Kisah Tentera kita (kisah pertama)= Askar Melayu dengan salji.
Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian2 yg pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yg saya boleh cerita.
1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yg terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.
Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari new zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’. Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru. Terlalu sejuk!
Dalam masa yg sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New zealand.. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).
Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? Rupanya ramai tentera yg dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, jumlah yg jatuh sakit masuk hospital itu=
1. Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermia
2. Askar British = 10-15 orang kena hypothermia
3. Askar Australia = 20-30 orang kena hypothermia
4. Askar Singapore = 50-60 orang kena hypothermia
5. Askar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (?????)
Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh kem waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.
Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Kami lihat=
1. Askar New Zealand= 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yg lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.
2. Askar British = Sama
3. Askar Australia = Senyap sunyi. Tak nampak siapapun diluar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.
4. Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.
5. Askar Malaysia?= Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam! 😆
Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yg 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)
Pengajaran= Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yg mengatakan kita adalah satu bangsa yg amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup dimana pun didunia! Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yg diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah! 😊💪
Fb : Mohd Fitri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan