~2 hadis untuk menjawab isu hot~
Saya tak berniat atau berhajat untuk panjangkan hal ni, kepada yang faham, fahamlah..
Bukan untuk cari balah, tapi sebagai peringatan semata-mata kepada kita semua yang berada di zaman Dajjal ni...
Zaman di mana, agama menjadi perkara yang mengelirukan....
Selama 1400 tahun sesuatu itu haram, tiba-tiba zaman kini, satu persatu ia dihalalkan oleh "ulama yang mendapat perhatian MEDIA"...
1) ‘Abdurrahman bin Ghanm Al-Asy’ariy berkata: telah menceritakan kepadaku Abu ‘Aamir atau Abu Malik Al-Asy’ariy; demi Allah beliau tidak membohongiku bahawa beliau telah mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“ Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum (kelompok) yang menghalalkan zina, sutera, Al-khamr , dan al-ma’aazif (alat-alat muzik). Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan.
Lalu mereka berkata, “Kembalilah esok”.
Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain diubah menjadi monyet dan babi sehingga hari kiamat.”
(lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5590. Shahih Ibnu Hibban, no. 6754. Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3417 dan dalam Musnad Syamiyyin, no. 588. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 6100, dan 20988. Lihat juga: Taghliiq At-Ta’liiq oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, no. 5590)
Note 1: Hadis ini menceritakan tentang banyak perkara yang diharamkan oleh Islam, kelak akan difatwa halal oleh "ulama-ulama" akhir zaman. Maka disebabkan umat Islam asyik dan mabuk dengan benda haram, maka Allah mengubah mereka menjadi seperti monyet dan babi. Secara umumnya, itulah yang berlaku pada ummah hari ini, sesetengah "ulama" menghalalkan banyak hal yang haram atas alasan "Islam itu mudah" misalnya menghalalkan alkohol atas nama perubatan, menghalalkan alat muzik haram seperti alat muzik bertali dan bertiup (alat muzik berketuk seperti duff,kompang dll diharuskan dalam mazhab Syafi'e), menghalalkan riba atas nama islamic finance, menghalalkan zina atas nama nikah mut'ah, menghalalkan babi atas nama DNA, menghalalkan wanita haid lepak di masjid atau bertilawah Al-Quran tanpa alasan, menghalalkan zakat diberi kepada orang kafir atas alasan "Islam itu indah", menghalalkan penggunaan kulit dan tulang babi atas alasan tiada dalil yang mengharamkannya dan macam-macam hal lagilah geng-geng "ulama PhD" buat hal. Disebabkan semua ini dihalalkan, maka umat Islam telah Allah ubah menjadi seperti monyet, misalnya kewujudan sampah-sampah masyarakat yang terkinja-kinja di disko, konsert, pavi, shopping mall, program realiti mencari artis, pak lawak, artis tua bangka, artis belum baligh, semua tu tidak saling tumpah keadaan mereka dengan sekumpulan monyet. Dan juga Allah akan merubah umat menjadi babi, ini juga berlaku apabila umat Islam kini suka dengan majlis-majlis bercampur laki perempuan, bergomol-gomol dan berhimpit-himpit berlainan jantina, sama seperti babi. Mereka juga berzina dan merogol manusia dan saudara kandung, anak kandung, cucu kandung, nenek kandung seperti sekawan babi. Semua ini jelas seperti yang diramalkan Rasulullah. Fikir dan nilai sendiri.
2) “Akan ada manusia dari kalangan umatku yang meminum al-khamr , mereka menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur di atas kepala-kepala mereka dengan al-ma’aazif (muzik) dan para penyanyi wanita. Maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Allah akan mengubah bentuk sebahagian dari mereka menjadi monyet dan babi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4020. Shahih Ibnu Hibban, no. 6758. Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3419. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 20989. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 23758)
Note 2: Di dalam hadis ini pula baginda menyatakan modus operandi atau metod atau cara "ulama-ulama" akhir zaman menghalalkan benda yang haram. Iaitu menggunakan kaedah "penukaran nama". Misalnya arak haram, tapi alkohol halal. Babi haram, tapi DNA babi dan Cadburry halal. Kaedah penukaran nama ini sedang hangat "dihalalkan" mereka sebijik seperti yang diramalkan Rasulullah. Kata mereka apabila nama asal sesuatu tu hilang, contohnya "daging babi" menjadi "gelatin", maka ia halal atas alasan ia bukan lagi zat asal. wtf?
Note 3: Sekali lagi fikirkan, kalau ini semua bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat?
Note 4: Status ini tidak ditujukan kepada sesiapa atau untuk memprovok mana-mana pihak. Ia hanya sebuah tulisan pencetus fikir kepada kita semua untuk semakin berhati-hati dengan kedatangan Dajjal besar tak lama lagi kerana tanda-tandanya sudah jelas. Kepada yang masih tertipu dan terus tertipu dengan "ulama-ulama" seperti ini, semoga kita semua diberi petunjuk daripada Allah.
Note 5: Ini status serius. *sambil buat muka serius*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan