasingan bijih2 besi yg diambil drp
SUMSUM TULANG MAWAS perlu dilakukan
dgn teliti & cermat kerana ianya beracun. Ia
sememangnya ada kaedah khusus yg perlu
dipelajari.

KAEDAH PERCAMPURAN

- teknik yg digunakan adlh sama seperti
pembuatan aloi hari ini malah lebih ADVANCE
dan RARE. Paling menarik ianya MISTIK.

- semasa pemanasan/pembakaran item, ia
perlulah dibt didlm kebuk wasap supaya tidak
terhidu asap yg dikeluarkan semasa
melakukan proses. Menghidu asap(warna
ungu kebiruan) beracunnya sahaja walau pun
dlm kuantiti yg kecil mampu membuat
individu sesak nafas dan pengsan.

- satu lg keistimewaan senjata org melayu ialah
rata2 ianya campuran lebih drp 3 jenis besi.
Yg cukup popular adlh 7 jenis besi & 3 jenis
meteor.7 jenis besi ini adalah besi "PA"& tidak
termasuk Besi tulang mawas td.

- langkah terakhir bg sesetgh senjata terpilih/
khas utk perajurit,raja2 & pembesar adlh
disepuh dgn emas,perak,tembaga @ ditindik
dgn beberapa jenis permata tertentu sprti
delima,zamrud & kecubung sbg pengadang
"PANAS" item dr mengena kpd tuan. Ada jg
sbg fungsi peluntur ilmu kebal musuh &
penaklukan jurus ghoib.

- Selain itu,ianya jg bg menunjukkan status
pemiliknya.

• Dibawah ini adalah contoh manuskrip Melayu
lama dalam pembuatan keris & yg
menggunakan campuran besi tulang mawas.
Masih tersimpan rapi bersama beratus2
manuskrip lama lain di MUZIUM SIMPANAN
AL-QURAN LAMA NUSANTARA, KOMPLEK
PONDOK AHMADIAH ISLAMIAH, DESA SALA
ANAK AYAM, NARATHIWAT THAILAND.

- di situ tersimpan 72 al-quran tulisan tangan
kuno dan kitab2 agama selain kitab
perubatan,astronomi,arkitek dan senireka yg
ditulis dlm tulisan jawi yg berusia sehingga
700 tahun.

credit FB: Badbisa Takluk Jagat

How to fish

Dari fb tuan MegatAli MJ

Didik Pelajar "How To Fish"
=====================

Kesilapan besar sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat daripada setiap peperiksaan tanpa mengira peringkat, walau pun pada hakikatnya kemudiannya pelajar itu gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi atau ketika berada di alam pekerjaan. Keadaan ini cuba dimanfaatkan oleh golongan tertentu untuk memenuhi cita-cita memaparkan angka-angka sasaran untuk menonjolkan kononnya kehebatan pengurusan atau pengajaran mereka masing-masing.  Dalam menjustifikasikan pelaksanaan kepincangan ini, kadang-kadang ramai juga yang suka menyalahkan orang lain seperti nyanyian lagu "bangau oh bangau ..." itu, dan terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan dan berusaha memperbaiki kepincangan itu.

Pada hari ini secara umumnya, "gred" adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan dan amalan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka.  Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, hanya mendapat D dalam amalan kemahiran belajar (yang sememangnya tidak diukur). Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.

Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai kemahiran dan mampu untuk  meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tidak ada yang memberi 'fish'. They still can use their skill to fish and get their own fish.

Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout / nota perlu tindakan penelitian semula secara serius. Jika ia membawa kepada 'give them fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahannya untuk diberikan 'handout'.

Pemerhatian menunjukkan ramai pelajar yang  mengusung (membawa) nota yang dibekalkan pensyarah / guru yang penuh dengan tandaan 'highlighter' dibawa ke sana dan ke mari, tanpa mereka berusaha membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya kemahiran yang pelajar seperti ini miliki? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca nota itu dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.

Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul mengamalkan lima (5) fasa membuat nota, iaitu nota sebelum kelas (menggunakan sinopsis kursus dan buku rujukan yang disenaraikan), nota semasa kelas (boleh memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang disampaikan pensyarah, menyalin keyword atau poin penting sahaja secara ringkas), nota selepas kelas (berdasarkan ingatan, kefahaman dan rujukan kepada buku-buku rujukan yang disenaraikan), melengkap dan menambah nota (memperkayakan nota dengan merujuk kepada pelbagai sumber) serta memadatkan / memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda, membuat nota satu muka-surat dan sebagainya (merumus dan memadatkan nota)), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat (membuat senarai keutamaan dalam pembelajaran dan tindakan) melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota dengan ayat sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi mengikut hiraki pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).

Jika anda bandingkan situasi di mana seseorang yang sampai ke satu tempat tertentu dengan memandu sendiri berbanding dengan memandu dengan bantuan orang lain di sebelahnya atau menggunakan alat GPS. Pada pendapat anda, keadaan manakah akan membolehkan pemandu itu lebih cepat sampai ke tempat yang sama sekali lagi tanpa bantuan seperti yang diterima pada kali pertama itu? Saya yakin pemandu yang memandu dengan situasi pertama akan sampai ke tempat itu lebih awal kerana banyak perkara telah dipelajari semasa perjalanan pertama itu walaupun beliau mungkin mengambil masa yang agak lebih panjang. Itulah perumpamaan untuk orang yang belajar. Seorang yang belajar lebih 'independent' berbanding dengan seorang yang belajar terlalu bergantung kepada guru dan orang lain akan menguasai bahan yang dipelajari dengan lebih baik.

Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleh pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan inovasi untuk kemajuan negara dan manusia sejagat. Dalam pelaksanaan konsep SLT, contihnya satu jam kuliah rasmi memerlukan dua jam pelajar belajar sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan proses membuat nota. Dua jam masa pelajar belajar sendiri itu berkaitan dengan menyediakan nota sebelum kuliah (satu jam) dan menyediakan nota selepas kuliah (1 jam). Untuk satu jam tutoran rasmi, pelajar juga memerlukan dua jam untuk belajar sendiri. Jika digabungkan semua mod pengajaran dan pembelajaran itu, peruntukan masa dalam SLT untuk kuliah, tutoran dan amali itu maka ia mampu memberikan ruang secukupnya untuk pelajar membina kemahiran yang akhirnya mampu belajar sepanjang hayat.

Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bangunkan, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya pelajar memiliki tahap berdikari lebih kurang 80 peratus, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah lebih kurang 20 peratus. Kedua-dua perkara ini akan berbeza dan berubah mengikut umur pelajar. Pelajar yang berumur lebih kurang 12 tahun seharusnya mempunyai tahap daya usaha sendiri dan kebergantungan kepada orang lain sebanyak 50 peratus. Model ini dibina berdasarkan sifat manusia itu sendiri di mana seorang bayi yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada ibubapa, manakala seorang graduan yang baru tamat ijazah pertama pada usia 23 - 24 tahun sepatutnya mempunyai tahap berdikari hampir 100 peratus, dan pergantungan kepada orang lain seharusnya hampir sifar (kerana inilah sifat yang diperlukan majikan daripada staf baru mereka). Berdasarkan model ini, di manakah kedudukan pelajar-pelajar yang dididik pada hari ini? Saya memang amat yakin, sebahagian besarnya telah tersasar jauh sebab itu kualiti lulusan hari ini banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak terutamanya majikan dan pengurusan kanan korporat.

Di sini saya tidak bincangkan secara terperinci berkenaan pengkelasan taksonomi Bloom kerana ia lebih kepada kemahiran kognitif yang berkaitan juga dengan penguasaan kandungan dan proses mental. Kalau kemahiran proses asas pembelajaran seperti dibincangkan di atas tidak dikuasai, kemahiran kognitif tidak akan membawa makna yang besar kepada lulusan yang dihasilkan. Pelajar mungkin mendapat ijazah dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5, tetapi tidak mampu untuk membuat persediaan, menyediakan nota dan minit yang baik ketika bekerja kelak, kerana mungkin graduan itu lulus dengan baik kerana bantuan yang terlalu banyak daripada pensyarah atau sistem pendidikan itu sendiri.

Oleh kerana sifat itulah maka penekanan amalan 'How to fish' itu sangat perlu diutamakan untuk menjadikan pelajar itu mampu berdikari bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan hidup mereka.

Ahad, 13 Januari 2019

Riba

~RIBA&Sistem Perhambaan Moden~
_________________________________________

Huru hara akhir zaman...  Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yg mana mereka yg miskin menjadi semakin miskin dan yg kaya menjadi semakin kaya?  riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yg sama..

Disini saya ingin mengajak rakan2 semua melihat kejahatan bank.. Contoh, kita melihat konsep membeli rumah itu dari sudut yg berbeza, adakah benar dgn membeli dan membayar tiap2 bulan selama dua-tiga puluh tahun itu kita mem"bayar" pinjaman rumah itu sebenarnya?

Saya akan sediakan satu contoh perkiraan utk membolehkan kita melihat sendiri utk siapakan kita bekerja penat lelah utk mencari wang membayar pinjaman terutamanya dalam 2/3 pertama tempoh pinjaman tersebut.

Contoh:

Jumlah pinjaman : RM300,000
Kadar riba' : 6%
Tempoh pinjaman: 30 tahun

Kadar riba' atau kadar faedah saya letakkan atas dasar anggaran purata berdasarkan sejarah turun naik kadar pinjaman asas (BLR) Bank Negara. Berikut adalah carta pinjaman dari laman web BankRate utk menjelaskan fakta sebenar berkenaan pinjaman tersebut.

Utk pinjaman sebanyak 300K itu, dari RM 1798.65 bayaran bulanan yg dibayar, hanya RM 298.65 digunakan utk membayar wang yg dipinjam, sebanyak RM 1500 adalah riba' atau faedah yg dikenakan oleh pihak bank. Jumlah bayaran utk pinjaman sebenar meningkat hanya sekitar RM 2 sahaja sebulan utk tahun pertama. Jumlah yg dibayar pada tahun pertama utk melangsaikan hutang hanya berjumlah RM 3684.01 hanya 1.2% dari jumlah pinjaman asal iaitu 300K, manakala jumlah riba' yg dibayar adalah sebanyak RM 17,899.80 atau 5.98% dari jumlah pinjaman

Pada tahun kedua pula, jumlah pinjaman asas yg dibayar adalah RM 3911.26 dgn peningkatan hanya sebanyak RM 227.25 dari tahun pertama. Jika dikira jumlah wang yg sudah kita depositkan kedalam akaun pinjaman selama dua tahun, jumlahnya pula adalah sebanyak RM 43.167.60 yang mana hanya RM 7595.27 untuk menolak pinjaman asas. Ini bermakna, walaupun sudah membayar lebih 40 ribu, jumlah pinjaman masih melebihi 290 ribu dan wang keringat kita sebanyak lebih 35 ribu ringgit hanyalah utk membayar riba'.

Tidakkah jumlah ini sahaja sudah cukup utk membuka mata untuk siapa sebenarnya kita bekerja? sehingga isteri terpaksa keluar bekerja utk membantu membayar pinjaman hingga pelaburan saham akhirat yg utama iaitu anak2 yg soleh terabai, isteri bercampur gaul bebas dengan lelaki lain dan pelbagai lagi penyakit sosial.

Keadaan diperhambakan oleh bank ini berterusan hinggalah tempoh pinjaman mencecah 2/3 dari usia tempoh pinjaman. Hanya pada tahun yang ke 19 sahaja baru jumlah bayaran utk pinjaman melebihi jumlah riba' atau faedah, dengan jumlah riba' yg dibayar hampir mencecah harga pinjaman iaitu 279 ribu, sedangkan hutang belum pun separuh dibayar iaitu masih berbaki 178 ribu.

Jumlah keseluruhan yg akan dibayar selama 30 tahun itu adalah RM 647,514.57 yang mana riba'nya sahaja adalah sebanyak RM 347,514.57, hampir 50 ribu melebihi jumlah pinjaman asal/harga rumah itu sendiri..

Pemikiran manusia telah terpedaya dgn dakyah dan tipu helah dunia yg sementara ini. Manusia menjadi hamba kepada bank dan menindas diri sendiri tanpa sedar. Disebabkan oleh sistem Bank ini jugalah pelbagai masalah sosial masyarakat berlaku di zaman ini. Sebab itulah Allah mengishtiharkan perang terhadap riba' dan sesiapa yg terlibat dengan riba' baik yg mengambil, memberi, merekod ataupun menjadi saksi akan mendapat dosa yg sama. Mereka tak sedar disebabkan perbuatan mereka itulah hidup mereka menjadi sedemikian rupa, penuh dgn keadaan tertekan, susah hati, duka dan sengsara akibat dari hutang berlandaskan riba itu tadi.

Bagaimana pula dgn bank yg memberikan pinjaman berlandaskan Islam? Bagi saya ianya sama sahaja dgn pinjaman kenvensional kerana ianya juga bertujuan mengaut keuntungan dgn menghisap darah umat Islam yg terpedaya, ianya tetap riba' akan tetapi riba' yg ikut pintu belakang bak kata Sheikh Imran Hossein. Bagaimana bank islam pasti rumah yg akan dibeli naik harga seperti harga jualan? Adakah mereka mempunyai ahli nujum yg boleh meramal masa depan? Jika harga rumah naik, sama2lah untung, jika harga rumah turun atau tidak naik, maka pembeli menjadi hamba kepada bank yg berselindung atas nama atau pinjaman cara Islam. Adakah ini diterima walau dilihat dari segi kemanusiaan sekali pun dan bukan atas dasar islam?

Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba', bank bukan perniagaan tetapi adalah riba kerana didalam perniagaan yg sebenar terdapat risiko yg mana Allah boleh membuatkan seseorang itu untung atau rugi dan ini membolehkan kekayaan dibahagi dan tersebar dikalangan manusia. Bank pula bukan perniagaan kerana bank menutup pintu risiko atau meminimumkannya dan meletakkan risiko hanya pada peminjam, contohnya jika peminjam kehilangan kerja dan tidak boleh membayar ansuran bulanan, pihak bank akan menendang peminjam keluar dari rumah yang disangka miliknya itu. Sebab itulah nota perjanjian jual beli (S&P) yg asal dipegang oleh bank dan peminjam hanya mendapat salinannya sahaja.

Sama2lah kita berfikir arah tuju hidup kita ini samada berada di landasan yg betul atau hanya jalan yg "nampak" betul tetapi membinasakan. Memang saya akui diakhir zaman ini utk hidup berlandaskan cara Islam amat sukar ibarat menggenggam bara api, namun ianya berbaloi utk ganjaran masa depan iaitu akhirat yg kekal abadi, Insyaallah.

kredit: INfo Akhir Zaman

Sabtu, 12 Januari 2019

Hukum dunia

Hari ni dalam sajarah...
Pertama kali aku naik grab, sembang dengan driver sampai driver menangis. Allahu Akbar...

Siang tadi aku pi KL sat atas urusan kerja. Sampai Airport Subang, macam biasa book grab utk ke tempat meeting. Memandangkan aku sampai Subang kol 12.20tgh hari, so aku terus book grab ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar utk solat Jumaat...

Driver grab ni seorang lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan 50an. Orangnya smart, bila mula bersembang aku dapat simpulkan dia ni educated dan knowledgeable dalam business & corporate world...

Bila dia sembang bab meniaga, korporat aku pun tokok tambah apa yg patut. Asalnya sekadar layan ja apa yg dia sembang sementara nak sampai ke destinasi...

Tiba2 dia bgtau kisah silam dia. Dia ni rupanya seorang bergelar "Datuk" dari Kerteh. Dulu dia seorang jutawan. Bisnes buat pelantar minyak dan kerja2 yang berkaitan oil & gas industry...

Masa kaya, akaun bank ada berjuta-juta. Apa anak isteri nak semua dia belikan. Katanya sekali supply besi utk binaan pelantar minyak kurang2 pun dalam RM15-20 juta...

Kereta mewah ada 5 buah. Rumah banglo ada di Pahang, Terengganu & KL. Anak 3 orang dan seorang isteri...

Tahun 2016, Allah uji dia dan keluarga dia. Dengan sekelip mata dia jatuh susah. Bisnes dia tak menjadi. Dah supply barang dan buat kerja payment tak dapat, rakan meniaga pulak tipu, supplier cari mintak payment, bank hantar notis saman sebab tak bayar loan dan macam2 lagi...

Kemuncaknya semua harta terpaksa dijual dan dilelong. Dia ada ambik lawyer untuk lawan tuntut bayaran dari pihak yg berhutang dengan dia, tapi kes bertahun tak selesai juga. Legal fee dan lebih RM100k. Akhirnya dia tak teruskan kes sebab xdak duit nak bayar legal fee...

Disebabkan habuk pun tak ada, akhirnya isteri dia minta cerai. Isteri kahwin lain dan anak2 ikut isteri. Sampai tahun lepas anak lelaki sulung dia kahwin pun, dia langsung tak dijemput. Kiranya hubungan dengan isteri dan anak2 terus terputus sejak jatuh miskin...

Katanya lagi hidup dia kini kosong. Isteri sendiri dan anak2 pun boleh lari. Kaum keluarga dan kawan2 apatah lagi. Pada mulanya dia pernah minta bantuan ahli keluarga, tapi dihalau. Minta bantuan rakan,  semua melarikan diri. Nak hutang dengan bank, bank reject...

Masa bagitau kisah family dia, dia mula menangis especially bila dia cerita tentang kegagalan dia mendidik isteri dan anak2. Dia cuma mampu bagi duit tapi bukan kasih sayang, didikan dan mengajak ke jalan Allah...

Perkara yang paling dia tak sangka dalam hidup, seorang isteri yang selama ini hidup bersama dengan dia lebih dari 20 tahun waktu senang boleh tinggalkan dia kerana kemiskinan. Anak kandung tak mengaku dia ayah. Keluarga sanggup buang dia sedangkan suatu ketika dulu apa yang ahli keluarga dan saudara mara dia nak, dia bagi..

Sekarang ni harta yang dia ada cumalah sebuah kereta Produa Axia untuk buat grab. Untuk berteduh,  dia cuma menyewa bilik RM200 sebulan di area Ara Damansara. Rutin hidup dia, bangun bawa grab dan pulang rehat di bilik sewa. Makan di warung atau kedai mamak. Pernah ketika tengah makan dia ternampak rakan lama bergelar Datuk juga, kelam kabut dia sembunyi sebab malu. Pernah juga beberapa kali nak ambik passanger di Airport Subang. Bila dah dekat, rupanya orang yang dia kenali maka terus dia memecut laju dan cancel trip. Semuanya kerana malu dan terasa dirinya terlalu hina. Hidup dia sangat kosong. Segalanya tiada. Katanya,  "Kalau bukan Islam jadi macam saya, confirm dah terus bangunan atau bunuh diri. Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu"...

Dia kata kat aku, "Saya tak tahu sebab apa. Tapi encik ni macam ada aura yang menyebabkan saya kongsi semua ni. Encik customer pertama saya yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya bukan minta simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup. Encik masih muda. Manalah tahu kalau encik kaya suatu hari nanti, jangan jadi macam saya. Silap saya,  saya bela bini dan anak2 dengan duit tapi bukan dengan didikan agama dan kasih sayang. Itu yang dia orang tak pedulikan saya"..

Nak cerita panjang lagi. Cuma dipendekkan cerita kata² aku kat dia, "Saya tak tahu nak kata apa. Cuma saya doakan Allah bagi kekuatan kat Abang utk teruskan kelangsungan hidup Abang. Allah sebenarnya sayang Abang. Dia uji Abang dengan kesusahan supaya boleh kembali kepada Dia. Kalau Allah terus uji dengan kesenangan tak tahu bila kita akan ingat Allah dan kembali pada Allah. Maaflah, saya sendiri pun tak betul. Cuma bagi saya, bila takdak sesiapa bersama Abang, inilah peluang terbaik untuk Abang dekatkan diri dengan Allah. Keluarga tak sayang tapi Allah sayang Abang. Dia buka jalan seluas-luasnya untuk Abang dekatkan diri dengan Dia. Banyak bersabar dan berdoa. Doa sama untuk bekas isteri dan anak2. Insya Allah, saya doakan suatu hari nanti dia orang akan kembali pada Abang.  Paling penting dalam kita kalut bawa grab, solat kena jaga"...

Kisah macam ni kita selalu tengok dalam drama, tapi hari ni aku jumpa kisah yang real. Apapun moral of the story, sebagai suami atau  ketua keluarga, tanggungjawab kita bukan setakat cari duit tapi yang lebih utama mendidik dan memastikan isteri dan anak2 jadi insan yang bertakwa...

Credit to Azdy Mohd Arshad

Kuan Chee Heng

*Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang*

Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa beliau kecewa dengan sikap segelitir pihak yang bertindak menghina golongan yang kurang bernasib baik. 

Catatannya itu ditulis untuk membuka mata pihak-pihak terlibat.  Semoga kita sama-sama dapat membantu Uncle Kentang, memudahkan ramai orang.

KAMI PENGEMIS REZEKI TEPI JALAN……. KAMI TAK PANDAI BERTANDING POLITIK, KAMI BERTANDING DENGAN PANAS, HUJAN, HABUK SETIAP HARI DI TEPI JALAN… KAMI TIADA ADA OPIS YANG BERHAWA DINGIN…. KAMI TIDAK MINTAK SIMPATI…. TAPI KAMI MINTAK ADIL DARI SEGI AGAMA……

Kalau lah saya penguatkuasa, saya tak akan hukum. Saya bimbing. Sedih dalam Malaysia baru, gerai gerai tepi jalan kena angkut . Macik tu bertanding bukan di politik, bertanding dengan hujan, dengan panas, dengan habuk, dengan angin kencang yang pecahkan payung, bertanding masak bodoh kerana semua masakan tak dapat jual kerana hujan turun lebat…… bukan macam YB, kereta besar, sokongan rakyat yang kena tipu habis, YB boleh lah meeting di dalam ofis, hari hari keluar dalam TV entah cakap apa apa…… jaga YB, longkang mati akhirat tu dekat sangat…. jangan lah kau hina kami makcik gerai tepi jalan….. kalau lah AKU BERAGAMA ISLAM, akan aku permudahkan lesen, bawa borang dan bantu makcik ini isi dan dan di gerai…. berikan geran bantuan kewangan untuk menaikkan bisness….. akan aku arahkan penguatkuasa lesen untuk bawa kerani kerani dalam opis tu turun padang, bawa segala cop cop pejabat dan mesin mesin untuk bayar dan bantu mereka dapatkan lesen….

BUKAN KAH AJARAN AGAMA SURUH KITA MEMPERMUDAHKAN…. MENGAPA KITA YANG BERAGAMA HARUS SEKSA MEREKA…. sediakan lori Majlis , truk majlis untuk bantu mereka pindah ke tempat yang sesuai kalau kita percaya tapak yang sediaada ganggu lalu lintas… adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang beragama mencarikan tempat sesuai untuk mereka berniaga…. kalau anda robohkan gerai mereka, kau rampas barang mereka … adakah kau selidik latar belakang keluarga… adakah makcik patient dialysis, atau ada ahli keluarga terlantar, atau ada ahli keluarga yang sedang sakit kanser… adakah anak anak yang masih kecil masih sekolah dan perut lapar jalan kaki berbatu ke sekolah…. Ohhhh Tuhan ku….. kita semua beragama….. adakah kita fikir untuk mereka yang susah….. MULA HARI INI KITA UBAH….. TIADA GUNA KITA UBAH KERAJAAN KALAU PATTERN YB MASIH SAMA…. ATAU LEBIH TERUK DAN HANYA PANDAI MENGHUKUM…. MALU SAYA KERANA SAYA BELUM ISLAM…. Kerana saya lihat rata rata YB yang beragama macam tak fikir langusng mati…… MARILAH MARI LAH MARI LAH…. MATI ITU PALING DEKAT DENGAN MU…. TIDAK JAUH TU…. Kamu jadi YB dengan Izin Tuhan…. kalau Tuhan kata kamu accident hari ini, maka kamu accident dan terus lumpuh…

NAK ANGKUH APA…… MASA ITU BOSS POLITIK BESAR MU PUN TAK BOLEH BANTU MU…. MASA ITU LAH BOSS POLITIK BESAR MU TINGGALKAN MU…. KERANA KAMU SUDAH LUMPUH DAN TAK BERGUNA…. YANG MENGIRING MU, SAHABAT MU YANG SETIA, AHLI KELUARGA MU…. AMALAN MU…. SEGALA AMALAN BAIK MU PASTI AKAN HADIR BERSAMA MU…. MEREKA TAK LARI… DAN TUHAN AKAN BERSAMA MU….. Marilah kita bantu makcik makcik gerai tepi jalan. pak cik pak cik yang saban hari duduk tepi jalan hanya untuk mencari sesuap nasi untuk cucu, anak anak dan kita sepak teranjang gerai mereka…. adakah kita tidak kejam?

RENUNG RENUNG LAH…. JANGAN KAU LUPA BAWA BERSAMA AGAMA MU KETIKA KAMU BERTUGAS…. DAN MENJALANKAN TUGAS DI TEPI JALAN…….

Sumber: Kuan Chee Heng

Jumaat, 11 Januari 2019

Punch card

Kisah motivasi hari ini

Zalma:
KISAH PUNCH KAD MERAH.

"Awak dah tiga kali lewat bulan ini. Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain. Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat!"

Keras seorang guru besar memarahi guru ini. Guru ini hanya menunduk dan mengangguk sahaja dengan redha. Ya, dia terlambat 3 kali dan itu termaktub dalam peraturan. Dia akur tanpa bantahan.

Dalam mesyuarat, hal ini dibangkit dan mana-mana guru yang bertukar warna kad disindir-sindir dan diperli. Tidak komitmen dan tidak berdisiplin kata GB tegas ini.

Masa berlalu. Teraju bertukar tangan. Diganti oleh GB lain yang tegas juga dalam bicara dan kata-kata. Namun bila berdepan, bila hadap berdua GB baru ini sangat santun dan berlemah lembut. Nasihat yang baik diberi, bukan ugutan atau sindiran kasar.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi punch kad guru ini berwarna merah. Empat kali dalam sebulan. Dia dah redha jika kad bertukar warna bulan depan.

Bulan seterusnya, kad dia masih warna yang sama. Seolahnya dia tidak lewat melebihi tiga kali. Maka diberanikan diri bertanya pada GB baru.

"Puan. Bulan lepas saya lewat lagi empat kali. Kenapa punch kad saya tidak 'diturunkan darjat' menandakan saya pernah lewat?"

GB itu tersenyum. Diarahkan kerani mengambil punch kad cikgu ini. Lantas ditunjuk dan berkata,

"Cikgu. Cikgu lihat punch kad cikgu. Benarlah ada merah empat kali menandakan lewat dari sepatutnya. Lihat merah yang pertama, masanya 7:21 minit.

Hanya lewat satu minit sahaja. Lagi pun masa itu kelas belum bermula. Kelas kan bermula jam 7:30 pagi. Begitu juga tiga lagi kelewatan cikgu. Semuanya tidak lebih dari 7:30. Maka saya maafkan.

Lagi pun pagi-pagi jalan depan sekolah memang jem. Cikgu pula turunkan anak dulu di pra sekolah. Saya percaya sebenarnya cikgu dah berada dalam kawasan sekolah sebelum jam 7:15 pagi lagi kan?"

Sambil tersenyum GB itu memberi penjelasan. Cikgu ini mengangguk-angguk tanda faham. Terharu dia dapat pentadbir yang memahami, bukan yang jenis mencari salah.

"Puan. Terima kasih banyak atas pertimbangan puan. Benar apa yang puan cakap. Saya berada dalam kawasan sekolah kadangkala lebih awal, namun untuk punch kad itu memakan masa atas pelbagai faktor."

GB itu tersenyum lantas menyambung,

"Adalah kejam bagi saya menghukum guru-guru dibawah saya hanya sekadar warna merah 3-4 kali ini.

Cuba awak perhati waktu awak pulang kat punch kad ini. Awak layak pulang seawal jam 1:00 petang. Namun hampir setiap hari awak berkorban masa demi sekolah dan anak-anak didik sampai jam 2-3 petang.

Lewat satu minit diganti dengan tambahan 2-3 jam setiap hari adalah sesuatu yang mengagumkan saya. Cikgu tidak pernah membangkitkan pengorbanan cikgu berada lebih masa di sekolah.

Apa perlu saya bangkitkan kelewatan satu minit atas faktor teknikal? Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah. Terus beri yang terbaik cikgu ya!"

Guru ini merasa sangat dihargai. Dia merasa sangat senang dengan pentadbir yang bertolak ansur dan pandai mengenang budi.

Setiap langkah ke sekolah di hari mendatang dia hayun dengan semangat yang lebih membara. Setiap program sekolah dia cuba jayakan sebaik mungkin.

Benarlah, seorang pemimpin yang baik tidak hanya pandai mencari salah.

Pemimpin yang baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah.

Pemimpin yang baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dengan ugutan dan paksaan.

Sebaliknya pemimpin yang hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.

Sehingga anak-anak buahnya melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan. Tapi dengan kerelaan dan rasa hormat yang menebal pada pemimpin yang pandai menjaga hati ini.

Kisah ini kisah benar yang aku dengar sendiri dari seorang sahabat guru. Mana yang baik sama-sama kita ikuti.

Begitulah.

Selasa, 8 Januari 2019

Brunei

Kisah Pemerintah Brunei & Doa Orang Soleh.
"Sumber dikisahkan & pengalaman daripada: Al-Fadhil Ustaz Hj. Abd Halim Abas."

“Di tahun 80-an saya sering dakwah di Sabah Serawak dan Brunei. Pada tiap malam
Juma’at, Pehin Menteri Besar (MB) ketika itu mengadakan Yasinan Tahlilan dan doa di
kediaman beliau. Setelah Isyak, juadah terhidang, jemaah dijemput makan, begitulah kebiasaan Pehin. Suatu malam, setelah solat Isyak, Pehin mengajak saya duduk di samping beliau, makan sambil berbual, beliau memulakan cerita, kata beliau:

"Ustaz saya ada yang mau saya sampaikan pada ustaz tentang sejarah Brunei ini.
Kami pada masa lalu tidak seperti ini, kami negeri yg sangat miskin, bukan saja rakyat miskin raja kami juga miskin. Hinggakan kalau masuk kapal dagang, cukai dari kapal dagang itulah buat bayar gaji pegawai."

Saya lihat air mata beliau tergenang d pelupuk matanya, beliau sebak, ucapannya tertahan tahan, tapi beliau teruskan juga.

"Ustaz, ukuran miskinnya raja kami, kadang-kadang dia  berhutang ikan dari penjual ikan berbulan-bulan untuk makan keluarganya."

Walau makanan enak pada malam itu, tapi hati saya turut sayu mendengar cerita Pehin, suapan saya juga tersendat-sendat.

Pehin teruskan ceritanya.

"Pada tahun 1920, Sultan pergi ke negeri Johor, di sana Sultan temui orang soleh yg barokah doanya, Sultan ceritakan kepada soleh itu, dan Sultan minta tolong doakan dirinya agar dapat rezeki yang boleh memberi kelapangan hidup untuk rakyat dan keluarga. Orang soleh itu berkata pada Sultan:  “Jika tuanku
berani berjanji untuk tegakkan syaria’t Islam, saya bersedia berdoa untuk tuanku”.

Sultan pun mengakui sanggup menegak syariat Islam, lalu Orang Soleh itu mengambil tongkatnya dan memotong sepanjang jari telunjuk, dan orang Soleh berkata pada Sultan: “Bawa tongkat ini,tanam di negeri Brunei”.

Tahun 1920 tongkat itu d tanam, dan pada tahun 1929 keluarlah minyak d Brunei, mendapat wang minyak yang pertama, lansung Sultan mengambil guru-guru agama dari negeri Johor.

“Ustaz!”, kata Pehin pada saya, “Saya khuatir melihat anak muda yang lupa Allah, seperti zaman sekarang, saya takut Allah sedut minyak ini kebawah maka tak naik naik lagi, saya lihat Pehin menahan tangisnya mukanya tunduk, saya terharu dan menahan sebak. Ustaz, “Dulu datok nenek kami menjaga makan minum mereka tak mau makan shubhat lebih-lebih lagi yg haram, mreka minum yang manis dari gula
tebu yang mereka perah sendiri. Makanan mereka bersih dan halal oleh sebab itu doa mereka berkat, kekayaan Brunei ini berkat doa mereka, bukan hasil usaha kami, ini kurnia Allah, berapa orang kah dari kami yangg BERSYUKUR?".

Suasana sepi saya jadi sayu, menangis dalam hati, barulah saya tau hati budi pemimpin Brunei, itu baru Menteri Besarnya, bagaimana hati budi Sultannya?

Sudah berkali-kali Sultan  Haji Hassanal Bolkia memerentah supaya melaksanakan hukum jinayah di Brunei, dari ucapan yang luar biasa baginda, Sultan Brunei bertitah:
 “Siapalah kita di hadapan Allah untuk berkata, tidak, atau nanti dulu” untuk melaksanakan hukum jinayah."

Titah ini sarat dengan aqidah yang teguh, Baginda sedar akan dirinya sendiri yang tiada apa apa di sisi Allah, Baginda menafikan segala sesuatu dengan pertanyaan: “Siapalah kita……….? dan mengithbatkan Allah dgn kata kata “….di sisi Allah…..”

Wahai kaum muslimin dan saudaraku yang beriman kepada Allah yang Maha Esa, terutama penduduk pulau Borneo satukan hati kita beri sokongan dokongan penuh kepada Baginda Sultan Brunei yg bertikad mau melaksanakan hukum jinayat(HUDUD) di negara Brunei, mungkin nanti akan merambas ke Borneo seluruhnya.

nkbd-  الله أكبر

Bahagia

Steve Gouves seorang jutawan meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun di sebab kan kanser pankreas, dan di sini adalah beberapa perkataan terakhirnya:

Di mata yang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya mempunyai sedikit kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya biasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil, sakit dan mengingati sepanjang hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada adalah tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan berlaku.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda - tetapi anda tidak boleh menyewa seseorang untuk membawa penyakit itu untuk anda. Kita boleh mencari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai apabila ia hilang - "hidup".

Rawat diri anda dengan baik, dan menghargai orang lain. Apabila kita semakin tua, kita lebih pintar, dan kita secara perlahan menyedari bahawa jam tangan itu bernilai $ 30 atau $ 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita membawa beg duit bernilai $ 30 atau $ 300 - jumlah wang dalam dompet adalah sama. Sama ada kita memandu kereta bernilai $ 150,000, atau sebuah kereta bernilai $ 30,000 - jalan dan jarak adalah sama, kita mencapai destinasi yang sama.
Jika kita minum sebotol bernilai $ 300 atau wain bernilai $ 10 - "steoller” akan sama.

Sekiranya rumah yang kami tinggal di adalah 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesepian adalah sama.
Kebahagiaan dalaman sejati anda tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi - sekiranya pesawat itu terhempas, anda akan terhempas bersama sama

Jadi, saya harap anda memahami nya, apabila anda mempunyai kawan atau seseorang untuk bercakap dengan nya - ini adalah kebahagiaan yang sebenar!

Lima fakta yang tidak dapat dielakkan-

1. Jangan mendidik anak anda menjadi kaya. Mendidik mereka untuk bahagia. - Jadi apabila mereka membesar, mereka akan pandai menghargai sesuatu perkara, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata.

2. Makan makanan anda sebagai ubat, jika tidak, anda perlu makan ubat anda sebagai makanan.

3. Siapa yang mengasihi anda tidak akan meninggalkan anda, walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Terdapat perbezaan yang besar antara manusia dan manusia yg baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergi sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergi bersama-sama!

Dan kesimpulannya,
Enam doktor terbaik di dunia.
1. cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Kawan

Simpan mereka dalam setiap peringkat kehidupan mu dan nikmati kehidupan yang sihat.

"Sayanglah mereka yang dihantar oleh Allah kepadamu, suatu hari nanti dia akan kembali kepada pencipta nya."

Isnin, 7 Januari 2019

Sbp

SBP

Tahniah. Tahniah kepada murid, termasuk ibu bapa sekeluarga yang mula memasuki sekolah berasrama penuh pada minggu ini. SBP bererti semua anak murid tinggal di asrama dengan segala keperluan seharian disediakan dalam kampus sekolah. Sekolah yang akhir2 ini ditimbulkan isu tentang siapa yang sepatutnya layak memasuki.

SBP di awal pasca kemerdekaan hanya beberapa buah bilangannya. Terdapat di KK (MCKK), Ipoh (STAR), Tg Malim (SDAR), Seremban (TKC) dan JB (STF). Kemasukannya bermula daripada tingkatan satu kerana pelajar perlu melalui kelas peralihan, daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Terdapat peperiksaan khas bagi pelajar2 darjah 6 terpilih untuk ditapis memasuki sekolah ini. Pelajar ini berakhir di tingkatan 6 sebelum melanjutkan pengajian dalam dan luar negara. Selepas pasca 1969 ditubuhkan satu lagi kategori SBP yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu. Tertubuhlah Sek Alam Shah, SSAH (Jenan) dan Sek Men Kolam Ayer. MTD pula merupakan bentuk SBP yang tersendiri. Kemasukan awal SBP akiran Melayu ini bermula daripada tingkatan 4 atau 6 rendah, iaitu berdasarkan keputusan SRP atau SPM. Lulusan sekolah ini ramai yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, termasuk Indonesia. Perkembangan seterusnya mengujudkan beberapa kategori baru SBP iaitu SMS, MRSM, Sek Agama Wilayah dan Sek Men Intergrasi. Kemasukan pelajar bermula seawal tingkatan satu.

Dahulu SBP adalah matlamat kebanyakan pelajar luar bandar. Kemasukan ke SBP mencerahkan peluang untuk memasuki universiti yang jumlahnya sekadar bilangan jari sebelah tangan. Di SBP anak2 kampung ini terbuka mindanya terhadap kemajmukan kaum Melayu Malaysia, khususnya daripada sudut dialek percakapan, walapun pada peringkat awalnya merupakan seperti satu bentuk kejutan budaya. Kemudahan penginapan dan makanan yang disediakan melebihi kebiasaan di rumah masing2. Proses pembelajaran lebih terfokus dengan tunjuk ajar dan bimbingan para guru serta dengan bantuan kemudahan dan peralatan pembelajaran. Lulusan SBP berjaya menjadi peneraju kepimpinan utama dalam pelbagai organisasi dan institusi pemerintah serta swasta di samping politik dan badan2 amal. Kesimpulannya, SBP adalah satu kejayaan cemerlang pemerintah yang tidak boleh dinafi.

Namun, kini kedengaran suara2 latar tentang pemilihan kemasukan ke SBP. Andainya di awal2 dahulu murid yang terpilih lebih tertumpu kepada gulungan kebanyakan berpendapan rendah dari perkampungan, kini dipaparkan seolah2 lebih didominasi oleh kumpulan elit, yang ibu bapanya adalah alumni SBP sendiri.  Tanpa perlu terus mempolemikkan isu ini, syarat dan prosidur pemilihan kemasukan perlu lebih diperkemas dan telus agar kumpulan sasar sebenar tidak tercicir. Kini yang pasti, pada setiap hujung minggu, kampus SBP sentiasa meriah dengan kehadiran ibu bapa, datang menziarahi sambil membawa bersama segala keperluan anak, termasuk menukarganti pakaian bersih. Sesuatu yang amat berbeza berbanding di era awal penubuhan dahulu. Ibu bapa mungkin hanya hadir sekali ketika menghantar, dan anak perlu belajar hidup berdikari bersama2 rakan seasrama. Dengan duit poket yang berupa biasiswa kecil itulah para pelajar mandiri. Itupun tidak diterima pada setiap penggal, kerana biasiswa tersebut terus dimasukkan ke dalam akun terkumpul sekolah. Sebelum mula bercuti, barulah pelajar boleh memohon mendapatkan pendahuluan. Pada penghujung sesi persekolahan selepas tamat peperiksaan, baharulah akaun masing2 pelajar ditutup. Baki tabungan dikembalikan sepenuhnya kepada masing2 pelajar.  Setiap penghujung penggal, untuk pulang ke kampung arah utara, selatan dan timur disediakan gerabak khas keretapi. Selainnya perlu menaiki bas ke kampung masing2.

Persepsi pelajar sekarang terhadap SBP tidak lagi sama seperti ketika di era permulaan. Anak kepada generasi ke 2 pasca merdeka tidak lagi sama dengan generasi ibu bapanya. Pelbagai bentuk kemewahan sudah dikecapi dalam kehidupan seharian di rumah. Kehidupan di asrama SBP tidak seindah ketika era ibu bapa masing2 dahulu. Sebilangan pelajar menolak tawaran yang dipohon atau minta kembali belajar fi sekolah harian biasa, asalkan tidak tinggal di asrama. Tahap emosi pelajar tahap kanak2 juga menyumbang kepada keadaan. Namun desakan sesetengah ibu bapa seperti memaksa anak untuk terus berada di situ. Sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Sebagai penutup, SBP berjaya mencapai matlamat asal penubuhan dengan cemerlang. Di sepanjang perjalanannya mungkin ada sikit sebanyak tersasar, tetapi tetap berjaya menuju destinasi. Mungkin kini tiba masanya untuk memastikan yang selepas ini perjalanan akan lebih terancang dan teratur serta telus demi memastikan matlamat asal penubuhannya terus relevan. Kemasukan pada usia semuda 13 tahun juga perlu difikir semula agar lebih peluang diberi kepada pelajar yang telah lebih matang emosinya.

Ahad, 6 Januari 2019

Adab guru

PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU
-------------------------------------------------------------

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..

Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..

lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..

Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..

Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..

ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..

Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..

dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..

lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik  dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..

Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..

Kalau begitu ambillah anakmu..

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..

bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..

ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..

tuan didik lah anak saya..

ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...

ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..

bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..

tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..

ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..

disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..

maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..

Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..

Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..

maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..

Semoga Allah jadikan kita  orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita .


Aamiin YRB .
InshaaALLAH .

والله اعلم بالصواب.....

Sabtu, 5 Januari 2019

Indahnya islam

*KEBIJAKSANAAN DALAM*
*BERDAKWAH PERLU BANYAK BERSABAR*

Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.

Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar.

Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi.

Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada.

Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali. Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.

Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.

Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.

Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"

"Doa." Balas saya.

"Doa apa?" Tanya dia.

"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.

"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.

"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.

Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.

Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan.

Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya.

Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.

Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya.

Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa.

Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."

"Percaya bagaimana?" Tanya saya.

"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali.

Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang.

Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."

Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.

Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.

kredit : Encik 🥜

#copydanpaste

Selasa, 1 Januari 2019

Fitnah akhir zaman

Minggu lepas saya sembang² dengan salah seorang guru saya. Tiba-tiba beliau tanya:

"Siapa yang kuasai dunia sekarang ni?"

Saya jawab politicians lah. (Saya tahu itu bukan jawapannya, saja bagi jawapan tipikal)

Beliau jawab salah (dah agak dah).

Kata beliau, yang kuasai dunia moden pada hari ini ialah para hartawan, billionaire dan business man.

Raja, menteri, presiden, semuanya terpaksa tunduk pada mereka. Sebab ahli politik bukan ada duit banyak pun, semuanya duit rakyat. Tapi billionaire banyak duit, dan ahli politik kena tunduk kepada mereka untuk mereka pun dapat "rasa" duit tu.

Pastu kami bincang tentang isu Syria, Yaman dan lain-lain.

Katanya, orang-orang kaya nak bisnesnya berjalan. Kilang senjata, kilang peluru, kilang jet pejuang, kilang kereta kebal semuanya akan mereput berkarat kalau tak ada pengguna. Jadi macam mana nak ada pengguna kalau semuanya aman?

Maka orang-orang RUWAIBIDHOH diperlukan untuk create war.

Tiupkan sentimen agama, kaum, bangsa, mazhab, anti kerajaan, liberalisme, athéisme dll hingga cetuskan perang. Beli media, bayar media untuk buat liputan atas isu sentimen supaya seluruh dunia percaya perang itu berlaku kerana sentimen ni semua.

Maka semua akan percaya yang perang di Syria dan Yaman adalah kerana sentimen "Syiah-sunni" misalnya.

Yang akan beri marketing free ialah para Ruwaibidhoh tadi.

Maka perang berlaku, kilang² senjata kaya raya.

Negara perang kucar kacir.

Masa ni lah negara² besar macam Amerika dan Russia akan campur tangan.

Sebab apa?

Sebab dibelakang mereka ada banyak lagi orang kaya dan syarikat besar yang berselindung di sebalik ahli politik untuk "business strategy" mereka.

Di negara kucar kacir ni lah mereka boleh offer "hutang" dan jadikan negara tu hamba mereka dengan ikatan riba.

Di negara seperti itu lah mereka boleh offer "bantuan" dan ikat kontrak untuk "bina" semula negara tu dengan syarikat-syarikat pembinaan dari negara mereka sebagai "balas budi".

Di negara inilah para syarikat kereta, syarikat makanan, restoran, livestock, dried food dll boleh jual produk mereka.

Di negara itu jugalah undang-undang dicabuli dan yang kuat boleh kuasai telaga² minyak.

So syarikat bank, syarikat senjata, syarikat kereta, syarikat makanan,, syarikat syarikat pembinaan, syarikat hotel, syarikat pasir, simen dll

Semuanya dapat bisnes. $$$$$$$$$.

Dan seluruh dunia terus percaya yang perang itu disebabkan sentimen. Para Ruwaibidhoh terus berkempen dan meniupkan benci sehingga wujudlah kumpulan² militan tak sah yang sememangnya sangat diingini oleh para mastermind perang supaya mereka boleh terus jadi sensasi di media.

Jadi sebab itu jugalah para ulama sufi dilihat begitu tenang dan teruskan usaha mereka dalam dakwah, zikir dan mengajar tanpa berbicara pun tentang fitnah ini. Sehingga para Ruwaibidhoh yang menjadi mangsa media memfitnah mereka sebagai syaitan bisu, ulama sesat, anti politik, anti jihad, penjilat pemimpin zalim dll.

Apa mereka tidak takut pada Allah?

Merekalah golongan paling takut pada Allah. Siang dan malam mereka dalam tangisan kerana takutkan Allah.

Dan kerana takutkan Allah lah mereka berdiam diri. Kerana itu adalah perintah RASULNYA.

Ini zaman kita kena lebih banyak diam dari bercakap.
Ini zaman yang baring lebih baik dari duduk, yang duduk lebih baik dari berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan dan yang berjalan lebih baik dari yang berlari ke arah fitnah dan fake news.

Maka ada sebab kenapa nabi gelarkan mereka Ruwaibidhoh.

Sebab mereka memang bodoh suci. Holy moron.

Jadi dengan semua strategi ni. Para hartawan yang jadi mastermind tidak akan dibenci.

Dalam masa yang sama, mereka taja ribuan penghibur, artis, fesyen, new trending, pelawak dan lain-lain program hiburan untuk distraction supaya kita berhenti berfikir. Berhenti berfikir. Berhenti berfikir dan taatlah apa kata media. Media Kata lihatlah kehidupan indah mereka. Lihatlah betapa gembiranya mereka dengan dunia mereka.

Media kata, Berusahalah untuk jadi seperti para artis, selebriti, pergi melancong, famous, Insta famous, FB famous. hatta buatlah cerita fake, video fake dan lain² content fake untuk tarik perhatian, untuk kumpul followers dll.

ok lebih separuh dari populasi dunia pun termakan sihir media. Maka para mastermind gembira dan terus mengaut untung.

Persoalannya.... Kenapa?

Kenapa para billionaire dunia ni terlampau nak kan harta yang banyak?

Dan mereka tidak ada negara. Semua negara adalah puppet mereka. Mereka gunakan Amerika, China, Russia dll.

Mereka adalah Satu. Mereka bergerak berkumpulan dan dipimpin oleh seorang supreme leader.

Ahli politik dunia terpaksa taat padanya untuk terus bertakhta, fame, kemewahan.

Yang mana cuba mengganggu bisnes mereka seperti Saddam dan Gadaffi yang cuba nak hidupkan muamalat emas.... akan dibunuh.... dengan sentimen. Dan para Ruwaibidhoh mempercayainya.

itulah demokrasi katanya. itulah nasib pemimpin zalim katanya.

Ingat lagi bagaimana organisasi billionaire ni "mengkertaskan" semua harta di dunia?

Mereka perkenalkan duit kertas yang mungkin cuma berharga 20-30 sen dan letak nombor besar² supaya semua percaya ianya bernilai?

Sesuatu perkara kalau disepakati, akan jadi fakta. Hitam kalau kita semua kata putih , akan jadi putih. Jadi strategi psikologi mereka berjaya.

Untuk apa kertas kan harta?

Simple. Supaya mereka boleh kumpul emas dan Perak sebanyaknya.

Lupa ke ada hadis nabi suruh simpan emas dan Perak di akhir zaman?

Kenapa para hartawan ni mereka nak kumpul emas?

Supaya seluruh dunia jatuh miskin dan mereka paling kaya. Bila mereka paling kaya, mereka akan jadi "tuhan".

Sekarang sistem duit kertas semakin rapuh. Mereka beralih pulak ke duit digital.

Rata² manusia sekarang kalau kita tanya mana duit? Mereka akan jawab, dalam bank.

Apa bukti?

Mereka keluarkan nombor digital.

Ya, nombor digital tu lah harta mereka. Itu belum masuk debit kad, kredit kad, online transfer dll. Kertas pun semakin pupus.

Bila dah sampai zaman sepenuhnya digital, masa tu lah supreme leader mereka dah ready untuk zahirkan diri.

Dan ditangannya ada satu suis.

Suis yang menguasai bank dunia.

Dengan satu klik.

Satu klik.

SATU KLIK.

Seluruh dunia akan jatuh MISKIN.

Kau kaya? Kau ada sejuta? 5 juta? Tapi di mana? Dalam bentuk data? Digital? Nombor yang boleh ditaip sesiapa pun?

Semua data tu akan terpadam hanya dengan satu klik.

Maka tunduklah manusia pada supreme leader yang menguasai seluruh harta, emas, Perak dan makanan.

Makanan?

Apa kaitan?

Ya, dengan duit, mereka beli ribuan saintis dan cerdik pandai untuk "rosakkan" tanaman seluruh dunia, semua makanan diracun, semuanya kucar kacir dan disorder. Penyakit pelik muncul.

Ubat? Ya ada.

Korang tahu apa seterusnya.

"Orang yang cerdik, cukup dengan isyarat."

Saya nasihatkan supaya banyak berpuasa dan kurangkan bergantung pada harta digital.

Sebab nabi dah pesan. Mereka akan kuasai gunung makanan dan perlu murtad untuk sesuap makanan.

Hanya ahli zikir akan survive. Nabi telah khabarkan, makanan orang beriman ketika itu hanya zikir.

Kalau belum ada zikir. Cepat² lah dapatkan zikir.

Tapi zikir tanpa pembersihan hati adalah sia².

Zikir tanpa ilmu akan jadi sesat.
Ilmu tanpa zikir akan jadi zindiq.
Zikir dan ilmu tanpa dakwah, akan jadi fasik.
Dakwah tanpa zikir dan ilmu, akan jadi munafik.

Sekian dan selamat menempuh tahun 2019. Tahun² yang semakin sukar buat orang beriman dan ahli mata hati wahai orang berharta digital sekalian termasuklah saya.

"Ya Allah jadikanlah aku miskin dan dibangkitkan bersama orang miskin dan masuk syurga awal bersama orang miskin."


-ustaz Zakuan Faiz (ibnu Batoota)-