[KAMU MAHU KAHWIN MUDA? MEH BACA INI DULU..!]
Assalamualaikum and hai, my name is Aiman.
Saya berumur 19 tahun dan saya pernah menghadapi peperiksaan SPM. Result SPM tidak perlu cerita la kot, tapi yang hendak diceritakan ialah bagaimana diri saya sebelum dan selepas SPM. Saya rasa, most of anak muda yang macam saya pun menghadapi keadaan yang sama macam saya...
Sebelum SPM...
"Ok, lepas SPM aku nak kahwin. Set!"
"Weh member, jom lumba siapa dulu kahwin, dia menang..!"
"Tunggu, awak tunggu lepas SPM saya akan kawen dengan awak!"
Peh peh, sembang kencang kalah ribut taufan dan IPU jerebu beb. Hasilnya, kita tengok berapa ramai je yang sembang cenggini kahwin lepas SPM? Kalau nak sembang kencang, gajah pun boleh terbang, zirafah pun boleh berenang, kan..?
Drama kawen-kawen ini bukannya sekadar terhenti waktu zaman SPM sahaja, tetapi legasi ini diteruskan hingga ke alam universiti dll... Tapi the same thing happen, sembang kencang. Tak ramai yang kahwin.
Nampak tak? Ramai nak kahwin.
Ramai semangat nak kahwin muda, kahwin awal.
Kahwin, itu cita-cita kebanyakan anak muda.
Istilahnya dia mau kahwin masa belajaq.
Bila saya tanya;
"Paseipa nak kahwin awal ni..?"
Ramai yang akan jawab...
1. Nak jaga hati.
2. Nak jaga nafsu.
3. Nak jaga pandangan.
4. Tak nak buat benda haram.
5. Supaya hati terikat dengan si dia.
6. Nabi suruh anak muda kahwin awal.
Peh peh, sungguh islamik jawapan anda. Demi mendapatkan hati, nafsu dan pandangan terjaga, anda pilih untuk kahwin. Buat benda haram, tak nak jadi pilih kahwin. Paling islamik, sebab Nabi Muhammad suruh kahwin awal.
Ok, baguih la.
Tahniah!
Kalau ibu dan bakal ibu dengaq ni konfem cayaq.
Baiklah, saya sangat gembira lihat anak muda macam saya ada semangat camni, baguih lah tapi saya sangat sedih dan hampa akan kefahaman dan pandangan anak muda mengenai kahwin... Kenapa semuanya kemain semangat nak kahwin, adrenaline meningkat bila cakap pasal jadi suami isteri, jadi mama papa dll...?
Kahwin ini bukannya macam main kawen-kawen masa kecik dulu.
___
"Awak jadi ayah ye, saya jadi ibu."
"Haa, nah teh." Aminah hulur secawan gelar berisi air kepada Amin.
"Tapi kaler teh ni warna putih la. Kalau tak rasa manis ataupun takda rasa teh jangan marah ye ayah, sebab ayaq ni ambik dari ayaq paip ja. Eh jap anak kita nangis..."
Aminah pergi memujuk anak patung teddy bear yang matanya tak berkelip dan tak berair pun walapun tengah nangis. Setelah itu, Aminah pergi kepada Amin...
"Ayah, nak duit..." Aminah kenyit mata nak memikat si ayah dan paling penting pikat duit dalam poket itu.
"Nak beli teh dan cawan baru, dan nak beli anak baru." Kebetulan pula SOGO ada buat jualan runtuh teddy bear.
"Hm, ok. Awak ambil duit ini dan duit lebih boleh untuk awak beli handbag branded kat SOGO, ada sale tak silap..." Amin pun dengan macho-nya keluarkan beberapa daun hijau yang dicabut dari taman mini ibunya. Setiap daun ditulis angka 100. SubhanaAllah kayanya Amin.
Begitulah kisah rumahtangga Aminah dan Amin.
- The End -
___
Wahai semua, kahwin bukannya seperti yang anda sangka. Tidak!
Mungkin anda fikir saya sembang kencang, tapi ini tidak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman dan pengajian, bukannya cakap kosong. Izinkan saya untuk perkenalkan diri semula;
Assalamualaikum and hai, my name is Aiman, Aiman Banna. Saya berumur 19 tahun dan isteri saya muda setahun. Mungkin anda fikir anda salah baca tapi saya memang ada mention isteri bermaksud saya sudah berkahwin. Alhamdulillah kami kahwin tahun ini.
Saya seorang suami,
Dan saya ada isteri.
Saya kahwin muda,
Juga bakal ayah muda.
Izinkan saya untuk ceritakan kepada anda mengenai kahwin.
Kahwin, bukannya semudah kita order roti kahwin kat restoran.
Bukan juga semudah cerita Aminah dan Amin tadi, sangat bukan.
Keindahan kahwin juga bukan seperti dalam cerita dan filem Disney.
Novel-novel kat kedai buku sedunia pun tiadalah samanya macam kahwin.
Wahai anak muda, dengarlah kata-kata daripada suami muda ini;
Kahwin ialah benda yang besar, bukan benda main.
Ianya mengenai amanah dan tanggungjawab.
Ianya mengenai kesabaran dan kematangan.
Kahwin bukannya semata-mata anda kucup dahi dia kat atas kapal Titanic, bukannya bila anda ada teman di atas tilam bersaiz besar yang baru, bukannya bila anda upload gambar anak yang baru lahir kat instagram utk dapat like. Juga bukan bila anda berjalan di shopping complex dengan ada tangan pasangan untuk dipegang, bukan sekadar plastik beg lepas shopping.
It's more than that, wallahi it's more than that.
Mungkin anda tidak akan ada masalah ada naga culik isteri anda lalu kurung kat satu menara batu yang tinggi, mungkin juga anda tiada masalah seorang ahli sihir membuat sumpahan kepada isteri anda tidur selamanya. Mustahil la ada.
Tapi adakah anda bersedia tempuh ombak-ombak yang pelbagai..?
Setelah usai akad nikah, bagaimana anda melayar bahtera kehidupan perkahwinan yang akan ada pelbagai jenis ombak yang besaq seperti;
Duit tak cukup, masalah ekonomi.
Nak beli kereta dan rumah, tak mampu.
Hutang-hutang belambak.
Dapat anak awal, tak seperti yang dijangka.
Ada anak waktu tengah sambung degree.
Nak biayai kos membesarkan anak-anak.
Maka apa yang akan ada lakukan?
Bersediakah? Ataupun tak terfikir pun.
Ini ialah realiti perkahwinan, bukannya macam kisah indah dongengan.
Bagaimana pula nanti, selepas kahwin akan ada gaduh-gaduh..?
Biasalah, gaduh-gaduh manja (Cubit-cubit, geletek-geletek dll...) tapi memang lagi biasa akan ada gaduh besar (duit tak cukup, ada yang tak puas hati, rasa terkongkong, akan ada rasa rimas dll...) Memang akan ada rasa culture shock hidup dengan someone yang akan hidup dengan kita selama-lamanya (inshaAllah kalau Allah izin)..?
Akan tiba satu saat satu pasangan akan ada gaduh besar-besaran. Jadi bagaimana anda hadapi..?
Mampukah anda bersabar dengan kerenah masing-masing?
Mampukah anda tidak naik suara, tidak melenting, tidak tengking?
Mampukah anda untuk tidak turut emosi, tidak naik tangan ke atas dia?
Mampukah...!?
Selepas kahwin nanti, anda akan dapat banyak suprise.
Anda akan kenal diri dia yang purely 100% diri dia.
Perangai dia yang tidak ditunjuk selama ini, anda baru tahu.
Anda akan kenal sejarah dia, kenal siapa diri pasangan anda.
Apa yang dia lakukan sebelum kenal anda, anda baru tahu.
Bagaimana pula anda menghadapi suprise itu..?
Ketika inilah kematangan kena main peranan.
Ingat, matang sangat penting dalam satu hubungan.
Buktinya?
Budak tadika; berapa kali dah cinta-cinta monyet?
Akhirnya adakah cinta monyet itu jadi cinta manusia?
Tidak kekal pun; crush dan couple bertukar-tukar sokmo!
Oleh itu, muhasabah diri, dah matang ke belum?
Janganlah nanti suami terguna berus gigi kat tandas terus nak minta cerai, sebab nak cari suami takde gigi supaya ada privacy ke atas berus gigi dan colgate pun jimat? Janganlah nanti nak buat dua tandas, tak nak share tandas sebab isteri tak pandai jaga kebersihan tandas.
It's about bersedia berkongsi segala. Matangkan diri, sedar.
Janganlah nanti isteri nak bermanja-manja lebih, nak spend time lebih, nak on the phone lebih pun kita rimas lalu tak nak layan? Janganlah nanti rasa tidak selesa dengan kecemburuan pasangan yang over sebab ianya manifestasi cinta pasangan.
Nanti suami nak tengok bola Chelsea lawan Manchester United (Chelsea menang, inshaAllah), janganlah setiap masa nak halang. Kena ada toleransi dan faham-memahami. Ada give and take.
Lepas kahwin, anda akan lihat banyak kekurangan pasangan. Anda ada pilihan;
1. Tak boleh terima, tak redha, rimas.
2. Redha, try addapt, cuba ubah mana yang patut. Sabar.
Andai pertama pilihan anda; anda masih tahap tadika punya cinta. Andai kedua pilihannya, TAHNIAH!
Oleh itu, matangkan diri, sediakan diri.
Cinta monyet, hanya untuk monyet. Ok?
Kahwin bukannya semata-mata untuk anda jadikan alasan untuk jaga hati-lah, untuk jaga nafsu, jaga pandangan dan lain-lain. Tak nak buat benda haram, jadi anda pun bermati-matian perjuangkan kahwin muda, kahwin masa belajar dan berjuta lagi perjuangan anda...
Anda SILAP!
Kerana benda-benda seperti jaga hati, jaga nafsu, jaga pandangan ialah benda yang perlu anda jaga sebelum kahwin. Jika sebelum kahwin pun anda tidak mampu jaga, selepas kahwin pun anda akan tidak tunduk pandangan, tak jaga hati dan lain-lain.
Kenapa kena buat benda-benda ni sebelum kahwin?
Selepas kahwin nanti, timbullah pelbagai issue.
Suka perempuan ini, suka perempuan itu. Suka laki ini, suka laki tu. Nanti dah mula untuk tawar dengan isteri//suami endiri. Romantik awal-awal kahwin je lepas itu hambar tawar. Mula untuk banding-banding pasangan dengan orang lain. Dia lebih hensem la, lebih cantik la.
Inilah implikasi kalau sebelum kahwin pun tak settle jaga benda yang patut dijaga.
Sebab itu dalam tarbiah, sebelum kahwin (baitul muslim), kena settle diri sendiri dulu (fardhul muslim). Kita kena didik diri kita untuk jaga hati, jaga nafsu dll sebelum kahwin lagi, kena didik dengan sebaik-baik didikan tarbiah sehingga berjaya. Kalau didik dan jaga diri pun tak settle, apatah lagi nak didik dan jaga pasangan lepas kahwin.
Jangan kencangkan sembang anda, kencangkan tindakan juga.
Baiki diri dahulu,
Baiki amalan harian,
Baiki hubungan dengan Tuhan.
Jangan gelojoh dalam kahwin, nanti rumahtangga gocoh.
___
Ini pesanan terakhir dan paling penting dari saya untuk anda;
Kawen
Kahwin
Nikah
Itu bukan matlamat hidup.
Ingat, kenapa kita di sini.
Ingatlah, kita ada Allah.
Allah matlamat hidup kita,
Redha Allah yang kita mahu.
Cinta Allah menjadi prioriti.
Kebahagian mutlak yang kita mahu bukan di sini, tapi sana.
Sini itu dunia hakiki.
Sana itu Syurga.
Jadi, ranking keutamaan hidup kita sentiasa redha Allah berbanding yang lain-lain. Yang lain-lain itu juga termasuk kahwin. Ingat, bila kita kahwin, kita ambil seseorang untuk kita jaga dan bersama memimpin tangan dalam menuju redha Allah.
Adakah kita sudah,
Solat lima waktu,
Solat jemaah selalu,
Solat awal waktu,
Baca quran selalu
Berbakti secukupnya kepada ibu ayah,
Dan pelbagai lagi amalan harian persendirian kita.
Adakah kita sudah bersedia dengan sebaiknya sebelum terdetik rasa hendak kahwin..?
Andai diri kita tidak mampu untuk jaga amalan harian persedirian kita, bagaimana mungkin kita nak hidupkan redha Allah dalam amalan harian bersama pasangan kita kelak..?
Andai kita tidak mampu jaga diri kita untuk jauh daripada api neraka, bagaimana mungkin kita mampu untuk bawa seseorang ke Syurga..?
Lalu menyedari hakikat ini;
Mengapa kita masih tergamak menafikan bahawa cinta Allah sentiasa nombor satu berbanding kahwin secepat-cepatnya tanpa ubah diri dahulu..?
Sebab itulah dalam tarbiah mengajar kita untuk baiki diri sendiri dari segi amalan, kerja dakwah, hubungan dengan masyarakat, ekonomi dll sebelum ke tangga seterusnya iaitu perkahwinan (baitul muslim)
Kita sebagai muslim nak islam di kemuncak dunia. Kan?
Secara mudahnya saya rangka langkah-langkah jadi lima;
1. Ubah diri.
2. Ubah orang lain (pasangan)
3. Ubah masyarakat.
4. Ubah negara.
5. Ubah Dunia.
Bagaimana kita nak ubah dunia kalau kita tak mampu nak ubah pasangan dan bagaimana nak ubah pasangan kalau diri sendiri tak berubah menjadi muslim yang sepatutnya..!?
The heart of the matter,
Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...
Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Kerana nikah itu mudah, jika kita nikah kerana Allah.
Walau susah setara mana pun kesusahan yang kita hadapi bersama suami//isteri.., ianya tetap mudah kerana kita tahu bila kita menghadapi ujian dan dugaan dalam perkahwinan dengan sabar, maka Allah akan redha lalu akan pertemukan jodoh suami isteri semula di Syurga kelak.
Maka segala kesusahan akan menjadi ringan dengan adanya tarbiah dalam nikah.
Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...
Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Kerana nikah itu tersangatlah indah, wallahi indah.
Nikah ialah Syurga dunia, Syurga dunia kurniaan Allah.
Hanya dan hanya apabila anda faham, nikah itu kerana Allah.
Sedarlah, semuanya berbalik kepada Sang Pencipta Cinta.
Maka, sentiasalah kembali kepada Allah.
Oleh itu, nak nikah muda? Dipersilakan.
Tapi muhasabah diri, dan istikharah juga istisyarah.
Moga Allah permudah segala,
Moga Allah cinta dan redha.
Sekian sahaja.
Yang inshaAllah ikhlas,
Aiman Banna.
___
Taken from blog Aiman .
p/s : Saya akan ceritakan pengalaman saya bersama isteri sebelum dan selepas nikah dalam entri blog yang akan datang. Nantikan juga buku kolaborasi antara saya dan isteri iaitu #CintaHalal dan novel daripada saya: "Aku Bukan Bidadari".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan