UPSR oh UPSR
===========
Kalaulah saya ada kuasa mengubah saya hapuskan saja UPSR!!! Sakit mata tengok FB dan berita yang tak sudah-sudah menceritakan kekecewaan mak ayah, tunjuk gambar anak dan emak ayah menangis kegembiraan bagi yang berjaya. Buat pengumuman keputusan macam gaya konvo di universiti. Malang sekali tidak memikirkan perasaan pelajar dan ibu bapa pelajar yang namanya dipanggil terakhir atau antara yang akhir.
Itu namanya sengaja memalukan ibu bapa dan pelajar. Apa salahnya nama diumum mengikut abjad? Bukan nak salahkan guru sepenuhnya tapi sebenarnya sistem pendidikan yang sangat mementingkan kecemerlangan akademik.
Kalau kenyataan dikeluarkan "jangan bandingkan keputusan tahun ini dengan tahun lepas" lagilah kuat mak ayah nak bandingkan. Itu lumrah. Kalau ada perkataan "jangan baca" lagilah kita nak baca.
Saya tak lah kisah sangat kalau emak ayah dan guru-guru semua gembira dengan apa-apa keputusan yang pelajar perolehi, tapi kalau ayat saccastic dari guru seperti "sebab apa awak tak pandai macam abang awak?"
Pelajar mana yang rasa tak kecil hati? Emak ayah pulak respon dengan jawapan "hmmm... dia banyak main cikgu" walhalnya anak ni bertungkus lumus siang malam membaca tapi dia 'just' cannot understand! Dia ada learning difficulty.
Nak rehatkan otak menonton TV sekejap pun dah kena halau masuk bilik membaca buku, akhirnya memang duduk dalam bilik tapi tidur atau baca komik. Padan lah muka kita yang paksa anak macam tu.
Harini memang nak cakap kasar sikit. Letih dengan keluhan ibu bapa dan guru-guru. Guru-guru juga adalah ibu-bapa kepada anak-anak mereka yang kadangkala bersekolah di sekolah lain. Mereka mendidik anak-anak kita semua, tusyen siang malam. Balik lewat malam. Weekend pun tak pernah bersama keluarga demi pelajar-pelajar mereka. Tak ada masa rehat untuk guru. Balik rumah minda memikirkan pelajar-pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan. Guru yang sakit nak diberi cuti sakit pun tak mahu menerima kerana memikirkan anak-anak murid. Di manakah kebahagiaan hidup seorang guru? Di mana kualiti hidup mereka bersama keluarga mereka?
Pelajar pula, petang kelas tusyen, malam tusyen, weekend private tusyen lagi. Balik rumah (kalau yang rumah dekat dengan sekolah) makan dan pergi semula sekolah. Saya dah rasa keluar malam tinggalkan anak-anak kecil jam 10 malam ambil anak nak duduk UPSR tusyen di sekolah. Letih tau tapi sebab anak sanggup nak pergi saya ikutkan. Namun dalam hati kecewa kerana hidup saya juga tiada kualiti. Habis masa atas jalan raya dalam kereta. Suami nak makan malam bersama pun tak sempat sebab nak hantar anak tusyen.
Terkeluar juga ayat-ayat " apasal teruk sangat tusyen hari-hari?" Luahan hati seorang suami bila isteri sibuk menghantar anak tusyen. Mungkin juga tugas menghantar anak tusyen dilakukan oleh ayah, maka ibu pula yang komplen nak makan dengan suami pun susah.
Tak hantar anak tusyen dapat memo pulak dari guru "anak ini pelajar harapan sekolah yang akan menaikkan nama sekolah!" Nak tak nak emak ayah yang dah terdoktrin dengan "peperiksaan lambang kebijaksanaan seorang pelajar" hantar lah juga anak mereka biar berperang satu keluarga.
Sampai bilalah kita nak jadi macam ni. Saya selalu mengimpikan sistem yang santai tetapi membina jati diri pelajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur akhir. Sepanjang tahun bertungkus lumus belajar tidak dinilai, keputusan akhir juga yang jadi kayu pengukur.
Penat, letih, kalau boleh tak mau dengar dah semua ni!!! Tapi akan ada lah nanti yang dirujukkan ke klinik, "anak saya ni nampak tak happy sejak keputusan upsr keluar!" Ambik ko!!
Saya bukan anti exam tetapi keterlaluan akhirnya stress melampau terpaksa bawak anak jumpa pakar psikiatri. Anak murung, menangis tak nak bercakap, tak nak makan, tak nak minum. Harap-harap jangan ada yang nak menamatkan riwayat pula. Bukannya tak ada, dah pernah ada kan beberapa tahun lalu pelajar SPM membunuh diri.
Adik beradik dan ipar duai saya ramaaaaiiiii dalam kalangan guru, saya pun bekerjasama dengan guru-guru, pegawai pendidikan di JPN dan PPD Kelantan pun geng-geng saya. Keluhan ini selalu kami kongsikan. Namun kami hanyalah ikan-ilan bilis yang tidak dapat mengubah dasar. Orang yang terlibat membuat dasar kami tak kenal. Cuba datang kenal-kenal dengan kami di klinik psikiatri ni.... baru nampak apakah stress dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa berkaitan dengan dasar pendidikan yang mementingkan akademik.
Entah sapalah pembuat dasar yang akan baca pos saya ini!!
Parents dan teachers, especially students you are great people. You have done the best. So enjoy!! Do not be affected by your upsr result. It is nothing but perseverance to continue your journey as a human being mencari jannah dan redha Allah is the main scale measured.
Hargai semua usaha anak-anak dan guru-guru. Stop blaming them tapi nak blame system tak pe! Semoga berubahlah kepada yang lebih santai dan seronok bukan menjadikan pelajar dan guru mangsa perubahan yang sentiasa mengecewakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan