Sabtu, 14 Jun 2014

cawan dunia


Saya bukan seorang peminat bola, tetapi sekadar berkongsi gambar-gambar peminat bola dari seluruh dunia yang "ralit" menonton Piala Dunia 2014 dalam televisyen. Apa lah yang mereka "syok" sangat dengan bola tu yer? :D

Dari angkasawan di angkasa lepas hinggalah kepada pejuang di Syria, mereka bersatu di dalam hobi yang sama.

 Pejuang di bandar Aleppo utara Syria meletakkan senjata mereka untuk menonton kemenangan Brazil ke atas Croatia 

 Pesakit yang lebih stabil di Hospital Asuncion Psychiatric di Asuncion Paraguay dibenarkan untuk menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia pada set televisyen lama

 Mereka mungkin tiada tempat tinggal tetapi mereka masih suka bola sepak. Ini di Mangaratiba, pinggir bandar Rio de Janeiro.

 Peminat menonton di ibu negara Somalia iaitu Mogadishu 

 Peminat di pusat bandar Beirut, Lebanon 

 Rakyat Palestin menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 di skrin besar di kelab sukan di Bandar Gaza

 Orang-orang Jerman menonton perlawanan sambil duduk di sofa di stadium 1.FC Union di Berlin 

 Siapa tak kenal di mana ni tak payah jadi rakyat Malaysia lah hehe. Di  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia

 Peminat bola sepak di Dubai, United Arab Emirates bersantai untuk menonton perlawanan 

 Kanak-kanak menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia dalam lorong setinggan Mangueira, di Rio de Janeiro, Brazil 

Angkasawan Amerika Syarikat Steve Swanson (kiri), Reid Wiseman (kanan), dan angkasawan Jerman Alexander Gerst (tengah), menendang bola di sekitar kira-kira 230 kilometer di atas Bumi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan