Ada kawan datang ke showroom nak minta nasihat. Katanya Isteri beliau ini kira tiktoker juga. Adalah lah followers 200k. buat content jual pakaian dan review produk dan memang ada rupa.
Permulaan buat tiktok niat kerana nak buat bisnes zaman PKP. Oleh kerana terlalu ikut trend,mula buat content joget-joget sehinggakan nampak aset,tapi bukan direct. Contoh bila joget tudung terselak nampak bentuk buah dada.
Maka ramailah lelaki jantan gatal meriang masuk komen lcah(“kak terselak tu” “kak terima kasih tolong payung” “sis mantap bergoyang”) Saya bacalah komen-komen untuk kepastian. Kebanyakkannya sudah tentu suami orang.
Saya cakaplah kenapa kau tak suruh je isteri delete video tu,focus jelah kepada produk,banyak lagi cara untuk FYP.
So dari sinilah ada cerita.
Kawan saya ni kira baru berjinak jinak dengan agama. Dah mula jaga solat pergi kuliah. Maka dia tegurlah isteri turunkan konten tak elok. Tapi biasalah perempuan bila dah dapat apa yang dia nak,ada duit,dapat pujian dari lelaki,perasan jadi influencer.
Maka dari situlah mula melawan cakap dan akhirnya minta cerai. Beri alasan joget-joget tu cara nak dapat FYP kepala hotak dia. Dan cara nak naikkan followers. Yup saya tengok video tu memang fyp 1juta views.
Saya mampu diam tak mampu nak beri nasihat apa-apa. Cuma sedih bila kawan saya ini kata. Matt video joget-joget wife aku tu,dalam hp aku pun takda,tapi ada dalam hp semua lelaki lain yang orang boleh tengok setiap hari.
Hanya diam tiada nasihat. Hidangkan tea dan bersembang tentang perniagaan. Tiada mampu lagi untuk beri jalan kepada mereka yang memang sudah memilih jalan hidup sendiri.
Maka itulah jahatnya media sosial tempat sebahagian mereka mencari pujian,sanjungan.
Saya takkan lupa sehingga sekarang nasihat seorang jemaah masjid ketika saya baru sahaja membeli Nokia express music 2008/2009 begitu.
Kata beliau. Jika tiada amal agama dalam rumah,tiada didikan agama kepada isteri dan anak-anak. Maka dari HP ini para isteri yang selama ini tiada siapa dapat melihatnya,akan tiba masanya pada bila-bila masa,tanpa kita meminta,isteri orang kita dapat melihat dari hujung ramput,sampai hujung kaki.
Dan akan tiba masanya. Wanita-wanita menarik perhatian laki laki hanya mereka perlu berada di dalam rumah-rumah mereka sahaja. (Dan Sekarang sudah semuanya berlaku)
Tuan puan. Zaman kita ini bukan sahaja kita perlu kerja keras untuk mencari rezeki,bahkan lebih dari itu kita kena kerja keras untuk jaga iman amal ahli keluarga.
Kita berada pada zamanya.
-EncikMatt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan