Seorang lelaki tua berusia 80 tahun mempunyai masalah penglihatan dan jika tidak dirawat kemungkinan matanya akan menjadi buta.
Dia ke hospital untuk menjalani rawatan untuk memulihkan semula masalah penglihatannya
Selepas menerima rawatan, pihak hospital memberikan bil hospital yang menyatakan jumlah kos yang perlu dibayar.
Si tua ini menangis. Pihak hospital bersimpati dan menyatakan kesediaan mereka untuk mengurangkan jumlah kos rawatan.
Si tua ini memberitahu.. aku menangis bukan kerana melihat bil hospital ini. Aku menangis kerana selama 80 tahun aku di beri penglihatan, Allah Taala tidak pernah menghantar bil kepada ku.
Semoga kita menahan mata kita dari melihat benda yang haram.. ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan