Rabu, 18 Jun 2014

Mancis

Menarik tulisan ni....

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,

tapi satu batang mancis juga membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran
positif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak,

oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis
trus terbakar. 

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, 

jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan
kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat,

ketika burung mati,
ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman.
Kitaran kehidupan terus berlaku.

Jangan merendahkan
siapapun dalam hidup,

bukan kerana siapa mereka, tetapi
kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi waktu lebih berkuasa daripada
kita. 

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman
di sekeliling kita.

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa
sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang
belum dikerjakan.

Dan, setelah di ambang ajal, kita baru
tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,

sudah saatnya kita bersama-sama
membuat hidup lebih berharga.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, 

juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan
syarat.

Believe in "cause and effect"

apa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai .

Sama2 di renung siapa kita d hari ini dan jgn
biarkan masa berlalu tanpa sebarang amal soleh

& kebaikan apatah lagi hari2 yg berlalu penuh
dengan dosa dan kejahatan serta kedengkian pada
orang lain..

Selamat beramal...

Mati itu pasti...

Syurga itu pasti ..

Neraka itu pasti...

Azab itu pasti...

Apa yang tak pasti ialah bila kita akan mati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan