Wednesday, 28 June 2017

راي

بسم الله الرحمن الرحيم
MUHASABAH CINTA

 Ada kawan-kawan saya yang BENCI hari raya.

Sebab hari raya depa setiap tahun dah tak jadi hari silaturahim saudara mara..tapi jadi hari perbandingan harta dunia.

Inilah hari untuk tengok baju raya siapa paling branded, kerja siapa gaji paling loaded, kereta siapa paling laju, result anak siapa paling padu dan masa untuk membanding banyak perkara.

Ya, bukan semua. Tapi ramai yang rasa.

So, pada yang maybe tengah down pasal ni, let me tell you something.Lapangkan dada.

Jangan compare rezeki kita dengan orang lain. Tolong jangan sebab Allah membahagikan bahagia berbeza - beza dan semua orang merasa menurut ukurannya.

Sebenarnya kita ada, tapi tak nampak sahajha. Sebab kita lagi nampak rezeki orang lain punya sampai lupa nak tengok apa kat tangan kita. Kita tidak akan merasa bahagia jika kita tidak menghargai apa yang kita ada.Ingat ye..jangan lupa sampai bila - bila.

Ya, kereta kita tak besar, tapi Allah bagi rezeki selamat sampai kampung balik rumah dengan gembira.

Baju kita bukan paling mahal harganya tapi Allah bagi rezeki hidayah untuk tutup aurat dengan sempurna.

Gaji kita bukan paling tinggi beribu berjuta tapi Allah bagi rezeki untuk rasa cukup dan boleh berkongsi dengan orang lainnya.

Anak kita bukan result paling gempak gemputa tapi tahu adab, hormat orang dan tak pernah lupa doakan mak ayah nya. Bukan mudah nak raih ini semua

Tuhan tak pernah salah beri rezeki pada sape - sape walau di mana. DIA tak pernah aniaya hamba-hambaNya.

Allah itu Ya Baari Ya Mutakabbir. Sangat Dermawan Sangat Baik Mengurus Hal Ehwal sekelian makhlukNya.

No comments:

Post a Comment