"Dif, kenapa ada orang mengaji kat surau dan masjid tapi tak jugak berubah perangai?" soal ibu saya baru baru ini.
.
Lalu saya jawab soalan ibu saya itu dengan jawapan yang saya perolehi daripada guru yang pernah saya belajar dahulu.
.
"Ibu, ada orang duduk dalam majlis ilmu tu bukan niat nak belajar. Cuma nak mengisi waktu yang lapang sementara menunggu waktu solat sahaja. Jadi kalau tak ada niat nak dapatkan ilmu, maka dia hanya dengar sahaja tapi ilmu tak lekat dalam dada."
.
"Itu sebab, tanpa niat yang betul, belajarlah seberapa lama pun, memang tak mampu dia nak amalkan ilmu yang dia dengari itu. Kelebihan kelebihan lain yang dijanjikan seperti mendapat pahala dan diampunkan dosa memang dapat, tapi ilmu yang didengari itu susah sikit la nak lekat sebab niat bukan untuk menuntut ilmu."
.
"Bukan itu sahaja ibu, bahkan majlis ilmu yang tenang tu jugalah tempat untuk melelapkan mata. Rugilah sebenarnya, sebab pergi dengar ilmu tetapi tak dapat ilmu. Setidak tidaknya bersungguhlah sikit ketika belajar walaupun kita tahu faham terhadap ilmu itu adalah milik Allah."
...
Begitulah. Sememangnya ada orang yang menginginkan ilmu yang didengarinya lalu ingin diamalkan dan disampaikan, tetapi masih juga ramai yang bersikap tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu. Akibatnya adalah kerugian bagi diri sendiri.
.
Kita perlu mencontohi orang orang soleh terdahulu menuntut ilmu. Kesungguhan dan halobanya mereka terhadap ilmu amat tinggi kerana bagi mereka, ilmu itu adalah agama dan agama itu adalah ilmu.
.
Maka, mempelajari ilmu itu bermaksud mempelajari agama. Oleh kerana kesungguhan dan haloba terhadap ilmu itulah Allah mengizinkn mereka untuk memahami agama dan memelihara kesuciannya.
.
Kita bagimana ya?
.
Jika kita benar benar bersungguh dalam agama yang kita cintai ini, maka bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
31 January 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan