Rabu, 9 Januari 2013

Sandy car

Taufan Sandy yang melanda New York Oktober lalu mengakibatkan kerosakan bernilai USD 63 Billion. Antara yang musnah ialah lebih dari 230 000 kenderaan bermotor. Gambar di bawah ialah gambar 15000 kenderaan yang rosak akibat Sandy dan sedang menanti waktu untuk dilupuskan. Kenderaan ini diletakkan di lapangan terbang Calverton di Long Island. Seperti yang anda boleh lihat, kesemua landasan lapangan terbang serta kawasan lapang sekelilingnya dipenuhi dengan kenderaan beroda. Mungkin ada diantara anda yang berkata "tak nampak rosak teruk pun?". Dari luaran mungkin tak nampak rosak tetapi difahamkan kos membaiki semula kenderaan yang rosak mungkin tidak praktikal dan lebih baik bagi pemilik untuk memberli kenderaan baru sahaja.

#Sedih!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan